41 • His other side

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Balik saja dari sekolah, Ain dan Airil masuk ke dalam bilik masing-masing dan membuat apa yang patut. Mandi, pakai baju bersih dan menunaikan solat fardu Zuhur. Selesai itu, mereka makan tengah hari bersama sebelum masuk ke bilik belajar untuk mengulang kaji pelajaran.

"Weh, kau rasa patut ke aku potong rambut aku?" Ain memulakan perbualan sewaktu mereka sedang membuat kerja rumah bersama.

Dia bermain dengan rambut depannya yang sudah panjang melabuhi wajahnya sehingga ke dagu sambil melihat imej dirinya pada skrin telefon dalam aplikasi kamera.

"Nak potong buat apa?" Tanya Airil sambil memandang Ain hairan.

"Sebab dah panjang la, aduhhh... itu pun nak tanya? Tak nampak ke rambut aku dah panjang sampai dada ni? Ha? Buta eh??"

Airil menjeling Ain bila wanita itu menyindirnya. Orang tanya baik-baik, dia nak marah pula.

"Panjang la lawa. Aku lagi suka kau rambut panjang." Ayat tersebut keluar dari mulut Airil tanpa sedar.

Dia terdiam bila sedar akan kata-katanya tapi cuba beriak tenang. Ain pun agak terkejut mendengar pujian daripada Airil.

"Ye ke? Aww, awak ni janganlah macam ni. Malu saya ahahah. Thank you~ okeylah, kalau awak suka, saya simpan rambut saya biar panjang k? Just for you." Mula dah sisi gatal Ain ni.

"Gila."

Airil sambung membuat latihan Matematik Tambahannya mengabaikan Ain yang sudah ketawa mengejek. Gadis itu mengeluarkan cermin mata bulatnya dari dalam kotak kaca mata lalu memakainya.




Pap!

Kotak kaca mata tersebut ditutup secara mengejut menghasilkan bunyi yang kuat sekaligus memeranjatkan Airil di sebelah. Tergelak Ain melihat lelaki itu tersentak lalu Airil pun memandangnya tajam.

"Eyy dia ni. Kejap pakai spek. Kejap tak pakai spek. Apasal tak pakai je terus? Menyampah pulak aku dengan kau ni." Ujar Airil geram. Malu pun ada bila memikirkan bagaimana cara dia tersentak tadi.

"Aku pakai bila aku nak je hahah. Insecure la nak pakai spek depan orang lain. Selalunya aku pakai dalam kelas sebab tak nampak. Aku duduk belakang kan? So yea.."

"Nak insecure apanya? Pakai spek je pun."

"Rasa peliklah bila baru pakai ni. Aku baru dapat spek masa form four sebenarnya. Macam budak nerd pun ada tau bila pakai."

"Ha ye, nerd versi bodoh. Ek?"

"Tch, diamlah kau. Ada je nak sakitkan hati aku." Balas Ain dengan kening bertaut.

Airil melepaskan dengusan tawa saja. Memang sengaja dia nak sakitkan hati wanita di sebelahnya itu. Dah macam rutin harian dia dah.

"Kau rabun jauh la ni?" Tanya lelaki itu.

"Yep, tapi power spek aku tak tinggi sangat pun. Sebab tu aku masih boleh nampak even though tak pakai."

"Habis tu apasal pakai sekarang? Kau boleh nampak kan?" Airil bertanya lagi. Pelik dia dengan Ain ni.

"Kan aku dah kata. Aku pakai bila aku nak. Suka hatilah. Lagipun, aku rasa comel pulak pakai spek ni. Hehe."

"Kejap rasa insecure, kejap rasa comel. Tak faham aku dengan perempuan." Kata Airil dan sambung membuat kerjanya sambil menggeleng perlahan.

"Hahahah. Kau kena faham. Perempuan ni special k. Mood boleh berubah-ubah. Tak macam kau. Sombong memanjang."

"Tch, aku dah kata kan aku tak sombong. Ish." Airil memandang Ain tak puas hati. Tak suka bila digelar sombong lagi.

"Eh, marah ke bang? Hahahah. Takdelah. Sekarang kau dah tak sombong dah. Dulu je teruk bebenor."

"Dah la, diam. Kau nak sembang, pi sembang seorang-seorang kat luar. Aku nak buat kerja ni." Ujar Airil seraya matanya membaca soalan seterusnya yang bertopik Integration.

Ain cuma memandang lelaki itu. Tersenyum sinis dia melihat Airil yang sedang menulis jalan kerja bagi soalan tersebut.

"Susah keee?" Soal gadis itu sinis.

"Tch, jangan kacaulah." Balas Airil tanpa menoleh.

Ain hanya tertawa kecil dan sambung membaca buku rujukan Pendidikan Islam bahagian Sirah.

Untuk pengetahuan semua, Ain dah drop subjek Matematik Tambahan sebab dia memang tak boleh nak terima ilmu subjek ini. Kalau Matematik Moden pun dah susah, apatah lagi Matematik Tambahan? Konsepnya lebih sukar dan complicated daripada Matematik Moden.





~~~~





Sedang Airil bermain dengan kucing-kucingnya di halaman rumah, Ain naik ke tingkat atas untuk masuk ke biliknya. Tiba-tiba, timbul idea nakal dalam fikiran wanita itu. Tergerak hatinya ingin memasuki bilik Airil memandangkan dah ada peluang. Takkan nak tolak pula kan? Hehehe.


Apalah yang disoroknya sampai takmo kasi orang masuk bilik dia. Kalau perempuan yang tak kasi, aku fahamlah. Ini lelaki. Ada apa je dalam bilik tu?

Hati Ain berbisik.

Tombol pintu bilik Airil perlahan-lahan ditarik ke bawah lalu Ain menjenguk ke dalam. Deria pertama yang bertindak balas ialah deria baunya. Hidungnya menangkap bau yang dikenalinya.

"Mm... wanginya." Kata Ain sendiri.

Matanya memandang sekeliling bilik Airil. Lebih luas berbanding bilik dia. Mungkin sebab bilik Ain ada bilik air sendiri, jadi memakan ruang sikit.

Kemas saja bilik Airil. Bantal disusun, selimut dilipat, perabot seperti katil dan sofa kecil terletak elok di posisi sendiri. Cuma yang tak kemasnya...

Meja belajar.

Berselerak dengan buku-buku rujukan. Beberapa buku latihan masih dibiarkan terbuka. Kagum Ain melihat kesungguhan Airil.



Macam manalah otak dia boleh simpan banyak sangat ilmu? Aku takleh do. Hari ni belajar, kalau tak ulang kaji, memang terus lupa.




Mata Ain terpaku pada lilin pemberiannya kepada Airil bulan lepas. Dia mencapainya.

"Dah separuh dah? Wah~ dia memang guna lilin yang aku bagilah. Hohoho sukalah tu." Gumam Ain tersenyum.

Rupa-rupanya bau bilik Airil adalah daripada lilin tersebut. Dia selalu menggunakannya sebelum dia ingin mula belajar.

Ain berjalan pula menuju ke almari baju Airil yang besar itu. Pintu almari ditolak ke tepi sehingga terbuka luas. Ternganga dia melihat isi dalam almari tersebut. Banyak baju serta seluar dilipat rapi dan ada juga yang digantung kemas. Terdapat kasut-kasut yang tersusun di rak bawah almari. Ada juga laci-laci di dalam almari tersebut bagi menyimpan barang-barang lain.





Bapak dia... ni kalau aku guna almari dia buat kedai baju pun dah boleh dah ni.




Beberapa hoodie Airil yang tergantung elok di depan Ain dipandang lalu satu hoodie berwarna putih dicapai oleh gadis itu.

"Wow~ I like this one." Gumam Ain sambil tersenyum suka.

Dia melekap hoodie tersebut pada dirinya seperti mengukurnya pada tubuh sambil memandang pantulan dirinya pada cermin. Agak besar dari saiz tubuh badannya. Bibir Ain masih mengukirkan senyuman.

"Airil, aku pinjam satu hoodie kau k. Masheh." Ujarnya sendiri.

Macam Airil dekat situ pula.

Pintu almari ditarik semula bagi menutup almari lalu cepat-cepat Ain keluar dari bilik Airil dan memasuki biliknya.





~~~~





Airil memasuki biliknya setelah memberi kucing-kucing serta ikan peliharaannya makan. Dia menutup pintu bilik rapat dan menghempas tubuhnya di atas katil. Fikirannya memikirkan Hari Peperiksaan SPM yang akan tiba kurang dari seminggu lagi.

"Haih... ya Allah, lagi enam hari." Gumamnya lalu meraup wajah perlahan.

Dia bangun dan berjalan ke meja belajarnya untuk sambung membuat latihannya yang tergendala tadi. Matanya melihat lilin pemberian Ain yang terletak di atas buku rujukan Fizik. Berkerut dahinya melihat kedudukan lilin tersebut.





Bila masa aku letak sini? Aku letak kat tepi meja kan?

Hati Airil tertanya-tanya.









Wawa masuk bilik aku lagi ke?

Tanya hatinya lagi.

Dia cuba menepis segala persoalan lalu membawa lilin tersebut menuju ke almari bajunya untuk mengeluarkan lighter. Sekali lagi dahinya berkerut melihat almari bajunya yang tidak tertutup rapat. Dia pasti yang dia sudah menutupnya dengan rapat sebelum keluar tadi kerana Airil memang tak suka biar pintu terbuka.





Sah, ada orang masuk bilik aku. Takkan Wawa kot? Dia kalau masuk, mesti akan ambil lilin tu bawa keluar. Tapi kali ni tak pulak.

Habis tu, takkanlah... Ain? Aku dah bagi dia amaran, jangan masuk.





Pelik Airil memikirnya. Lagi sekali, dia menepis persoalan di fikirannya.

Pintu almari ditolak ke tepi lalu dia mencapai lighter di dalam laci yang terdapat dalam almari itu. Setelah menyalakan lilin, dia menyimpan lighter dan menutup almari semula. Langkah disusun ke meja belajar lalu lelaki itu mula mengulang kaji pelajaran.





~~~~





"Eh, ibu dah siap masak ke? Alaa.. tak sempat nak tolong. Sorry..." ucap Ain sambil berdiri bersebelahan Puan Dina yang sedang menghidang makanan itu.

"Takpelah, Ain. Ibu tak kisah pun Ain tolong ke tak. Ni dah nak makan malam dah ni. Pergi panggil Airil turun makan. Ibu nak sediakan air."

"Okey, tapi Ain nak tengok Wawa kejap. Buat apa dia kat belakang sofa tu?"

"Yelah."

Puan Dina melangkah masuk ke dapur semula manakala Ain berjalan menuju ke belakang sofa dan mendapati Wawa sedang memberi Chomot makan gula-gula.

"Wawa! Apa niii..!"





~~~~





Airil mencapai botol airnya dan meneguk air kosong. Tanpa sengaja botol tersebut terlepas dari pegangannya dan terjatuh lalu air pun tumpah membasahi bajunya. Nasib baiklah dia sudah menutup buku rujukan dan mengemas sedikit mejanya. Tak adalah basah sangat muka surat di dalam.

"Aish... time ni jugaklah kau nak tumpah." Marah Airil sendiri.

Dia bangun dan mencapai tuala kecil untuk mengelap meja dan lantainya yang basah. Kemudian, dia menanggalkan baju untuk menyalin pakaian lain. Tangannya menolak dari satu ke satu baju yang tergantung itu, mencari baju pilihannya. Dia tersedar sesuatu.





Mana pergi hoodie putih tu?

Hatinya bertanya sendiri.





Heih... pelik? Ada pencuri ke sia dalam rumah ni?





Dia teruskan mencari di setiap laci dan ruang dalam almarinya.






Ibu basuh ke? Tapi aku dah kata tak payah.. kalau aku nak basuh, nanti pandai-pandai la aku campak dalam mesin basuh.

Habis tu takkan hilang kot? Aku simpan elok-elok depan ni hari tu.





Sedang dia mencari, tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar oleh seseorang.

"Airil, ibu panggil suruh- ahhh!!"

Cepat-cepat Ain berpusing belakang dan menekup mulutnya. Terkejut dengan apa yang matanya baru lihat tadi.

"Kau kenapa masuk bilik orang tak ketuk pintu?!" Herdik Airil yang tidak bersarung baju itu. Dia menutup tubuhnya dengan baju yang dipilihnya tadi.

Wrong timing betul Ain ni nak masuk, haih.

"Sorry sorryyyy! Ibu suruh panggil makan, aku panggillahhh." Balas Ain dengan pipi yang membahang.

"Nanti aku turunlah. Ish, keluar keluar! Menyemak sia!"

Tubuh Ain ditolak kasar oleh Airil lalu pintu bilik dihempas. Terhinjut bahu gadis itu dibuatnya.

Wanita itu melepaskan nafas lega. Dia cuba untuk melupakan apa yang dilihatnya tadi tetapi fikirannya asyik memutar kembali situasi di mana tanpa sengaja dia melihat dada bidang Airil yang berkulit sawo matang itu.




Fuh, mata suciku... okey, boleh tahan la body dia. Dia nampak hot tanpa baju. Hampir tergoda aku.

Okey, tak tak.





~~~~





Setelah menyarungkan hoodie berwarna merah, Airil melangkah keluar dan turun ke tingkat bawah. Kelihatan Ain sedang bermain dengan kucing bersama Wawa. Ain yang perasan akan kehadiran Airil terus memandang lelaki itu. Namun, dia dibalas dengan jelingan tajam.

Dalam hati, Airil sedang menahan malu bila teringatkan situasi di biliknya tadi. Tak pasal-pasal tubuh sasanya dilihat seorang wanita bukan mahram.



Ya Allah, sumpah malu.

Desis hatinya.

"Amboi, main jeling-jeling pula dia. Bukan salah aku pun. Engkau yang tak kunci pintu." Kata Ain.

"Tak kunci pintu? Weh benda sekarang ni, kau tu nak masuk bilik orang. Sebelum masuk, ketuklah pintu dulu. Takkan tu pun nak kena ajar?" Marah Airil.

"Eheheh sorry sorry."

"Sorry.. sorry.. tu je kerjanya."

Airil mengerling pada Ain lalu melabuhkan punggung di atas sofa menghadap TV yang memaparkan drama pukul tujuh. Ain pun duduk di sebelahnya membuatkan lelaki itu memandangnya pelik. Apabila pandangan Airil jatuh pada baju yang dipakai Ain, dia perasan sesuatu.

"Ni baju kau ke?" Soalnya tiba-tiba.

Ain terdiam kejap.

"Em.. bajuuu... kaulah." Jawabnya perlahan.

"Bila kau ambil? Apasal kau ambil baju aku? Dah takde baju sendiri nak pakai? Ha?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Ain.

"Aku memang suka pakai baju orang pun. Hee.. kat rumah pun, aku pakai baju abang aku kadang-kadang."

"Kau ni macam-macamlah. Bagitahu aku bila kau ambil baju aku ni?"

"Erm... tadi masa kau tengah main dengan kucing kau." Jawab Ain perlahan tetapi riak wajah tak bersalah ditayangkan.

"Melampau kau eh, perempuan? Kau faham tak maksud privacy? Suka hati je masuk bilik orang. Kau bukak baju ni!" Hoodie yang dipakai Ain ditarik oleh Airil.

"Eh ehhh! Amboi kau, jangan jadi pervert sangat. Aku tak pakai baju kat dalam woi."

"Kau dah kenapa ha baju orang pun nak pakai? Aku tak kira, besok aku nak balik hoodie aku ni bersih macam asal. Aku tak nak ada sikit pun bau badan kau." Airil berkata tegas.

"Kenapa ni, Airil? Tak habis-habis bergaduh." Tanya Puan Dina yang baru saja keluar dari dapur bersama satu jag jus oren segar.

Tak segar pun sebenarnya. Bancuh pakai Sunquick aje hahaha.

"Dia ni pakai baju Airil, ibu!"

"Mana ada! Ni Ain punyalah. Sama design dengan dia punya."

"Kau takyah nak reka cerita la. Habis tu ke mana hoodie putih aku dalam almari tu? Lenyap tiba-tiba."

"Manalah aku tahu." Ain membuat muka tak bersalah lagi.

Puan Dina yang mendengar pun tak tahu nak percaya siapa.

"Aku serius ni weh." Ujar Airil dingin.

Melihat wajah serius lelaki itu membuatkan Ain tergelak kecil.

"Yelah.. ni baju dia, ibu. Ain pinjam." Kata Ain kepada ibu Airil.

"Pinjam kepala otak kau. Apasal tak tanya dulu?" Marah Airil.

"Kalau aku tanya, kau nak bagi ke?"

"Memang tak la."

"Ha, that's whylah."

"Takpelah Airil. Biarlah dia pinjam pun, apa salahnya?" Ujar Puan Dina sambil menuang jus ke dalam gelas.

Airil memandang ibunya tak percaya.

"Ibu-"

"Assalamualaikum~" suara Encik Suhaimi kedengaran di pintu utama rumah.

"Waalaikumusalam. Ha, balik pun. Meh makan meh. Saya masak kari hari ni. Favourite awak."

"Ayah! Tengok Si Ain ni pi pakai baju Airil."

Airil mengadu pada ayahnya pula. Dah bila ibunya macam berpihak pada Ain.

"Pakai baju Airil? Maksud?" Encik Suhaimi memberikan pandangan keliru.

"Tengoklah niii. Hoodie Airil kan?"

Airil menarik hoodie yang dipakai Ain menyebabkan gadis tersebut terdorong ke tepi. Dia pun menjeling lelaki itu.

"Hoodie kau ke tu?" Tanya Encik Suhaimi kepada Airil membuatkan Ain tertawa.

Nampaknya ayah Airil pun macam tak sokong Airil.

"Ayah nihhh." Nada suara Airil kedengaran meleret.

"Ayah kau mana ingat sangat benda-benda kat rumah ni. Asyik fikir kerjaaaa je." Sampuk Puan Dina.

"Manalah ayah tahu. Tak pernah pun nampak hoodie tu." Encik Suhaimi melangkah mendekati mereka semua.

"Airil banyak kali pakai hoodie ni, takkan ayah tak perasan?"

"Nak perasan macam mana kalau kau asyik duduk berkurung dalam bilik? Dah la, ayah nak mandi."

Encik Suhaimi pun mendaki anak tangga ke tingkat atas menyebabkan air muka Airil mencuka.

"Sudahlah, Airil. Biarkan je dia. Tu berapa lama nak pegang Ain tu?" Soal Puan Dina.

Airil yang perasan dia masih memegang hoodie yang dipakai Ain terus menolaknya kasar.

"Eloklah sikit perangai tu... halah, kau niii. Dengan perempuan pun nak berkasar." Tegur Puan Dina.

"Tulah. Ish.." Ain menggosok lengannya yang ditolak kasar tadi.

"Banyak lagi hoodie yang kamu boleh pakai kan? Pakai jelah."

"Tak nak. Nak pakai yang ni."

"Habis tu buat apa beli banyak-banyak hoodie? Ada 13 kan dalam almari tu? Buat bazir je."

"Itu pakai hari lainlah. Hari ni nak pakai yang ni."

"Macam-macam la kau. Dah dah, meh makan."

"Tulah kau. Macam-macam. Aku tak tahu pula kau ni manja eh?"

"Merepek apa kau? Mana ada aku manja." Kata Airil bersama jelingan lalu dia pun bangun mengikuti Ain ke meja makan.

"Dah tu kenapa pasal hoodie pun nak marah-marah?"

"Sebab kau pakai baju akulah, hanat."




Pap!

"Aduh!" Lengan Airil dipukul oleh ibunya.

Pantas sebelah tangannya lagi menggosok perlahan lengannya yang ditampar.

"Mulut tu jaga sikit. Depan rezeki ni. Kau cakap tu dengan tetamu, tahu tak? Adab dengan tetamu belajar tak?"

"Ahahahah, Airil kena marah~ padan muka. Tulah... lain kali belajar tu jangan setakat pandai je. Kena amalkan jugak."

"Kau diamlah. Kau siapa nak ajar aku?" Airil mengerling Ain.

"Ibu, tengok anak ibu ni. Sombong betul. Mentang-mentang la budak pandai." Ain memandang Puan Dina yang baru saja duduk di sebelahnya.

"Biarkan dia, Ain. Ibu pun tak tahu belajar mana dia jadi sombong. Ikut ayah dialah tu."

Ain ketawa mendengar kata-kata ibu Airil. Lagi-lagi bila melihat reaksi Airil yang semakin cemberut mukanya.

"Adik, meh sini makan. Dah dah dah. Berhenti main dengan kucing tu. Meh makan." Panggil Puan Dina.

Wawa pun berjalan menuju ke meja makan dengan plastik gula-gula di tangannya.

"Jom basuh tangan dulu."

Puan Dina memimpin Wawa menuju ke dapur untuk mencuci tangan. Tinggal Ain dengan Airil di meja makan. Suasana senyap saja. Hanya bunyi daripada TV kedengaran.







"Oh weh, nak tahu tak? Tadiii... adik kau pergi bagi Chomot makan gula-gula." Kata Ain, membuka bicara.

Airil yang mendengar pula sudah terkejut.

"Seriuslah?" Pandangan tak percaya diberikan oleh lelaki itu.

Ain mengangguk.

"Siotlah adik aku niiii. Kang sakit pulak Si Chomot nantiii." Jejaka itu bangun dan mendapatkan Chomot.

"Dia bagi Chomot je ke? Yang lain tak bagi?" Soalnya dengan kening bertaut.

"Rasanya la... sebab aku tengok Cheetah lari bila dia bagi. Leo pula tak makan langsung. Alice entah ke mana. So maybe, yelah. Chomot je."

"Apasal kau biar? Kucing tak boleh makan benda bergula tau!"

"Aku dah halang dah. Tapi dia buat jugak."

"Eish, susah betullah ada adik. Baru seorang. Belum ramai lagi." Bebel Airil sendiri.

Ain hanya memandang pemuda itu dengan pandangan tak bersalah. Hari tu bukan dia yang nak sangat ke adik-beradik ramai? Sekarang complain pula ada adik. Hm :/





~~~~





Encik Naem dan Puan Liza sedang duduk di ruang tamu sambil TV di depan mereka menyala memaparkan movie orang putih. Kelihatan wajah Encik Naem agak serius manakala Puan Liza pula seperti dalam keadaan resah.

"Betul ke ni, bang? Macam lama sangat je." Tutur wanita itu.

"Betullah. Kita kena pindah bulan depan juga. Nanti call Ain. Cakap, lepas habis je last paper SPM, terus balik malam tu. Kita nak kena pack barang awal-awal supaya senang nanti nak uruskan rumah sewa." Jelas Encik Naem.

"Tak payahlah, bang. Nanti-nanti dulu. Tunggu dia habis SPM. Takut nanti dia stres fikir pasal pindah pula. Tak naklah kacau dia tengah fokus SPM tu."

"Hm, yelah. Kang tolong saya kemas-kemas rumah tau."

"Okey.."





~~~~





Ain sedang berbaring santai di atas katil sambil memandang kosong siling biliknya. Sedang berangan tu, teringat pula akan bekas kekasihnya, Faizz.




Haihhh, rindu Izz. How could you do this to me, Faizz? Hurm...

Sayu hatinya berbisik.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi pintu biliknya diketuk.

Tok tok tok.



"Ain, bukak kejap." Suara Puan Dina kedengaran di luar bilik.

Ain dengan malas bangun dari baring lalu membuka pintu biliknya. Kelihatan wajah Puan Dina di muka pintu.

"Kenapa, bu?" Soal Ain.

"Ain boleh sembahyang?"

"Err... boleh." Ain mengangguk.

"Dah sembahyang Maghrib ke belum?"

"Be..lum." Kepala digeleng perlahan oleh Ain.

"Ha kalau macam tu, jomlah solat berjemaah. Ibu tunggu kat ruang tamu eh?"

"Ah? S-solat berjemaah?"

"Yelah. Ambil wuduk, pakai telekung siap-siap."

"Err..."







Alamakkk, dah lama gila tak solat berjemaah. Last aku buat pun rasanya masa darjah berapa entah.. sebab papa selalu busy kerja je.





"Cepat siap eh? Ibu tunggu kat bawah. Daa~" Puan Dina melambai sekilas lalu zoop pergi.

Ain pun menutup pintunya rapat.




Adumakkk, nak kena pakai telekung depan Airil pula. Huhu seganlah. Muka aku dahlah nampak bulat bila pakai telekung.

Bisik hati Ain agak gementar.





~~~~





Kaki Ain perlahan-lahan melangkah turun ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu. Kelihatan Airil sedang membantu ayahnya membentangkan sejadah.

"Ha Ain, turun dah? Bolehlah kita mula." Puan Dina bersuara menyebabkan kepala Airil dan Encik Suhaimi automatik menoleh ke arah Ain yang berada di hujung tangga.

Gadis itu cuma tersenyum kekok. Sedaya upaya dia cuba berlagak tenang agar tidak kelihatan malu. Dia berjalan mendekati Puan Dina, mengabaikan Airil yang sedang memandangnya.

Airil dalam hati sedang menahan tawanya. Tak dapat dinafikan, Ain nampak comel semasa memakai telekung. Nampak kecil saja wanita itu walaupun berketinggian 160 cm.

"Comel Ain pakai telekung. Kan elok bertutup litup ni." Puji Puan Dina membuatkan Ain tersenyum lagi.

"Mana adalah, ibu." Ain menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Sumpah, malu depan Airil.

"MaNa aDaLah, iBu. Heleh, kau takyah nak malu-malu sangatlah. Sukalah tu kena puji kan?"
Sampuk Airil bersama pandangan mengejek.

"Eh, kau diam. Sibuk je menyampuk orang." Ain membalas pandangan Airil dengan jelingan.

"Kaulah diam. Dah la suka hati je masuk bilik orang. Lepas tu pakai baju aku. Mengada betul. Dah takde baju sendiri ke nak pakai?" Ujar Airil sambil turut menjeling.

"Ish, yelah yelah. Aku salah. Janganlah marah. Ugh."

"Sudah sudah. Korang ni nak sembahyang pun bertengkar. Dah cepat, jom mula." Kata Puan Dina lalu Ain dan Airil pun berdiri di posisi sendiri.

Airil mengucapkan iqamat sebelum ayahnya mula mengimamkan mereka semua.





~~~~





"Assalamualaikum warahmatullah... assalamualaikum warahmatullah..."

Setelah memberi salam, doa dibaca lalu mereka pun bersalaman antara satu sama lain.

"Nanti kalau ada masa, kita solat berjemaah lagi eh?" Kata Puan Dina kepada mereka semua.

"Boleh je.. heheh." Balas Ain masih tersenyum kekok.

"Si Ain ni nak sembahyang lagi? Hahah.. tengok muka pun dah tahu macam terpaksa." Airil menyampuk lagi.

Belum sempat Ain nak bertengkar, Puan Dina terlebih dahulu bersuara.

"Engkau ni, Airil. Tak sah kalau tak sakitkan hati orang. Dah kenapa ha asyik cari gaduh?"

"Tulah. Eee... geram betul aku." Sokong Ain.

Airil hanya mengangkat bahu sekilas sebelum berlalu pergi untuk menyimpan sejadah di tempat asalnya. Ain pula berjalan naik ke tingkat atas menuju ke biliknya selepas memberi pandangan maut kepada lelaki tersebut.

Setelah meletak sejadah di tempat asal, Airil duduk di meja makan dan bermain dengan telefonnya sebentar. Dia mengangkat muka, memandang Chomot yang sedang bermain dengan Leo.

Baru dia perasan sesuatu.





Chomot selalu main dengan Cheetah. Mana pergi Cheetah?

Gumam hatinya lalu dia bangun mencari Cheetah di ruang tamu dan mendapati kucing nakal itu sedang mencakar sofa.

"Aip, Cheetah! No! Jangan cakar."

Sempat Cheetah melarikan diri sebelum Airil mendekati sofa yang ia berada.




Eyy, geram aku. Suka sangat cakar-cakar. Habis rosak sofa ni. Heish.. lupa nak potong kuku dia tadi.






❤️❤️❤️

Dari pagi tadi mengedit, sampai sekarang baru dapat publish. Susah weh nak update untuk pengetahuan korang haihh.. okay pape jelah. Besok ada update lagi insha-Allah 😌✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro