8- Propose

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SYED, okay tak ni? Tadi, mama tengok bukan main marah lagi masa keluar rumah tadi. Bukan main kuat pegang tangan Fatima macam tak nak lepas. Ni, dah balik ni, senyum bukan main, sampai ke telinga". Mama menegur ku sebaik sahaja aku mengunci pintu rumah setelah melangkah masuk.

           "Look at this, ma". Lolipop yang ada di tangan, diangkat tinggi-tinggi, dah macam nak tersentuh kipas dinding. Aku menggulum senyuman yang paling lebar di malam ini.

         "Ya Allah, terima kasih kerana kau telah hadirkan Mawar Fatima dalam hidup anak teruna ku, Ya Allah". Mama mengangkat tangannya separa dada, seolah-olah sedang berdoa.

          "Apa mama ni, malu lah Syed". Dah rasa macam nak tergolek-golek je badan ni dekat lantai bila dengar mama sebut nama gadis itu.

           "Betul lah mama cakap. Mama rasa bersyukur sangat, sebab dah lama Syed tak senyum macam ni". Riak muka mana berubah. Tangannya diangkat separas wajah ku dan diusapnya pipi ku perlahan.

          "I think i am in love, ma". Ujar ku perlahan, namun ikhlas. Seikhlasnya.

          "Jadinya, mama bakal ada menantu lah ni? Betul ke yang anak mama ni dah jatuh cinta? Dengan Mawar Fatima? Ya Allah, serius la Syed?". Tangan mama bertaut dengan kedua tangan ku.

          "Entah la, ma. Tapi, entah la. Syed macam suka dia. Ish, tak tahu la!".

          "Tapi apa lagi, Syed? Itu namanya cinta la. Bila awak dah tak boleh nak nyatakan kenapa awak cintakan dia. Waktu tu la, awak sedar yang awak cintakan dia". Nasihat percuma Puan Roziah berikan kepada ku pada malam itu.

          "Macam mana mama cintakan lelaki tu?".

         "Papa?".

          Aku mengangguk.

          "Macam mama cakap, cinta tak perlukan sebab. Kalau Syed nak cakap yang Syed tak boleh cintakan dia sebab baru je jumpa, tak logik, sayang. Cinta ni tak kira tau, cepat ke lambat ke. Eh lagipun... ". Wanita itu menarik aku untuk duduk di sofa di ruang tamu itu.

          "But the past, ma". Tiba-tiba sahaja aku teringat kejadian itu. Kejadian yang penuh dengan detik hitam itu.

          "The past is past, Syed. But, someday if you are ready, tell her the truth. Jangan sampai dia dengar fitnah daripada orang lain, okay sayang?". Lembut sahaja mama menasihati ku.

           "Okay, ma. Oh, lupa nak bagitahu, esok Fatima datang. Dia mula bekerja esok. Syed akan ambil cuti esok. Yela, kan first day dia. Takut dia-".

          "Takut dia apa? Ke takut Syed yang rindu? Nanti duduk office asyik terbayangkan Fatima je. Sampai dah lupa mama nanti agaknya". Then, she gave me a smirk. What?! A smirk? Sejak bila ni, mama? Huh?

          "Kalau takut Syed rindu tu... ala... sikit la". Sikit aku tu, aku depakan kedua-dua tangan ku selebar angkasa lepas.

          "Sikit la sangat. Mama ketuk kepala awak ni kan!".

"ASSALAMUALAIKUM ibu. Syed nak minta izin nak ambil Fatima. Dia dah mula bekerja hari ini". Daripada kejauhan, aku terdengar suara lelaki itu.

          Cepat-cepat aku mencapai tongkat ku dan berjalan ke arah suara itu.

          "Encik Syed?".

           "Ya, saya".

           "Kenapa Encik datang sini? Kan saya dah cakap semalam, saya tunggu ayah saya balik daripada beli lauk dekat pasar lepastu nanti dia hantar saya dekat rumah awak nanti". Banyak betul alasan aku kasi. Punya la tak nak berdua-duaan dengan dia kat dalam kereta itu.

           "I told you once, mein liebling. Wherever you go, i must be there no matter what".

            'Mein liebling' tu apa pula? Makin lama kenal jejaka ini, makin pelik aku jadinya. Nasib baik setakat ni baru 3 bahasa, buatnya lepasni dia bercakap Mandarin pula, macam mana?

            "Awak ni, takde kerja ke? Takkan la setiap masa awak nak teman saya?".

           "Kalau saya takde, saya akan suruh orang lain temankan awak. Orang yang boleh saya percaya, faham?". Faham tu faham. Tapi kalau dah gaya bercakap macam nak bergaduh je depan ibu ni, risau juga la aku.

         "Buat apa susah-susah, Syed? Fatima ni dah besar, dah boleh jaga diri dia sendiri". Ibu berkata perlahan dengan suara lembutnya itu.

          "Tak boleh macam tu, ibu. Fatima ni dah jadi tanggungjawab Syed".

           Pap!

           Sebaik sahaja dia berkata begitu, terus aku menampar lengannya. Yela, TANGGUNGJAWAB APANYA? AKU NI BUKANNYA ISTERI DIA?!

            "Kenapa awak pukul saya, Fatima? Saya ada salah cakap ke?".

           "Haah. Tanggungjawab apanya? Saya ni bukan isteri awak". Geram! Sesuka hati dia je nak cakap macam tu, dah la depan ibu. Kalau takde orang lain yang dengar, kira okay la juga.

          "Memang la bukan isteri, tapi... bakal isteri. Faham?".

            Wo, wo, wo! Makin tercengang aku mendengar kata-katanya ini! BAKAL ISTERI?! Sejak bila dan ketika mana aku cakap yang aku nak kahwin dengan dia ni? Ke aku ada mengigau lepastu terlepas cakap semalam? Takde kan? Kan? Kan? KAN?!

           " Syed sedang propose Fatima ke apa ni?". Ibu tergelak kecil. Tengok, ibu pon rasa benda tu lawak.

           "Insyaallah kalau ada jodoh, Syed bawa family datang sini. Meminang cara baik. Boleh kan kalau saya nak cuba, Mawar Fatima?".

"FATIMA! Tunggu la saya dulu". Suaranya memanggil-manggil aku tatkala kaki ku memperlajukan langkahnya menuju ke rumah banglo dua tingkat, dibantu oleh salah seorang pembantu rumah nya.

          "Cik Fatima. Tuan Muda suru-".

           "Jalan je, saya tak nak bercakap dengan dia. Dia buat saya marah harini". Memang! Memang aku sedang marahkan dia sekarang! Ingat kahwin ni, perkara main-main ke? Ingat boleh buat lawak ke?

           "Aina Natasha, i order you to stop right there!". Dia mengarahkan bibik yang berusia muda itu berhenti. Serta-merta terasa langkah kami terhenti di situ. Tidak lagi bergerak. Seperti ada yang menghalang.

         Sampai lah, beberapa saat kemudian, terdengar tapak kaki lain yang menghampiri kami.

        "Leave her".

         "Baik, Tuan Muda".

          "Kenapa ni? Awak marahkan saya ke?". Eeee, soalan dia pon! Makin nak buat aku marah. Tetapi ton suaranya mampu menghantar sekumpulan rama-rama berspesis rare ke dalam perut ku.

           "Memang la marah. Apa Encik Syed ingat kahwin tu perkara main-main ke? Macam main pondok-pondok masa kecil dulu? Kahwin BUKAN perkara main-main, Encik Syed".

           "Siapa cakap saya main-main? Saya tak main-main bila saya cakap nak kahwin dengan awak tadi. Saya cakap dekat depan ibu awak kot. Takkan lah saya nak main-main pula". Suaranya. Lembut. Cuba memujuk mungkin?

           "Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?". Aku membalas. Masih keras kepala.

           "Then, i will make you fall in love with me. Then, i will ask this question again".

           Soalan apa pula ni?

          "Soalan apa?".

          "Sudi kah awak, Cik Mawar Fatima untuk menjadi isteri saya?".

            WHAT THE ACTUAL F-? DID HE ACTUALLY JUST PROPOSE? WHAT?! AM I DREAMING OR WHAT? WHAT THE HECK? WHAT? NSUSVSJAJAKAJAJAUSHWK!

(a/n: count Syed kena reject [1])

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro