20- Fiancé

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SYED ada dekat luar tu, Fatima. Fatima nak jumpa dia?". Mama bertanya sebaik sahaja dia menyarung cincin bewarna emas itu ke jari manis tangan kiri ku.

        Cincin? Ya, tepat seperti apa yang dijanjikan oleh lelaki itu, kami melangsungkan majlis pertunangan dua minggu setelah dia menghantar rombongan meminang kepada keluarga ku.

       "Encik Syed ada dekat luar?".

       "Apa pula panggil bakal suami sendiri, 'encik'. Panggil la 'sayang' ke, 'baby' ke?". Candace kalau bahagian menyakat orang, memang nombor satu. Sama la dengan Izzat tu. Nasib baik kembar dia yang lain mak, lain ayah tu tak datang harini. Katanya, ibunya demam. Kena lah teman.

       " Macam korang tak kenal kakak Qaseh ni, bukannya nak panggil boss macam tu. Mungkin kalau dia dengan boss berdua, dia boleh panggil macam tu". Qaseh menolak-nolak bahu ku lembut. Ha, dia ni boleh lah juga geng dengan Candace dan Izzat. Sekepala je ketiga-tiga orang ni.

        "Pandai je korang nak sakat Si Fatima ni kan? Tengok, dah merah dah pipi dia". Mama ketawa.

        Lalu sebelah tangannya dibawa ke belakang kepala ku, ditariknya kepala ku untuk mendekatinya dan bibirnya dilekapkan lembut ke dahi ku.

         Seraya itu dia berkata, "Terima kasih Fatima. Terima kasih sebab sanggup terima Syed, anak mama. Mama bersyukur sangat".

       "Mama, jangan lah nangis". Dapat ku rasa kan titisan air mata wanita itu terjatuh ke atas belakang telapak tangan ku. Suam sahaja suhunya.

        "Macam mana mama tak nangis. Mama gembira sangat. Kalau Fatima nak tahu, Syed tu setiap kali balik rumah selepas jumpa Fatima, mesti dia cerita macam-macam pasal Fatima dekat mama. Kalau mama tengah lipat kain dalam bilik, dia ikut sampai dalam bilik. Kalau mama tengah masak, dia duduk atas kitchen counter tu, goyang-goyang kaki sambil bercerita pasal Fatima. That man is really in love with you. Bila Fatima dah bertunang dengan Syed ni, mama terlalu happy. Ha, sebab tu lah mama nangis ni. Syed tu satu-satunya anak mama, mama nak juga tengok dia gembira since he lost his big smile long time ago".

        Kata-kata terakhir mama betul-betul menyedarkan aku. Tak semua manusia di atas dunia ini memiliki masa muda yang sempurna. Kalau aku, Allah menarik nikmat penglihatan aku, akan tetapi hidup ku senang, bahagia. Kalau Syed, dia masih boleh melihat, namun, masa remajanya tak begitu menyenangkan.

        Deringan telefon seseorang, menyedarkan aku daripada apa yang aku fikirkan ketika itu.

        "Ni, anak mama dah telefon". Oh, telefon mama rupanya.

        "Hello ma. Mana tunang Syed, Syed nak jumpa dia". Jelas kedengaran suaranya di corong telefon mama yang sengaja diperbesarkan suara sang pemanggil itu.

        "Sabar la, Syed. Gelabah lah awak ni, nanti mama bawa lah keluar". Mama mencebik.

        "Cepat la ma, Syed rindu ni". Tak semena-mena rona merah mulai bermunculan di segenap ruang pipi ku.

         "Yela-yela, mama dah siap sarung cincin ni. Awak tunggu la dekat luar, nanti mama bawa tunang kesayangan awak ini".

       Ya Allah, ini kah dinamakan cinta? Berbunga-bunga terasa hati ku. Ini kah yang dinamakan jodoh yang tepat?

        "Okay, ma. Sayang mama!".

         "Hm". Dengan kata akhir itu, mama terus meletakkan gagang. Tangan aku dipaut oleh tangan miliknya membuatkan aku sedikit terkejut.

        "Jom la, Fatima". Ajak mama.

        "Haah la kak, nanti nak ambil gambar lagi, makan lagi". Makan je laju, makan je laju kalau dengan Qaseh Fatima ni. Payah, payah.

        "Okay, akak nak pergi lah ni".

DENGAN penuh perasaan malu dan janggal, aku diduduki oleh mama di sebelah Syed di atas kerusi yang semacam pelamin begitu. Seperti apa yang didiskripsi kan oleh ibu la.

        "Mein liebling looks extra beautiful today". Pujinya perlahan. Memastikan aku seorang sahaja mendengarkannya. Yela, takkan nak suruh abang fotografer tu dengar sekali kan?

        "Terima kasih. Awak pakai baju warna apa harini?". Aku senyum sekilas untuknya.

       "Saya pakai baju kemeja hitam, seluar hitam, kot hitam. Semua hitam".

        "Apa awak ni? Macam nak pergi funeral, ni kan majlis tunang". Terus masam muka aku. Pelik sangat ni. Pakai all black pergi majlis tunang sendiri. Pakai macam tu pergi majlis tunang atau majlis kahwin bekas kekasih, logik lah juga.

        "Jangan lah marah, cinta. Saya pakai hitam sebab awak pakai hitam". Oh hehe, i totally forgot about my outfit. Sorry, Syed.

        "Ye eh? Saya lupa dah saya pakai baju warna apa. Sorry".

        "No need to be sorry, its totally fine". He chuckled softly.

         Muka kami kemudiannya kembali disiramkan dengan cahaya-cahaya flash daripada kamera jurufoto yang diupah oleh keluarga Syed itu. Katanya, nak abadikan setiap kenangan hari ini di dalam album. Yela, Syed kan anak tunggal.

         "Lepas majlis ni, awak ikut saya. Saya ada hadiah nak bagi dekat awak". Bisiknya lagi.

         "Awak nak bagi apa? Hantaran? Kita belum kahwin lagi la". Ujar ku dengan nada bergurau.

       "Awak ikut je nanti. Hadiah ni istimewa untuk awak".

       "Okay, Syed". Itu merupakan pertama kali. Pertama kali aku memanggilnya dengan nama itu tanpa perkataan 'encik' di hadapannya. Bukan lah tak pernah panggil macam tu, cuma ini sewaktu mood aku biasa-biasa sahaja. Haritu kan, aku panggil dia macam tu masa aku tengah marah.

NADA violin yang dimainkan berdekatan dengan aku itu sungguh indah. Sungguh aku suka. Agak-agaknya siapa lah yang memainkan nada indah itu? Mungkin kah, Syed? Atau ada ahli keluarganya yang lain yang juga pandai bermain violin?

         Apa-apa pon, aku tersenyum lebar, menikmati alunan nada yang sungguh murni dan indah itu. Tenang jiwa ku mendengarnya.

        "Awak suka?". Suara dia bertanya.

       "Suka. Awak ke yang sedang bermain violin tu sekarang?".

       "Kalau saya main violin tu, saya dah tak boleh fokus dekat awak sekarang ni. You must know that because you are a violinist, right? Itu mama. Mama yang mainkan alunan tu, cinta". Mama? Mama pandai main violin juga?

        Agaknya, bakat yang diperolehi oleh Syed, datangnya daripada Puan Roziah sendiri. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Takkan tumpah atas lantai pula. Lain ceritanya tu.

        "Saya tak tahu pula yang mama pandai main violin".

        "Dia mula bermain violin masa dia berumur 16 tahun. Masa tahun betapa entah, masatu umur dia 19 tahun. She met her first love. Masa hari perkahwinan diorang, mama mainkan irama violin yang sama seperti yang dia mainkan sekarang, untuk lelaki itu. Besar kan cinta mama untuk lelaki tu?". Cerita ringkasnya diakhiri dengan ayat tanyaan.

       " Siapa lelaki tu?". Soal ku kembali, ingin tahu.

      " Tengku Mansor, ayah kandung saya". Oh...

       "Saya minta maaf. Saya tak patut tanya awak ni, tapi kenapa nama depan awak 'Syed'? Kenapa bukan 'Tengku'?". Di situ juga aku bertanya.

       "Saya rasa mama dah cerita dekat awak pasal kejadian 10 tahun lepas. No, actually saya sendiri dah cerita dekat awak kan? Beberapa minit sebelum saya...". Percakapannya terjeda sebentar.

        Kemudian, dia menyambung, "... langgar awak. Lepas je awak sedar, saya terus balik and i told my mom that i wanna change my name. Nama asal saya, Tengku Mikhael Putra bin Tengku Mansor. Tapi, oleh kerana perasaan benci saya yang membuak-buak dekat lelaki tu masa tu, saya tukar nama saya jadi Syed Mikhael Putra bin Tengku Mansor. Saya ambil nama depan mama. Yelah, nama mama kan Sharifah Roziah. Faham?". Tragis. Menyesal pula aku tanya.

       " Maafkan saya. Saya tak patut tanya". Suara ku bertukar sayu.

        "Cik Mawar Fatima, awak tu tunang saya dan tak lama lagi akan jadi  isteri saya. From now on, you should know everything about me. Termasuk masa lampau saya. So, if you are curious about something, all you need to do are asking me, alright mein liebling?". Tengok tu. Sekali lagi dia panggil aku dengan panggilan tu.

       " Kenapa muka masam tiba-tiba ni, cinta?".

       " Boleh saya tahu apa maksud sebenar 'mein liebling' tu? Makin lama, makin saya tak percaya yang maksud dia 'stupid girl'. Sebab awak suka sangat panggil saya macam tu".

        Tergelak sakan dia mendengar soalan aku itu. Dah agak dah.

        "Awak belum tahu maksud dia?".

         Aku menggeleng.

        "Nanti awak tahu sendiri. Tak seronok la kalau saya spoil, kan?". Dia hamburkan ketawanya lagi. Suka sangat la tu kenakan aku? Cis!

(a/n: comel lah diorang ni, rasa nak kahwin pulak)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro