08

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Puan boleh ambil ubat yang saya sudah senaraikan ini di farmasi, ye." Taehyung tersenyum manis ke arah seorang wanita tua yang merupakan pesakitnya.

Wanita tua itu tersenyum dan mengangguk lemah.

"Terima kasih, doktor. Semoga kamu sentiasa dalam rahmat tuhan."

Setelah wanita tua itu keluar dari biliknya,  Taehyung terus menekan button untuk memanggil pesakit seterusnya.

Selang beberapa detik, pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Taehyung sedang menulis sesuatu diatas kertas, jadi dia tidak dapat melihat wajah pesakitnya kali ini.

"Kim Taehyung?"

Taehyung mengangkat wajahnya sebaik sahaja namanya disebut oleh satu suara yang agak familiar pada dirinya.

Ternganga sedikit mulutnya apabila dia dapat melihat dengan jelas wajah pesakitnya kali ini.

"Haeun-ssi?"

-----

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro