33 • Graduation day

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





"Baiklah, pelajar. Seperti yang awak sedia maklum, hari Khamis nanti akan diadakan Hari Graduasi. Pakaian semua mestilah mengikut syarat yang dah ditetapkan dalam borang maklumat yang cikgu edarkan hari tu. Saya harap semua dah bayar yuran graduasi la ya? Jubah nanti, pastikan pulangkan kepada guru kelas awak semula sebelum balik. Jangan awak pergi bawak balik pula. Benda tu pinjam je. Jangan nak buat harta sendiri." Kata cikgu penolong kanan panjang lebar.

"Pastikan tepati masa ya? Jangan orang dah habis makan, kita baru nak cari tempat duduk. Pukul 11 pagi make sure awak dah sampai dah di hotel tu. Kemudian pukul 2 petang, semua dah kena masuk dewan dan duduk di tempat masing-masing macam yang cikgu-cikgu awak dah susun minggu lepas. Tolong jaga disiplin awak dan jaga nama baik sekolah ya? Beri kerjasama kepada guru-guru." Sambung cikgu lagi.

Ain yang mendengar ucapan cikgu dah excited pasal Hari Graduasi yang akan diadakan pada hari esok. Baju yang akan dipakainya nanti sudah disediakan sebulan lepas. Tunggu nak sarung saja.



Tak sabar nak pakai baju tu nanti. Hoho.

Desis hati Ain sendiri.

"Okey, saya rasa itu jelah pesanan saya untuk awak. Jaga diri masa di sana nanti. Terima kasih."

Cikgu pun turun dari pentas lalu seorang pengawas yang bertugas sebagai pengerusi majlis mengambil alih untuk berucap.

"Murid-murid dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas. Bermula dari kelas 5 Setia."

Pelajar-pelajar kelas 5 Setia mula berjalan meninggalkan tapak perhimpunan diikuti kelas tingkatan lima yang lain.

Masuk saja Ain ke dalam kelas, dia meletakkan begnya di atas kerusi lalu duduk.

"Kau dah ready baju kau, Ain?" Tanya Farah yang sedang meletakkan begnya di tempat duduk sebelah Ain. Lebih kepada tempat duduk asalnya.

"Dah. Aku excited sangat sampai bulan lepas dah ready dah baju aku." Jawab Ain tersenyum lebar.

"Seriuslah? Bapak semangat sia ahahaha. Aku baru jumpa baju yang sesuai minggu lepas. Entahlah, aku tak semangat sangat untuk Hari Graduasi ni. Takut dengan SPM lagi ni."

"Hahahah kau ni. Janganlah ingatkan pasal SPM. Aku baru nak rilek kejap, ish."

"Sorry sorry hahahah."

Rakan sekelas yang memandang Ain dan Farah berbual-bual, berasa lega melihat mereka sudah berbaik semula. Tak adalah suasana rasa tegang sangat dalam kelas tu. Airil yang perasan akan perkara itu turut berasa lega.




Eloklah diorang dah berbaik. Penat aku dengan drama diorang ni.





~~~~





Di rumah Airil...

"Parents kau ikut sekali ke masa Hari Graduasi nanti?" Soal Ain kepada Airil di sebelahnya yang sedang menonton TV.

Mereka sekarang berada di ruang tamu. Hari ni tak nak belajar kata Ain. Nak rilek-rilek dulu memandangkan esok Hari Graduasi kan? Dah nak tamatkan zaman persekolahan dah, wuhuuu~!

"Hm." Itu saja respon Airil.

Matanya masih melekat pada kaca TV besar di depan mereka itu. Ain tak ambil hati pun dengan balasan Airil sebab dia dah masak dah dengan perangai lelaki itu. Malas betul nak buka mulut.

"Mama dengan papa aku takleh ikut sekali sebab mahal nak kena bayar yurannya. RM 30 seorang? Kau gila ke apa??" Rungut Ain.

"Dah bufet orang sediakan. Tempat duduk dalam dewan. Servis hotel tu lagi. Elektrik.. air.. aircond.. ha, semua benda tu kena bayar RM 30 je. Apa yang kau nak complain sangat?" Balas Airil tanpa memandang Ain.

"Engkau kaya bolehlah cakap macam tu. Aku ni hidup so-so je. Tak susah tapi tak senang juga."

"K.."

Jelingan dihadiahkan kepada Airil bila ringkas-ringkas saja balasan yang diberikan olehnya. Ain menoleh memandang Najwa yang sedang bermain dengan mainan di hadapan mereka itu.

"Wawa, sini Wawa." Panggil Ain dengan nama panggilan Najwa.

Kanak-kanak berumur lima tahun itu bangun dari tikar puzzle ABC lalu mendekati Ain dengan kereta mainan di kedua-dua tangannya.

"Nanti Wawa ikut ibu dengan ayah pergi Hari Graduasi akak dengan Abang Airil k? Pakai baju cantik-cantik tau." Ujar Ain sambil bermain dengan rambut panjang Wawa.

"Okey! Hari.. gwa..dasi tu apa kak?" Tanya Wawa dengan suara pelatnya.

Tergelak kecil Ain mendengar Si Kecil itu bercakap. Comel!

"Hari Graduasi tu... hariii.... hari sambut habis sekolah." Ain sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana pada anak kecil itu. "Kan Abang Airil? Kan kan??" Lengan Airil disiku lembut oleh Ain.

"Hm." Sekali lagi lelaki itu bergumam saja sebagai respon.





Ish, dia ni. Malas betul nak bercakap. Aku tak faham macam mana ada budak boleh ada crush dekat dia.

Gumam hati Ain.

Memang ada beberapa pelajar perempuan di sekolah yang menyimpan perasaan pada Airil pun. Walaupun pemuda itu seorang yang dingin, tetapi rupanya yang boleh tahan tampan menarik minat wanita terhadapnya.

"Abang Airil ni bosanlah. Kan Wawa? Jomlah kita main kat bilik Wawa, jom." Ajak Ain lalu membawa mainan Wawa menuju ke satu bilik di tingkat atas khas untuk menyimpan segala mainan.

Dalam bilik tu ada banyak mainan Airil semasa kecil dahulu. Mainan Wawa pun ada juga tapi entah kenapa Wawa lebih suka main mainan lelaki. Mungkin sebab terpengaruh dengan abangnya.

Masa Airil jaga Wawa pun Airil pergi potong rambut mainan Barbie doll Wawa semasa kanak-kanak itu berumur empat tahun. Lepas tu, kaki patung tersebut dicabut lalu dicampak hilang entah ke mana. Dia kata mainan lelaki lagi best. Wawa pun kecil lagi, jadi dia ikut saja cakap abangnya itu.

Airil memandang Ain dan Wawa yang sedang mendaki anak tangga itu melalui ekor mata.


Baguslah dia ada kat rumah ni. Takdelah Wawa sunyi je main seorang-seorang.

Bisik hatinya.

Nak tergelak dia bila teringat apa yang dibuatnya dengan mainan adiknya dahulu.





~~~~





Malam tu...

Airil cuba menyarungkan suit hitamnya yang dibeli dua minggu lepas setelah selesai makan malam bersama keluarganya. Pintu bilik dipastikan berkunci agar ibu, ayah atau adiknya tak masuk sesuka hati saja.

Dia berdiri di depan cermin panjang yang terdapat pada almari baju besar dia. Wajahnya ditatap. Pakaiannya ditenung.

"Tak pelik ke kalau aku pakai macam ni? Kalau tie warna purple okey ke?" Gumam Airil sendiri.

Dia menanggalkan tali leher bercorak abstrak lalu memakai tali leher berwarna ungu gelap pula. Kemudian, pantulan dirinya ditatap lagi.

"Aish, tak tahulah. Yang mana satu nih?"

Lama juga Airil cuba memilih tali leher yang hendak dipilihnya. Jangan ingat perempuan saja yang susah membuat pilihan. Lelaki pun boleh.

Airil mencapai Iphone X dia lalu membuka aplikasi WhatsApp. Nama seseorang menjadi sasaran lalu dia menekannya untuk menghantar mesej kepada orang itu. Dia pun mula menaip.




















Beberapa ketika kemudian, dia tersedar.



Jap, apasal aku nak send mesej dekat dia pulak? Aish, kau kenapa weh?



Mesej tersebut lantas dipadamkan lalu dia menutup telefon sebelum meletaknya semula di atas katil. Keluhan berat dilepaskan.

Terkejut dia dengan diri sendiri bila Ain orang pertama yang muncul dalam fikirannya untuk menghantar mesej dan bukannya kawan-kawan dia. Dia menggeleng-geleng kepala.



Pilih jelah mana-mana kau nak, Airil. Yang kau risau sangat ni apahal?



Sedang Airil membetulkan tali lehernya, tiba-tiba bunyi tombol pintu ditarik kedengaran. Ha, ada la tu manusia yang tak reti nak ketuk pintu sebelum masuk. Kerjanya main terjah aje.

Airil melepaskan nafas lega.



Fuh... nasib baik aku kunci pintu.


"Airil? Buat apa kunci pintu ni?? Bukak." Suara ibunya kedengaran di luar bilik.


Aduhhh, nak apa ibu nihhhh?

Keluh Airil.

"Kenapa bu??" Soal Airil dari dalam sambil memandang ke arah pintu bilik.

"Ibu nak simpankan baju ni. Bukalah pintu ni."


Haish, simpan baju pulakkk.



"Tinggallah kat luar tu. Nanti Airil simpan sendiri."

Pelik Puan Dina mendengar balasan anak sulungnya itu. Tak pernah-pernah anaknya yang seorang itu mengunci diri di dalam bilik kecuali kalau tak mahu diganggu semasa belajar saja. Tapi kalau belajar pun, Airil mesti akan buka pintu bila ibunya suruh. Kali ni tak.

"Kenapa ni? Kamu buat apa kat dalam tu?? Buka sekarang." Tegas ibu Airil bersuara.

"Mana ada buat apa ibu, ya Allah... Airil tengah tukar baju niii."

Terpaksa Airil berbohong sebab tak nak malu. Yelah, kalau bagitahu dia tengah cuba memakai suit untuk Hari Graduasi nanti kang ibunya mula mengusik. Kata dia semangat sangat, lagi-lagi bila Ain dah muncul dalam hidupnya. Lagilah ibunya mengusik dia tentang Ain.

Tapi memang Airil sedang menukar baju pun sekarang ni. Kelam-kabut dia menyumbat suit hitamnya ke dalam almari baju dia setelah memakai semula baju asalnya.

"Tukar baju kenapa? Baju lama jadi apa?? Kotor ke?"


Ibu ni banyak tanya pulak dah..




Dengan malasnya Airil membuka pintu setelah membuka kunci pintu. Wajah ibunya yang masih kelihatan muda walaupun sudah berusia 40-an dipandang. Puan Dina membalas pandangan anak sulungnya.

Rambut Airil agak serabai akibat menyalin pakaian dalam keadaan gelabah tadi. Baju jejaka itu pula ditatap.

"Baju sama je. Betul ke tukar baju?" Soal Puan Dina.

"Betullah. Meh sini baju tu."

Beberapa baju Airil yang sudah dilipat diserahkan kepada Airil. Pintu bilik terus ditolak bagi menutup pintu.

"Besok Hari Graduasi kan? Baju yang kita beli hari tu dah cuba?" Tanya Puan Dina membuatkan niat Airil ingin menutup pintu terbantut.

Dia membisu sebentar.

"Belum.." jawabnya perlahan.

Rasa bersalah nak menipu tapi maluuu!

"Ohh, cubalah pakai. Takdelah kelam-kabut esok nak pilih tie yang mana. Hari tu beli dua kan? Ha, takkan nak pakai dua-dua tie pula?" Ujar Puan Dina seakan-akan mengetahui apa yang berlaku dalam bilik Airil tadi.

"Okey."

Pintu bilik ditutup rapat. Airil menyimpan baju-bajunya ke dalam almari lalu melabuhkan punggung di atas katil. Dia mengeluh lagi.

Entah kenapa rasa gementar semacam nak lalui hari esok.





~~~~





Keesokannya, hari yang ditunggu-tunggu oleh Ain sudah pun tiba. Encik Naem meletak kereta di depan pintu masuk sebuah hotel mewah.

"Turun sini jelah. Nanti dah balik kang, Ain call papa ambil balik rumah k?" Kata Ain sambil menyalam papanya sebelum membuka pintu kereta.

"Okey. Elok-elok jalan."

"Alright."

Pintu kereta ditutup setelah Ain menapak keluar lalu dia melihat kereta Encik Naem bergerak pergi ke tempat kerja beliau. Langkah disusun oleh Ain masuk ke dalam hotel dengan perasaan teruja.

Mesti semua orang berhias bagai nak rak kan? Yelah, nak cipta kenangan indah kan? Kenalah cantik-cantik, segak-segak.



Rasanya aku sampai lewat sangatlah. Dah pukul 11:30 pagi ni.

Gumam hati Ain sambil menilik jam tangannya.

Dia berjalan di sekitar kawasan lobby itu, mencari di mana majlis itu diadakan.







Dekat mana eh majlis tu? Jangan aku sesat sudah.

Bisik hatinya.

Dia berhenti berjalan sebentar dan duduk di sebuah bangku berdekatan.

"Takleh jadi ni. Aku kena text Farah jugak." Gumam Ain sendiri lalu mengeluarkan Iphone 7 plus dia.













Airil sedang berjalan bersama rakan-rakannya, meronda sekeliling hotel tersebut sementara ada masa sebelum majlis bermula. Nak tengok macam mana kawasan hotel tersebut. Sambil-sambil tu bolehlah bergambar juga nanti.

Sedang berjalan tu, dia ternampak Ain yang sedang duduk di atas bangku sambil menaip sesuatu pada telefon. Dia berhenti melangkah, diikuti rakan-rakannya yang lain.

"Ain." Panggil Airil.

Ain mendongak memandang siapa gerangan yang memanggilnya itu. Butang send masih belum ditekan untuk menghantar mesej kepada Farah.

"Eh, Airil." Gadis itu bangun dan menyimpan telefon ke dalam beg sandangnya lalu mendekati Airil dan rakan-rakannya yang lain.

Sumpah, mereka berempat nampak begitu segak berpakaian formal. Terpegun kejap Ain.

Mata Airil senyap-senyap meneliti pemakaian Ain. Wanita itu mengenakan baju kurung moden berwarna merah dengan corak berwarna keemasan. Tidak lupa juga solekan Ain yang membuatkan dia kelihatan lebih menawan. Lelaki-lelaki yang memandangnya pasti akan terpesona.

"Dekat mana weh majlis tu?" Tanya dia kepada Airil.

"Kat tingkat bawah. Kau turun tangga tu nanti nampaklah dekat mana ramai orang, kat situlah."

"Oh okay. By the way, kau nampak handsome do." Puji Ain tiba-tiba membuatkan Airil malu dalam diam.

Kening lelaki itu terjongket mendengar pujian daripada Ain. Khairul, Syafiq dan Hanif pun mula membuat bunyi pelik-pelik. Sengaja nak usik mereka berdua.

"Thanks.. k aku gerak dulu." Airil ingin melangkah pergi dengan muka cool dia.

"Ala, pujilah balikkk. Ish, dia niii!" Ain mencebik bila melihat Airil mula berjalan meninggalkannya.

"Hak alah, tak ikhlas siot puji. Minta orang balas balik pula." Airil menjeling.

"Tulah. Takpe takpe. Adik manis nampak begitu cantik hari ni. Tergoda abang." Gurau Syafiq.

"Hahahahah! Weh geli sial!"

Rakan-rakan Airil melepaskan tawa kecuali Airil. Tak ada mood dia nak gelak. Ingatkan pujian Ain tadi betul, rupanya minta orang balas balik.

Ain turut ketawa dan tersenyum manis.

"Thank you hahahah. Aku pergi dululah. Korang nak pergi mana ni?"

"Ronda-ronda je, nak tengok kawasan hotel ni." Balas Hanif.

"Ohh okey. Tapi sebenarnya memang betul pun korang handsome ehee.. korang semua nampak lain gila do. Kat sekolah macam monyet je aku tengok." Puji Ain lagi bila melihat wajah Airil dingin semacam.

"Ye ke? Antara kitorang semua ni, siapa paling handsome?" Tanya Khairul.

Ain mula berfikir. Wajah lelaki-lelaki di hadapannya ini ditatap satu-satu. Khairul dan Syafiq mula membuat gaya, nak bagi nampak macho. Tergelak kecil Ain.

"Ermmmm.... Airil."

Mendengar kata-kata Ain, rakan-rakan Airil mula berpura-pura batuk.

"Ehem! Ehem ehem! Yelahhh, abang Airil jelah yang handsome. Dahlah, kita tiga jom balik." Ujar Syafiq sambil berpura-pura ingin melangkah pergi.

Hanif dan Khairul melepaskan tawa lagi.

"I'm not lying k. Sumpah dia nampak handsome hari ni. My heart cannot- auch."

"Ah diamlah kau. Anep, jom."

Airil memotong ayat Ain seraya tangannya menarik lengan Hanif dan beredar dari situ. Dadanya berdebar-debar bila Ain melebih-lebih memujinya.

Khairul dan Syafiq tergelak mengejek.

Fun fact: Khairul dan Syafiq memang nakal sikit. Airil dan Hanif saja yang normal hahaha.

"Okeylah weh. Aku turun dulu. Nak kena practice untuk performance ni. Babai~" Ain melambai.

"Alright. Bye~"

Mereka pun berjalan ke hala yang berbeza.

Turun saja di tingkat bawah, Ain melihat ramai orang dah sampai dan sedang makan di dewan makan. Mujurlah majlis masih belum bermula. Lagi dua jam lebih sehingga majlis akan bermula. Cukuplah masa nak makan, berlatih menari untuk persembahan nanti, solat dan ambil jubah di kaunter pendaftaran.





~~~~





Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya sudah tiba di penghujung majlis. Macam-macam yang berlaku pada hari ini. Ada video gimik graduasi, persembahan tarian daripada sekumpulan pelajar termasuk Ain serta nyanyian duet dan solo. Banyak gambar dan video diambil untuk dijadikan memori indah.

Sekarang ni pelajar-pelajar tingkatan lima diberi peluang untuk menikmati makanan yang masih terhidang untuk makan tengah hari tadi, bergambar atau pulang ke rumah masing-masing memandangkan jam sudah menunjukkan pukul lima petang.

Sedang Ain menikmati pencuci mulut bersama Farah di sebuah meja, Izz datang mendekati mereka berdua.

"Hai weh." Sapa Farah apabila melihat Izz di depan mereka.

"Hai. Um... korang balik pukul berapa ni?" Soal Izz sambil duduk bersebelahan Ain di meja bulat itu.

"Kejap lagi aku nak kena balik ni. Ni sempat aku makan jap sementara mak aku tengah on the way nak ambil aku." Jawab Farah sambil menghisap jarinya yang ada sisa madu hidangan jeli.

"Aku pula bila-bila je boleh balik. Nanti aku call la papa aku bila aku nak balik." Ain pula bersuara.

"Oh. Sebab aku nak ajak bergambar ni. Sempat ke Farah?"

"Sempat sempat. Mak aku kata 10 minit lagi dia sampai."

Izz mengangguk mendengar balasan Farah. Dia memerhati Ain yang sedang makan pencuci mulut itu.

"Macam sedap je. Nak juga." Sengaja Izz cuba bergurau dengan Ain.

"Ehhh, pergilah ambil sendiri. Mengada sangat dia." Ain menjeling.

"Ala, tak sedaplah kalau ambil sendiri."

"Kisah apa aku? Kau nak makan, pergi makan cepat. Nanti dah kena balik, tak dapat nak makan."

"Takpelah. Dah kenyang." Balas Izz dengan muka mencuka. Merajuk dia.

Farah yang melihat cuma tertawa kecil. Mengada sangat Izz ni. Mendengar balasan lelaki itu, membuatkan Ain berasa serba salah. Entahlah, dia kasihan pula dekat Izz.

"Yelah yelah, jom aku teman kau ambil. Ish."

Ain bangun dan membawa piringnya menuju ke ruangan makanan. Tersenyum lebar Izz lalu mengikut langkah Ain.

Farah pula tercengang kejap.

"Korang tinggalkan aku? Huh, takpe takpe. Nasib baik aku rasa bersalah kat korang berdua tau." Omelnya sendiri.

Dia menyuap lagi jeli ke dalam mulutnya. Sedap weh. Rasa nak tambah lagi aje.





~~~~





Setelah mengambil gambar bersama-sama, Farah meminta diri ingin pulang setelah mendapat mesej daripada emaknya. Ain dan Izz mengucapkan selamat tinggal lalu Farah pun berjalan meninggalkan mereka berdua.

Ain memandang sahabatnya sehingga wanita itu hilang dari pandangan. Suasana mula berubah janggal. Izz mengusap-usap tengkuknya.

"Kau... masih marah kat aku ke?"

Ain menoleh memandang Izz bila jejaka itu bertanya.

"Eh takdelah. Mana ada. Kau pun kenal aku kan? Aku kalau marah sekejap je hee.. lagipun aku masih nak kawan dengan kau. Yelah... kita kawan sejak sekolah rendah kot. Tak naklah disebabkan satu salah faham, kita dah putuskan persahabatan. Betul tak?"

Izz cuma mengangguk dan tersenyum nipis.




Should I ask her now? Maybe yes.




Baru saja Izz ingin bersuara, Ain terlebih dahulu bercakap.

"Kau balik macam mana ni? Parents kau boleh ambil kau tak??" Tanya Ain.

Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia simpati terhadap Izz kerana dia faham akan situasi yang dilalui pemuda itu. Situasi sebenar yang disorok oleh Izz daripada sesiapa pun kecuali Ain.

Izz menggeleng perlahan.

"Takpe, aku kan ada kereta sendiri. Aku boleh je balik sendiri.. even though... malas." Balasnya dengan nada sayu.

Ain menatap wajah sedih Izz.

Dia tahu Izz sudah ada lesen memandu sendiri sejak berumur 16 tahun memandangkan ibu bapa Izz sibuk bekerja sehinggakan kadang-kadang tak dapat nak pulang ke rumah. Sebab itu Ain mudah berasa simpati dan serba salah terhadap Izz. Lelaki itu kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa sendiri.

"I'm sorry to hear that.." ujar Ain perlahan.

"It's okay. Aku dah biasalah. Cuma kadang-kadang... rasa lonely je. Orang yang aku sayang semua macam tak sayangkan aku."

Kata-kata Izz membuatkan Ain terasa. Dia tahu bahawa Izz merujuk pada dirinya juga selain ibu bapa lelaki itu.



Mana kau tahu aku tak sayang kau ha? Aku masih sayang kaulah, gila.

Gumam hati Ain geram.

"Urm... k lah weh. Aku nak... jumpa Airil jap. Takut dia dah balik pula. Aku belum bergambar dengan dia lagi ni. Kau pergilah dekat geng kau dulu k?" Ain bersuara sambil acah menggaru-garu dahinya. Rasa kekok bila dia tiba-tiba nak tamatkan perbualan.

Pelik Izz mendengar ayat Ain. Dia mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan bahawa dia sedang kecewa.




Kenapa dia nak jumpa dengan Airil pula? Semakin rapat pula diorang ni.

Desis hati Izz.

"Oh okey.. pergilah."

"Okeyyy..." Ain berpusing ke belakang untuk berjalan pergi.

Tetapi sebelum dia mula melangkah, dia berpusing ke arah Izz semula.

"Urm... bye." Ucap Ain lagi. Berat pula hatinya ingin meninggalkan Izz.

"Bye."

Mereka berdua pun berjalan menghala ke arah berbeza.





Haih, nampaknya belum masanya lagi untuk kami bersama semula.

Atau memang kami tak ditakdirkan untuk bersama? Habis tu apa makna waktu yang kami habiskan sepanjang perkenalan kami? Adakah ianya cuma perkara yang sia-sia?

Hati Izz berbisik.

Sejujurnya, Ain masih ingin bersama Izz. Tapi tak... dia sudah hilang kepercayaan terhadap lelaki itu. Izz pula begitu menyesal atas tindakannya. Dia sendiri tak faham dengan diri sendiri kenapa dia berbuat demikian.

Izz melepaskan keluhan. Dia pergi berjumpa dengan rakan-rakannya dan meminta diri untuk pulang sebelum berjalan ke kawasan tempat letak kereta. Enjin kereta dihidupkan setelah dia menapak masuk ke dalam lalu Izz mula memandu meninggalkan pekarangan hotel mewah itu.





~~~~





"Hai abang handsome~!" Sapa Ain seraya tangannya memegang lembut bahu kiri Airil.

"Pahal kau ni?" Tanya Airil sambil mengusap kasar bahunya yang disentuh Ain menyebabkan gadis itu dan rakan-rakannya tertawa melihat reaksi dia. Suka Ain mengusik lelaki itu.

Padahal dalam hati, Airil berdebar-debar melihat Ain yang berpakaian bak bidadari.

"Hahahah jangan marah, awak. Ni ha, aku nak ambil gambar dengan kau. Jom jom!"

"Tak nak aku bergambar dengan kau."

"Ala, bolehlahhh. Nak bergambar dengan personal teacher saya niiii. Jomlahhh. Jadikan kenangan weh." Ain memujuk Airil.

"Halah, pergi jelah kau ni. Adumakkk, sombong bebenor abang kita ni." Tegur Syafiq.

"Tulah." Ain menyokong.

"Fineee."

Akhirnya Airil mengalah lalu berdiri di sebelah Ain. Ain berganjak merapati Airil sedikit. Nak bergambar kan, takkan nak jauh-jauh?

"Sini aku ambilkan gambar." Syafiq menghulurkan bantuan.

Iphone 7 plus bertukar tangan lalu mereka pun mula mengadakan photoshoot di kawasan hotel itu.

"One.. two.. threee! One, two, threeee!" Syafiq snap gambar beberapa kali.

Tak adalah kena ulang-alik ambil gambar banyak kali nanti. Siap-siap ambil banyak, senang kerja. Tak suka nanti, delete la.

"Satu, dua, tigaaa! Satu, dua-"

Sedang Syafiq menangkap gambar, Khairul tiba-tiba berdiri di hadapan Ain dan Airil sambil tersenyum lebar. Hanif turut masuk dalam gambar juga. Melihat telatah mereka berdua membuatkan Ain tergelak. Airil pula tersenyum sambil menahan tawa melihat gelagat pelik kawan-kawannya.

"Selfie weh selfie! Masuk sekali, Fiq." Kata Ain bersama senyuman lebarnya. Terhibur dengan rakan-rakannya.

"Okey okey. Satuuu, duaaa, tigaaa~"

Beberapa selfie diambil lalu mereka pun selesai bergambar. Syafiq menghulurkan semula telefon kepada Ain lantas Ain pun melihat semula gambar-gambar yang diambil tadi. Semuanya cantik dan bermacam-macam gaya dibuat oleh mereka semua. Ada juga candid Ain dan Airil ketawa melihat Khairul dan Hanif.

"Oh my god, Airil senyum laaa. Alalalaaa~ comelnya!"

Suka Ain melihat gambar candid tersebut. Sengaja dia buat suara macam fangirl sikit, nak usik Airil.

Airil pula menayangkan wajah pelik.



Orang senyum pun jadi gila ke?

Bisik hatinya.

Khairul, Syafiq dan Hanif cuma memerhati.

"Akak ni asyik puji Airil je. Sayu hati kami tau.." kata Khairul sambil berpura-pura sedih.

"Itulah. Dahlah, nak majok." Syafiq berpeluk tubuh membuatkan Ain tergelak kecil.

"Hahahah takdelah. Korang pun comellah ahahah."

"Yelah tu."

"Weh aku nak makanlah. Jom." Ajak Airil pada Khairul.

"Makan? Bukan tadi dah makan ke?"

"Aku nak makan dessert je. Jomlah." Lengan Khairul ditarik oleh Airil.

Sebenarnya dia nak mengelak daripada Ain saja. Jantungnya tak henti berdegup laju, gementar semacam aje bila bersama gadis itu. Lagi-lagi bila Ain sangatlah rapat dengannya sewaktu bergambar tadi. Telinga Airil kini agak kemerahan menahan malu.

"Aku pun nak makan jugalah. Takut balik nanti mengidam pula." Syafiq bersuara.

"Mengidam apa kau? Gila." Terhibur Hanif mendengar ayat Syafiq.

"Okeylah. Kitorang pergi dulu tau, Ain? Bye." Lambai Khairul dan yang lain.

"Bye.." Ain tersenyum nipis.

Lepas tu, dia mencebik.



Nak buat apa ni? Takkan nak balik?? Awal lagi kot.

Hatinya berdesis.

Ain masuk ke dalam dewan dan selfie seorang diri setelah menghenyak punggung di atas sebuah kerusi. Kemudian, dia membuka media sosial dan melihat update daripada kawan-kawannya.

"Eh, Ain belum balik lagi ke?" Suara seseorang kedengaran membuatkan Ain mendongak memandang tiga orang di hadapannya itu.

Lantas segaris senyuman terukir di bibir gadis tersebut melihat sepasang suami isteri di depannya serta seorang kanak-kanak.

"Auntyyyy!" Ain bangun dan segera memeluk Puan Dina.

Lupa pula yang keluarga Airil menghadiri majlis graduasi ini. Mereka semua duduk di atas kerusi dan mula berborak.

"Airil mana?" Soal Puan Dina.

"Oh, dia pergi makan dengan kawan dia." Jawab Ain sambil bermain dengan rambut Wawa yang diikat tocang dua.

Comel betul adik Airil ni!

Puan Dina mengangguk faham mendengar jawapan Ain.

"Kawan-kawan Ain mana?" Tanya beliau lagi.

"Kawan Ain... diorang dah balik. Farah sebab mak dia ambil awal. Faizz pula rasanya dah balik kot. Tak nampak pun dia."

"Oh... Faizz tu lelaki yang selalu rapat dengan Ain tu eh? Aunty selalu nampak dia bersama Ain."

"Urm... ha'ah. Dialah tu. Eheheh."

"Ye eh? Ohh... handsome aunty tengok dia. Sesuailah dengan Ain yang cantik ni."

Kata-kata pujian daripada Puan Dina membuatkan Ain tersenyum malu lantas dia menggeleng-geleng kepala.

"Tak naklah aunty. Ain anggap dia sebagai kawan je." Jelas Ain.

Nak saja dia ceritakan tentang hubungannya dengan Izz tapi segan bila ayah Airil ada di sini.

"Hahaha yelah. Ni, mak ayah Ain tak datang ke?"

"Tak... sebab mahal la nak kena bayar RM 30 untuk seorang saja. Lagipun papa kerja hari ni, jadi tak dapatlah nak tengok Ain. Tapi takpe, Ain tak kisah pun sebenarnya."

"Ohhh..." Puan Dina mengangguk faham.

Beliau menoleh ke arah suaminya di sebelah yang sedang main telefon. Encik Suhaimi ni samalah dengan perangai Airil. Kurang bersosial tetapi mesra dengan yang rapat sahaja. Ambil dari perangai ayah la Si Airil ni.

Ain bermain dengan Wawa sementara ibu dan ayah Airil bersembang bersama.





~~~~





"Woi, kau ni macam ada yang tak kena je. Kau suka Ain eh?" Tegur Khairul bila perasan akan perubahan Airil.

"Tch, mana ada.." jawab Airil sambil menyuap lagi pencuci mulut ke dalam mulutnya.

"Habis tu apasal merah muka tu? Telinga pun merah semacam. Hahahah! Malu dengan Ain la tuuu~"

"Alalalaa... jangan macam ni, bang. Tak macho ah malu dengan perempuan." Syafiq menyampuk.

"Mana adaaaa. Korang jangan macam-macamlah."

Khairul dan Syafiq makin galak mengusik lalu mereka ketawa puas bila kenakan Airil. Hanif cuma mengabaikan mereka. Dah masak dengan perangai mereka ni. Airil pun buat-buat tak layan dengan dua ekor monyet gila itu.

Beberapa minit berlalu, mereka selesai makan dan mula berkemas.

"Aku rasa nak balik dahlah. Korang balik pukul berapa ni?" Tanya Airil sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

"Pukul enam kot. Takpelah, kau nak balik, baliklah. Jumpa esok." Ujar Syafiq lalu mereka bersalam gaya sendiri sebelum berjalan meninggalkan kawasan itu.

Airil melangkah masuk ke dalam dewan di mana ibu dan ayahnya berada. Matanya menangkap figura ibu dan ayahnya sedang berbual-bual. Dia melihat seorang wanita yang duduk di depan ibunya dan sedang membelakanginya. Dari gaya rambut, dia tahu bahawa wanita itu ialah Ain.



Aduhhh, Ain dekat sinilah pulakkk.


Nafas ditarik dan dihembus sebelum Airil melangkah mendekati mereka.

"Ha Airil. Dah siap makan? Jom ambil gambar semua sekali meh." Kata Puan Dina sambil mengeluarkan telefon daripada beg tangan berjenamanya.

"Haih, ambil gambar lagi... tak cukup lagi ke kita ambil satu family tadi?" Rungut Airil.

"Tadi Ain takde. Jomlah Ain masuk sekali."

"Eh? Tak payahlah, aunty. Ain orang luar je kan? Ehehehe takpe takpe." Ain tersenyum nipis.

"Ha itulah. Dia orang luar, bu. Tak payah ajak dia bergambar."

"Airil." Suara Puan Dina tegas kedengaran sambil beliau memandang anaknya tajam.

Airil membalas pandangan ibunya dengan pandangan kosong.

"Fine. Jomlah.."

"Haa... macam nilah anak ibu. Sini duduk sini. Adik duduk tengah-tengah sini. Ayang.. ayang duduk sebelah Airil. Nanti saya duduk sebelah Ain. Haaa... okey cun." Puan Dina menyusun kedudukan bagi mengambil gambar nanti.

"Erm... nak minta tolong siapa eh ambilkan gambar?" Tanya beliau.

"Um..." mata Ain meliar mencari seseorang untuk tolong tangkapkan gambar.

"Balqis, Balqis! Tolong ambilkan gambar boleh?" Pinta Ain kepada salah seorang rakannya yang terlibat dalam persembahan tarian tadi.

Balqis yang sedang berbual-bual dengan rakannya menoleh memandang Ain bila namanya diseru.

"Ambil gambar? Boleh jer... meh sini."

Puan Dina menghulurkan telefon beliau kepada Balqis lalu beliau duduk bersebelahan Ain.

"Satuu.. duaa.. tiga. Satu.. dua.. tigaa!"

Beberapa gambar diambil. Ain, Wawa dan Puan Dina buat macam-macam gaya. Tersenyum manis. Berpelukan bersama. Jari tanda 'peace'. Mini heart. Heart besar pun ada. Manakala Airil dan ayahnya pula cuma tersenyum dan membuat riak wajah berlainan. Senyum, muka sombong, jongket sebelah kening.

Tangan tu malas betul nak buat gaya. Kalau buat pun, tanda 'peace' aje. Haih...

"Sudah sudah. Sampai bila kau nak ambil gambar tu? Cukuplah." Airil bersuara bila Balqis macam tak mahu pula berhenti menangkap gambar.

Menyampah dia. Satu cukuplah. Nak banyak-banyak buat apa?

Memandangkan Balqis ni rakan sekelasnya, dia ada juga keberanian untuk bersuara pada gadis itu. Kalau tak, memang taklah dia nak bercakap dengan orang yang tak dikenali.

"Sampai bila? Sampai you jatuh hati pada I." Gurau Balqis.

Ternganga Ain dibuatnya.

"Balqis, what the heck? Kau- kau suka budak ni ke?" Tanya Ain perlahan sambil berjalan mendekati Balqis bagi mengambil semula telefon.

"What? Dia comel apa.." balasan Balqis membuatkan Ain tergelak.

Airil sudah menggulingkan mata. Dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar lalu menekan sebuah aplikasi game dan mula bermain.

"Weh, budak sombong macam tu kau suka? Wow.." Ain berbisik.

"Aku tak kisah pun. Manusia boleh berubah weh. Takpe takpe, nanti kau pun jatuh hati dekat dia juga. Dia comel do. Takkan kau takde perasaan kat dia?" Balqis turut berbisik.

"Tak naklah! Dah dah, bak sini phone. Thank you weh."

"Sama-sama. Aku pergi dulu k?"

"Alright~"

Balqis menguntumkan senyuman dan ingin berlalu pergi.

"Bye Airil." Sempat gadis itu melambai pada Airil yang sedang main telefon.

Airil buat-buat tak tahu. Tiba-tiba, bahunya dipukul oleh Ain.

"Oi, orang lambai tu. Balaslah balik." Tegur Ain.

"Ye ye yeeee! Bye." Airil memandang Balqis sekilas sebelum kembali menatap telefonnya.

"Elok sangatlah tu buat perangai?" Puan Dina menegur.

Balqis tergelak kecil lalu melangkah pergi. Ain menyerahkan semula telefon kepada Puan Dina.

"Thank you. Nanti aunty send dekat Ain k?"

Ain mengangguk dan tersenyum pendek. Dia memandang Airil yang masih fokus pada telefon. Langsung tak mahu pandang Ain.


Ish, dia ni macam tak suka je aku kat sini.

Bisik hati Ain.

Hatinya tiba-tiba rasa sayu bila mula berfikir jauh.

"Urm... k lah aunty, pak cik. Ain balik dulu."

Ain menghulurkan tangan hendak bersalam tetapi Puan Dina bersuara.

"Eh, balik dengan siapa ni? Biar kitorang jelah yang hantar Ain balik."

"Oh- erm.. takpelah. Nanti Ain call papa suruh ambil Ain."

"Papa Ain kerja kan waktu ni?"

"Uh-huh.." Ain mengangguk perlahan.

"Tak payahlah susahkan papa Ain. Jom balik sama-sama. Airil pun dah takde pape nak buat kan?" Puan Dina memandang Airil yang leka main game dalam telefonnya.

"Airil Najmi."

"Ah? Oh, ye ye. Takde apa dah." Jawab Airil tanpa memandang ibunya. Tak boleh berhenti sekejap langsung.

Budak pandai pun main game k. Siapa yang ingat budak pandai menghadap buku saja, memang nak kena.

"Ha, jomlah balik. Jom jom."

Puan Dina memimpin tangan Wawa dan berjalan keluar dari dewan diikuti oleh Encik Suhaimi.

"Kejap bu, kejap! Nak habis dah ni!"

"Ah tinggallah kau."

Puan Dina melangkah keluar dari dewan. Ain pun berjalan di belakang beliau dan Encik Suhaimi sambil menyandang beg sandangnya pada bahu kanan.

Selesai main, Airil pantas bangun dari duduk dan mengejar mereka semua. Dia berjalan beriringan dengan Ain tetapi masih berjarak.

Mereka berdua cuma senyap sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta.

"Oi, kau apasal senyap je ni? Ish, bosanlah kau ni. Cakaplahhh." Tegur Ain dengan kening yang bertaut.

"Nak cakap apa?" Airil membalas dengan nada mendatar.

"Cakaplah apa-apa. Apa agaknya yang kau sembang dengan member kau eh? Sombong je memanjang."

"Takde apa. Kitorang bisu je."

"Tch, kau ni sumpah bosan. Kau tak suka aku ke sebenarnya? Kalau tak suka, cakap."

Airil membisu sebentar mendengar ayat Ain.

"Apasal tanya macam tu?" Soal dia sambil melirik mata ke arah Ain.

"Dah aku tengok kau selalu dingin je muka bila aku dengan kau. Mana aku tak terasa?"

Kata-kata Ain membuatkan Airil terdiam lagi.










"Sorry." Sepatah saja Airil membalas.

Matanya hanya memandang ke depan saja. Ain pula memandangnya pelik.

"Sorry kenapa?" Tanya dia.

"Sorrylah, aku buat kau terasa. Nak buat macam mana? Dah muka aku memang macam ni."

Ain senyap seketika mendengar jawapan Airil.





"Senyumlah. Kalau kau senyum, takdelah orang takut nak bergaul dengan kau." Katanya.

"K.." balasan pendek Airil membuatkan Ain mencebik.



Tak seronok betullah dia ni!





❤️❤️❤️

Author punya hari graduasi tak semanis dan indah macam apa yang diorang lalui huhu. Hampir terjatuh depan orang tau 😌💔 nasib baik boleh tahan diri ni daripada terjatuh haih.

Ok part ni dah cecah 5000 words. Maaflah lambat publish. Tertidur petang tadi 😂😂 harap korang suka! 😙💝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro