34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haeun's pov

Aku menolak dedaun pintu bilik hotel kami dengan jantung yang berombak. Berdebar sahaja hati ini semasa melangkah masuk ke dalam.

"Dah balik?" suara garau itu mula menyapa gegendang telinga aku. Aku menoleh ke arahnya yang sedang fokus memandang ke arah laptopnya di beranda bilik ini.

"Eung. Awak tak tidur lagi?" soal aku sambil mengaturkan langkah menghampirinya.

Dia memandang ke arah aku lalu menanggalkan cermin matanya. Dia tersenyum ke arah aku lalu menggelengkan kepala.

"Saya tak boleh tidur kalau tak dapat peluk awak." usiknya, dengan wajah polosnya.

"Geez.. mengadanya awak ni."

Aku melabuhkan punggung dihadapannya. Dia ketawa halus.

"Eh, betul lah. Saya tak boleh tidur kalau tak dapat peluk awak. Awak pelengkap kehidupan saya."

Aku menjeling manja ke arahnya.

"Buat kertas kerja ke?" soal aku sambil menyusun kertas-kertas yang berselerak diatas meja kecil ini.

"Haah. Lepas habis cuti ni, saya kena bentangkan tentang endometriosis semasa mesyuarat nanti,"

Taehyung memakai semula cermin matanya dan menumpukan semula pandangannya pada skrin laptopnya.

Aku mengerutkan dahi. "Kejap. Awak kerja bahagian sakit puan ke?"

Taehyung memandang aku lalu tersenyum segaris.

"Iya. Haritu kenapa saya buat check up kesihatan awak sebab saya ganti kerja kawan saya sekejap. Dia ambil cuti sebab isterinya bersalin."

"Oh." aku mengangguk perlahan. Setelah habis perbualan pendek kami, masing-masing mula mendiamkan diri.

Aku hanya menjadi pemerhati. Jemari milik Taehyung mula menari sakan dia atas kekunci laptop tersebut.

Kekacakan Taehyung membuatkan aku tersenyum sendiri. Bentuk mukanya terlalu sempurna.

"Suka ye, awak tenung wajah saya, hm?"

Lamunan pendek aku terhenti sebaik sahaja Taehyung menutup laptopnya dan memandang ke arah aku dengan sengihan mengusik.

Aku berdehem perlahan untuk menghilangkan rasa janggal dan melarikan pandangan ke arah lain.

"Ma-mana ada saya tenung wajah awak. Perasan." Aku menafikannya walaupun hakikatnya memang benar.

Taehyung ketawa halus. Dia mencuit hidung aku , lembut.

"Jom tidur, sayang."

Aku akur dan mula membontoti Taehyung menuju ke arah katil. Taehyung sudah menyiapkan diri untuk tidur.

"Awak tidurlah dulu. Saya nak mandi sekejap."

"Tak apalah. Awak pergi mandi dulu. Lepas awak dah siap mandi, baru kita tidur sama-sama."

Aku mengangguk perlahan dan mula mencapai tuala aku lalu menuju ke bilik air. Tidak lupa juga, beg kertas pemberian Hayeon aku capai dan bawa sekali.

Aku menarik nafas sedalamnya.

Kau kena berani, Haeun.

Ini hak kau. Dan ini sahaja boleh membuktikan sama ada benar Taehyung mencintai kau, ataupun tidak.

------

TBC

haluuuu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro