10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haeun's

Seminggu kemudian..

Pengenalan singkat diantara aku membuatkan aku dan dia semakin hari semakin rapat. Tapi tak semestinya dia harus berkata sebegitu pada aku.

Hari ini, Taehyung membawa aku datang ke pantai yang pertama kali kami berjumpa.

Pantai yang ramai orang pun tidak tahu akan kewujudannya.

"Tenangkan?" soalnya tanpa memandang ke arah aku kerna ralit melihat ke arah pantai yang sedang damai berombak.

"Em! Sangat tenang."

"Kau ingat tak first time kita jumpa dekat sini?"

Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum manis.

"Mestilah ingat. Awak  masa tu macam orang gila je menjerit-jerit dekat sini."

Aku dan Taehyung mula ketawa.

"Kau tahu, masa tu aku betul-betul rasa down gila sebab perempuan yang aku sayang, aku cintai.. akhirnya menjadi milik orang lain."

"Kuat betul cinta awak pada kak Hayeon kan? untungnya..." sengaja aku perlahankan nada semasa berkata perkataan akhir itu.

Aku memandang ke arah lain.

Entah kenapa, hati aku mula rasa sakit kalau bercakap pasal Hayeon. Mungkin sebab aku dah mula tersukakan Taehyung, dan sebab itu aku cemburu akan cinta Taehyung pada Hayeon.

"Cinta saya padanya sememangnya kuat. Dia lain dari yang lain. Saya sayangkan dia sebab dia kuat walaupun hatinya sering dilukai. Tapi sayangnya.. dia tetap memilih untuk memaafkan dan menerima semula cinta yang pernah menghianatinya." kata Taehyung bersama dengan nada sayunya.

"Did you still love her, don't you?"

Taehyung mengeluh berat. Dia memandang aku lama dengan pandangan sayunya.

"Kau boleh tolong aku tak?"

Aku mengerutkan dahi. "T-tolong apa?"

"Kahwin dengan aku dan bantu aku untuk lupakan dia."

------

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro