43 • That night

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

— Maths —





Waktu petang tadi, Ain tidak turun pun untuk belajar bersama-sama Airil. Dia hanya duduk terperuk di dalam bilik selepas makan tengah hari. Makan tengah hari tadi pun senyap semacam saja meja makan.

Kini, pukul 7:50 malam, Airil sedang duduk di dalam biliknya, berkira-kira ingin meminta maaf kepada Ain atau menegakkan egonya.





Salah aku ke sebab marah dia semalam? Aku cuma risaukan dia je sebab dia nak keluar lewat malam. Bahaya do.

Ergh, sampai bila dia nak merajuk ni?



Geram Airil bila Ain langsung tak mahu bercakap dengannya. Bukan apa... bimbang sebab SPM dah nak tiba. Banyak lagi yang dia perlu ajar Ain.





Nak minta maaf ke tak? Minta maaf, tak. Minta maaf, tak.

Ugh, tapi bukan salah aku punnn!




Wajah Airil diraup perlahan olehnya. Dinding putih di depannya ditenung kosong.

"Ah, pergi jelah Airil! Salah kau sebab marah dia. Ugh." Airil mengeluh untuk kali ke-berapa dah.

Dia bangun dari duduk lalu berjalan ke pintu biliknya. Setelah keluar dari bilik, kakinya dengan teragak-agak melangkah ke depan pintu bilik Ain. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Tangan kirinya diangkat bagi mengetuk pintu.





Nak ketuk ke tak? Ketuk? Tak? Ketuk? Tak?

Ish, macam mana nih?




Nak tak nak, Airil tetap ingin meminta maaf pada Ain walaupun jauh di sudut hatinya, dia tak mahu. Sebab malu!



Tok tok tok.

Akhirnya, pintu bilik Ain diketuk perlahan oleh Airil. Senyap saja suasana. Tiada respon.

Airil mengetuk pintu lagi bila Ain tak respon apa-apa. Ain yang berada di dalam bilik dah pelik dah.



Siapa pula ni? Selalunya kalau ibu, mesti dia akan suruh buka pintu lepas ketuk. Kali ni tak pula.

Bisik hatinya.

"Siapa tu?" Tanya Ain dari dalam bilik.

Airil di luar cuma senyap. Dia tahu kalau dia bersuara nanti, mesti Ain tak nak buka pintu. Bukan boleh harap sangat dengan perempuan tu. Kuat merajuk sangat.

Dengan malas Ain bangun dan membuka pintu biliknya. Airil yang tadinya memandang kosong ke arah lantai terus mengangkat muka memandang Ain. Melihat muka Airil di depan, gadis itu segera menolak pintu untuk menutupnya tetapi laju Airil menahan pintu tersebut daripada tertutup rapat.

"Nak apaaaa?" Ain bertanya dengan nada geram.

"Kejaplahhh. Buka pintu dulu. Aku nak cakap sikit!"

"Ish. Cepat sikit!"

Ain membuka pintu biliknya dan berpeluk tubuh memandang ke arah lain. Malas dia nak pandang muka Airil. Menyampah.

Airil pula menggosok tengkuknya akibat berasa janggal.









"Ha, cakaplah. Tunggu apa lagi?" Tegur Ain bila Airil diam saja. Tadi nak cakap sangat.

"Em.. sorry... aku minta maaf sebab.. marah kau semalam." Ucap Airil sambil tangan masih di tengkuknya.

Wajah Ain masih sama seperti tadi. Cemberut saja.

"Hm.. k." Balasnya mendatar.

Airil menurunkan tangan dari tengkuknya.

"Macam tak ikhlas je tu. Sorry la... bukan saja-saja aku marah kau semalam. Aku risau tau, tengok kau nak keluar malam-malam. Tak fikir ke bahaya ha? Hish." Ujar Airil tetapi Ain cuma membisu.




Risaukan aku konon.

Hati gadis itu berbisik menyampah.

"Lain kali janganlah tinggi suara kat aku. Tak suka tau... ugh."

"Hek eleh, tinggi suara pun nak merajuk. Kau ni, cuba kuat sikit hati tu. Senang sangat merajuk." Kata-kata Airil membuatkan Ain mengerutkan dahi terus.

"Biarlah. Kau siapa nak halang aku keluar semalam? Life aku, biarlah aku urus sendiri."

"Eh, aku tak nak ibu dengan ayah ingat aku bawa perempuan yang suka keluar malam. Faham? Takde maknanya aku nak kisahkan kau."

Ain memujuk hatinya agar bersabar ketika mendengar ayat kejam Airil.




Dia ni nak minta maaf pun masih sakitkan hati aku!



"Dah, nanti turun belajar. Aku nak ajar kau Bio. Banyak lagi yang kau kena belajar." Ujar Airil lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.

Sebaik saja pintu bilik ditutup rapat, dia melompat ke atas katil lantas menekup wajahnya dengan bantal.





Malu malu maluuuu!

Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Sejak bila aku jadi pemalu dengan perempuan ni? Aihhh...



Bantal tersebut dipeluk erat oleh Airil. Okey, dia geram dengan diri sendiri. Tak pernah-pernah dia jadi macam ni.

Yelah... rasa segan gila bila nak minta maaf. Kalian tak rasa macam tu ke?

"Ergh.. rilek Ril, rilek..." pujuk Airil sendiri.

Nak kena tebalkan muka untuk bercakap dengan Ain nanti supaya tak adalah wanita itu merajuk dengan dia lagi. Kekok sangat bila masing-masing hanya mendiamkan diri.





~~~~





Selesai belajar bersama, mereka berehat sebentar lalu Ain pun keluar dari bilik. Laju saja dia mencapai controller PS4 dan duduk di sofa. Nak hilangkan stres di otaknya selepas belajar Biologi. Nasib baik Airil ada kongsi nota ringkas yang dibuat olehnya sendiri. Kalau tak, bertambah stres Ain.

"Amboi.. kalau main tu, bukan main laju. Belajar Bio tadi, lambat gila masuk otak." Tegur Airil lalu melabuhkan punggung di sebelah Ain setelah mencapai sebuah lagi controller PS4.

"Ehhh, aku nak main one player je. Shuh shuh, sana." Halau Ain.

"Aku dah tolong ajar kau kan? Bagi aku main jugak."

"Hish, mengacau la." Ujar Ain dengan muka masam dia.





~~~~





Beberapa minit selepas bermain...

"Yaaasss! Aku menang lagiii~! Hahahah. Wohooo~"

Airil menjeling Ain yang bersorak gembira itu. Melebih pula dia.

Controller PS4 diletak di atas meja ruang tamu.

"Kau ni macam dah pro je. Selalu ke main game ni?" Tanya lelaki itu yang melihat Ain sambung bermain tetapi kali ni hanya one player kerana Airil tak mahu main dah.

Malas.

"Halah, kat rumah aku pun ada game ni." Balas Ain sambil mata fokus pada skrin TV.

"Dah dekat rumah kau ada game ni, apasal sibuk main kat sini? Mainlah kat rumah sendiri."

"Ala, tak best... abang aku asyik menang je bila main dengan dia. Main dengan kau best sikit. Dapat juga merasa kemenangan." Ain tersengih.

"So kau nak kata aku noob la?" Soal Airil, rasa tercabar sikit.

"Erm... lebih kurang la hahahah."

"Eleh... kau ingat aku belajar hari-hari, takde masa ke nak luang waktu untuk main game? Aku tak macam kau, tak pandai bahagi masa elok-elok."

Ain menekan butang pause pada controller dan memandang tajam Airil di sebelahnya.

"How dare you cakap I tak reti bahagi masa? Eh, kat rumah tu berlambak kerja rumah. Aku seorang je yang buat, kau tahu? Elok je aku tolong mama basuh pinggan, cuci kain, kemas rumah, siram bunga semua hari-hari. Hah, suka hati je kan tuduh aku tak reti bahagi masa?"

"Kalau pasal tolong buat kerja rumah, aku pun selalu tolong mak aku. Ada je masa nak belajar. Kau ada ke spend time untuk belajar? Ada??"

"Ish, belajar tu lain ceritalah. Itu kat sekolah pun boleh." Ain kembali memandang TV.

"Ha iye, kat sekolah kau belajar ke? Memekak, lepas tu makan je bila cikgu mengajar kat depan."

"Ish yelah yelah, kau menang. Dah, jangan kacau aku main game."

Ain menghadiahkan jelingan kepada Airil sebelum sambung bermain game. Airil pula membalas jelingannya.






Sikit-sikit nak jeling dia ni.








Seketika kemudian, ibu dan ayah Airil melangkah turun ke tingkat bawah. Kelihatan Encik Suhaimi sedang mendukung Wawa yang kelihatan lemah saja.

"Airil, Ain. Ibu dengan ayah nak pergi klinik jap. Wawa tetiba muntah-muntah ni. Demamlah kot. Tolong jaga rumah jap ya?" Pesan Puan Dina sambil menjinjing beg tangannya.

"Okey, ibu." Airil membalas.

"Adik demam? Alalalaa... kesiannya diaaa." Ain berjalan ke arah Encik Suhaimi yang sedang mendukung Wawa itu.

Pipi gebu Wawa dicubit lembut. Penat semacam saja kanak-kanak itu. Matanya pula kuyu. Ngantuklah tu.

"Sihat cepat ya, shayang? Wawa kuat kan?" Ain cuba menceriakan adik kecil itu.

Wawa cuma tersenyum pendek dan mengangguk kecil.

"Jom cepat, yang. Nanti klinik tutup pulak kang." Kata Puan Dina sambil membuka pintu rumah.

"Ain duduk rumah elok-elok tau. Jaga-jaga dengan Airil tu. Dia tu kadang-kadang nakal jugak." Pesan ibu Airil.

"Ye ke?"

"Iyee.. eh, dahlah. Ibu kena pergi ni. Bye~"

"Bye~ hati-hati, bu."

"Okey." Pintu rumah ditutup rapat setelah Puan Dina keluar.

Ain kembali duduk di sofa lalu mengambil semula controller PS4. Airil di sebelah dipandang.

"Kau nakal ke, Airil?" Soalnya pelik dengan apa yang dikatakan oleh ibu Airil tadi.

"Entah." Jawab Airil sambil menjongket bahu sekilas. Matanya menatap telefonnya.

"Tch, boring betul kau ni." Ain menekan butang X untuk sambung bermain game.

"Belajarlah woi. Kau ni tak padan dah nak SPM. Kau sedar tak SPM minggu depan?"

"Halah, nanti aku belajar la. Tadi dah belajar sampai sejam kan? Bagilah aku rehat jap." Balas Ain tanpa memandang Airil. Matanya fokus dengan game di depannya.

Airil menggeleng perlahan melihat wanita itu.



Dia ni kalau dah main, takleh berhenti langsung.



Dengan malasnya Airil bangun dan naik ke bilik untuk berehat, meninggalkan Ain sendirian di tingkat bawah.

"Eh Airil. Nak ke mana? Temanlah akuuu." Ain berkata sambil matanya tak lepas dari memandang kaca TV. Takut kalah punya pasal.

"Malas aku."

Airil terus berlalu pergi naik ke tingkat atas. Ain mengeluh kasar bila pemuda itu meninggalkannya. Jahat!





~~~~





Jam menunjukkan pukul 10:07 malam. Niat Ain ingin berhenti main game, terbatal bila dia melihat game tersebut ada misi yang belum diselesaikan lagi.



Okey, ni last. Serius.

Bisik hatinya sendiri.

Dia pun menekan butang O untuk memilih misi yang perlu diselesaikan.



Baru beberapa minit bermain, tiba-tiba satu rumah menjadi gelap gelita.

Black out.






Airil di dalam biliknya sudah mengeluh perlahan.



Buat hal lagi lampu ni...





Dia membuka laci mejanya dan mengeluarkan sebuah lampu suluh lalu bangun dari duduk setelah menyalakannya. Lelaki itu melangkah keluar dari bilik.






Ain di tingkat bawah sudah terpaku di tempat duduknya. Dia meletak controller PS4 lalu bangun perlahan-lahan. Dirinya diselubungi dengan perasaan gerun.

Mana taknya dah kalau dia keseorangan di ruang tamu yang luas ni.

"Ish, dah la malam sekarang ni. Ya Allah..."

Ain teringat yang telefon dia ditinggalkan di dalam biliknya. Habis tu macam mana nak jalan naik atas ni? Gelap sangat. Yang dia nampak hanyalah hitam. Nasib baiklah ada sedikit cahaya daripada luar yang masuk melalui tingkap.


Ya Allah, tolonglah lindungi aku. Aku dahlah takut gelap.

Doa Ain dalam hati.

Dia memberanikan diri untuk berjalan sambil menyentuh dinding rumah. Takut terlanggar apa-apa pula kang. Dia cuba mencari jalan untuk ke tangga.

Tiba-tiba, Ain terdengar bunyi dari tingkat atas. Takut-takut wanita itu bersuara.

"Airil?" Panggilnya namun tiada sahutan.

"Airil, turunlahhh. Jangan main-main!" Marah Ain, masih dalam ketakutan.

Tiada apa-apa balasan daripada Airil, malah sebarang bunyi pun tidak kedengaran. Ain mula berasa seram sejuk. Perlahan-lahan kakinya mendaki tangga sehingga ke tingkat atas.

Tiba saja dia di tingkat atas, Ain cuba mencari jalan ke biliknya sambil tangan melekap di dinding lagi.



Ya Allah, gelapnya. Tak nampak apa-apa langsung.

Bisik hatinya.










Bangg!

"Allahu akbar!"

Terhinjut bahu Ain tatkala pintu sebuah bilik dihempas kuat. Dia tak pasti bilik yang mana tapi dia tahu bilik itu berdekatan dengannya.

Airil yang berada di sebalik pintu yang dihempas olehnya tadi sudah menahan tawanya. Suka pula dia kenakan Ain.

Air mata Ain mula bergenang akibat terlalu takut ketika ini. Nafasnya mula terasa berat sebab gementar sangat.

"Airil... mana kauuu? Keluarlah weh!" Suara Ain sudah serak-serak basah.

Mana pula Airil ni kan? Tiba-tiba saja tak muncul-muncul.

Beberapa ketika kemudian, kedengaran bunyi pintu bilik ibu dan ayah Airil dibuka dengan perlahan.




Eeeee..e....


Ain langsung tak mahu menoleh apabila mendengar bunyi pintu itu. Sungguh, dia tak suka akan bunyi tersebut lagi-lagi pada waktu seram begini. Dia hanya berdiri statik di tepi dinding depan bilik tersebut. Kepalanya menunduk kerana dirinya diselubungi perasaan takut yang amat.

Selepas lama menunduk dan tiada apa-apa yang berlaku, Ain mengangkat wajahnya dan...

"Bhaa!!!"

"Ahhhhh!!!"

Sehingga jatuh terduduk Ain lantas dia menutup kedua-dua mata dengan telapak tangannya bila sesuatu tiba-tiba muncul di hadapannya.

Airil ketawa terbahak-bahak melihat Ain yang sudah jatuh terduduk itu. Mana tak takutnya bila lelaki tersebut muncul secara mengejut di depan matanya dengan lampu suluh di muka membuatkan Airil nampak mengerikan.

"Hahahahahah! Tahu takut. Tulah... main game tak ingat dunia. Bila dah black out, baru nak ingat Allah kan?" Kata Airil sinis dengan tawa yang masih bersisa.

Beberapa saat berlalu, baru dia perasan bahawa Ain sedang menangis bila dia terdengar esakan tangis wanita itu.

"Weh, kau okey tak? Okey okey, sorry weh. Aku tak tahu pula kau takut sampai macam ni. Janganlah nangis..." pujuk Airil sambil melutut di hadapan Ain tetapi gadis itu masih tak henti menangis.

"Bodohlah! Janganlah buat macam tu, dah tahu aku ni penakut! Huuu... jahat do kau!" Ain menolak Airil kuat menyebabkan Airil terduduk ke belakang.

"Aku benci kau weh! Huhuuuu."

Separuh wajah Ain ditutup dengan lengannya seraya matanya masih mengalirkan air mata. Nak cover sikit sebab takut muka ni nampak hodoh masa menangis.

Makin bertambah rasa serba salah dalam diri Airil. Lagi-lagi bila melihatkan wajah Ain yang sedang menangis. Pipi Ain basah dengan air mata. Hidung merah.

Dah masuk kali ketiga gadis itu mengalirkan air mata di hadapan Airil tapi kali ni salah lelaki itu sendiri.




Haih, nangis pun still comel. Apa ni weh?

Bisik hati Airil.

"Yelah, sorryyy. Berhenti la nangis woi. Kau dah buruk, nak burukkan lagi muka kau."

"Tak lawaklah weh! Ish!"

Dada bidang Airil dipukul kuat oleh Ain membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Ain mengelap air matanya kasar lalu berdiri dan merampas lampu suluh dari tangan Airil. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik ibu dan ayah lelaki itu. Pintu dihempas dan dikunci.

Tersentak Airil dibuatnya.



Dia tinggal aku kat luar macam ni je? Ehh kuajor.

Desis hatinya.

Airil mengetuk pintu bilik.

Tok tok tok.




"Weh, bukaklah. Takkan kau nak biar aku duduk luar seorang-seorang? Gelap ni." Kata Airil dengan suara dibuat-buat sedih.

Namun, suasana sepi saja.

"Ain... woi, bukak la pintu ni."

Pintu bilik masih tidak dibuka oleh Ain. Airil ingat nak ambil lampu suluh lagi sebab gelap sangat tapi malas pula dia kerana lampu suluh yang lain terletak di tingkat bawah. Kemudian, baru dia teringat sesuatu.

Telefon dia tadi sedang dicaj di dalam biliknya. Pemuda itu terus melepaskan keluhan lalu menyandarkan kepalanya pada muka pintu.



Apasal aku tak guna flashlight daripada phone je? Haih, apahal kau tetiba jadi bengap ni, Airil?



Baru saja Airil ingin berlalu masuk ke dalam biliknya, pintu bilik ibu dan ayahnya dibuka oleh Ain. Airil menoleh dan melihat gadis itu sedang mengerling padanya. Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.

"Bukak jugak kau eh? Risau ke?"

"Ugh, jangan nak perasan la weh."

Ain ingin menutup pintu kembali tetapi Airil menahannya. Mereka berdua pun masuk ke dalam bilik tersebut lalu duduk di bibir katil. Pintu dibiar terbuka bagi membenarkan udara masuk. Langsir tingkap bilik pula diselak bagi membenarkan cahaya dari luar menerangi sikit bilik itu.

"Aku takut duduk seorang-seorang dalam gelap. Sebab tu aku buka. Jangan nak perasan sangat aku risaukan kau." Jelas Ain sambil mata masih menjeling.

Airil hanya membuat muka tak bersalah.

"Apasal black out ni? Kau ke yang tutup lampu semua? Saja kan nak prank aku?" Tuduh Ain.

"Takde maknanya aku nak tutup lampu sampai satu rumah. Kau tak tahu tadi aku tengah study, tetiba hitam semua. Aku ingat aku pitam tadi tau. Ugh, suka hati je menuduh kan?"

"Biarlah."

Airil pula yang mengerling pada Ain.


Semua benda dia buat, semua boleh. Aku buat, takleh.





~~~~





Jam hampir menunjukkan pukul 11 malam. Ibu dan ayah Airil masih belum pulang lagi. Lampu pula tak menyala lagi. Apalah yang lama sangat di klinik tu? Ramai orang ke?

Mata Ain menjadi semakin kuyu. Bosan betul. Lepas tu, telefon pula tertinggal di biliknya. Nak ambil, malas. Ain menguap untuk kali yang kelima. Matanya mula berair kerana menguap banyak kali.

"Kau nak tidur, tidurlah dulu. Jangan risau. Aku takkan buat pape." Ujar Airil bila dia perasan Ain sudah mengantuk.

"Boleh caye ke kau ni?"

"Selama kau duduk sini, ada ke aku buat pape kat kau? Takde kan?" Kata Airil sambil mengerling ke arah Ain.

Ain hanya buat-buat tak tahu lalu membaringkan dirinya di atas katil sambil memeluk bantal untuk tidur sebentar. Sebelum memejamkan mata, dia memandang Airil tajam.

"Kau sentuh aku, aku bunuh kau eh?" Katanya serius.

"Tak kuasa la aku nak sentuh kau. Ugh, geli aku." Balas Airil menyampah.

Terus Ain menjelingnya buat kali ke-100 sebelum memejamkan matanya. Akibat mengantuk yang amat, dia terbuai mimpi beberapa minit selepas itu.

Airil bangun lalu mengambil Iphone X di biliknya dan kembali di bilik tadi. Mesej daripada rakan-rakannya dibalas lalu Airil membuka media sosial pula.

Tiada apa-apa yang menarik. Dia bermain game sebentar untuk menghilangkan bosan.





Lebih kurang 15 minit berlalu, Airil mengalihkan pandangan pada Ain. Baru saja dia ingin menatap telefonnya balik, matanya terpaku pada gadis itu semula. Terkesima dia melihat Ain.

Baju wanita tersebut terselak di bahagian perutnya menampakkan pinggang rampingnya. Mungkin sebab kepanasan, Ain dengan spontan menyelaknya semasa tidur. Seluarnya juga turut ditarik membuatkan hampir keseluruhan betis putihnya kelihatan. Posisi Ain tidur pula menampakkan lenggok tubuh badannya.

Jantung Airil tak semena-mena berdegup laju. Dahlah mereka berdua saja. Dalam satu rumah. Satu bilik. Satu katil. Eh-

Haha.

Dalam gelap pula tu.

Satu bisikan menyuruhnya untuk mendekati wanita yang sedang lena itu. Perlahan-lahan dia menuruti bisikan tersebut. Tangannya mula menyentuh kulit betis Ain. Lama-lama dia membelai kaki gadis tersebut. Kemudian, dia cuba merapatkan wajahnya dengan Ain untuk melihat wajah wanita itu dengan lebih dekat. Tangannya menolak rambut Ain yang menutup separuh wajah gadis itu.




Cantik.

Bisik hatinya sambil tersenyum pendek.

Airil menelan liurnya. Dia semakin tenggelam dengan nafsu lelakinya. Hidungnya mula memainkan peranan dengan menghidu haruman tubuh badan Ain.

Tanpa sedar, terukir senyuman nakal di bibirnya. Bibir mungil Ain menjadi tumpuannya. Sekali lagi tangan Airil bertindak ingin menyentuh wanita itu lagi. Jarinya mengelus pipi Ain lembut.




"Ermmm..." Ain tiba-tiba merengek dalam tidurnya.

Cepat-cepat Airil mengalihkan tangan dia sebelum gadis tersebut membuka mata. Lelaki itu menggeleng-geleng kepalanya. Mata dikedip-kedipkan seakan-akan tersedar daripada lamunan.

Ain bangun dari baring sambil menggosok matanya perlahan dan memandang Airil pelik.

"Astaghfirullah... astaghfirullah..." Airil beristighfar dengan nada berbisik sambil menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya.

Baru saja dia cakap yang dia tak akan menyentuh Ain dan baru sebentar tadi dia melakukannya.

Ain semakin hairan memandang lelaki di hadapannya ini.

"Kau dah pahal? Baru nampak hantu ke apa?" Tanya Ain tetapi Airil langsung tak mahu memandang wanita tersebut dan masih menekup mukanya.

Dia malu akan diri sendiri kerana termakan dengan hasutan syaitonirojim.



Ya Allah, ampunilah aku, ya Allah.

Doa Airil dalam hati.

"Heish, bila lampu nak ada ni?" Rungut Ain cuba menarik perhatian Airil bila jejaka itu langsung tak melayannya.

Tapi tak berhasil.




Eh, pahal dengan dia ni? Tetiba tak nak pandang aku. Aku mengigau apa tadi?

Hati Ain tertanya-tanya.

"Fuhh... panas weh. Bila ibu nak balik ni?" Ain mengipas dirinya dengan tangan.

Mereka berdua menunggu lagi. Suasana sepi menyebabkan situasi menjadi agak janggal. Masing-masing tidak bersuara sepatah pun.





Tiba-tiba, bunyi pintu rumah dibuka di tingkat bawah kedengaran. Nampaknya Puan Dina dan Encik Suhaimi sudah pulang. Pukul 11:21 malam baru balik.

Mereka berdua lantas bangun dan melangkah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Ain menggunakan lampu suluh tadi manakala Airil menggunakan telefonnya dan menekan butang flashlight untuk menyuluh jalan. Takut kang terjatuh tangga nanti, ha.. ada yang patah kaki pula.

"Pukul berapa black out tadi, Airil?" Tanya Puan Dina sambil mendukung Wawa yang sedang tidur.

"Pukul 10 lebih kot." Jawab Airil.

"Lamanyaaa. Kesian korang panas kan? Maaflah, Ain. Bekalan elektrik ni kadang-kadang buat hal sikit."


Hm... minta maaf dekat Ain je. Dekat anak dia ni? Hpmh, mimpi jelah.

Gumam hati Airil tak puas hati.

"Eheh, takpe ibu. Rumah Ain pun kadang-kadang black out jugak."

Mereka menunggu Encik Suhaimi memperbaiki bekalan elektrik rumah di suatu sudut. Airil tolong menyuluhkan bekalan pemutus litar untuk ayahnya membetulkan apa yang patut.

"Kenapa lambat balik, ibu?" Ain bertanya sementara menunggu elektrik mengalir semula.

"Tadi adik sibuk mintak air kelapa, air kelapa. Ayah terpaksalah carikan kat satu bandar ni. Waktu sekarang ni mana kedai bukak. Kena cari sampai ke tempat jauh. Haih, macam-macam."

"Ohhh..." Ain mengangguk faham. "Betul ke yang adik demam?"

"Ha'ah. Demam biasa je. Biasalah, budak-budak kan? Senang dapat penyakit. Takpelah."

"Betul betul."



Tiba-tiba lampu mula menerangi ruang tersebut.

"Wohooo~ dah ada lampu." Sorak Ain gembira cuba menceriakan suasana.

Puan Dina tersenyum saja melihat gadis tersebut. Airil pula segera berjalan menuju ke tangga ingin naik ke biliknya.

"Airil? Kau kenapa senyap semacam je ni?" Tanya Ain keliru melihat tingkah laku lelaki itu sejak tadi.

"Jangan kacau aku." Itu saja balasan Airil lalu dia lesap dari pandangan meninggalkan Ain yang terpinga-pinga.

"Hm, mungkin dia penat sangat kot. Nak tidurlah tu." Kata Ain sendiri.

Dia turut melangkah naik ke tingkat atas masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat Isyak dan tidur.

Masuk saja Airil di dalam bilik, dia terus menghempas tubuhnya di atas katil. Wajahnya disembam pada bantal. Masih tak percaya bahawa dia sudah menyentuh seorang perempuan bukan mahram dan dia sebenarnya sedar akan tindakannya semasa dia melakukannya.

Atau mungkin itu bukan dirinya...

"Ya Allah, apa kena dengan aku ni?" Gumamnya sendiri.

Lantas Airil bangun dan keluar dari bilik untuk mengambil wuduk. Bukan untuk menunaikan solat Isyak tetapi solat sunat taubat. Solat isyak dia dah tunaikan awal-awal lagi dah sebelum rumahnya black out.





❤️❤️❤️

Umm... hahaha mari beristighfar bersama-sama. Astaghfirullahalazim.. astaghfirullahalazim.. astaghfirullahalazim... 😌❤️

Kenapa saya tulis chapter ni macam ni?

Sebab lelaki dan perempuan tak boleh duduk berdua-duaan sama ada di tempat terbuka ataupun tidak walau baik mana pun lelaki atau perempuan tu. Sebab apa? Sebab akan ada orang ketiga antara mereka dan itulah syaiton. Bisikan halus dia kadang-kadang kita mudah terikut, so hati-hati 🖤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro