35 • Stay with you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Hari ini hujung minggu. Ain duduk di dalam biliknya, memikirkan peperiksaan SPM yang akan tiba dua minggu akan datang.



Takutnya... SPM dah dekat. Result aku masih bercorak-corak lagi. Haih, macam mana ni?



Naik murung Ain memikirnya. Takut kalau dia gagal membanggakan mama dan papanya. Kedua-dua abangnya berjaya mendapatkan keputusan cemerlang. Dia sendiri masih belum yakin dengan dirinya sama ada dia boleh menjadi seperti abang-abangnya atau tidak.

Ain merenung kosong kertas Ujian Percubaan SPM Biologinya. Gred D.


Aish, susahnya Biologiiii!


Nak menangis Ain.

"Macam mana niii? Ya Allah, tolong akuuu."

Otak Ain ligat memikirkan cara untuk menjadi pandai seperti Airil. Airil dapat B+ untuk Biologi.



Ish, kalau Airil pun tak boleh dapat A, macam mana pulak aku? Hurmmmm.













Tiba-tiba, Ain mendapat satu idea.




"Yes, Airil!"





~~~~





Esoknya...

"Err... Airil." Panggil Ain lalu dia berfikir sebentar.





Nak tanya ke tak ni?




"Ta-takde papelah."

Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya. Pandang saja muka Airil, terus tak jadi nak cakap. Sejak di sekolah tadi, Ain memanggil Airil tapi tak jadi nak meluahkan kata-katanya.

Semasa masuk ke dalam kelas, waktu rehat dan waktu balik juga. Banyak kali dia cuba tenangkan diri tapi gagal bila memandang muka Airil.

Sekarang tengah belajar bersama-sama pun masih gagal nak meluahkan ayatnya.

"Kau ni dari tadi panggil aku, tapi takde pape pula. Nak cakap, cakap jelah. Takut apa?"

"Urm... takdelah. Akuuu... hurm..."

Ain membuat muka sedih. Takut betul nak cakap pasal ni.

"Kenapa? Cakap jelahhh. Kau takut-takut apa ni?" Tanya Airil hairan.

"Takdelah. Erm... kau tahu kan lagi dua minggu kita nak SPM?"

"Ahhaa.. so?"

"Akuuuu... skhdjsjd weh takutlahhh. Huhuu~!"

"Ya Allah, weh nak takut apa? Aku bukannya makan orang pun. Cakaplah." Dahi Airil berkerut memandang Ain. Stres pun ada tengok Ain gelisah semacam.

"Janji dengan aku kau tak marah kalau aku cakap ni?"

"Dah kenapa pula aku nak marah? Kau bukannya buat salah pape pun."

"Janji cepat!" Tegas Ain bersuara.

"Fine, aku janji."

Ain membisu seketika sebelum bersuara.

"Boleh tak kalauuu..." Ain berjeda separuh jalan. Berat mulut ni nak keluarkan perkataan.

Airil pula semakin hilang sabar.

"Aku bagi kau lima saat untuk bagitahu apa yang kau nak cakap ni. Kalau tak, aku tambah homework 50 muka surat. Cepat."

"Lima." Airil mula mengira.

"Alaa! Airil, jangan macam niii."

"Empat."

Ain berfikir bagaimana hendak menyusun ayatnya sebelum bersuara.

"Tiga.."

"Takde ah.. aku-" tangan digoyang-goyang oleh Ain. Tak nak keluar pula perkataan dari mulutnya.

"Dua."

"Tak tak- japlahhh! Bo- boleh tak-"

"Satu."

"Boleh tak kalau aku nak tinggal kat rumah kau s-sampai.. habis SPM?" Tanya Ain laju.

Airil memandang wanita itu dengan pandangan keliru. Tercengang dia.

"Ha, jangan marah eh? Kau dah janji." Pesan Ain takut-takut.

"Nak buat apa tinggal dengan aku?" Soal Airil dengan kening bertaut.

"Yelah.. senang sikit kita nak belajar sama-sama. Aku nak minta kau ajar subjek Sains weh. Takutlah kalau dapat gred D lagiii. Aku dah janji dengan mama, takkan dapat gred rendah dari C untuk SPM."

"Yang kau pergi janji macam-macam apahal?"

"Boleh tak ni?" Ain meminta kepastian.

"Ish, tak bolehlah. Nanti apa pula orang kata?"

"Ala, bolehlah Airiiilll. Pleaseeee~! Kali ni je wehhh."

"Tak bolehhh. Lagipun kadang-kadang kawan aku datang rumah aku nak main game. Nanti timbul pula fitnah aku bawa perempuan masuk rumah."

"Please Airil. Pleaseeee~!" Ain terus-menerus merayu.

"Aku kata tak boleh tu tak bolehlah."

"Bolehlah Airil..! Tolonglah.. tolonglahhh." Lengan Airil digoyang-goyang oleh Ain.

Naik rimas lelaki itu dibuatnya.

"Tak bolehhhh!" Suara Airil kedengaran agak keras menakutkan Ain lalu gadis itu berhenti menggoyang lengan jejaka tersebut.

Dia memasamkan muka.

"Tch, kau ni. Tak kesian ke kat aku? Aku sedaya-upaya cuba luah apa yang aku nak cakap. Senang-senang je kau tolak." Sayu Ain berkata sambil riak wajah sedih ditunjukkan.

"Ish, yelah yelah! Nanti aku bincang dengan mak aku." Kata-kata Airil membuatkan Ain terus tersenyum.

"Yayyyy~ make sure dia cakap boleh tau?"

"Tengoklah macam mana." Balas Airil malas.

Mereka diam sebentar dan sambung membuat latihan.









"Kau dah minta izin mak ayah kau ke?" Soal Airil.

"Of course. Takkan la aku tetiba nak pindah rumah kau pula. Terkejut diorang kang. Nanti diorang ingat kau bawak aku lari pula hahah."

"Takde maknanya aku nak bawak kau lari."

Ain cuma tertawa kecil mendengar balasan Airil. Dia berharap sangat agar ibu dan ayah Airil membenarkannya untuk tinggal di rumah mereka untuk beberapa minggu.





~~~~





Setelah Ain pulang ke rumah, Airil melangkah ke ruang tamu dan duduk di sofa panjang di mana ibunya berada.

"Ibu, Airil nak cakap sikit ni."

"Ha, apa dia?" Puan Dina menoleh memandang anak sulungnya.

"Si Ain ni... dia cakap nak tinggal sini. Katanya lagi senang nak belajar sama-sama. Boleh ke?"

"Tinggal sini? Berapa lama??"

"Rasanya dua minggu ni sampai habis SPM kot."

"Oh, lama juga eh? Tapi apa salahnya kan? Lagi senang korang nak eratkan silaturahim. Lagipun ibu sukalah dia. Sopan santun, lemah lembut orangnya. Hormat orang tua."



Ibu ni, puji dia melambung nampaknya.



"So bolehlah ni?" Airil meminta kepastian.

"Boleh je. Airil pun mesti suka kan?" Puan Dina sudah tersenyum nakal.

"Memang taklah." Dingin Airil membalas.

Dia pun berlalu pergi ingin sambung belajar di dalam biliknya.

"Eh kejap. Bila dia datang sini?" Tanya Puan Dina.

"Tak tahu. Ibu rasa bila nak bagi dia tinggal sini?"

"Urm... besok dah bolehlah kot."

"Oh, okey."

Pintu bilik ditutup rapat oleh Airil lalu dia duduk di meja belajarnya dan membuka buku rujukan Matematik Tambahan untuk mengulang kaji.





~~~~





Beberapa minit belajar, Airil ingin merehatkan otaknya sebentar. Telefon di atas katil dicapai. Tergerak hatinya ingin melihat semula gambar Hari Graduasi yang diambil hari tu.

Gambar-gambar yang dihantar oleh Ain dua hari lepas ditengok satu persatu. Airil berhenti di satu gambar di mana dia dan Ain berdiri bersama sambil tersenyum ke arah kamera. Wajah jelita gadis yang tersenyum manis itu ditatap lama.

Tanpa sedar, dia tersenyum. Tak pernah-pernah dia berasa bahagia dan gembira bila bersama seorang wanita yang bergelar kawan.

Sedang khusyuk dia menatap gambarnya bersama Ain, tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar.

"Airil?"

"Ha..? Ye, bu?"

Pantas ibu jari Airil menekan home button sebelum sempat ibunya melihat apa yang dilakukannya tadi. Hampir kantoi tadi, haih.

"Tolong ibu cuci bilik air luar. Lepas tu, kemas ruang tamu." Arah Puan Dina.

"Tapi ibu.. bilik air dah memang bersih dah kan? Ruang tamu pun elok lagi. Nak kemas apanya?"

"Bersih? Bila kali terakhir cuci bilik air?"

"Err... dua minggu lepas?"

"Ha, bersih apa kau? Pergi cuci cepat! Tolong sikit buat kerja."

Puan Dina keluar setelah memberi arahan kepada anak sulungnya itu. Airil mengeluh perlahan bila pintunya dibiarkan terbuka saja.



Ish, ibu ni. Ni aku tak suka bila orang nak datang rumah. Kemas rumah macam orang tu nak beli pulak rumah ni. Lepas tu, biar pintu ternganga lagi.





~~~~





"Tu bawah sofa tu, vakum betul-betul. Langsir tolong kibas-kibas sikit."

Dah macam manager rumah mengarah bibik buat kerja dah Puan Dina ni.

"Ibuuu... bawah sofa ni bukannya orang nampak pape pun. Biar jelah."

"Eh, jangan nak complain sangat. Buat kerja! Amboiii, suruh buat kerja sikit, dah banyak songeh. Nanti bila ibu takde, takkan nak kejut ibu dari kubur, suruh kemas rumah, masak semua?"

Airil mendengus dalam diam mendengar kata-kata ibunya.



Orang complain sikit, dah cakap pasal mati. Tak habis-habis macam tu.



"Tapi Ain bukannya kisah sangat pun pasal rumah ni. Dia datang nak belajar je." Kata Airil, cuba memujuk ibunya.

Gila ke apa nak kemas rumah besar ni sendirian?

"Ehhh, Ain nak tinggal sini kan? Bukan sehari, bukan dua hari. Sebulan tau. Kenalah bagi tetamu duduk dalam keadaan selesa. Dah dah dah, cepat vakum tu. Lepas ni tingkat atas pula. Vakum setiap bilik tau."

Puan Dina berlalu pergi naik ke tingkat atas untuk mengemas bilik tetamu.




Haish, kenapalah aku seorang je yang kena buat kerja? Kalau ada ramai adik-beradik kan best.




Airil oi.. kalau adik-beradik ramai, tapi semua tak berguna, sama aje.





Selesai vakum satu kawasan rumah di tingkat bawah, Airil mencabut plag lalu menekan butang yang memasukkan wayar ke dalam badan vakum tersebut. Dia mengangkat vakum itu ke tingkat atas lalu mengemas di kawasan tersebut pula.




Ya Allah, kenapalah besar sangat rumah aku? Penat weh, nak kena vakum sampai lima bilik! Tingkat bawah pun luas. Haihhh, sabar Airil. Jangan mengeluh!





~~~~





Puan Dina mengemas bilik tetamu iaitu bilik di sebelah bilik tidur Airil. Asalnya bilik ni bilik lebih untuk adik-beradik Airil. Tapi dah Airil tiada adik-beradik ramai, jadikan bilik tetamu sajalah. Takkan nak biar Wawa yang berumur lima tahun itu tidur sendirian dalam bilik? Semestinya kanak-kanak tersebut tidur dengan ibu dan ayahnya. Bilik tetamu tu pula dah lama tak digunakan. Jadi berhabuk sikit bilik tu.






Waktu malam tiba...

Puan Dina duduk bersebelahan suaminya yang sedang menonton TV di ruang tamu. Wawa sedang bermain dengan mainannya di atas tikar puzzle ABC di hadapan mereka. Airil pula sedang belajar di dalam biliknya. Sunyi saja rumah itu.

"Ayang, kawan Airil, Si Ain tu nak datang tinggal sini. Boleh kan?" Puan Dina memulakan perbualan.

"Tinggal sini untuk apa?" Tanya Encik Suhaimi pelik.

"Yelah... SPM dah dekat kan? Dia nak minta tolong Airil ajarlah. Takdelah nak kena ulang-alik dari rumah dia ke sini setiap hari."

"Oh, yang selalu datang sini lepas balik sekolah tu eh?"

"Ha'ah. Boleh eh?"

"Hm, boleh je. Tapi awak pantau sikit diorang tu. Takut buat benda tak senonoh pula."

"Eh, awak ni... takdenya diorang nak buat benda bukan-bukan. Saya percaya kat Airil. Dia takkan buat macam tulah."

"Yelah. Sampai SPM je kan?"

"Bukan... sampai habis SPM. Boleh eh, boleh eh?"

"Lamanyaaa. Free ke dia tinggal sini?"

"Ish, ayang ni. Itu pun nak berkira ke? Biarlah dia tinggal sini free pun. Apa salahnya?"

Encik Suhaimi tergelak kecil bila isterinya memukul lengannya lembut. Alalalaa~ sweetnya.

"Ye ye. Boleh boleh."

Senyuman Puan Dina melebar bila mendengar jawapan suaminya itu.

"Betul eh boleh?"

"Iyaaa.."

"Yes!" Puan Dina menarik tangannya setelah penumbuk dikepal.

"Yang awak happy sangat ni kenapa?" Soal Encik Suhaimi hairan.

"Takde apalah. Saya suka je bila Ain nak tinggal sini. Tak adalah sunyi rumah ni."

"Ohh~"

Encik Suhaimi kembali menonton TV bila tiada apa lagi yang hendak dibalas.





~~~~





Airil membaringkan dirinya di atas katil setelah penat mengulang kaji pelajaran. Keluhan berat dilepaskan. Penat menghadap buku sepanjang masa. Tak sabar dia nak tamatkan zaman persekolahan.

Tapi pada masa yang sama, berat juga hatinya nak tamatkan zaman ini. Yelah, dah banyak kenangan yang tercipta di sekolah. Lagi-lagi dengan kawan-kawannya.






Termasuk Ain.

Gadis itu merupakan wanita pertama yang rapat dengan dia selain ibu dan adiknya. Tiada pelajar perempuan lain yang berani bergaul dengan Airil disebabkan sifatnya yang sombong dan dingin.

Dia ingat lagi. Dia mendapat kelas yang sama dengan Ain semasa tingkatan empat kerana mereka masuk jurusan yang sama iaitu Sains tulen.





• Flashback •





Airil melangkah masuk ke dalam kelas 4 Usaha bersama pelajar lain dan cepat-cepat mengambil tempat duduk di hadapan. Senang nak fokus apa yang diajar oleh cikgu nanti. Hanif duduk di sebelahnya manakala Khairul dan Syafiq duduk di belakang mereka.

Setelah Ain menapak masuk ke dalam kelas bersama Farah, tanpa sengaja dia bertentang mata dengan Airil. Terpegun kejap dia.



Wait, what? Aku sekelas dengan budak sombong ni? Oh my god..

Hati Ain berbicara.

Dia pernah berjumpa dengan Airil sebelum ini semasa tingkatan satu dan tingkah laku Airil terhadapnya pada ketika itu membuatkan dia benci akan lelaki itu walaupun baru pertama kali berjumpa.



Perempuan ni lagi? Ugh, takde kelas lain ke kau nak duduk? Sini juga kau masuk.

Bisik hati Airil, masih tak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh Ain padanya dahulu.

Sudah hampir tiga tahun berlalu pun dia masih ingat lagi akan perkara yang terjadi semasa tingkatan satu dahulu. Bukannya dia berdendam, cuma... entahlah. Dia tak suka gadis tersebut.

Ain berjalan bersama Farah dan duduk di tempat duduk agak belakang. Bukan belakang sekali tapi bahagian belakanglah. Boleh makan senyap-senyap nanti hahaha.

Jarang sekali Airil dan Ain berbual antara satu sama lain. Kalau bersuara pun, bila perlu saja. Dia punya jarang tu, macam tak pernah langsung.





• End of flashback •





Apa sebenarnya yang terjadi semasa tingkatan satu? Hmm...





Ting!

Iphone X Airil berbunyi menandakan seseorang menghantarnya mesej. Tangan Airil meraba-raba di sebelahnya bagi mencari di mana telefonnya terletak. Dapat saja telefon, dia menghidupkannya.





Ain: oi, mak kau kata boleh ke?





Jari Airil mula menaip setelah membaca mesej Ain.





Mak aku kata boleh





Tersenyum lebar Ain membaca mesej Airil. Bersinar matanya.





Ain: SERIUSLAH?? KAU TAK TIPU KAN?

Ye

Ain: SKDHSJHSJS OKAY

Ain: bila saya boleh tinggal sana eh? ☺️☺️☺️

Besok dah boleh la kot

Ain: jangan kot kot weh. Betul-betul la

Fine

Besoklah

Ain: OKAY

Ain: I PACK BAJU MALAM NI K

Ain: BYE, GUDNITE AIRIL MUAH SAYANG KAU 💓💞💕💗💝💗💖💘💓💖💗💕💝

Bye





Bibir Airil tanpa sedar mengukirkan senyuman ketika membaca mesej Ain.


Perempuan memang suka mesej sweet-sweet atau Si Ain ni yang gatal sangat? Haih, confused aku.





~~~~





Ain meletak telefonnya di atas katil dan segera bangun lalu mencapai bagasi berwarna maroon di tepi almari bajunya. Dia mula mengemas barang-barangnya.

Setelah beberapa minit berlalu...

"Sikat, baju sekolah, berus gigi, sabun, shampu, selimut, bantal, telekung... hm, apa lagi eh?" Gumam Ain sendiri.

Tiba-tiba, Puan Liza melangkah masuk ke dalam biliknya. Beliau melihat Ain yang sedang menyusun pakaian di dalam bagasi.

"Amboi, Ain. Bawa yang perlu je. Jangan bawa melebih. Kau tu nak tumpang rumah orang je. Bukan pergi melancong." Pesan Puan Liza.

"Ye ma.. ye. Ain tahulah." Ain ketawa kecil mendengar mamanya mengomel.

"Hm... tak dapat mama nak buat breakfast untuk Ain masa SPM nanti."

"Eh, apa pula? Hari-hari mama siapkan sarapan masa Ain nak pergi sekolah kan?"

"Itu hari sekolah biasa. Ini SPM. SPM ni lain."

"Ahahah, ye ye je mama. Takpe, nanti setiap malam Ain video call mama ya? Tak adalah mama bosan nanti kan?"

"Hm yelah. Tak payah pun takpe. Ain kena belajar elok-elok. Nanti mama nak tengok Ain naik stage ambik slip SPM tau."

"Insha-Allah. Mama jangan letak harapan tinggi sangat kat Ain. Ain sendiri pun takut sebenarnya ni."

"Mama faham. Mama dulu pun result bukannya elok sangat pun. Tapi sekurang-kurangnya lulus SPM. Bersyukur jelah dengan apa yang kita dapat."

"Okey, mama~ Ain takkan kecewakan mama lagi. Hohoho."

"Gelak.. gelak.. kau ni tak pernah serius masa bercakap."

Ain tersengih. Dia sambung mengemas pakaiannya ke dalam bagasi. Memandangkan tempoh masa dia tinggal di rumah Airil selama sebulan lebih, kenalah banyak pakaian yang dibawa.

"Nanti sunyi rumah ni takde Ain. Along dah tinggal kat rumah sendiri. Abang kau pula dah sambung semester baru. Papa pun kerja. Tinggal mama seorang-seorang." Mama bersuara lagi. Macam tak mahu lepaskan anak dara dia yang seorang tu.

"Alah, mama ni. Ain pergi rumah orang je. Bukan melancong pun hahahah. Sebulan je Ain duduk sana. Nanti Ain baliklah lepas SPM."

"Sebab sebulan la mama sedih. Lama betul."

Terharu Ain mendengar ayat Puan Liza. Walaupun dirinya sering dimarahi, mamanya tetap sayangkan dia. Pernah juga terdetik di hatinya sama ada mama dia betul-betul menyayanginya atau tidak kerana asyik dimarahi saja.

Tapi sekarang, tengoklah. Puan Liza susah pula ingin membiarkan anak perempuannya tinggal berasingan rumah.

"Ni baju Ain. Nanti simpan dalam almari."

Baju-baju Ain diletak di atas katil oleh Puan Liza.

"Okey~"

"Besok Ain pergi rumah Airil pukul berapa?"

"Masa Ain nak belajar dengan dia nanti, Ain terus pindahlah. Pukul dua macam tu."

"Ohh.. okey."

Puan Liza melangkah keluar dari bilik Ain dan menutup pintu bilik rapat.

Selesai mengemas barang-barang, Ain menghempas dirinya di atas katil. Excited nak masuk hari esoknya.





~~~~





Keesokan harinya, di sekolah...

Waktu balik tiba.

Airil berjalan menuju ke motosikal besarnya yang terletak elok di tempat letak kenderaan pelajar. Dia menyarungkan helmet dan menghidupkan enjin motor.

"Babai Airil~! Jumpa nanti k!" Tegur Ain yang sedang berjalan bersama Farah menuju ke pagar utama.

Airil tidak membalas apa-apa sebaliknya cuma memandang Ain sekilas dan mula menunggang motornya keluar dari kawasan sekolah.




Sebulan je, Airil.. lepas tu kau bebas.





~~~~





Kereta Encik Naem berhenti di hadapan rumah banglo Airil.

"Yeayyy~ dah sampai. Hehe, nanti dah habis SPM, Ain balik k?"

"Okey. Nak papa ambil ke?"

"Erm... mungkin Ain minta Airil tolong hantarkan kot. Papa bolehlah rehat. Hee.."

"Yelah. Dah, pergi masuk."

"Okey~"

Ain melangkah keluar dari kereta diikuti Encik Naem. Bagasi dan sebuah lagi beg besar dikeluarkan dari bonet kereta oleh Encik Naem. Beg sekolah yang berisi buku-buku rujukan dan buku latihan di dalamnya di galas oleh Ain.



Ting tong!

Loceng rumah ditekan oleh Ain.

Airil melangkah keluar dan membuka pagar untuk gadis itu dan Encik Naem.

"Assalamualaikum, pak cik." Airil menyalam Encik Naem.

Ain pula memandang dengan senyuman mengejek. Tahu aje dia yang Airil tak suka bersosial, lagi-lagi dengan orang yang tak rapat dengannya.

Jejaka itu cuma mengabaikannya.

"Waalaikumusalam. Airil kan?"

"Ha'ah, saya Airil."

"Ha, tolong tengok-tengokkan dia tau. Ain ni degil orangnya. Setiap kali nasihat je, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri."

Melopong mulut Ain mendengar kata-kata papanya.

"Papaaa, mana adaaa!"

"Ceh, papa tahulah kau macam mana. Dari kecil sampai ke tua, asyik kena ikut kepala dia je."

"Kan, pak cik. Saya banyak kali nasihat dia, dia pergi marah saya balik." Airil bersuara.

"Eh, engkau nasihat apa? Marah aku adalah."

"Dah aku cakap elok-elok, kau tak nak dengar. Marah jelah."

"Kau mana pernah cakap elok-elok kat aku."

"Adaaa.. kau yang degil nak mampus."

"Bila? Bila??" Suara Ain meninggi.

"Dah dah, sudah. Baru sampai ni Ain. Nanti kang orang suruh balik pulak, bising-bising ni."

Ain mencebik bila papa dia mempertahankan Airil. Nampaknya Encik Naem lebih mempercayai jejaka itu berbanding anaknya sendiri hahaha.

Mereka bertiga melangkah masuk ke halaman rumah dan berdiri di depan pintu masuk. Puan Dina sudah pun berada di muka pintu, mendengar perbualan mereka semua.

"Eh encik, err.. jemput masuk. Saya buatkan air eh?" Pelawa Puan Dina kepada Encik Naem.

"Eh, takpe takpe. Saya nak pergi kerja lepas ni. Ni pun tolong angkatkan beg Ain je."

"Oh, okey. Bawa kereta elok-elok." Pesan Puan Dina.

Encik Naem mengangguk sambil tersenyum manis lalu meletakkan beg besar Ain di depan pintu. Bagasi pula ditarik oleh Ain sendiri.

"Dah. Belajar elok-elok Ain. Jaga adab tu. Jangan buat benda bukan-bukan." Nasihat papa Ain.

"Ya, papa~ Ain tahulah nak buat apa. Ain dah besar k?"

"Dah besar pun still manja." Airil menyampuk.

"Eh, engkau diam. Eee, geramnya aku."

"Papa pergi dulu." Ucap Encik Naem dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan anaknya.

Ain menyambutnya dan tersenyum. Airil turut menyalam papa Ain sebelum beliau berjalan menuju ke pagar luar.

"Bye papa~!"

Tersenyum Encik Naem melihat anak perempuannya yang melambai ke arah beliau lalu beliau menapak masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.

Airil mengunci pagar luar setelah kereta Encik Naem hilang dari pandangan.

"Hi aunty~ sorry.. Ain nak kena tinggal lama sikit kat sini hehe." Ain menyalam Puan Dina.

"Eh takpe... nak tinggal terus pun aunty tak kisah."

Ain ketawa kecil mendengar gurauan ibu Airil.

"Jangan macam tu, aunty. Saya ni orang luar je kan? Hahaha."

Airil di sebelah cuma memaparkan riak wajah tak berminat.

"Ha, sebab kau orang luar, kau kena tidur kat luar." Kata dia selamba dan tak pasal-pasal lengannya dipukul ibunya. Terkejut pemuda itu.

"Cuba baik sikit bahasa tu. Kerja nak sakitkan hati orang je. Dengan adik pun macam tu." Tegas suara Puan Dina pesan.

Ain tergelak kecil melihat Airil yang mengusap lengannya yang dipukul dengan muka cemberut.

"Ibu ni.. dia tetamu je pun. Dah layan macam anak sendiri pula." Kata Airil menyampah.

"Ehh biarlah. Kan ibu dah kata, ibu suka Ain ni. Cantik, baik pula tu."

Ain menjongketkan sebelah keningnya pada Airil mendengar pujian daripada Puan Dina. Airil pula hanya membalas dengan jelingan.

"Hehehe, aunty ni. Jangan puji melebih. Malu saya."

Puan Dina ketawa kecil melihat gelagat Ain.



Malulah sangat. Dah kembang tu, cakap jelah.

Desis hati Airil.

"Dah dah, jom masuk. Buat macam rumah sendiri ya? Airil, pergi tunjuk bilik Ain kat mana."

"K.."

Mereka bertiga pun masuk ke dalam rumah. Puan Dina sudah berjalan ke hadapan meninggalkan Ain dan Airil di belakang. Beliau ke dapur bagi menyiapkan masakan untuk dihidangkan nanti.

"Eh, tolonglah angkatkan beg ni." Arah Ain.

"Kau ada tangan kan? Dah kenapa nak suruh aku angkatkan?"

"Aku tetamu kan? Hak alah..."

"Engkau pikir ni hotel? Ada pekerja nak angkatkan beg kau? Ha?? Angkat sendirilah!"

Tergelak Ain melihat Airil menahan geram.

"Yelah yelah. Halah, kau ni... gurau sikit pun nak marah."

Mereka berdua teruskan perjalanan dan menaiki tangga ke tingkat kedua.

"Uhui~ dapat juga tinggal kat rumah banglo hohoho." Ain berkata sendiri.

"Gila. Naiklah cepat." Airil teruskan mendaki tangga.

"Weh, tolonglah angkatkan beg ni. Takkan aku nak angkat dua-dua? Berat do. Dengan beg sekolahnya lagi."

"Eish, yelah yelah."

Airil pun membantu Ain untuk mengangkat bagasi Ain yang berwarna maroon itu.

"Berat gila sia. Kau bawak apa ha?" Soal Airil sambil mengangkat bagasi Ain.

"Aku bawak mayat." Selamba Ain menjawab.

Airil cuma mengabaikannya. Orang tanya betul-betul, dia boleh main-main pula.



"Kau tinggal sini, ada dua peraturan yang kau kena ikut." Airil bersuara sambil kaki masih mendaki anak tangga.

Dahi Ain automatik berkerut sebaik sahaja telinganya mendengar kata-kata pemuda itu.

"What the heck- peraturan? Ya Allah, duduk sekolah ada peraturan, duduk rumah ni pun ada peraturan ke?"

"Yelah. Kau jangan ingat mak aku suka kau, kau jadi tetamu special eh? Memang taklah."

"Ish, pape jelah. Apa peraturannya?"

"Pertama, kau jangan sesekali masuk bilik aku. Sekali kau langkah masuk bilik aku, aku suruh kau balik rumah kau. Aku tak kira." Tegas Airil berkata.

"Eleh, ada apalah agaknya dalam bilik tu sampai ugut-ugut orang. Kau simpan perempuan eh?"

"Kau jangan nak tanya macam-macamlah, ikan. Ini namanya privacy. Hormat sikit privacy orang."

"Yelahhh, aku tak masuk."

"Kedua, kau jangan buat rumah ni macam rumah sendiri. Aku tengok kau makan atas sofa atau tempat lain selain meja makan, siap kau eh."

Rasa nak carut saja Ain mendengar peraturan yang disampaikan oleh Airil.




Aku baru sampai sini kot. Kau dah bagi peraturan macam aku ni nak rompak rumah kau pula.

Gumam Ain dalam hati.

"Makan atas sofa pun tak boleh ke?"

"Tak boleh. Nanti kotor-kotor semua, aku yang kena bersihkan."

"Hm yelahhh. Senang aje."



Mereka berhenti berjalan di hadapan sebuah bilik. Airil menarik tombol pintu ke bawah dan menolak daun pintu ke dalam.

"Ni bilik kau. Bilik mak ayah aku kat depan situ."

Airil menuding jari ke arah sebuah bilik. Ain pun mengangguk.

"Bilik kau yang mana?" Tanya gadis itu.

"Bukan kau dah tahu ke?" Soal Airil mendatar.

"Erm... lupa. Sebab banyak bilik ni. Confused aku yang mana satu. Heheh."

Airil hanya diam mendengar ayat Ain. Dia menoleh memandang ke sebuah bilik bersebelahan bilik Ain dan menuding jari ke arah bilik tersebut.

"Bilik aku yang tu. Kau JANGAN. Jangan masuk."

Airil memandang Ain tepat ke dalam anak mata wanita itu. Wajahnya dengan Ain berjarak beberapa inci saja. Kaku Ain dibuatnya. Matanya membalas pandangan Airil lalu cepat-cepat dia mengangguk. Suasana menjadi senyap dan janggal seketika.

















"Airil! Ain! Turun cepat, meh makan!" Kedengaran suara Puan Dina dari tingkat bawah.

Terus mereka berdua memutuskan pandangan masing-masing. Entah kenapa jantung Airil berdegup laju saat matanya merenung mata Ain tadi. Dia meraup rambut ke belakang, cuba menyorok perasaan malunya sebelum melangkah turun ke tingkat bawah.

Ain masih terpaku.





What the heck just happened? Oh my god...



Pantas kaki gadis tersebut melangkah masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup rapat.





❤️❤️❤️

Yep, diorang tinggal sebumbung. Lagi senang nak belajar sama-sama. Sebelum ni diorang belajar sama-sama 2 jam saja sehari. Daripada pukul 2 petang sampai 4 petang kan? Kali ni lagi banyaklah masa diorang boleh luang untuk belajar sama-sama ehek 😙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro