18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haeun's pov

"Ini rumah kita. Kejap lagi, saya tunjukkan bilik awak." kata Taehyung. Aku sedikit ternganga melihat isi dalam rumahnya.

Sumpah cantik.

R

upanya, Taehyung memiliki citarasa setinggi gunung. Citarasa dia semuanya luar biasa. Tak dinafikan lagi dengan pakaiannya sekarang ini pun, boleh membuktikan betapa dia mementingkan penampilan.

"Kenapa berdiri dekat situ lagi?" soalan dari Taehyung mematikan lamunan pendek aku. Aku tersenyum nipis lalu menghampirinya.

"Cantik rumah awak." puji aku.
Taehyung mencuit dagu aku lalu berkata,

"Pembetulan. Rumah kita." Dia juga turut mengenyitkan matanya lalu berjalan meninggalkan aku.

Aku terkelu seketika.

"Come here. Saya tunjuk bilik awak."

Aku mengerdipkan beberapa kali mata sebelum berlari anak menghampirinya yang sudah naik di tingkat 2.

"Ini bilik awak. Bilik saya depan ni je. Kalau nak apa-apa, just ketuk pintu saya." ujarnya. Aku mengangguk dan tersenyum ke arahnya.

Jangan hairan.

Aku sendiri yang minta agar kami tidur berasingan. Ini untuk mengelakkan diri dari sentiasa berasa janggal dan tidak tenang apabila bersama dengan Taehyung.

"Berehatlah dulu. Kalau lapar, bagitahu saya. Awak tak payah masak. Dalam peti sejuk tu pun bukannya ada makanan."

"Okay."

Baru sahaja aku dan dia ingin mengambil laluan masing-masing iaitu menuju ke bilik, Taehyung tiba-tiba berpusing semula.

"Oh ye. Kejap lagi, teman saya pergi ambil Yeontan dekat rumah Jimin."

Aku mengerutkan dahi.

"Yeontan? Siapa tu?"

"Anak kita."

wtf sEjak Bila puLA  bUAT 'hARI KOTOR' DENGAN DIA DKAKDKKS

-----

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro