BAB 23~ BULI✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di CAFE 'W'STUDIO AGENCY'S~

"HOI, perempuan! Aku suruh bawakan coffee milk kat aku, kan? Yang kau duduk lagi kat sini buat pe?" herdik Afia dengan bongkaknya terhadap Hanan yang baru hendak makan di kafe itu.

"Tapi, saya lapar. Bagilah saya makan dulu. Lepas ni, saya bawakan Coffee milk kat awak berdua, ya?" jelas Hanan dengan nada mendatar sahaja.

"Ahh, tak de! Aku tak kira, kau lapar ke kau kenyang ke baik kau pergi ambil sekarang!" Suzi pula tegas sambil menolak kepala gadis itu. Nampak sangat dia bencikan Hanan.

Wahyu dan Marina yang baru turun ke kafe itu terlihat kelibat budak-budak pelatih sedang membuli Hanan tidak jauh dari mereka. Mereka tergeleng kepala melihat keadaan itu.

"Apahal tu?" soal Wahyu pada Marina.

"Hmm... biasalah gang Afia tu kalau sehari tak membuli Hanan tak sah," beritahu Marina sambil berpeluk tubuh merenung adegan buli itu.

Pelatih-pelatih itu tidak perasan kehadiran Tuan CEO dan Pengarah mereka di situ kerana ramai pelatih yang keluar masuk ke kafe disebabkan waktu itu adalah waktu lunch break mereka.

"Kau tahu tapi kau buat tak tahu je, Rina? Dah lama ke jadi perkara ni?" Wahyu kelihatan tidak berpuas hati dengan pelatih-pelatih yang kaki pembuli dihadapnnya.

"Siapa kata aku buat tak tahu je? Dah banyak kali aku bagi warning, tapi tetap jugak berlaku kes buli ni. Cuma dia orang tak tunjuk di hadapan aku je lepas aku bagi warning . Ini baru aku nampak pulak dia orang buli Hanan lagi. Ish, memang nak kena dorang ni!" Marina ingin mengatur langkah menuju ke arah Afia and the gang.

Namun sempat ditahan oleh Wahyu. Marina memandang ke arah Wahyu pelik bila dia di tahan.

"Kau duduk sini. Biar aku yang pergi!" tegas lelaki itu dengan wajah seriusnya.

"Tapi..." Belum sempat Marina menghabiskan ayatnya, Wahyu terlebih dulu mencantas ayatnya sebelum berlalu pergi ke arah Hanan dan Afia and the gang.

"Dah, duduk! Kalau kau yang pergi, nanti lain pulak jadinya. Just stay here."

Marina yang terkebil-kebil matanya menatap belakang tubuh WAHYU yang sudah menuju ke arah pelatih-pelatih itu, akhirnya melabuhkan punggungnya di meja makan tepi cermin kaca menghadap luar.

"Apa yang kamu sedang buat ni?" tegur Wahyu ketika berada betul-betul di belakang Afia and the gang .

Mereka yang tengah berseronok menunjal kepala Hanan sambil mencampur-adukkan makanan Hanan terhenti perlakuan mereka tatkala terdengar suara teguran dari arah belakang mereka. Dan mereka pun menoleh ke belakang untuk melihat si empunya suara yang menegur mereka tadi.

"Tuan?" Mereka bersuara serentak dan terkejut beruk melihat Tuan CEO yang sedang berdiri tercegat di belakang mereka dengan berwajah serius plus mencuka. Mereka mulai kecut perut.

Hanan terus berdiri sambil bongkokkan badan sedikit tanda hormat.

"Hey, saya tanya apa yang kamu semua sedang buat tadi? Kenapa tak jawab soalan saya?" Wahyu sengaja keraskan nadanya. Dia memang pantang kalau ada yang kaki pembuli dalam agensinya.

"Errr... tt... tak de pe, Tuan. Kami just bergurau dengan Hanan. Kan, Hanan?" Afia cuba memberi alasan untuk menutup salahnya.

Malangnya, Hanan tidak menjawab. Hanya tundukkan wajahny.

"Oh, bergurau? Habis tu, ni apa? Makanan bercampur aduk. Takkan Hanan makan makanan yang bercampuk aduk begini? Mustahil orang normal boleh makan makanan yang macam ni. Atau makanan ni untuk kalian? Emm... kalau macam tu, duduklah makan depan saya. Saya nak tengok," arah Wahyu yang serius itu membuatkan Afia dan rakan~rakan tidak tertelan airliur.

Terasa loya tekak mereka dipaksa telan makanan yang sudah dicampur aduk itu.

"Apa tengok lagi? Duduk makan!" Wahyu meninggikan suaranya membuatkan Afia and the gang itu terkejut dan terus kelam kabut duduk di sebelah Hanan.

Makanan itu diambil dan gagahkan diri menyuap ke mulut masing masing bergilir-gilir. Wahyu tersenyum melihatnya.

"Sedap?" Sengaja Wahyu mahu lihat respon mereka. Dia mahu beri pengajaran kepada pelatih~pelatih perempuan si pembuli itu sambil membongkokkan badannya di hadapan meja itu seraya memandang wajah pelatih itu seorang demi seorang.

"Err... emm... se... se... dap!" jawab Suzi pula dalam nada tergagap-gagap plus terpaksa. Padahal waktu itu wajah masing~masing sudah memerah menahan loya di tekak.

Wahyu kembali tegakkan tubuhnya dan menghampiri Hanan yang sedang berdiri kaku itu sambil tertundukkan kepala. Wahyu menarik lengan gadis itu dan dibawa pergi dari situ membuatkan Afia and the gang terkesima. Bukan mereka sahaja, malah pelatih-pelatih lain yang makan di situ turut menjadi pemerhati adegan Tuan CEO mereka menarik lengan pelatih baru. Hanan? Lagilah terkejut bila Tuan CEO dengan selamba menarik lengannya di hadapan pelatih dan staf dekat situ.

https://www.youtube.com/watch?v=vdj6R-Etk3k

Adegan itu juga membuatkan 6STAR yang baru masuk hendak lepak makan bersama Hasya Iman agak terkejut dengan apa yang dilihat mereka. Wahyu tanpa segan silu dengan wajah ketatnya yang dipamerkan, membawa Hanan keluar dari kafe itu.

  Marina yang melihat mereka lalu sahaja di hadapannya tidak singgah terlopong mulut.

"Eh, dia tinggal aku macam tu je? Ish mamat ni... selamba dia je heret Hanan pergi. Nak pergi mana tu?" bebel Marina sendirian dengan wajah tak puas hati di tinggalkan begitu sahaja.

Ahli 6STAR dan Hasya Iman menghampiri meja makan Marina dan tanpa dipinta mereka terus duduk mengelilingi pengarah muda itu.

"Apahal Tuan Wahyu heret tangan pelatih baru sampai macam tu?" soal Irwan selaku main rappers dalam kumpulannya itu.

"Kes buli," balas Marina ringkas. Masih tidak berpuas hati ditinggalkan sebegitu.

"Kes buli? Siapa yang buli Hanan? Tuan ke?" Bertalu-talu Iyyad mengajukan persoalan terhadap pengarah Marina nya itu. Risaukan Hanan yang sudah di anggap seperti sahabatnya itu.

"Taklah. Tu! Budak-budak kelas muzikal tu yang selalu buli Hanan. Dah banyak kali saya bagi warning, dia orang buat jugak di belakang saya. Sekarang, tuan nampak sendiri Hanan di buli oleh mereka. Itu yang Tuan naik angin tu sampai boleh heret Hanan pergi dari dia orang tu," jelas Marina perkara sebenar yang terjadi kerana dia tidak mahu artis artis barunya itu salah faham nanti.

"Oh, nama gadis itu Hanan? Baru saya tahu," ujar Aril selaku high key voice dengan sengihan.

Semua mata merenungnya pelik.

"Apahal kau ni tersengih?" tegur Hasya yang duduk berhadapan dengan Aril.

"Entah-entah kau syiok kat dia eh?" Nazmi selaku maknae main serkap jarang.

"Ish... tak de maknanya. Aku saja nak tahu nama dia je sebab aku dengar lagu Melissa tu dia yang penulis lirik asal tu. Dan digubah oleh komposer Danny."

"Hah, sudah-sudahlah tu bercakap pasal ni. Pergi order makanan kejap untuk saya sekali. Lapar ni. Pergi cepat!" arah Marina kepada artis barunya itu.

Kemudian Hafiz, dan Ayish yang pergi membeli makanan mereka semua.

RESTORAN SHABU-SHABU IPOH.


"KENAPA awak tak makan? Kejap lagi nak masuk kelas lagi," tegur Wahyu yang sejak tadi tengok makanan yang di pesan untuk gadis itu tidak dijamah sedikit pun.

"Tak pe lah, tuan. Saya bungkus aje lah makanan ni," jawab Hanan yang masih menundukkan wajah merenung ke arah sepinggan spaghetti lamb sizzling yang masih tidak berusik.

Sebenarnya, dia lebih suka makan nasi dari makan makanan yang di pesan lelaki itu yang tak boleh masuk ditekaknya.

Wahyu yang sudah habis makan di tolak pinggan ke tengah meja sedikit. Kemudian, menegakkan tubuh seperti seorang ketua yang tegas lagaknya.

"Awak tak suka ke spaghetti lamb sizzling tu? Rugi tak makan. Sedap tau."

"Err... saya bukan tak suka. Saya tak biasa makan ni semua. S... saya biasa makan nasi." Gugup Hanan menjawab soalan lelaki itu.

  Entah apa yang takut sangat si Hanan ni? Bukannya Tuan CEO nya itu marahkan dia atau menengking dia yang mampu membuatkan dia kecut dan gugup sebegitu rupa.

"Oh, patutlah. Kenapa tak cakap awal~awal?" Lelaki itu sudah pun berdiri dan membawa makanan itu ke kaunter menyuruh orang di kaunter itu membungkus makanan itu.

Hanan hanya memerhati sahaja gerak geri Tuan CEO nya itu. Lima minit kemudian, lelaki itu kembali dengan sebungkus makanan. Wajahnya serius sahaja.

  'Marahkah dia?' Hanan tertanya- tanya di dalam hati.

"Jom, balik ke agensi. Nanti saya pesan makanan lain dekat awak di gerai dekat dengan agensi tu," ajak lelaki itu dan terus berlalu pergi dari situ tanpa menunggu Hanan.

  Makanan yang berbungkus tadi di biar atas meja hadapan Hanan.

https://www.youtube.com/watch?v=g2VCYGbFUhU


   Hanan tergaru kepala. Pelik. Dan masih blurr dengan apa yang jadi sebentar tadi terhadap dirinya. Dan akhirnya, dia turut berlalu keluar dari restoran mewah itu dan menuju ke arah kereta audi milik Tuan CEO nya itu yang sudah pun menunggu di dalam kereta.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro