22- Tuan Riden

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(a/n: this chapter's title is dedicated to the guy that dumped me dengan alasan saya terlalu childish :D)

"JANGAN sentuh saya la! Awak ni siapa?!". Suara ku naik seoktaf, menengking jejaka yang sedang memegang tangan ku dengan agak kuat itu.

"Awak tak kenal saya? Atau awak buat-buat tak kenal saya?". Dia menyoal ku lagi. Sumpah, daripada suaranya, aku langsung tidak memgecam figura manakah yang sedang berdiri di hadapan ku sekarang ini.

"Tak, saya tak kenal awak. Sekarang, lepas kan saya. Sebelum saya jerit lagi".

" Saya takkan lepas kan awak selagi awak tak mengaku yang awak kenal saya". Lelaki itu masih berkeras. Ya Allah, kau tolong lah hamba mu ini, Ya Allah. Siapakah lelaki asing ini?

"Riden, buat apa kat sini? Merata mommy cari". Suara itu. Itu suara ibu tiri kepada Syed. Ya, aku kenal suara itu. Sekejap, dia bahasa kan dirinya 'mommy' kepada lelaki itu? Maknanya lelaki yang aku percayai namanya Riden itu ialah adik tiri kepada Syed? Atau mungkin adik kandung tetapi lain ibu?Begitu? Berkerut-kerut dahi ku berfikir, memerah otak.

"Riden jumpa kawan lama. Tapi boleh pula dia cakap dia tak kenal Riden". Alasan! Dah memang aku tak kenal kau, nak buat macam mana?

"Siapa? Fatima ni ke?". Akhirnya, wanita yang aku tahu, agak muda sedikit daripada mama itu.

"You jangan lah ganggu tunang orang ni, Riden". Mommy ketawa kecil.

"Tunang? Awak tunang orang ke, Fatima? Siapa tunang awak?". Bersungguh-sungguh bertanya, ingin tahu sangat ini.

"My fiancé. Now, get off Riden". Itu dia! Hero aku hari ini yang sampai agak lambat ye, teman-teman.

"Mommy? Dia tunang Abang Mika?". Bingo! Betul sangkaan aku! Jejaka bernama Riden ini merupakan adik tiri atau adik kandung lain ibu Syed. Pandai juga aku ni kan?

"Ya, sayang. Mereka baru je bertunang. Dah, jangan ganggu diorang lagi. Nanti Abang Mika mengamuk".

Terasa genggaman tangan ku dibuang dan diganti dengan sebuah genggaman lain. Genggaman berkain satin yang terasa sedikit selamat dan menenangkan. Aku tahu, itu ialah tangan kepunyaan Syed. Punya lah tak nak lepas, kuat betul dia genggam. Tapi tak sesakit seperti apa yang Riden lakukan tadi. I bet 100% that he was glaring at Riden right now.

"Please stay away from her since you know she's mine now". Amaran keras berbunyi di hujung kata Syed.

"Chill, bro. Aku takde pon cakap nak rampas dia daripada kau". Tenang adik tirinya itu membalas.

"Aku tahu kau macam mana, Riden".

"Mika, sudah la ya? Maafkan Riden, sayang". Lembut suara mommy berpesan. Takut juga kedua anak teruna ini tiba-tiba sahaja bertumbuk di situ. Kan tak pasal-pasal, ada cacat cela di muka masing-masing.

"Fatima, jom". Tangan ku ditarik. Langkah ku seperti dipaksa sahaja untuk mengikutinya. Suaranya juga berbaur sedikit dingin sebentar tadi.

"AWAK, awak marah kan saya ke?". Soal ku takut-takut. Daripada tadi lagi, dia diam tidak berkutik. Buat apa pon aku tak tahu. Entah ada entah tidak dia di sebelah ku saat ini.

"Kenapa saya nak marah kan awak?". Fuh! Mujur suaranya kembali melembut.

"Nampak macam awak takde mood. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah, okay? Jangan lah diam macam ni".

"Kalau saya bergurau dengan awak nanti, awak marah. Tak nak la saya bercakap lagi". Rajuknya. Alamak! Dia masih terasa dengan kejadian di pesisir lantai tadi ke? Tapi, kenapa dia pula yang harus terasa? HAHAHAHA.

"Tengok tu, marah kan saya la tu. Jangan lah merajuk, saya tak biasa pujuk lelaki. Biasanya saya pujuk Qaseh je. Ayah jarang merajuk, kalau merajuk pon ibu yang pujuk. Awak jangan lah bad mood, ya?".

"Takde la, cinta. Saya tak bad mood. Cuma lapar sikit".

"Lapar? Awak belum makan? Daripada tadi berdiam, ingatkan awak dah makan". Aku menyoalnya pelik. Ingat kan dia dah makan tapi aku yang tak sedar.

"Belum. Saya terfikir kan sesuatu". Ujarnya lagi. Suaranya mulai menbuatkan aku risau.

"Fikirkan apa?".

"Riden". Sepatah jawapannya.

"Kenapa?".

"Cara dia pandang awak. Saya risau. Awak jangan jatuh cinta dengan dia pula. I knew him, sejak daripada dulu lagi". Sampai ke situ dia fikir! Jarang tengok lelaki overthinking ni. Biasanya perempuan sahaja.

"Tak. Saya tak akan berpindah hati semudah itu".

Suasana tiba-tiba menjadi sunyi seketika. Hanya bunyi suara-suara manusia yang ada di parti itu. Lagi-lagi suara Candace, selaku amcee untuk majlis kecil pada hari itu.

"Jadi betul la". Dia mulai membuka mulut lagi.

"Betul la apa?".

"Awak sayang kan saya?". Soalan yang sama seperti apa yang sudah diajukan di tepi pantai tak lebih daripada 40 minit tadi.

Aku ketawa sedikit sebelum berkata, "Awak rasa kenapa saya nak kahwin dengan awak?".

"Entah. Mungkin awak kesian kan saya. Yela, dah beberapa kali kena tolak pinangan dengan orang yang sama".

"Bukan lah. Saya kahwin dengan awak sebab.... ha, cuba teka". Gantung ku lagi.

"Malas lah main teka-teka ni".

"Kalau malas, cari lah jawapan sendiri. Nanti saya bagi tahu, spoil la!". Aku menjelirkan lidah ku kepada nya.

Tahu pon malas nak meneka! Ingat aku rajin sangat nak teka apa maksud sebenar 'mein liebling' tu? Ha, sama la dengan situasinya yang dipaksa meneka sekarang ini.

" How dare you use my own spell againts me, Potter!?". Dia menyuarakan sebaris kata-kata Professor Snape daripada filem Harry Potter and The Half-Blood Prince itu kepada ku. Lah peminat Harry Potter juga ya? Patut la.

"Sejak bila last name saya 'Potter' ni? Nama akhir saya Fatima la". Sengaja aku ingin mematikan mood Potterhead nya.

"Apa-apa je la, Fatima. Yang penting awak kena berjanji dengan saya".

"Berjanji apa?". Terhenti tawa ku apabila terdengar perkataan 'janji' terkeluar daripada mulutnya. Bunyinya seperti serius sahaja.

"Jangan tinggalkan saya. Tak kira la sebab apa pon, lagi-lagi yang melibatkan Riden".

"Apa yang awak nak risaukan sangat ni? Saya tak kenal pon Riden tu siapa. Yang saya tahu, dia adik tiri awak kan?".

"Hm. Tapi awak janji kan takkan tinggalkan saya?". Kedua tangan ku dipegang dan dibawa ke udara, mungkin separas dada? Entah la, tak pasti.

"Tinggal ke mana? Ya, Syed. Saya tak kan tinggal kan awak. Ke mana saja saya nak pergi. Melihat pon tak boleh". Jenaka ku.

"Tak kisah la ke mana pon. Saya cuma risau. Hati saya tak tenteram selagi-".

Aku memotong percakapannya dengan berkata, "Saya berjanji Syed, saya takkan tinggalkan awak selagi Allah tak tarik nyawa saya". Senyuman semanis mungkin aku serahkan kepadanya untuk menghilangkan gusar di hati teruna itu.

"Selain daripada Riden. Itu lah yang saya risaukan".

Ha?

(a/n: i met this riden online, jadi kwn for almost few months then author tersuka dia. lepastu, confess. mula-mula dia okay je, (well dia reject tpi still jdi kwn) pastu lelama tu makin renggang yk. then i asked "am i too childish?" and then he said "yes". that simple 'yes' shattered my heart dho)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro