6- Music Show

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LANGKAH malas aku berikan sepanjang turun ke dapur untuk dinner family la katanya. Kalau bukan sebab mama yang suruh, memang sampai tahun depan pon aku tak akan turun makan bersama-sama mereka dan tengok muka mereka.

        Mama. Insan yang terlalu baik. Selalu memaafkan orang lain. Tak kisah la besar mana pon pengkhianatan orang itu terhadapnya. Termasuk la papa. Sebesar gunung pon kesalahan-kesalahan papa, tetap dia maafkan. Tapi, bukan aku. Maafkan Syed pa, kesalahan papa sangat besar untuk Syed maafkan dengan cepat. Walapun dah 10 tahun berlalu, sebesar zarah pon Syed tak akan lupa apa yang papa dah buat dekat mereka. Papa sakiti mereka! Rasa bersalah tu turut melekat dalam diri Syed sampai sekarang.

        "Syed, dah siap ke? Turun la, mama, papa, mommy dan adik dah tunggu ni". Naik meluat pula aku mendengar nama-nama itu, selain daripada nama mama.

         Aku menghampiri meja makan di dapur berdinding kelabu itu sambil membaiki jam tangan berjenama Casio yang bewarna hitam yang tersarung sedikit longgar di pergelangan tangan ku itu.

         "Anak papa, handsome-handsome ni nak pergi mana?". Persoalannya aku biarkan tergantung sepi.

         "Ma, Syed tak dinner sekali hari ni, Syed nak keluar dengan Fatima".

        "Lah, Syed tak cakap. Kesian, mommy, papa dengan Icha tunggu lama". Kelihan mata ku aku alihkan kepada ketiga-tiga lagi manusia yang terdiam di meja itu.

        "Mama makan lah, Syed keluar dulu. Nanti kalau nak kirim apa-apa, call je. Tata, ma". Aku menyalami tangan yang sudah agak berkedut sesuai dengan umurnya yang sudah mencecah 50-an itu.

         "Elok-elok tu, Syed. Jaga anak dara orang! Yang penting, minta izin ibu dan ayah dia dulu". Sempat lagi mama berpesan. Aku yang malas nak bercakap banyak itu hanya mengangkat jari: 👌🏻. Kalau di hadapan papa dan keluarga barunya, aku memang akan dingin. Sifat ku berubah 100%. Daripada anak yang manja kepada anak teruna yang dingin, sedingin kutub utara.

"KENAPA awak tiba-tiba ajak saya keluar ni? Terkejut saya. Nasib baik awak dah minta izin ibu tadi, kalau tak ibu tak kasi tau". Aku membebel sambil tangan ku sedikit payah, cuba untuk membaiki tudung ku yang aku rasa seperti senget itu.

        "Want me to do it for you?".

        "Do what?". Keliru aku dengan Encik Syed ni. Dah la tiba-tiba je ajak aku keluar. And the fact that he just met me, make it even crazier!

         "Baiki kan tudung awak, nampak macam susah je tu".

         "Tak payah. Dah siap dah pon". Ah, lantak ah tak jadi pon awning! Daripada kepala ku disentuh lelaki tak dikenali, risau la!

          "Okay la kalau macam tu. Let's go, i wanna bring you to three different places tonight, Fatima".

         "Tapi, kalau tempat-tempat tu ialah tempat-tempat yang saya tak familiar sangat, you must lead me the way".

          "By holding your hand?".

          "No, but you can hold the end of my blind stick".

          "Okay, Fatima. Asal awak ikut". Keretanya mula mengeluarkan bunyi enjin, menandakan yang dia sudah bersedia untuk pergi.

"AWAK bawa saya pergi mana ni?". Kaki ku berjalan mengikuti rentak langkahnya, sebelah tangannya memegang erat hujung tongkat yang selalunya membantu aku untuk berjalan itu.

        Dia langsung tidak menjawab persoalan ku. Sebaliknya, di kalangan orang yang ramai itu, dia berkata, " A ticket for two". Di dalam kalangan kesibukan itu, fokus pendengaran ku terarah kepada bunyi dia mengeluarkan sesuatu daripada poket blazernya.

         "Awak, saya tanya awak ni". Aku menarik-narik hujung lengan bajunya.

         "Shh, i know you will like it, Fatima". Dia menyambung untuk menarik aku ke suatu tempat ini. Sempat aku merasakan tangannya sesekali di sekeliling bahu ku, tetapi langsung tidak menyentuh ku. Barangkali, ingin melindungi badan ku daripada terlanggar manusia-manusia di situ? Banyak sangat ke orang kat situ? Entah, kalau ikutkan pendengaran aku, macam ramai gila.

         "Duduk la". Beberapa minit selepas berhimpit-himpit di luar kawasan bangunan itu, kami akhirnya masuk ke ruangan yang agak tenang dan berhawa dingin.

         Aku yang dibantu oleh lelaki itu, duduk di sebuah kerusi lembut yang aku rasakan seperti kerusi pawagam-, eh kerusi pawagam? Banyak orang? Dia bawa aku pergi tengok wayang ke?

         Sangkaan ku meleset sepenuhnya tatakala aku mendengar alunan musik yang sangat merdu, datang daripada seorang pianis yang mungkin sedang bermain piano di pentas utama itu.

        Terus melebar senyuman ku. Makin lebar apabila aku terdengar lagi alunan musik violin yang sangat lah indah, yang datangnya berasa sungguh dekat dengan ku. Seperti datang daripada sebelah kanan ku sahaja. Terus aku pusingkan kepala ku dan bunyi violin itu terus berhenti.

          "Saya dah cakap yang awak akan suka tempat ni".

          "Awak ke yang main violin tu? Sekejap, kita ada dekat mana ni?".

           "Ya, saya yang main violin tu dan sekarang kita tengah ada dekat Music Show khas yang saya tempah untuk kita. Untuk awak sebab saya nak awak bersemangat balik nak main violin dan untuk saya sebab saya nak tenangkan fikiran". Ujarnya. Suaranya cukup dingin dan mendatar di penghujung ayatnya itu.

          "Violin tu, awak punya ke? Saya nak sentuh boleh?". Aku mengetepikan tongkat dan beg tangan ku, menadah tangan untuk mengambil dan memegang violinnya buat seketika.

         "Yes, this is mine. Nah".

          "Licinnya, takde habuk pon. Pandai awak jaga". Tak ku sangka-sangka senyuman indah terukir di bibir ku apabila tangan ku menyentuh violin yang sangat licin teksturnya itu.

          "Mama yang selalu bersihkan. Saya dah lama tak main violin ni, this is my first time after 10 years of not playing Mitchel, the violin". Oh, wau! Violin dia pon ada nama la!

          "But you played the melody so beautifully just now. Saya cemburu sebab saya dah tak dapat nak melihat, dah tak dapat nak main violin lagi".

         Usai mendengar kata ku itu, terus dia terdiam.

         "Encik Syed?".

          "Eh-, sorry. Saya mengelamun sekejap tadi. But, Fatima, kita dah buat perjanjian kan yang saya akan ajar awak untuk main violin balik. Start from the beginning. Sama seperti pelajar yang baru mula-mula nak main violin. Cuma bezanya, awak dah tahu serba sedikit kan?". Suaranya lirih. Entah kenapa tetapi, dapat ku rasa kesedihan yang sepertinya sudah lama melekat di hatinya.

       " Encik Syed, saya nak tanya ni, Encik Syed jangan marah tau. Encik Syed kena jawab jujur". Rasa tidak senang dan ingin tahu meneyelubungi hati aku semenjak hari pertama aku bertemu dengannya. Walaupun tidak bertatapan mata, dapat aku rasa sesuatu yang tidak senang setiap kali aku bersamanya. Bukan lah rasa tidak selesa, namun, seperti ada yang tidak kena sahaja.

        "Tanya la, Fatima. By the way, saya single".

         "Ish! Bukan tu la". Dahi ku berkerut. Sempat lagi dia bergurau, orang tengah serius ni!

         "Dahtu?".

(a/n: ha, soalan apetu? comment your thoughts!)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro