BAB 15~ MENJENGKELKAN✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BILIK RAKAMAN~

USAI lunch break, Hanan kembali ke ruangan itu untuk menemui Komposer Danny dan Mazlan(penata muzik) seperti yang di arahkan Tuan Wahyu nya itu. Tuan Wahyu nya itu telah kembali ke ruangan kerjanya.

Ketika dia masuk ke ruangan itu Komposer Danny sedang sibuk membuat rakaman lagu terbaru artis dari inside agency's iaitu 6STAR. Komposer Danny memandangnya sekilas dan kembali fokus pada artis yang sedang membuat rakaman album single terbaru. Mazlan tiada di situ. Mungkin ada hal sebentar.

Hanan terus melangkahkan kakinya mendekati lelaki itu yang tengah sibuk menjalankan tugasnya sebagai seorang komposer.

"Assalamualaikum, Encik?" Hanan memberi salam.

"Waalaikumussalam,"jawab Komposer Danny acuh tak acuh. Wajah gadis yang berdiri disisinya itu langsung tak dipandang.

"Encik ni Encik Danny, kan? Komposer dekat agensi ni, kan?" soal Hanan inginkan kepastian.

"Ya, saya." Hanya dua patah perkataan yang dia jawab membuatkan Hanan sedikit terkilan dengan sikap dingin komposer itu.

"Err... boleh saya nak jumpa Encik Danny kejap?"

"Ada apa?" dingin sahaja nadanya.

"Tuan Wahyu arahkan saya menemui Encik Danny untuk serahkan lirik ni pada Encik untuk menilainya dan ajar cara untuk saya perbetulkan lirik ni sekali," terang Hanan tujuan dia ke situ.

Kata-kata Hanan tadi dibiarkan sepi seketika sebelum dia memanggil artis ahli kumpulan 6STAR itu keluar dari bilik rakaman.

Hanan hanya jadi pemerhati apabila dia tidak dilayan oleh Komposer Danny.

  Ahli 6STAR yang baru keluar dari ruangan rakaman itu tersenyum pada Hanan sambil 'say hi'  serentak terhadap gadis itu. Hanan hanya membalas dengan anggukan berserta senyuman nipis.

"Okay 6STAR, kamu semua boleh pergi rest dulu. Saya ada hal sebentar. Kejap lagi kita bincang lagi," arah Komposer Danny pada ahli 6STAR.

Mereka mengangguk faham dan terus meminta diri berlalu dari situ sambil tersenyum-senyum pada Hanan. Hanan hanya pamerkan wajah blurr nya.

"Kamu nak apa tadi?" Serius wajah lelaki itu memandangnya. Tiada secalit senyuman.

Hanan yang memang terasa hati dengan cara layanan lelaki itu tadi masih cuba mengawal perasaannya.

"Tuan Wahyu suruh saya bagi lirik yang saya tulis ni pada Encik Danny untuk dibuat penilaian." Kertas lirik yang ditulisnya tempohari diserahkan pada Komposer Danny.

Komposer Danny mengambil lirik ditangan gadis itu. Dia meneliti bait- bait di dalamnya. Lirik itu sesuai jika bergenre balada.

"Okey, awak ada save rakaman suara awak untuk lirik lagu ni dalam pendrive atau ada bawa minusOne, kan? Bagi saya, saya nak dengar dulu," pinta Komposer Danny.

Hanan tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan permintaan Komposer Danny terhadap rakaman suara dalam pendrive atau bawa minusOne bagai. Tergaru-garu kepalanya.

"Tak de, Encik Danny," jawab Hanan jujur membuatkan lelaki itu berang.

"Haiss, macam mana boleh tak de? Adoi, budak ni. Kalau tak de rakaman suara awak... macam mana nak tahu rentak melodinya?" marah lelaki itu dengan wajah ketatnya.

"Mana saya tahu kena buat semua tu." Hanan menundukkan wajahnya apabila dimarahi oleh Komposer Danny.

"Kamu tahu tak, lirik kamu ni sampah? Tak boleh pakai!" Lantas kertas lirik itu di campak ke muka Hanan.

Hanan rasa betul-betul sedih bila dia dilayan sebegitu. Wajah lelaki itu direnungnya. Dia menggenggam penumbuk geram dengan sikap angkuh lelaki itu terhadapnya.

"Encik Danny, kalau Encik tak suka dengan lirik saya ni, tak perlulah sampai mencampak lirik ke muka saya. Tak boleh ke Encik layan saya baik-baik? Tak perlulah meroyan macam ni!" bidas Hanan melepaskan geramnya.

Tanpa menunggu dia terus berlalu meninggalkan kertas liriknya di situ. Sebal.

Komposer Danny tersengih sendiri. 'Baru kena acah sikit dah cengeng. Budak ni...' Lantas lirik yang ada di atas lantai di ambilnya, kemudian cuba perbetulkan bait-bait lirik itu agar ia lebih sedap didengari.

https://www.youtube.com/watch?v=_w9wT03atEQ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro