15- Business Rival

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TERHUYUNG-HAYANG langkahnya yang kedengaran berselerak itu berjalan. Sudah seperti orang mabuk. Dah kenapa dia ni? Tak sihat ke? Risau pula aku.

         "Awak ni okay ke tak? Nanti nak drive. Awak tak sihat ke?".

        "Macam mana kau tahu aku tak sihat?". Dia bertanya seraya melepaskan batuk beberapa kali.

         "Saya boleh dengar langkah awak, sekejap ke situ, sekejap ke sini. Macam orang mabuk. Kalau awak tak sihat, duduk rumah je la, okay? Meeting dengan client awak tu, buat masa makan tengahari esok pon takpe". Aku cuba memujuknya. Yela, takkan batuk-batuk teruk macam orang demam ni nak pergi dinner meeting juga?

       "Takpe, Fatima. Kita pergi. Makan malam ni penting untuk syarikat aku".

        "Duit lagi penting daripada kesihatan?". Setelah mendengar tapak kakinya berlalu pergi, dengan nada yang paling rendah, aku berkata begitu.

        "Mestilah, Fatima. Kena kumpul duit, sebab nak kahwin dengan kau". Eh, dia dengar ke?

        "Kalau macam tu lah gayanya, saya tak kahwin sampai tua pon takpe, Encik Syed". Selamba aku berkata.

        "Hey, okay-okay. I promise this will be the last time, okay?". Suaranya tiba-tiba sahaja melembut. Tak, bukan aku nak cakap yang selama ni dia bercakap kasar, namun ketika dia mengucapkan kata itu, suaranya berada di ton yang paling lembut.

         "Apa-apa je la, Encik Syed. Badan awak juga kan? Saya takde hak nak menghalang".

KERUSI yang ada di salah sebuah meja di restoran itu ditarik olehnya. Suaranya mempersilakan aku untuk duduk. Kemudian, bunyi kerusi di sebelah ku pula ditarik membuatkan dahi aku berkerut.

         "Kenapa awak tak duduk depan saya?".

         "Nanti Encik Mansor dengan isteri dia nak duduk kat depan. Tak kan aku nak suruh kau duduk sebelah Encik Mansor kot? Kau nak ke?". Terdengar gelak tawa kecik terlepas daripada mulutnya.

         "Saya tanya je kan? Tak yah la nak melebih". Aku menjarakkan sedikit kerusi aku dengannya. Namun, tak lama selepas itu, menggunakan satu tangan, dia menarik kerusi aku kembali mendekati ku.

           "Cinta, kau tu bakal isteri aku. Jangan lah duduk jauh-jauh sangat. Nanti kalau jatuh dalam kolam tu macam mana?".

          "Pertama sekali, jangan panggil saya 'Cinta' lagi. Kedua, ada kolam ke kat tepi saya ni?".

         "Ya, sayang. Ada kolam kat tepi kau tu. Ada buaya lagi". Bahagian kolam tu mungkin betul, tapi bahagian buaya tu sah-sah la menipu. Pemilik restoran gila mana yang nak letak buaya dalam restoran diorang? Mahunya pelanggan yang datang nak makan, dimakan pulaknya.

         "Buaya? Aw-".

         "Selamat datang, Encik Mansor".

         Oh, client dia dah datang ke? Lebih baik aku tutup mulut aku. Kan tak pasal-pasal terkeluar benda-benda pelik pulaknya.

         "Mika, kenapa bawa Fatima sekali?". 'Mika'? Kenapa client dia yang satu ini menggunakan bahasa tidak formal? Dan kenapa suara itu seperti aku pernah dengari di sesuatu tempat.

        Otak ku ligat berfikir.

        Ting!

         Oh ya! Di music show di mana dia memainkan violin itu. Pakcik tua yang cuba buat benda tak baik dekat aku, ya dia! Aku ingat suaranya! Eh, maknanya... client Encik Syed ni, ayah dia-.

        Kata-kata hati ku terpotong apabila terasa genggaman tangannya yang agak kemas di tangan ku. Tak lupa juga kain satin yang memisahkan kulit kami berdua.

       "Don't call me Mika. Mr. Syed will do". Dingin suaranya berbicara.

       "Mika, ni papa kamu tau". Terdengar suara seorang perempuan pula.

        "And you, diam. Encik Mansor, this is business thing. Please don't bring family matters into this or i will cancel the deal".

        "Okay-okay, i won't". Pasrah sahaja suara papanya berkata. Kadang-kadang aku tertanya, apa yang papa dia buat dekat dia sampaikan dia benci orang tua tu sampai macam ni sekali? Takkanlah sebab kejadian haritu? Mustahil!

        "Sebelum kita sambung, boleh kita pesan makanan dulu? Because i believe my future wife right here is hungry, right Cinta?". Aku yang sempat mengelamun sebentar tadi, seumpama baru tersedar daripada mimpi apabila ditanya begitu. MENGGUNAKAN NAMA PANGGILAN ITU!

         " Sure". Sepatah aku menjawab. Mencuba untuk mengawal perasaan. Kau tunggu balik rumah nanti, aku patah-patahkan jari dia.

TERKELIP-KELIP mata ku. Sesekali aku membaiki tudung ku. Telinga ku hanya fokus mendengar kedua-dua anak-beranak itu membincangkan tentang kerja. Langsung tiada nada mesra antara seorang anak dan ayah. Diorang ni rival ke? Langsung tak mesra, dingin je sedari tadi!

        "Fatima, aku nak pergi tandas sekejap. Kau tunggu dekat sini tau. Jangan pergi terjun kolam pula". He then chuckled. Seram sejuk aku setelah mendengar suara garaunya berbisik di telinga ku.

          Aku hanya mengangguk, tanda yang aku akan baik-baik sahaja di sini.

"SO, Fatima. Dah berapa lama kenal Mika?". Suara lelaki itu bertanya.

          Namun, aku diam. Aku biarkan soalannya tergantung. Kerana teringatkan kata Encik Syed yang menyuruh aku untuk tidak menjawab sebarang soalan daripada papanya atau bercakap sekali pun dengan dia, aku diam.

         "Fatima, saya tanya awak ni?".

         Aku mengeluh sebelum menjawab, "Maaf la Encik Mansor, Encik Syed tak bagi saya bercakap dengan encik". Ha, kan straight aku bagi tu.

        "Kedekut betul la, Mika ni".

        "Bang, dah la tu. Nanti Mika marah". Suara wanita itu mencuba untuk memujuk suaminya? Abangnya? Entah la.

        "Apa-apa jela. But listen here Fatima, you kena pastikan yang I dapat projek ni. Projek ni mesti jadi milik I. I tahu yang banyak lagi pesaing syarikat I, so you sebagai bakal isteri dia, you kena pujuk dia. Faham?". Lah, kenapa aku pula diberi arahan? Cakap lah sendiri dekat anak kau tu. Kenapa aku pula yang kena?

       " Maafkan saya, Encik Mansor. Saya patut pergi". Tergesa-gesa aku bangun dan mengambil tongkat ku untuk pergi.

       "Hey, nak pergi mana ni, hm? Did anyone scare you?". Tiba-tiba sahaja Syed muncul di hadapan ku.

        "Saya tak selesa. Saya nak balik". Aku tak tahu la samaada suara aku cukup kuat atau tak untuk didengari oleh mereka berdua.

       "Okay, love. Kita balik sekarang. Oh dan Encik Mansor, i believe that you are the cause of discomfort to Fatima, so, you are eliminated. Proposal pon macam sampah!".

       Pam!

       Kuat bunyi gema sesuatu dicampak ke atas meja. Aku percaya yang itu ialah fail proposal yang disediakan oleh pihak sana.

" KENAPA awak buat macam tu tadi?". Takut-takut aku bertanya. Yela, daripada tadi diam je dia ni. Nampak sangat tengah angin monsoon timur laut barat daya tak baik.

        "Satu, sebab aku tak suka buat deal dengan syarikat tu because they are my rival". Aku dah agak dah. Bukan dalam kehidupan biasa sahaja, malahan dalam dunia perniagaan pon dia bermusuh dengan ayahnya sendiri.

        "Dua, sebab dia buat kau tak selesa".

        "Saya tak cakap pon yang dia yang buat saya tak selesa. Macam mana awak tahu?".

         "Daripada riak wajah kau, ada dah tahu". Pendek dia berkata. Hebat betul dia ni boleh tilik muka manusia. Ahli nujum kah dia?

(a/n: agak-agak korg, sad ending ke sebaliknya?)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro