37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haeun's pov

Aku masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Taehyung dibelakang.

Biarlah. Dia pun bukannya tegur aku. Sampai je rumah, dia terus keluar.

Mungkin dia mahu mengfailkan secepat yang mungkin penceraian kami.

Dari kami berlepas balik dari Paris lagi, aku dan dia sudah tidak bercakap sesama sendiri.

Apabila Hayeon, Jimin dan Jungkook mula menyoalkan apa yang terjadi, aku dan dia hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

Ugh!

Aku rebahkan diri diatas katil didalam bilik aku sebelum mencapai bantal dan menekup muka aku.

Tanpa amaran, aku mula menangis. Menangis bila mengingati semula apa yang terjadi.

Ini yang aku takutkan apabila berkahwin dengan Taehyung. Takut kehilangannya selepas hati aku mula sayangkan dia.

Dan tak sangka, tidak sampai 2 bulan pun kami berkahwin, perkahwinan kami akan berakhir.

Berakhir dengan kesakitan yang amat.

------

Taehyung mula termenung jauh. Jimin yang duduk dihadapannya, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia belasah lelaki itu.

"Kau sumpahlah bodoh. Ego meninggi macam setan je."

Taehyung memandang ke arah Jimin dengan wajah tidak berperasaannya.

"Ada kebaikan juga kalau aku ceraikan dia. At least, dia tidak akan disakiti lagi." ujarnya lalu mencicip minumannya.

"Dude.. kau kahwin dengan dia tak sampai 2 bulan pun weh. Tak akan macam itu je?"

Taehyung diam.

"Kau langsung tak ada perasaan ke kat dia? Langsung sikit pun tak ada?"

Taehyung mengeluh berat.

"A-aku tak tahu. Aku keliru. Bila aku bersama dia, aku rasa bahagia gila. Tapi dalam masa yang sama, aku cemburu tengok kebahagian Hayeon dan Jungkook. Aku rasa sakit hati bila tengok mereka bersama." luah Taehyung, jujur.

"No, Taehyung. Aku yakin, kau dah mula sayangkan Haeun cuma kau ego untuk kau mengaku semua itu. Kau bukan keliru, tapi kau ego. Otak kau kata lain, tapi hati kau kata lain."

"I.. i just.. I don't know, Min."

"Tae, manusia ni.. mula mula kalau dia ada depan mata kita, kita ego tak mahu mengaku kita sayangkan dia. Tapi bila dia dah jauh tinggalkan kita, time tu baru kita sedar. Baru kita rasa penyesalan yang tiada kesudahan itu. Aku cakap ni, berdasarkan pengalaman aku sendiri, Tae. aku... menyesal sebab buat dia macam tu dulu." suara Jimin mula kedengara kendur.

Taehyung menggigit bawah bibirnya. Apa yang dikatakan oleh Jimin, betul-betul menyetakkan hatinya.

"Kau masih ada harapan lagi untuk berbaik dengan dia. Turunkan ego kau. Pujuk dia dan minta maaf dengannya sebelum semuanya terlambat, Tae."

--------

Aku memandang kosong ke arah apartment milik Taehyung. Aku memperkemaskan pegangan beg baju aku.

Satu keluhan dilepaskan.

Ada baiknya kalau aku keluar dari rumah ini untuk memberi ruang kepada masing-masing.

Aku tersenyum nipis dan mula melangkah meninggalkan apartment ini.

------

TBC

ye ff ni cliche tahap gaban.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro