10- Mein Liebling

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SUSAH la macam ni, awak tak nak cakap apa-apa. Kesian ibu ayah mengantuk tu". Bukannya apa, dah pukul 2 pagi. Encik Syed ni daripada tadi lagi diam tak berkutik. Sebutir kata pon tak lepas daripada mulutnya.

          "Apa Fatima ni, ayah okay je la. Kan ibu kan?". Kuat betul mata ayah. Padahal dia baru balik pukul 11 tadi.

          "Betul dah tu ayah, boleh kita minum-minum kopi dulu". Ibu menepis-nepis tangan ayah. Mencuba untuk membuka suasana bergurau. Namun, tetap sahaja tegang. Membuatkan mereka terdiam lagi.

          "Takpela, ibu dan ayah pergi buat kopi dulu. Korang berdua bincang la". Kata ibu.

          "Ha, jangan buat benda bukan-bukan pula. Dapur straight je dengan ruang tamu ni, tahu?".

          Eh, apa ibu ayah ni? Nak tinggalkan aku berdua dengan lelaki ni ke? Tak nak, tak nak.

         "EH, IBU AYAH! Jangan lah tinggalkan Fatima sorang-sorang".

          "Sorang-sorang apanya? Tu Qaseh ada. Tengah buat kerja rumah dekat depan televisyen tu. Jangan risau, kalau nak bercakap hal privasi pon, dia tak dengar sebab dia pakai earphone". Lah pandai pula ayah ni bergurau. Bergurau dia tu buat aku risau kadang-kadang.

         Sunyi sekali lagi. Sesekali terdengar juga suara-suara manusia Cina di dalam televisyen. Sesekali diam kembali. Sesekali suara manusia berbahasa Inggeris. Manusia yang dekat depan aku ni je yang tak reti-reti nak berbahasa sekarang ni. Maksud aku, membuka mulut.

         "Encik Syed? Jangan buat saya tunggu macam ni. Saya nak tidur ni". Aku menggosok-gosok mata ku yang sudah mulai pedih itu.

         "Es tut mir leid, meine liebe".

         "Did you come here crying just to call me 'stupid girl' in German, again?". The naive me, asked.

          Tu la orang cakap, dekat sekolah dulu, belajar betul-betul. Ni tak, asyik tidur je dalam kelas. Mana nak pandainya. Bila orang mengutuk, mula lah gelabah tak tentu arah.

         And then, he laughed. Unexpected. Apa? Lawak gila-gila ke kata-kata aku tadi tu? Aku tak rasa lawak pon.

         "Maafkan aku, Fatima". Kali ketiga. Kali ketiga pada malam ini, dia memohon maaf. Atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu apa dia. Dia ada buat salah ke dengan aku? Bukan ke kitorang baru je jumpa? Hm, pelik sungguh!

          "Maafkan awak? Awak ada buat salah ke dengan saya?". And this words of mine, he sobbed again.

           Penat la macam ni. Asyik nak nangis je. Dia ni mesti anak manja Aunty Roziah kan? Oh ya! Encik Syed ni kan anak tunggal, mesti la manja dengan ibu dia.

         " Ish, sekejap la. Saya nak suruh Qaseh ambil something".

          Aku memusingkan kedudukan ku dan melaung nama Qaseh sekuat hati. Adik perempuan aku itu kan sedang memakai earphone. "Qaseh! Cuba tolong ambil kotak kakak dekat atas meja depan tv tu!". "Apedie, kak?! Tak dengar la".

          Aku mendengus. Dia ni mesti pakai earphone lepastu volume max tu. Tak rosak ke telinga dia tu? Nanti rosak baru menyesal tak susah.

         Baru sahaja aku ingin menuruni kerusi tempat duduk ku itu, lelaki yang duduk di hadapan ku terlebih dahulu menghalang aku untuk bergerak.

          "Ambil apa tadi?".

           "Kotak saya. Takpe, Encik Syed duduk la, biar saya yang pergi ambil".

           "No, no, its okay. Biar saya je tolong ambil".

"NAH. Ambi lah satu, saya ada banyak lagi. Saya tahu, saya dah banyak bagi benda ni dekat awak sebab nak buat awak senyum. Maaf la, saya tak mampu nak bagi benda lain". Tangan menghulurkan sebiji lolipop kecil berjenama Chupa Chups kepadanya.

          Dia menyambut pemberian ku itu lalu berkata, "Thank you, mein liebling. Those lolipops really make me smile".

          Dengar sahaja perkataan itu, terus aku menutup kasar penutup kotak yang ku pegang. Senyuman ku diganti dengan muka cemberut. Tiada lagi senyuman manis seperti tadi.

          Kenapa? Kerana dah beberapa kali dia memanggil aku dengan panggilan 'stupid girl' itu. Apa bodoh sangat ke aku ni?

          "Kalau awak terus nak panggil saya 'perempuan bodoh' macam tu, saya dah tak nak bagi awak lolipop lagi. Dah, awak berbual la dengan ibu dan ayah nanti, saya nak masuk tidur". Merajuk? YES! Siapa je tak terasa hati kalau dirinya dipanggil bodoh oleh kawan sendiri? Banyak kali pula tu.

          "Hey, Fatima... Sorry la".

           "Tak nak 'sorry' awak tu. Pergi la main jauh-jauh. Qaseh, akak masuk tidur dulu!".

          "Kenapa kak? Kesian Encik Syed duduk sorang-sorang". Aik, dengar pula.

          "Entah. Tanya la dia".

           Kaki ku terkedek-kedek melangkah, meninggalkannya. Tak mahu lagi bercakap dengan orang sebegitu. Ibu dan ayah pon tak pernah panggil aku 'bodoh'. Ini kan dia. Lelaki asing. Sudah la, lelaki! Ish!

"APA yang Encik Syed cakap dekat kakak saya tadi?". Kerana rasa ingin tahu, mungkin, adik kepada wanita cantik itu bertanya.

        "Mein liebling. German".

        "Isn't that 'my darling' in German?". Kening bertaut, kepelikan.

          "Saya tipu dia. Saya cakap yang maksud dia, 'stupid girl'. So, dia marah la". Aku tersenyum tetapi senyuman ku terhentu apabila melihat Qaseh menggeleng-gelengkan kepalanya.

          "Encik Syed ni, mesti tak tahu lagi kan?".

          "Tahu apa?".

           "Kalau Kak Fatima merajuk, setahun pon tak habis. Takde siapa boleh pujuk, kecuali diri dia sendiri. So, goodluck la. Alah, mesti Encik Syed boleh punya. Usaha la lebih sikit, cakap nak kahwin dengan kakak saya". Qaseh megenyitkan matanya sebelum berlalu pergi bersama buku-buku yang ada di tangannya itu.

MALAS nak balik ke rumah, terus aku pandu kereta ku menuju ke kondominium yang dibeli oleh ku beberapa tahun lepas. Rumah itu agak terbiar oleh kerana aku jarang pulang ke situ. Maksud aku terbiar, bukan lah sampai ada sarang labah-labah, daun-daun berterbangan. Rumah terbiar yang aku maksudkan, rumah yang dah lama aku tak balik ke situ.

          Kondominium itu masih bersih dan cantik. Ni mesti mama yang upah kan maid untuk kemas ni. Kadang seminggu sekali, kadang 3 hari sekali. Ikut mood.

          Kunci ditarikan di hadapan daun pintu lalu pintu berjaya dibuka. Terus aku masuk ke dalam rumah itu, mencampakkan gugusan kunci ke atas meja kopi dan melemparkan badan aku ke atas sofa di situ.

         Lolipop kecil yang ada di dalam poket seluar tidur ku itu, aku capai. Bibir ku melepaskan senyum kecil. Senyum yang bahagia. Bagai kera mendapat bunga, itulah perumpaan yang sesuai untuk aku sekarang ini.

         "Fatima, Fatima. You are not a stupid girl, my darling".

         Dan akhirnya, aku tertidur di atas sofa itu sambil tangan ku masih erat memegang lolipop yang diberikan.

(a/n: comel je diorang ni kan? ish)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro