Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BOLEH bagi nama panjang tak encik? Sebab saya nak catat dalam buku ni". Wanita itu tersenyum lalu tangannya mengangkat sebuah yang berkulit agak tebal sambil mengetuk-ngetuk hujung pena yang dipegang pada kulit buku yang keras itu.

           "Mikhael. Mikhael, sahaja". Kata ku.

           "Encik, saya nak nama panjang. Saya nak tulis dalam ni, nanti buku ni saya simpan untuk rekod". Wanita itu cuba untuk menahan sabar.

          Sebenarnya, dah nak dekat 20 kali wanita ini bertanyakan soalan yang sama. Namun, jawapan yang sama juga dia perolehi. Nasib baik la, dia ni penyabar orangnya.

           "Nama saya...". Teragak-agak aku untuk memberi tahu nama ku yang sebenar.

            "Haah, nama encik...".

            "Syed. Syed Mikhael Putra". Kata ku pada akhirnya.

             Kelihatan dia seperti terkesima di situ. Pen yang dipegang juga jatuh ke semula ke atas meja. Buku yang dipegang tadi, diletakkan semula ke tempatnya.

             "Kenapa, Cik Mawar?". Giliran aku pula menyoal.

             "Tak, takde apa-apa. Cuma nama awak macam pernah saya dengar. Forget it or i will ruin the mood". Dia... Dia masih ingat pada aku? Bibir ku menjongketkan senyum kecil.

             "Fuh, okay. Finally, awak bagi tahu juga nama awak. Penat 20 kali saya tanya. Sekarang, nak suruh saya panggil awak apa? Atau nak saya bagi nama samaran? For your information, kebanyakan pelajar-pelajar saya, saya bagi nama samaran tau". Terangnya bersungguh bersama senyum yang langsung tak rasa untuk menghilang daripada wajah cantiknya itu.

            "Well, of course. You can gave me one nickname".

             "Kalau macam tu... hm... mulai daripada sekarang, saya akan panggil awak...". Jari telunjuk kanannya diletakkan ke sisi kepala seolah sedang berfikir.

            "Saya akan panggil awak 'Mein Prinz'. Maksud dia, 'putera' kalau dalam Bahasa Jerman".

             Bukan. Bukan 'putera' sahaja...

             'My Prince'.

             "Cik Mawar pandai bercakap bahasa asing?". Soal ku ingin tahu.

             "Someone taught me to learn that language because he once called me 'my darling' in Germany and i don't even know the real meaning behind it. Kalau saya tanya dia maksud 'mein liebling' tu apa, dia akan cakap yang frasa tu bermaksud 'stupid girl'". Aku terdiam. Terlihat kesedihan di balik senyuman dan kedua matanya ketika berceritakan tentang memori lampau kami berdua itu.

             " Oh, patut la. Good for you, dho". Janggal. Berasa sungguh janggal situasi kami pada saat ini. Setiap daripada kami tiba-tiba sahaja terdiam. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan.

                "Mama!". Keheningan itu dipecahkan oleh suara seorang kanak-kanak lelaki yang menerjah masuk bilik kecil yang ada di dalam studio violin milik Fatima itu.

               Kejap. 'Mama'? Maksudnya, dia dah ada anak? Dah kahwin? Takkan lah. Baru setahun aku pergi, takkan anak dia dah besar macam ni.

               Mata ku teralih pada figura kecil yang berketinggian rendah yang sedang berdiri tepat di sebelah kerusi yang aku duduki itu.

              "Hey, sayang! Datang dengan siapa?". Fatima menyoal kanak-kanak itu.

              "Datang dengan Mommy Qaseh".

               "Mommy Qaseh mana? Tak naik sekali?". Tekun aku mendengar perbualan di antara anak dan ibu itu. Tangan pula sibuk membuat-buat membelek entah apa risalah yang ada di atas meja di hadapan ku itu.

              "Ada dekat bawah. Dia malas nak naik. Ni siapa mama?". Dia tunjuk aku ke?

              "Oh God, sorry saya terlupa pasal awak. Mikhael, kenalkan ini anak angkat saya, Farish Putra. Farish sayang, uncle ni pelajar violin baru dekat sini, nama dia Syed Mikhael Putra". Lembut sahaja bicaranya dengan kanak-kanak lelaki itu. Tertonjol sifat keibuannya.

              Tangan kecil milik Farish menyalami tangan kasar ku. 'Farish Putra'. Aku mengukir senyuman manis apabila teringatkan nama budak lelaki itu.

               "Uncle ada nama akhir yang sama dengan Farish. Kita boleh jadi geng!". Riang Farish berucap.

             "Mestilah! Kita boleh jadi geng nanti".

             "Hm, geng je? Apa kata, uncle jadi daddy Farish. Uncle kahwin la dengan mommy Farish, eh eh?". Terkejut beruk aku mendengar permintaan daripada anak kecil itu.

             "Rish, apa cakap macam tu? Kita tak boleh kahwin dengan orang yang kita tak kenal tau. Macam mana kalau orang tu dah ada calon? Tak elok rampas orang punya, tau". Oof-, this one really broke my heart.

             "Betul tu, Farish. Takpela, kita jadi geng je, okay?". Janggal betul rasanya ingin menyakinkan si kecil ini.

             "Hm, ye la, ye la". Redha sahaja suara Farish. Comel!

"SAYA balik dulu, mein prinz". Ucapnya sambil sebelah tangannya diletakkan di atas kepalanya. Dia cuba untuk meredah hujan sambil mendukung Farish untuk pergi keretanya yang ada di seberang jalan itu.

             "Hujan ni, takpe ke?". Aku bertanya. Kerisauan mulai bersarang di hati.

              "Takpe, takpe".

               Kedua tangan ku kemudiannya membuang jaket putih berjenama Louis Vuitton yang dipakai lalu berkata, "Macam ni, memandangkan saya takde payung, saya boleh tolong 'payungkan' Cik Mawar guna jaket ni sampai ke kereta. Boleh?".

              "Takpela, Mikhael. Susahkan awak sahaja. Kereta saya bukannya jauh pon".

               "Tak, tak susah. Lagi satu, saya risau. Takut-takut aw-, maksud saya Farish demam sebab kena hujan. Yela, dia kan kecil lagi. Antibodi masih lemah, tak macam kita yang dah dewasa ni". Nasib baik tak terlepas cakap.

                Mendengar sahaja nama Farish disebut, terus dia mengangguk sekilas. Sayang sangat dia pada anak angkatnya itu. Oh Allah, that's why i love her so much.

                Aku tersenyum kecil sebelum membentangkan jaket ku dan meletakkannya di atas kepala Fatima.

                "Jom".

                "Hm".

                  Dan kami pon berlari anak di dalam hujan itu untuk menuju ke keretanya. Kepala ku yang tidak ditutup dengan apa-apa pon itu basah kuyup. Daripada hujung rambut hingga ke kaki. Nasib baik aku pakai baju-t bewarna hitam pada hari ini.

"TERIMA kasih, Mikhael. Ni, jaket awak". Aku cuba untuk memberikan kembali jaket putih itu kepada tuannya melalui tingkap kereta. Namun...

              "Takpe, Cik Mawar. Cik Mawar ambil je la. Lagipun, saya dah tak suka sangat dengan jaket tu. Kalau Cik Mawar tak nak, Cik Mawar bagi je dekat Farish". Entah kenapa, suaranya macam pernah aku dengar sahaja. Sudah beberapa kali aku perasan, namun, beberapa kali juga aku abaikan.

               "Betul ni?".

               "Betul. Ambil lah. Saya balik dulu, driver saya dah sampai". Tergesa-gesa di berlari ke arah sebuah kereta hitam yang diparkirkan di seberang jalan itu.

                 Jaket yang ada di tangan, aku belek.

                 "Kenapa macam pernah ada jaket ni, erk?". Fikir Fatima, fikir.

                 Tiba-tiba sekeping memori terlintas di dalam benak ku...

                "Anyway, saya minta maaf sebab langgar awak pagi tadi. Saya perasan yang baju awak ada kotor, jadi ni, ambil la kot saya ni". Dia meletakkan satu helai kot bermaterial yang agak lembut di atas peha ku.

          "Eh, takpe la. Salah saya juga yang duduk tepi jalan. Takpe-takpe, awak ambil la balik, mesti mahal kan?". Aku cuba untuk menghulurkan kot itu kembali.

         "No, no, no. Its okay, you can take it".

          Rezeki, tak kan nak tolak kan? Aku tolak sekali je, kalau tuan punya badan nak bagi juga, aku ambil je la. Tak salah kan?

          "Lembut nya kain dia. Warna apa ni?". Tangan ku meraba-raba kot yang dapat aku agak, sangat cantik itu.

          "Warna putih".

          "Putih? Mesti cantik kan?".

            Dengan sepantas kilat, aku menterbalikkan jaket itu. Mencuba untuk mencari kolarnya.

              "Louis Vuitton".
              "Syed... Lelaki tu, Syed?". Tanya ku kepada diri sendiri.

               Poket jaket itu pula yang menjadi mangsa aku yang seterusnya. Aku membuka nya dan alangkah terkejutnya aku di dalam itu terdapat sebuah keychain violin bewarna putih dan coklat yang saling bercantum dan di belakang nya ada tertulis 'Jello & Mitchel'.

                Dengan serta-merta, aku keluar daripada kereta ku, berdiri di tengah hujan itu untuk mencari kelibatnya. Kelibat lelaki itu.

                Setelah mengetahui yang aku gagal melihatnya di mana-mana, lutut ku lemah. Aku jatuh terduduk di atas jalan raya itu. Habis basah kesemua pakaiannya.

                Rupa-rupanya lelaki yang aku rindui selama ini telah menjadi ahli kelab violin pertubuhan ku...

                 6 months...
    
                 6 months he was with me all of this time and i can't even remember him? His voice?

                  "Syed...". Kepala ku tertunduk. Aku menangis kecewa.

                   Mengetahui fakta yang dia tidak lagi akan muncul selepas ini kerana sesi belajarnya sudah tamat.

                   6 bulan. 6 bulan dia muncul dan akhirnya begitu sahaja. Muncul seperti angin, berlalu juga seperti angin. Kehadiran dan kepergian yang seperti tidak bersambut. Pedih.

THE END

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro