s i x t e e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

tolong faham cik authornim chenta hati anda tak pandai buat scene action ya sksks

now on air: the hidden medusa

"Itu .. Jungkook ke?"

Matanya mengecil, satu figura yang sedang turun dari kuda itu direnung lama. Jimin menggetap gigi. "Ini tak boleh jadi. He's going to kill them if he found out.."

Jimin menggigit jari. Kepala ditaling sekilas saat bahunya ditepuk. "Nah. Aku dah malas nak bazir tenaga lagi. Jadi kau bagi loket ni dekat perempuan yang kau sayang tu. Loket ni akan selamatkan dia dari segala bahaya."

Loket dengan batu ruby ​​berbentuk bulat itu diletakkan di dalam tapak tangan Jimin.

"Thanks."

Gadis itu tersenyum nipis dan terbang pergi.

Pohon-pohon besar yang berada di hadapannya dipandang dengan kening terangkat. "Aku rasa hutan Arden dekat belakang lagi.." gumam Jungkook perlahan. Kepalanya digeleng, dia menaiki kudanya semula dan menempuh hutan itu sebelum tiba di bandar Aelin yang sangat sunyi itu.

"She must be kidding me.."

Takkanlah mereka berdua nak tinggal di dead city seperti Bandar Aelin ini?

Dia terus melangkah sambil memerhati sekeliling. Mana mungkin mereka mampu hidup lagi? Ini bandar mati. Tak mungkin mereka mampu teruskan hidup tanpa sumber asas..

Derapan kakinya mati. Figura seorang gadis yang sedang memetik bunga ditepi fountain berbentuk bintang itu buat Jungkook terpana seketika. She's alive. Dia menggeleng, fokusnya yang hampir hilang kini kembali.

Pisau tajam yang disorok dikeluarkan. Jungkook tarik nafas dalam, kakinya bergerak mendekati Andrea dalam diam.

"Aigoo.. cantiknya awak! Kalau letak dekat tingkap bilik ni mesti cantik."

Pisau diangkat, bersedia untuk menyerang. Dan zzup! Pisau itu tertusuk ke dalam-

"Don't you dare to touch my woman, Jeon Jungkook."

-lengan putih mulus milik Jimin. Darah merah pekat mula menitis tanpa henti ke lantai. Andrea yang baru memalingkan tubuh terus terjerit kecil. "JIMIN! JUNGKOOK, APA AWAK DAH BUAT!?!?!"

Jungkook mengunci mulut dan melangkah setapak ke belakang. Jimin rebah ke bumi dan disambut Andrea pantas. "J-jimin.."

Pipinya dielus lembut penuh kasih. Dua ulas bibir pucat itu menguntum senyum sayu. "Saya lega awak baik-baik je dengan Taehyung dekat sini. I know I can count on him, r-right?" dia terbatuk-batuk.

"No, p-please.."

"It's okay. It's my time already. Please take care okay, sweetheart?" Air mata Andrea dilap dengan ibu jari. "Jangan pergi.." rayu gadis itu, perlahan dan lirih. Bergema di bandar yang sunyi tersebut.

"Ambil ni. It will take you and Taehyung to a better place, eo? Goodbye, Andrea. I-I love you."

Loket dalam tangan Jimin diambil dan disimpan. Andrea menangis semahu-mahunya di dada Jimin saat jejaka itu menghembuskan nafas yang terakhir dan memejamkan mata. Kepala diangkat, tangisannya diseka. Pisau di lengan Jimin ditarik dan dilempar jauh.

Dan seketika Andrea terdiam, parut dan tatu berbentuk bunga di lengan Jimin diperhati lama.

"You look gorgeous more than any princess that ever exist in the world, Andrea."

Jadi dialah.. budak lelaki tu.

Jasad itu mula terapung di udara dan perlahan-lahan berubah menjadi kelopak bunga lilac dan dahlia.

"You killed him."

Kali ini, pandangan Andrea dipenuhi kebencian yang meluap-luap. Aura Medusa yang menggerunkan kini mengetuk kalbu Jungkook, si Perseus yang terlalu berani untuk cuba memenggal gadis itu.

"Jadi kau fikir aku akan biar apa yang terjadi dulu berulang semula?"

Nada Andrea turut berubah menjadi lebih dalam dan menegakkan bulu roma. Iris hijau mudanya bercahaya dan bertukar menjadi hijau gelap, intoxicatingly killing him inside. "Itu takdir. Kau tak mampu ubah semua tu. Jangan mimpi, Andrea."

Balas Jungkook berani lalu pedang dan perisainya dikeluarkan. Andrea ketawa, bunyinya terlalu sinis dan menyakitkan hati di corong telinga sang putera mahkota.

"Aku yang nak ubah atau kau?"

✦ˠ✦

"Eh? Bunyi apa tu?" Taehyung menoleh, bunyi seseorang mengetuk kayu menarik perhatiannya. "Haru, tunggu sini kejap. Aku pergi tengok." Haru pula seakan memahami, matanya dikedip-kedip beberapa kali.

Taehyung tersenyum nipis dan mula berjalan mencari dari mana datangnya bunyi itu.

Dan dia terjumpa sebuah pondok kayu kecil di hujung hutan Arden.

Pondok? bisiknya pada diri sendiri. Kalau ada penghuninya, hidup lagikah mereka? Memikirkan tentang itu, Taehyung telan perit liur.

Nafas ditarik dalam-dalam, dia mula berjalan mendekati pondok kecil itu. Pintu kayu yang masih utuh itu diketuk perlahan. "Helo? Ada orang?" Dan bunyi hentakan yang kuat kedengaran dari dalam. Matanya membulat besar, terus pintu itu ditolak sepenuh hati dengan badan dan segala kudrat yang tersisa.

Seorang wanita berjubah oren muda memandangnya dengan mata sembab, barangkali selalu sangat menangis.

"A-air.. tolong, saya nak a-air.."

"A-air? K-kejap, tunggu kejap!" Dia berlari semula ke arah Haru dan mendapatkan bekas airnya. Bekas air itu dihulur pada wanita itu. Terus diteguknya laju hingga terbatuk-batuk seperti orang yang kehausan..

Segenap penjuru pondok kecil itu diperhati, hinggalah matanya mengecil ke arah sebuah tingkap yang ditutup dan diikat kemas dengan sejenis tali.

Bukan tali. Barangkali itu.. badan ular yang telah mati.

"Hancurkan sumpahan itu segera."

Gementar, Taehyung mengeluarkan pisau dan cuba memotong tali itu namun tidak berhasil. Dicuba dan terus dicuba sehingga dia teringat tentang batu tajam berwarna biru sapphire yang ditemuinya tadi di pinggir sungai.

Batu yang diambilnya itu dikeluarkan dari poket kecil, dengan harapan, Taehyung memotongnya.

Dan ia berjaya.

Saat kepala dan badan ular itu terbelah, satu kuasa jahat keluar dan mula lesap perlahan-lahan. "You did it well, young man. You destroyed the curse." Wanita itu dipandang. "Do I know you, my lady?"

"Perhaps you've heard about Lady Uttara?"

✦ˠ✦

Matanya langsung tak berani dipejam walau untuk sedetik. Tatapan menggerunkan dari Amren, si ular jantan bersaiz gergasi yang tiba-tiba muncul di belakang Andrea tadi dan kini, tepat dihadapannya buat dia langsung tak berani membuka langkah.

Amren, a monster trapped in a beautiful body.

"Bukan kau cakap nak ulang kisah lama, Perseus?" tegur Andrea berbunyi sindiran diikuti decihan halus dan senyuman sinis. Kelopak terakhir bunga mawar itu dilempar ke arahnya.

"Come here, then."

Mahu sahaja dia membalas, tapi memikirkan Amren yang bila-bila masa sahaja boleh ngap dia, Jungkook diam. "Aish, bosanlah. Jangnlah tak jawab, Perseus sayang. Amren, pergi sana." Ular itu berubah menjadi debu hitam dan lesap serta merta.

"Jadi?"

"Kau gunakan ular-ular kau, mustahil aku boleh buat semuanya semudah dulu."

Baru sahaja ingin menapak ke depan, matanya terbeliak besar. Jungkook jatuh melutut, kepalanya terdongak memandang langit. Terlihat sesuatu bagaikan ingin keluar dari dalam badan.

Andrea turut terasa panas ditekaknya. Sakit, loya, segalanya bercampur baur.

Pandangan jatuh pada Jungkook.

Satu asap hitam keluar dari mulutnya, dan Jungkook kelihatan terlalu terseksa. Asap itu menghilang, jejaka itu tertunduk lemah memandang bumi. Dia terbatuk.

"Jungkook..?"

❚❚ to be continued: the hidden medusa

zuzut yang nak edit pun tak tahu nak edit macam mana ha tengok level keling dia tu ya rabbi

edited - 062121

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro