4- Perjanjian

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AWAK hanya perlu bekerja dengan saya kalau awak nak belajar balik main violin". PERMINTAAN KARUT JENIS APAKAH INI?!

         "Awak lupa ke yang saya ni ada kekurangan? Kerja apa je yang saya boleh buat?".

         "Jadi peneman untuk mama saya. Dia selalu tak sihat, saya risau sebab takde orang jaga dia kat rumah. Papa... I don't know anymore".

           Wait-wait, dia nak suruh aku kahwin dengan dia ke? Tak kan? Eh, jangan nak perasan sangat la, Fatima!

           "Teman? Maksud awak jaga mama awak?". Aku bertanya untuk kepastian.

           "Yup, kerja awak senang je. Teman mama saya di rumah, itu sahaja. Kalau ada apa-apa yang jadi, awak perlu telefon saya. Ya, tak lebih daripada tu kerja awak".

         Itu je? Macam tak ada fungsi je aku dekat situ.

         "Aik? Dahtu baik tak payah. Saya macam tak berguna je kat situ".

         "No, awak berguna di situ walaupun kerja awak hanya teman mama saya sahaja. Jangan risau, kalau awak bosan, saya akan tempah kah buku-buku Braille khas untuk awak. You just have to state the title of the books. Dan waktu habis bekerja awak adalah apabila saya dah balik ke rumah. Dan pasal 'kelas' violin tu, kita akan buat pada hujung minggu. Faham setakat ni?".

         Tunggu jap, aku dan dia sedang bercakap tentang 'urus niaga' dekat birthday party adik aku sendiri ke? Apa yang pelik sangat Encik Syed ni. Macam tak boleh nak bincang esok.

         " Encik Syed, saya bukannya tak nak. Tapi, kenapa saya? Saya baru je jumpa awak hari ni. Tu pon sebab awak tertumpah kan kopi pagi tadi".

          "Maybe kita dah pernah jumpa tapi awak je yang belum ingat saya".

          Ha, ni satu lagi. Aku kemalangan tu, bukan sampai hilang ingatan. Macam mana boleh lupa pula yang aku pernah jumpa si dia ini?

          "Saya jarang lupa pada orang yang dah saya jumpa".

          "Tak semua perjumpaan tu dimulai dengan benda yang baik dan manusia tak akan dan tak nak ingat pon benda yang buruk. So, mungkin awak dah lupakan saya atas sebab benda buruk tu".

           Ish, tak faham lah aku! Jadi, kitorang memang pernah jumpa ke macam mana ni? Aku masih lagi keliru tahap gaban ni. Serius cakap!

         "Anyway, saya minta maaf sebab langgar awak pagi tadi. Saya perasan yang baju awak ada kotor, jadi ni, ambil la kot saya ni". Dia meletakkan satu helai kot bermaterial yang agak lembut di atas peha ku.

          "Eh, takpe la. Salah saya juga yang duduk tepi jalan. Takpe-takpe, awak ambil la balik, mesti mahal kan?". Aku cuba untuk menghulurkan kot itu kembali.

         "No, no, no. Its okay, you can take it".

          Rezeki, tak kan nak tolak kan? Aku tolak sekali je, kalau tuan punya badan nak bagi juga, aku ambil je la. Tak salah kan?

          "Lembut nya kain dia. Warna apa ni?". Tangan ku meraba-raba kot yang dapat aku agak, sangat cantik itu.

          "Warna putih".

          "Putih? Mesti cantik kan?".

           Dia terdiam.

          Tiada lagi suara-suaranya. Hanya hela nafas panjang yang kedengaran. Aku ada salah cakap ke?

          "Kenapa awak diam? Saya salah tanya ke?".

           "Tak, tak salah. Saya cuma teringatkan sesuatu. Nah, forget about it. Yang penting sekarang, awak fikir la pasal tawaran tu, Fatima. Semua ni untuk kebaikan awak juga, tak kan la awak nak kuburkan bakat awak bermain violin tu, kan? Sayang la jawabnya. Saya balik dulu".

          Aku mengangguk.

          "Eh jap, awak tak makan ke?".  Sempat lagi aku bertanya. Risau juga bercakap dengan aku sampai lupa nak menjamu makanan majlis.

          "Dah tadi, sebelum jumpa awak, saya dah makan".

          "Oh, okay. Bye!". Mulut ku mengukir senyuman lebar sambil tangan ku melambai ke arahnya, cepat.

AKU masuk ke bilik mama. Wajah ku basah lencung dengan air mata. Tak tahu apa yang aku fikir. Gembira? Marah? Ataupun sedih? Maka itu, aku hanya menangis.

         Masuk-masuk je bilik mama, terus aku rebahkan badan ke atas katil mama. Pelik mama melihat tindakan ku itu.

        "Kenapa ni Syed? Are you okay?". Mama mengelus rambut hitam pekat ku. Terkadang tangan lembutnya mengusap pergi air mata ku.

         "Kenapa anak teruna mama nangis ni? Tak malu ke? Dah 29 tahun hidup, dah tua dah". Mama cuba untuk bergurau. Namun, tangisan ku masih tidak berhenti. Mata ku yang memerah itu memandang wajah mama. Kerisauan di wajah tua itu jelas kelihatan setelah melihat hidung dan mata ku yang semakin lama, semakin memerah itu.

         "Syed, mama ada buat salah ke? Mama minta maaf, sayang. Mama tahu, anak mama ni tak pernah menangis kalau takde apa-apa yang besar kan? Syed tak nak cerita dengan mama ke?".

         "Mama... Syed dah jumpa dia ma...". Terus mama menarik aku ke dalam dakapannya setelah mendengar ayat itu. Mama tahu...

         "Dah bincang dengan dia?".

          Aku mengangguk.

          "Lepastu dia cakap apa?".

          "Dia tak cakap apa-apa lagi. Syed tak sanggup nak tengok muka dia, Syed tak boleh tengok muka dia. Syed takut. Syed tak boleh ma". Aku mengeratkan lagi pelukan aku ke badan mama.

         "Takpela, esok Syed pergi lagi jumpa dia. Cakap baik-baik dengan dia. Yang penting, Syed kena buang kerisauan dalam diri Syed tu".

        Aku mengangguk lagi.

        "Dah la, bangun pergi mandi. Macam budak-budak menangis bawah ketiak mama. Syed tu bukannya muda lagi, dah umur 29 tahun. Patutnya dah kahwin, dah ada anak. Bukannya jadi anak manja mama lagi". Sempat lagi wanita kesayangan jiwa dan hati ku itu membebel.

       "Nak kahwin macam mana ma? Calon pon takde. Siapa je nak kan Syed, sibuk 24 jam. Baik tak payah kahwin, kesian perempuan tu nanti". Selamba badak aku membalas.

       "Mawar Fatima, ada".

       Terus berbahang telinga dan pipi ku tatkala mama mengungkapkan nama itu. Terasa macam nak melompat je setiap kali mendengar nama itu. Terasa bahagia, terasa sedih, terasa marah. Semua ada.

        "Kenapa pipi merah bila mama sebut nama dia? Syed dah jatuh hati dengan Fatima ke?". Mama menyakat ku.

         Dengan serta-merta aku bangun daripada pembaringan ku dan berlari ke pintu biliknya. Malas aku nak duduk situ lama-lama. Nanti, makin lama aku duduk, makin banyak dia sakat aku.

        " Kalau Syed suka kan Fatima tu, mama tak kisah pon! Sebab mama pon suka kan dia!". Mama melaung daripada dalam bilik.

         Ada-ada je mama ni! Orang tengah bincang topik serius, boleh dia putar belit macam ular sawa jadi topik yang boleh buat merah pipi aku! Pandai je mama ni, kan?

(a/n: my boy, Syed, is simping hard for his girl)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro