30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

dah baca bab 29? amacam? hihihi

-----

Taehyung's pov

Haeun terkedu dengan perbuatan aku. Dia kemudian menepis tangan aku yang masih dibawa dagunya.

"Awak kena ingat, saya masih belum maafkan awak." katanya dengan menjengkilkan matanya pada aku.

"Then, tell me now. Apa patut saya buat sampai awak maafkan saya?"

Haeun memandang aku lama sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari poket coat tebalnya itu.

Dia menghulurkan sekeping kertas ke arah aku.

Aku mengerutkan dahi sambil mengambil kertas tersebut dan mula membeleknya.

"Apa ni?"

"Open it."

Aku membukanya dan mula membaca isi kandungan tersebut.

List to do!
-only kim taehyung need to do this!-

1. Kena sentiasa layan saya sebaik mungkin!

2. Jangan layan saya sama seperti orang lain! Treat me special!

3. Kalau ada masalah, share dengan saya. Slow talk dengan saya.

4. Jangan ragu-ragu dengan saya. Saya sayang awak seorang je.

Sampai je aku baca nombor 4 itu, aku tersenyum mengejek ke arahnya.

"Betul ni, sayang saya seorang je?" usik aku.

"Ish! Awak nak saya maafkan awak ke tak?" ugut Haeun. Aku tersengih kambing ke arahnya.

Aku kembali menyambung membacanya.

5. Kalau ragu-ragu dengan perasaan awak pada saya. Tell me.

Aku mengetap bibir. Kenapa makin lama makin susah ni?

Secara jujurnya, ye. Aku masih lagi ragu-ragu dengannya. Otak aku kata, aku masih sukakan Hayeon tapi hati aku nafikannya.

Aku keliru.

Aku menyambung membacanya semula.

6. Iktiraf saya sebagai isteri awak. Bukan sahabat.

Aku terkedu. Aku memandangnya lalu menelan air liur yang terasa kelat. Dia memandang aku dengan wajah yang serius.

Satu keluhan dilepaskan. Aku kentalkan hati untuk menyambung  baca semula kertas tersebut

7. Lupakan Hayeon. Mulakan hidup kita bersama. Only you and me.

Aku mula terasa peluh dingin mula mengalir dari dahi.

Aku...

Aku cuba, Haeun.

8. Last but not least, ceraikan saya kalau awak tak mampu lupakan dia.

Aku memejamkan mata. Kenapa hati aku mula terasa sakit membaca arahan terakhir?

"Ini sahaja cara saya untuk bantu awak lupakan, Hayeon. Tolong... tolong paksa diri awak untuk ikut semua arahan itu."

------

TBC

btw aku ada buat ff jimin ! dan ceritanya sangat related dengan ff ni. so jemputlah baca :3

empty space - jimin

baeknob

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro