BAB 21~ MR CUTE✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


HARI itu Hanan masuk agensi seperti biasa. Termasuk hari itu, sudah hampir seminggu lebih dia tinggal di hostel yang disediakan untuk pelatih ditahun pertama.

Ketika dia lalu di hadapan ruangan presiden, hanya ada kerusi kosong tetapi tiada pemiliknya. Dia terfikir ke mana menghilangnya Encik Wafiy beberapa hari selepas malam debut Melissa song tu? Baru malam itu, Wafiy datang berbual dengannya.

"Hanan, saya nak mintak maaf dengan awak." Jelas terpancar riak serba salahnya terhadap Hanan.

Hanan memandangnya pelik. Yalah, tiba-tiba sahaja datang minta maaf. Tak ke pelik gadis itu dibuatnya.

"Untuk apa?" soal Hanan dengan riak blurrnya seperti biasa.

"Pasal haritu yang saya pegang tangan awak tu. Sebenarnya, saya tak de niat pun nak buat macam tu. Sengaja saya mahu menguji awak aje," jelas Wafiy letak duduk perkara sebenar.

Dia tidak berani melemparkan senyuman buat gadis itu seperti hari mula dia menemui gadis itu kerana takut Hanan memarahinya.

"Menguji saya? Untuk apa?"
Hanan masih blurr tak faham kenapa nak uji dia macam tu? Perlu ke? Ligat otaknya memutarkan pelbagai persoalan.

"Yalah, saya tengok pelatih perempuan di agensi kebanyakan yang gedik dan tergilakan saya. Tapi tidak pada awak. Awak tak hiraukan saya pun. Itu yang buat saya rasa nak duga awak dengan cara tu. Ternyata tanggapan saya salah. Maafkan saya sebab dah buat awak rasa tak selesa dengan sikap saya. Namun saya juga lega sebab awak tak sama dengan gadis lain. Awak sangat berbeza dari semua gadis yang saya kenal. Awak ni mahal nilainya tau. Saya yakin tu!" Jujur Wafiy tentang apa yang dia rasa mengenai diri Hanan .

"Encik Wafiy ni sweet talker betul eh. Patut ramai gadis yang tergilakan Encik. Dengan mulut manis Encik tu semua perempuan pun boleh cair," balas Hanan selamba.

Wajahnya masih seperti tadi. Blurr.
Dah memang itu wataknya. Nak buat macam mana kan? Bukan itu je. Dia ni juga berwatakan innocent,kadang sentimetal. Tidak suka bergaul. Eh, bukan tak suka bergaul sebenarnya.Tapi, sikapnya itu yang buat tak de siapa mahu dekat dengannya. Muka tak de perasaan. Namun tak siapa tahu tentang hati dan perasaannya yang sebenarnya.

"YaAllah, Hanan. Saya bukan sweet talker lah. Saya bagitau apa yang betul. Apa yang saya rasa bila tengok awak. Semua orang pun tahu kot awak macam mana. Kalau tak, Wahyu tak pilih awaklah untuk jadi pelatih dia. Tentu dia dah ada rasa sesuatu yang ada dalam diri awak membuatkan dia tertarik pada awak ni sebab tu dia pilih awak," ujar Wafiy seiring dengan senyuman machonya itu.

"Yakah? Bukan ke dia pilih saya sebab lirik saya tu bagus?" sangkal Hanan.

"Nampaknya awak tak kenal betul lagi Tuan Wahyu awak tu. Kalau awak nak tahu, dia paling susah nak terima orang jika ia tak boleh masuk dengan jiwa dia. Jiwa dia penuh dengan kesenian. Tapi dengan awak, senang je dia terima. Itu maknanya ada sesuatu dalam diri awak yang dia nampak dan boleh rasainya. Disebabkan tu mudah je dia pilih awak.Itulah Tuan Wahyu awak," beritahu Wafiy tentang Wahyu.

Dia kenal Wahyu dari kecil. Dia tahu semua tentang Wahyu. Cuma Wahyu yang tak pernah ambil tahu tentang dirinya. Yang ada dalam diri abangnya itu hanya sifat ego plus kebencian terhadap dirinya ini. Dia mengeluh sambil tertunduk memikirkan kata-kata abangnya tempohari. Ia benar-benar menusuk jantungnya ibarat belati tajam yang tertusuk terus menembus hingga berlubang jantungnya. Itulah yang dia rasa. Hampa kecewa bercampur baur.

"Encik Wafiy, are you okay?" Kedengaran suara Hanan telah memecahkan lamunannya serta merta.

Wafiy kembali tertumpu pada Hanan dengan senyuman hambar. Kemudian dia mengangguk. Tanda dia okay. Hanan tiba-tiba rasa bersimpati dengan lelaki itu setelah terdengar perbalahan tempohari antara Encik Wafiy dengan Tuan Wahyunya.

"Encik Wafiy, hidup ni tak adil, kan? Apa yang kita buat semua tak kena di mata orang. Kita nak happy kan orang tapi akhirnya kita yang terluka, kan? Kita nak buat orang bangga dengan kita tapi diakhirnya usaha kita tu langsung tak dihargai pun. Mesti sakit rasa itu di sini,kan?" Hanan meletakkan tapak tangannya di dada dengan matanya terpejam.

Sebenarnya apa yang dia katakan sebentar tadi berdasarkan apa yang dia rasa dulu. Nasibnya sama seperti Wafiy. Cuma bezanya dia disisih oleh ibu ibu dan bapa bapa saudaranya serta adik beradik ibu dan ayahnya. Walau pelbagai cara yang dia lakukan untuk membuat mereka bangga dengannya, malangnya hanya cemuhan yang dia dapat. Tapi Wafiy pula disisih oleh abang tirinya sendiri. Pelbagai cara yang dilakukan untuk membanggakan abang tirinya itu, malangnya dia dihambur dengan kemarahan oleh abang tirinya. Ya, nasib mereka sama. Cuma jalan ceritanya yang berbeza.

"Apa maksud awak ni?" Wafiy pelik kenapa Hanan berkata seperti itu.

Seperti gadis itu sudah tahu tentang konflik antara dia dengan Wahyu sahaja lagaknya.

"Hmm... tak de apalah. Saya teremosi pulak malam~malam macam ni. Actually, saya dah maafkan perbuatan Encik haritu terhadap saya. Tapi jangan buat lagi lepas ni," pesan Hanan kembali normal.

Segera dia mengubah topik. Tidak mahu lelaki itu tahu bahawa dia telah terdengar perbalahan mereka hari tu.

Wafiy kembali tersenyum dan mempunyai idea nakal mahu menyakat gadis itu.

"Kalau saya buat jugak? Macam ni?" Sengaja Wafiy mahu sakat Hanan sambil tangannya melingkar pada bahu Hanan.

Hanan mengerling tajam arahnya.

"Kalau buat jugak macam ni. Saya akan patahkan tangan Encik macam ni." Lantas tangan Wafiy ditarik dan dipulas ke belakang.

"Adoi... aduh! okay okay... saya tak buat. Saya janji tak buat. Aduhhh!" Spontan Wafiy terjerit kecil.

Tak berani jerit kuat-kuat. Malu takut orang sekeliling dalam hall itu terdengar.

Hanan terus melepaskan tangan Wafiy sambil tersenyum meleret. Sebenarnya dia pun sekadar mahu membalas usikan lelaki itu sahaja bukannya niat untuk lakukannya bersungguh. Naya nanti dia kena saman. Adik CEO tu... tak boleh dibuat main.

"Boleh tahan ganas awak ni eh? Tapi, tak pe... yang ganas macam ni saya lagi suka. Heheh..." Masih lagi ada hati nak sakat Hanan tu si Wafiy ni. Tak serik serik dah kena kilas tangan tadi.

"Oo... suka ye? Nak rasa makan bersuap dengan kaki sebulan tak?" Hanan mengangkat-angkat kening sambil merenung Wafiy disisinya.

Wafiy tergelak.

"Wow, lagi dahsyat. Hahah... haiss... awak ni saya nak bergurau pun tak boleh."

Hanya disambut dengan sengihan dari Hanan.

https://www.youtube.com/watch?v=nKNDLdhChhM

' Tahu takut. Baru gertak sikit je tu,' gelaknya dalam hati.

Wafiy tergeleng kepala melayan si Hanan. Gadis yang nampak blurr tetapi licik. Dia tersenyum sendiri.

Pada masa yang sama, Hanan terpandang ke arah Wahyu yang sedang perhatikan mereka berdua di situ. Wahyu terus berkalih pandangan setelah menyedari Hanan turut memandang ke arahnya.

Hanan tersedar dari lamunannya. Kemudian, dia berlalu dari situ untuk masuk ke ruangan CEO. Dia mahu serahkan rakaman sepenuhnya dalam pendrive dari Melissa tempohari di bilik rakaman atas arahan Komposer Danny.

Masuk sahaja dalam ruangn CEO. Dia tidak nampak kelibat Tuan Wahyunya. Matanya melilau tercari- cari kelibat Tuan Wahyu. Tetiba matanya tertumpu pada satu sudut di sofa panjang. Dia mendekati sofa itu. Terlihat sekujur tubuh sedang mengerekot ketiduran di situ kesejukan.

Hanan menghela nafas perlahan. Kemudian dengan tisak semena-mena bibirnya terukir senyuman.

"Tidur rupanya Tuan. Comelnya dia tidur macam baby mengerekot. Nasib tak hisap ibu jari macam baby tu. Orang tua-tua cakap kalau nak tahu dia cantik ke tak, tengok masa dia tidur. Emm... Tuan Wahyu ni tak cantik mana pun. Tapi, kacak yarabbi. Muka dia macam babyface. Boleh dikategorikan kacak ke? Umm... eh tak sesuai kalau panggilan kacak. Sesuai dengan panggilan cute. Ha, mulai hari ni aku akan gelar dia Mr Cute. Hehe..." omelnya sendirian dengan sengihan plus muka blurr dia. Tampak comel di situ.

"Siapa Mr cute?" tegur satu suara membuatkan Hanan hampir terloncat kerana terperanjat.

https://www.youtube.com/watch?v=kTJbE3sfvlI


Dilihatnya Tuan wahyu sudah bangun duduk bersandar di sofa sedang merenung ke arahnya yang berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu. Hanan termalu sendiri. Bila pula lelaki itu tersedar dari tidurnya? Haiss... malunya. Hanan terus meletak rakaman itu di atas sofa sebelah Wahyu dengan perlahan. Belum sempat Wahyu membuka mulut, gadis itu berlari menyerit keluar dari situ. Wahyu hanya menghantar gadis itu dengan lirikan matanya sahaja. Seiring dengan riak peliknya melihat tingkah laku gadis itu.

Rakaman itu diambilnya kemudian dia tersenyum senget. Kepala digelengkan mengenangkan Hanan yang termalu sendiri tadi. Tak lama lepas itu, Wahyu sambung tidur semula di atas sofa itu kerana matanya masih terasa mengantuk lagi, akibat tidak cukup tidur beberapa hari semenjak dia mendapat mimpi-mimpi pelik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro