20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak berapa hari cuti?"

Haeun menoleh ke arah Taehyung. Lelaki itu masih lagi bermain bersama dengan Yeontan.

L

epas rindu katanya.

"saya 3 minggu cuti." kata Haeun sambil menyambung semula menyusun buku-buku kegemarannya didalam rak buku milik Taehyung.

"Baguslah awak ambil cuti selama tu."

Haeun mengerutkan dahi sambil memandang ke arah Taehyung. Dia meletakkan buku terakhirnya.

"Kenapa pula?"

"Bolehlah kita pergi bercuti dekat Paris"

Bercuti?

H-honeymoon? Dekat Paris?

"S-saya ikut je." 

Taehyung meletakkan Yeontan di bawah. Dia berdiri dan menghampiri Haeun yang sedang mengemas buku-bukunya itu.

Dia duduk bersila disebelah Haeun dan merapatkan wajahnya pada wajah Haeun.

Haeun cuba berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Walhal hatinya sudah mula berdegup kencang seakan mahu terkeluar.

"Tapi, bukan kita berdua je tau pergi sana."

Haeun memusingkan kepalanya dengan berhati-hati, memandang ke arah pandangan redup lelaki itu.

"Hayeon and her husband akan ikut kita."

Apabila nama Hayeon mula disebut oleh Taehyung, hati Haeun mula resah.  Dia tahu, Taehyung sengaja mengajak Hayeon kerna lelaki itu sengaja cuba untuk menyakitkan hati gadis itu dan mempergunakan Haeun dalam permaiannya.

Haeun mengetap bibir. Tapi, walaupun usahanya cuba untuk menyakitkan gadis itu, tak bermakna Taehyung akan lupakan cintanya pada Hayeon.

Dan dia yakin, hati lelaki itu akan semakin  kuat mencintai gadis itu.

Dan sekaligus itu akan membuatkan diri Haeun disakiti tanpa lelaki itu sedar.

-----

TBC

happy Eid Al Adha Mubarak

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro