s e v e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


now on air : the hidden medusa

"G-general nak pergi mana ni?" Taehyung sedang berjalan laju mematikan langkah tatkala Andrea menyoal. Badan dikalih ke belakang dan pantas tangan gadis itu diraih.

"Ada serangan dekat Bandar Velaris. Aku kena pergi sekarang. Tolong jaga diri, Andrea."

Matanya terkedip, Andrea tertawa kecil melihat riak risau yang terpamer. "Kenapa awak risau sangat ni? Saya kan dekat istana je. Dah pergi cepat. Awak pun hati-hati. Please return safely, Taehyung-ah."

"I will, my lady."

✦ˠ✦

"Haih, nak bagitahu Jungkook.. dia sibuk dengan si macaroni. Nak bagitahu Taehyung, dia pergi Velaris lah pulak. Dah, sayang rehat dulu, okey?"

Rambut Andrea disisir lembut sebelum dikucup-kucup. Si gadis yang hampir tertidur itu merengus perlahan dan menggetu lengan Jimin.

"Ish. Pergi duduk sana. Saya nak tidur."

"Alah, sayang tidur jelah. It's okay, saya akan tengok je. Tak kacau dah macam semalam. Janji." Tangan diangkat gaya ingkar, si bidadara kayangan tersenyum manis. "Yelah. Jangan kacau."

Kepala diangguk.

"Dah, tidur-tidur. Saya balik bilik dulu. Kalau ada apa-apa jadi, just knock my door, okay?"

"Iya iya. Dah, goodnight." Dahi dan bibirnya dikucup tanpa amaran, si bidadara miang terus melesapkan diri seperti pelesit. "Eish, miang tak bertempat. Aku lepuk bontot tu baru tahu."

Andrea menggeleng dan mengiringkan badan ke sebelah kiri, menghadap balkoni. Mata dipejam.

✦ˠ✦

"Don't be scared, honey. Just.. come here! Come here."

"T-tolong jangan apa-apakan s-saya.. hiks.. J-jebal! T-tolong!"

"Shut up, Medusa!"

"Poseidon, please! Don't do this to me-"

Mata Andrea terbuka luas, dia terus bangun dengan nafas naik turun. Jantung yang berdegup dengan irama kencang itu diusap dan ditenangkan.

"M-medusa?"

Seketika kepalanya berpinar, rasa sakit yang dialami sejak beberapa hari yang lalu datang semula. Berdesing telinga mendengar bunyi yang terlalu kuat dan nyaring.

"I like you, Medusa."

"Saya minta maaf. But you're married, Poseidon. You have a wife!"

Satu demi satu mula terlayar di minda. Dari awal hingga ke akhir. Dari permulaan dia bernafas hingga hembusan terakhir.

Medusa's reincarnation.

Andrea bangun dan berjalan ke balkoni. Udara segar di waktu pagi itu dihirup buat menenangkan hati yang gundah gulana.

"Kalau aku Medusa.. siapa Poseidon?" Matanya tertuju ke arah seseorang yang baru tiba dengan seekor kuda coklat. Kepala jejaka itu naik mendongak memandangnya dengan senyuman nipis.

Jungkook.

"Him?"

✦ˠ✦

"Would you mind to have a walk with me, Lady Andrea King?"

Andrea menoleh dan menbungkuk hormat pada puteri beraura dingin itu. Senyuman nipis diukir, dia mengangguk akur dan berjalan beriringan bersama Macaria di sekitar kawasan istana.

"Sejak bila Jungkook ambil kau jadi royal mistress?"

"Maybe.. a month ago? If I-I not mistaken."

Macaria ketawa, kipas tangan diangkat menutup separuh wajah. "A month ago? Kau ni mentah lagilah? Mana Shea?"

"Oh, Shea.. The prince asked her to leave. Jadi.. dia dah tak duduk dekat istana lagi d-dah." Puteri itu berdecit dan berhenti melangkah. Badan dipusing menghadap Andrea yang menundukkan kepala, gerun.

"Jadi kau nak tunjuk kuasa lah, sekarang ni? Kau sedar diri ke tidak, Andrea? Sedar ke tak? Kau tu siapa nak menang hati Putera Mahkota? Sepatutnya aku! Dia puja aku! Bukan kau!"

Nada si puteri naik mendadak. Andrea pejam mata rapat-rapat dan kekal menunduk. "Yah! Pandang aku! Pandang aku!" Rambutnya direntap dan ditarik. Andrea meringis dan segera menepis tangan Macaria.

Matanya mencerlung tajam ke arah puteri biadap itu.

"Puteri ni dah melampau! Saya cuma perempuan simpanan yang putera yang buang jugak nanti! Just be patient for a while! Lepastu dia puteri punya!" Dia melangkah pergi meninggalkan Macaria.

Langkah disusun laju ke Eathelyn Waterfall. "T-taehyung... J-jimin.." gumamnya perlahan sebelum jatuh terduduk di pinggir sungai. Lutut dipeluk dan ditarik rapat ke dada.

"I hate this life. Kenapa semua orang anggap saya ni jahat? Saya tak rampas apa-apa pun. I-I-" tangisan berhambur tak ubah seperti air terjun dihadapannya.

"I just want to be happy. I just want to be loved. S-saya tak minta banyak. Cukuplah s-saya dah merana di kehidupan lalu."

✦ˠ✦

"Andrea! Andrea King! Andrea- Gosh, Andrea!" Gadis itu ditarik kedalam pelukan. "Where have you been? Oh, my. Saya risau, tahu tak?"

"Pergi Eathelyn Waterfall je. T-tak jauh pun." Senyum dikuntum lemah buat Jimin yang terlalu cemas seperti mak hilang anak. "Andrea, kenapa mata sembab ni? You cried just now? ALONE?"

"No, I'm fine. Jimin.. bawa saya pergi makan something sweet? Please?" Dia berdalih, makin mengecil mata Jimin. Nampak tu nak menipu. Ingin saja Jimin terus mendesak, tapi takut gadis itu tak selesa, dia diamkan sahaja.

"Jom. Awak nak coklat?"

✦ˠ✦

Hilang selera.
Itu yang Andrea rasakan saat memandang Jungkook dan Macaria tiba di meja santapan bersama. Bubur yang dibuat Avyanna tadi ditolak ke depan.

Mata dialih ke arah lain.

"Tuanku nak makan apa malam ni?" Jungkook memandang Andrea. "Aku nak segelas air." Macaria menggetap gigi dan berjalan ke dapur. Jungkook di kerusi bertentangan dengan Andrea.

"Aku cari tak jumpa tadi. Kau pergi mana? Spend time dengan Jimin lagi?"

"None of your business, your majesty." jawab Andrea dengan nada mendatar. Sedikit pun tak teringin hendak memandang sang putera. "What the hell is going on with you? Aku tanya elok-elok. Kau. Ingat, kau tu perempuan aku. So kau hak aku-"

"Princess Macaria is here. Please, jaga dia baik-baik for your bright future and please leave me alone. Tuanku tak perlu susah payah nak jaga tepi kain saya. Saya reti jaga diri sendiri."

Andrea bangun dan membungkuk hormat sebelum berlalu pergi.

"What wrong with her?"

Punggung dilabuh di birai katil. Keluhan berat dihela perlahan. "Oh, shit. Kenapa aku cakap macam tu tadi.." kepalanya diketuk-ketuk, dia menggeleng.

"Stupid." Andrea menumbuk-numbuk bantal melepaskan geram. "Haish, Andrea! Bijak, bijak!" Usai menukar baju malam dia berbaring di atas katil. Badan mengiring ke arah balkoni yang tidak ditutup pintu.

"Kau cuma.. p-perempuan simpanan yang takkan.. dapat secebis kasih. Kau cuma mainan. So stop hoping too high."

Sriekkk...

Andrea membulatkan mata. Terus dia bangun dan memandang daun pintu yang sudah terbuka. Senyuman ngeri itu dipandang dan kini, memori hitam itu berlayar kembali.

"Nice to meet you again, my dear Medusa."

❚❚ to be continued : the hidden medusa

edited - 061721

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro