34- Wasiat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BEG tangan yang dipegang aku hempas kasar ke atas katil. Tudung yang cantik terlilit di kepala ku aku rentap untuk membuangnya. Aku campak kan kain selendang itu ke lantai bilik.

            "Memang ada rahsia yang kami sorokkan daripada kamu, Fatima. Semua ini tentang Syed. Kalau kamu nak tahu, Syed sebenarnya dah terbang ke Turki. Katanya, dia nak mulakan hidup baru di sana. Dia ada pesan juga yang tolong rahsia kan perkara dekat kamu tapi ibu dah tak boleh nak rahsiakan dah. Ibu kesian tengok kamu. Dan dia pesan lagi yang Fatima tak payah cari dia lagi. Dia tak nak tengok muka Fatima lagi. Ibu pon tak tahu apa salah Fatima dekat dia. Ibu minta maaf, sayang".

           Kata-kata ibu sebentar tadi terngiang-ngiang di kepala ku. Aku sedih. Aku marah. Kenapa sampai macam tu sekali Syed bencikan aku? Apa salah aku dekat dia? Kenapa dia berubah? Hati aku masih lagi tidak boleh menerima apa yang berlaku. Dia tinggalkan aku tanpa khabar berita. Pergi macam tu je! He broke his promise and he broke my heart severely.

           "Dan dia nak kamu tahu satu benda lagi, Fatima. Violin putih yang kamu beri nama Jello itu sebenarnya pemberian dia. Ya, dia lah remaja lelaki yang bagi sebuah violin dekat kamu masa dekat mall tu. Katanya, sebab dia tak suka warna putih. Kebetulan, kamu pon nak beli violin kan masa tu? So, dia bagi je dekat kamu, Fatima".

          Kata-kata ayah membuatkan aku mengalihkan pandangan ku ke arah sebuah pintu yang menutup sebuah bilik kecil. Tempat penyimpanan violin kesayangan ku, Jello.

           Aku mempercepatkan langkah aku ke pintu itu, membukanya dan mengambil violin putih itu.

           He broke everything, every single thing. He once gave me love then now, he took it back together with my other half of heart. Otak ku berbicara. Mata ku menangis. Tangan ku memegang kemas violin itu sebelum...

          PRAKK!
          DUSH!
          PRAKK!

          Amarah aku naik ke kemuncak paling atasnya. Violin yang dulunya menjadi pujaan hati ku itu sudah aku lontarkan ke lantai bilik. Habis pecah berderai. Rosak 85% alat muzik itu. Sudah tidak boleh dipakai lagi. Ya, memang aku ikutkan emosi. Kalau tak, tak la sampai hancur violin ni. Ya, aku geram. Dan ya, aku marah. Tersangat marah.

          Kaki longlai. Aku akhirnya jatuh terduduk ke lantai. Di hadapan serpihan-serpihan kayu yang bersepah di situ, aku menyembamkan muka ku ke lutut, kedua tangan ku memeluk erat kaki ku. Aku meraung di situ. Masih susah untuk menerima kenyataan. Jadi, begini la rasanya putus cinta? Memang benar kata orang, sakitnya bukan kepalang.

           Atau selama ini, dia memang tak cintakan aku? Hanya minda aku sahaja bermain-main. Aku dah gila ke?

          Tangan ku mengacau bilau kan rambut ku sehingga ternampak seperti orang yang betul-betul murung. Air mata masih lagi meninggalkan kesan di keseluruhan wajah aku. Peluh-peluh turut mulai turun daripada dahi ke leher ku.

         Aku benci kau, Syed Mikhael Putra! Bicara hati ku sebelum aku membuat keputusan untuk bersandar di kaki katil dan tertidur secara terduduk di situ.

"FATIMA, kamu tidur ke? Ada orang nak jumpa ni". Suara ibu di sebalik pintu bilik ku itu mengejutkan aku daripada tidur petang ku itu.

          "Fatima baru bangun, ibu. Kejap". Aku bangun berdiri sambil menggosok-gosok mata ku lalu menyepak-nyepak ke tepi sedikit serpihan-serpihan kayu putih yang masih tidak dikemas itu dan berjalan pergi ke arah pintu untuk menyambut ibu.

          Pintu dibuka dan terpacul wajah ibu. Wajah wanita yang paling bermakna dalam hidup aku.

          "Siapa pula nak jumpa Fatima ni, ibu? Fatima bukan dalam keadaan yang sedia untuk menerima tetamu sekarang. Suruh je la dia balik". Jujur aku berkata. Sungguh aku tiada langsung mood untuk bertemu dengan mana-mana manusia pada saat ini. Aku malas. Malas, malas, malas!

            "Peguam".

            "Peguam? Peguam mana pula? Untuk apa?".

            "Fatima turun la ya, nak ya? Nanti ada la tu dia jelaskan kenapa dia nak jumpa dengan Fatima". Kata ibu, lembut.

           "Okay la, sekejap tau. Fatima nak tukar baju pastu pakai tudung. Ibu tunggu tau, ibu kena teman Fatima".

           "Ya la, sayang".

"DI wasiat yang ditulis tangan sendiri oleh Tuan Muda Syed Mikhael Putra mengatakan bahawa pemindahan hak milik premis di bawah nama F'Rose Flower Shop akan sepenuhnya jatuh ke atas nama Cik Mawar Fatima tiga hari selepas pembedahan pemindahan mata Cik Fatima selesai dijalankan. Tuan Muda Mikhael juga ada meninggalkan 15% daripada aset dan hartanya di bawah nama Cik Mawar Fatima. Aset dan harta ini termasuklah, sebuah penthouse di Kota Damansara seharga lima juta ringgit, sebuah lot kedai seperti yang disebutkan tadi, dan sebuah kereta berjenama Mini Cooper bewarna biru gelap seharga RM 267 120. Oh dan yang terakhir, sejumlah wang berjumlah RM 500 000 juga telah dimasukkan ke dalam akaun bank di bawah nama Rose Mikhael. Cik Fatima berhak sepenuhnya untuk menggunakan aset dan harta yang ditinggalkan atau menjualnya. Ini kunci rumah, kedai dan kunci kereta".

          Usai bersyarah panjang nak mampos tu, peguam muda itu meletakkan beberapa dokumen dan tiga gugus kunci di atas meja kopi di ruang tamu itu.

         Bukannya nak ambil salah satu daripada kunci itu, malahan aku mencapai dokumen yang ada di atas meja itu. Lantas, kedua tangan ku mengoyak-ngoyakkan dokumen itu menjadi beberapa helaian kecil lalu aku lemparkan ke bawah.

          "Fatima... tak baik la buat macam tu". Pesan ayah.

          "Apa? Dia ingat selepas dia tinggalkan saya, dia boleh sogok saya dengan harta dia ni?! Ha?!". Suara ku semakin meninggi.

         "Jangan risau, puan, tuan. Saya dah sediakan beberapa copy lagi dokumen ini. Tuan Muda dah agak yang Cik Fatima akan buat macam ni. So, ini the second copy of those documents". Peguam muda itu mengeluarkan beberapa keping lagi. Dokumen yang sama.

            Segera aku merampasnya lagi dan mengoyaknya buat kali kedua. Ya, dokumen yang sama.

          "Fatima...". Panggil ibu. Mungkin ingin menghalang aku daripada terus berbuat begitu.

           "Takpe, puan. Saya ada beratus lagi copy dokumen ini di pejabat saya. Di fotostat khas atas arahan Tuan Muda Mikhael". Lah?! Serius la?!

           "Kalau macam tu, saya tak nak turunkan tandatangan". Tegas aku berkata. Aku tersenyum sinis ketika melihat peguam lelaki itu sudah terdiam, menyangkakan yang aku sudah pon menang. Namun...

           "Jangan risau. Ini juga telah dijangka oleh Tuan Muda. Jadi, saya telah diberikan hak untuk turunkan tandatangan saya bagi pihak Cik Fatima kalau Cik Fatima enggan turunkan tandatangan". Kalini, dia pula tersenyum puas. Seumpama berdebat pula dengan si peguam seorang ini.

           "Kalau begitu, saya nak jual semua harta dan aset yang diberi". Aku melawan lagi. Kalini, sudah berdiri dengan penuh yakin.

            "Ha, ini satu lagi. Lupa saya nak pesan, kalau Cik Fatima nak jual semua harta, Cik Fatima kena dapatkan tandatangan Puan Roziah. Ya, arwah Puan Roziah". Wait... Maksud nya, sudah tiada cara lain lagi untuk aku tolak pemberian Syed? Licik sungguh permainan lelaki itu.

           "Jadi, Cik Fatima nak tandatangan sendiri atau nak suruh saya yang tandatangan?". Peguam itu bertanya sambil tersenyum lagi. Meraikan kemenangannnya.

           Dan aku... Sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Terpaksa la aku menerima harta yang diberikan. Eh tapi...

          " Kalau saya tak guna semua harta tu, boleh tak? Kalau saya biar je sampai mereput". Ha, bijak kan idea aku?

          "Membazir amalan syaitan". Sekali lagi, peguam itu menang. Terdiam terus aku, ibu dan ayah. Pandai sungguh peguam itu berbicara. Pandai sungguh Syed membuat perancangan.

           Sah. Tiada cara lain lagi untuk menolak. Memang aku terpaksa menerimanya.

(a/n: last post for today. next 2 chapters maybe akan dipublish this weekend. yg 2 lagi tu chapters last dh tau, korg dh boleh jangka ke ending dia? 🤔 anw, peguam tu single lgi)

          

         

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro