Jangan tinggalkan adik abang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini fang bangun awal dari abangnya dan juga semua pecahan boboiboy. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia bangun awal. Jadi dia terus jelah turun ke bawah mungkin nak buat sarapan ke tapi tiba-tiba sahaja dia dengar ada orang jerit dan orang itu ialah gempa.

Gempa: Abang kaizo!!!

Fang terus lari naik ke atas dan pergi ke bilik gempa,hali dan taufan. Semasa fang sampai di bilik gempa,hali dan taufan bukan dia sahaja ada di situ blaze,ice,thron dan solar malah abangnya juga ada di situ. Blaze membuka pintu bilik itu dan mereka semua boleh melihat yang hali dan taufan sedang tenangkan gempa.

Hali: Gempa, bawak bertenang. Sabar.

Taufan: Bertenang dan cerita kat kami kenapa kau jerit tadi.

Gempa: A-aku t-tak boleh cakap.

Mereka semua yang berada diluar pun masuk ke dalam bilik itu. Mereka semua jadi hairan tak pernah-pernah gempa mengigau sebut nama kaizo. Kaizo sendiri pun hairan jadi dia terfikir yang dia sendiri nak tanya kenapa gempa sebut nama dia.

Kaizo: Kenapa kau sebut nama aku?

Gempa: S-saya tak b-boleh c-cakap tapi saya m-minta abang kaizo hati-hati.

Mereka semua terkejut apabila mendengar yang gempa suruh kaizo hati-hati. Selepas itu mereka semua dapat mendengar satu deguran yang halus dan deguran itu datang dari gempa yang tertidur sambil kepalanya di sandar di dada hali.

Taufan: Gempa, ban.......

Kaizo: Aku rasa kau tak perlu kejutkan dia. Biar dia tidur. Dia masih dalam keadaan takut lepas dapat mimpi buruk tadi.

H,T: Baik abang kaizo.

Kaizo: Yang lain mari keluar kita semua akan kacau dia nak tidur.

Mereka semua pun keluar dari bilik itu. Di dalam bilik, hali meletakkan gempa betul-betul di atas bantal lalu dia pun baring semula.

Hali: Taufan, aku nak sambung tidur balik tau. Kalau ada apa-apa yang jadi kejut aku jangan kejut gempa pulak.

Taufan: Aku pun nak sambung tidur balik lah. Aku sendiri pun rasa nak terkeluar jantung bila gempa menjerit tadi.

Hali: Suka hati.

Akhirnya mereka bertiga pun tertidur. Di hadapan bilik gempa iaitu kaizo. Fang mengetuk pintu bilik abangnya.

Tok..... Tok..... Tok.....

Fang: Abang,boleh adik masuk?

Kaizo: Masuklah.

Fang pun masuk dalam bilik abangnya lalu dia dapat melihat yang abangnya mundar-mandir di atas katil. Mungkin fikirkan tentang apa yang gempa cakap kot. Lalu fang pun naik ke atas katil abangnya dan duduk di sebelah abangnya.

Fang: Abang okey?

Kaizo: Okey je.

Fang: Abang masih fikirkan tentang apa yang gempa cakap ke?

Kaizo: Hmm.....

Fang: Abang rasa apa yang dia cakap tu boleh jadi betul ke?

Kaizo: Mungkin. Ialah dengan keadaan matanya yang macam tu dan boleh tahu masa hadapan tak mustahil yang apa yang dia cakap tu boleh jadi. Ah.... Kau tak perlu risau yang penting risaukan diri sendiri dulu dari risaukan orang lain.

Fang: Yelah abang. Adik nak turun dulu buat sarapan ganti gempa. Turun jangan tak turun pecah pintu tu tak pasal-pasal je.

Kaizo malas nak jawap ugutan adiknya lalu dia hanya membiarkan adik dia turun ke bawah dan tinggalkan dia seorang diri di bilik. Tapi dia mula rasa yang apa yang gempa kata itu memang akan jadi tapi tak tahu apa puncanya. Di bawah fang mula memasak dan selepas habis memasak dia memanggil abangnya dan pecahan gempa,hali dan taufan turun ke bawah. Dia tak kejutkan gempa,hali dan taufan sebab itu arahan dari abangnya.

SKIP TIME DIAORANG MAKAN.

Pada pukul 12 tengahari gempa pun bangun dari tidurnya. Dia melihat yang hali dan taufan belum bangun tidur lagi dia pun pelik sebenarnya sekarang ni pukul berapa. Jadi dia pun melihat ke arah jam dia dan dia terkejut kerana sekarang sudah pukul 12 tengahari.

Gempa:( Berbisik) Habislah macam mana aku boleh terlajak tidur ni lepas tidur kat hali tadi. Diaorang pun satu kenapa tak kejut aku. Tapi mimpi tadi....

Gempa pula fikirkan tentang mimpi dia balik. Sebelum ni semua yang dia mimpi atau dia nampak dalam kepala otak dia semuanya jadi kenyataan. Dia tak nak benda tu jadi. Dia tak nak fang sedih. Tapi dia mula tak nak fikirkan tentang mimpi buruk tu lagi tapi dia asyik muncul je.

Gempa: Tak guna..... tak guna.... tak guna.... boleh tak berhenti fikirkan benda tu. Otak tak guna. ( Sambil goyangkan kepala sendiri).

Kerana gempa cakap macam menjerit jadi dia telah terkejutkan hali dan taufan yang sedang nyenyak tidur.

Hali: Gempa kau nak kepala kau tu tercabut ke? Goyang-goyang Bagai nak rak.

Gempa: Kenapa korang tak kejutkan aku tadi masa aku tertidur kau hali.

Taufan: Dah abang kaizo kata jangan kejutkan kau jadi kitaorang tak kejut kau lah.

Hali: Sebenarnya apa yang kau mimpi.

Gempa: Nanti kalau ada masa aku bagitahu. Sekarang ni aku nak mandi lepastu nak turun bawah.

H,T: Hmm.....

Gempa masuk ke dalam bilik air lalu buatlah apa yang patut. Selepas habis mandi gempa terus turun ke bawah dan terus pergi ke dapur. Sesampai sahaja didapur dia pun berjumpa dengan kaizo. Kaizo hanya duduk dibangku sambil termenung. Tetapi selepas dia sedar akan kehadiran gempa dia terus merenung gempa kerana mahu tahu apa yang dia mimpi.

Gempa: S-selamat tengah abang kaizo.

Kaizo: Hmm.....

Gempa terus duduk dihadapan kaizo, dia mula rasa Seram sejuk sebab kaizo asyik tenung dia je.

Kaizo: Gempa, aku nak tahu apa yang kau mimpi tadi.

Gempa: Ish..... betul ni abang kaizo nak tahu.

Kaizo: Yelah.

Gempa: Macam ni saya terus straight to the point lah ya. Kita semua diserang oleh alien bernama Mami Hiyama. Abang kaizo lawan dengan dia, saya,fang dan yang lain lawan dengan orang-orang dia. Tapi malang abang kena tikam dengan dia dan tiba-tiba pedang tu meletup dan abang tahukan apa jadi.

Kaizo: Hmm..... faham-faham.

Tiba-tiba satu gegaran di Pulau rintis. Semua pecahan gempa dan fang pun turun ke bawah. Mereka semua pun keluar ke rumah dan mereka semua dapat melihat yang ramai orang di Pulau rintis diserang oleh musuh mereka iaitu Mami Hiyama. Gempa pergi dekat dengan kaizo lalu bisik sesuatu kepada kaizo.

Gempa: Abang kaizo dah mula.

Kaizo: Aku tahu gempa.

Sorry kalau hamba. Nak tahu apa yang jadi kat kaizo sila baca chapter seterusnya ya. TOLONG VOTE AND COMMENTS. GEMPA-CHAN CHAOI.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro