BAB 26~ CEMBURU✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WAHYU masuk ke rumahnya pagi itu selepas tertidur dalam kereta setelah keluar dari kelab malam semalam dan terlihat Hanan sedang nyenyak tidur di atas sofa panjang sambil memeluk Cemong. Rasa serba salah menular ke dalam dirinya.

Gadis itu dihampirinya. Lama wajah polos itu direnungnya. Cemong juga nyenyak tidur dalam dakapan penjaganya ini. Selesa betul nampaknya.

https://www.youtube.com/watch?v=qgy7vEje5-w


Kemudian kembali merenung seraut wajah lembut Hanan Falisya. Rambut gadis itu yang berjuntai di dahi di belai lembut. Hanya seketika. Perbuatannya terhenti saat teringatkan kejadian dulu. Dia punca kematian kakak gadis ini. Dialah punca gadis itu hidup sebatang kara.

"Kasihan awak, Hanan. Saya penyebab awak kehilangan orang yang awak sayang. Saya janji saya akan tebus semua salah saya pada awak. Saya akan tunaikan apa saja yang awak mahukan. Saya sanggup lakukan apa saja asalkan awak bahagia. Saya takkan biarkan awak menderita lagi. Tolong jangan bersedih di hadapan saya kerana mengingati arwah kakak awak. Saya akan rasa lebih teruk." Wahyu terus duduk di atas sofa berhadapan dengan sofa tempat Hanan tertidur itu.

Malas mahu mengganggu lena gadis itu. Dia melepaskan nafas berat. Teringatkan perkara yang terjadi semalam. Rasa marah rasa sedihnya kembali semula. Rasa marah bila Bella rahsiakan perkara terbesar itu dari dia. Dalam masa yang sama, dia juga rasa sedih pula dengan nasib yang menimpa gadis itu. Namun tidak seteruk semalam. Dia telah pun melepaskan segala rasa di pub malam semalam.

"Bella... kenapa kau tak berterus terang dengan apa yang telah terjadi pada kau? Kau fikir aku ni kejam sangat ke sampai tak boleh terima kau walau apapun jadi pada kau? Humm... jika itu membahagiakan kau, aku bersedia melepaskan kau, Bella. Ya, mulai sekarang kau dah tak de lagi dalam kamus hidup aku. Aku akan lupakan kau buat selama~lamanya. Itu yang kau mahu, kan? Aku harap lelaki itu bisa membahagiakan kau, Bella." Dia melepaskan nafas berat.

Dan cuba melenyapkan terus nama Bella dari ingatannya. Betul kata Bella. Dia perlu move on. Ya, itu yang dia sedang lakukan sekarang. Akhirnya, Wahyu terlena di sofa panjang itu.

Tidak beberapa lama kemudian, Hanan terjaga dari tidurnya.Dia bangun duduk sambil menggeliat. Automatik Cemong terlepas dari pelukkannya sejak semalam itu.

Cemong terus mengibas badannya yang berbulu itu sendiri. Kemudian berlari masuk ke dalam rumah kecilnya yang dibeli oleh Wahyu dulu.

Hanan yang baru lepas menggeliat terperanjat kecil apabla terpandang arah tuan CEO nya itu yang tengah tidur terbongkang atas sofa panjang itu. Dengan kaki terangkat terletak diatas tempat penyandar. Sebelah lagi dibawah lantai. Dengan mulutnya ternganga. Air liur meleleh di tepi bibirnya membuatkan Hanan rasa loya.

' Teruknya dia tidur...' hatinya berdetik.

Kemudian dia pergi kejutkan Tuan CEOnya. Takut laki itu lambat ke tempat kerja.

"Tuan, bangun tuan. Nanti lewat pergi kerja." Masih tiada respon.

"Tuan... bangun!" Dengan teragak-agak Hanan mencuit bahu lelaki itu dengan hujung jarinya berulangkali selagi lelaki itu tidak bangun.

'Zaaap!'

Tangannya ditarik spontan dipeluk ke dada lelaki itu. Mulut Hanan melongo dek kerana terkejut.

https://www.youtube.com/watch?v=nH5_XZBNaOU


Lantas dia berusaha menarik tangannya semula, membuatkan lelaki itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Dia terbangun duduk sambil menggenyeh matanya dan air liur basi yang terasa hendak jatuh itu disapunya dengan telapak tangannya. Masa tu, Wahyu tak sedar yang kelakuannya itu sedang diperhatikan oleh Hanan. Beberapa saat kemudian, matanya dicelik dengan seluasnya.

Ketika itu, dia terloncat terperanjat kerana tiba-tiba terperasan Hanan sedang berdiri tercegat di hadapannya.

"Oh my!! Uish kus semangat... awak rupanya Hanan!" Tangannya terus menggosok dadanya perlahan untuk menenangkan dirinya sendiri yang tadinya terperanjat.

"Tuan? Tuan tak pergi kerja ke?" soal Hanan yang masih berdiri tercegat di hadapan Tuan CEOnya itu.

"Dah pukul berapa?" Soalan di balas soalan pula oleh Wahyu dalam n

"Pukul 8:15 pagi," jawab Hanan.

WAHYU menganggukkan kepalanya. Tanda faham.

"Oo... baru pukul 8:15 pagi? What ? 8:15 pagi? I'm so late ! Kenapa tak kejutkan saya?" marahnya kelam kabut bangun dari sofa.

Hanan hanya mempamerkan riak muka innocent dia tu.

"Saya dah kejut banyak kali tapi tuan yang tak sedar," beritahu Hanan.

"Oh, no! Ishh..." Wahyu terus berlari naik ke tingkat atas bersiap untuk ke tempat kerja.

Dia tak sempat mandi pun. Sekadar cuci muka gosok gigi sahaja. Tak sempat hendak breakfast dia terus ke tempat kerja. Sudahlah hari itu dia perlu berjumpa dengan client dari Thailand. Untuk penghantaran artisnya ke Thailand kerana ada persembahan dan jemputan khas di sana.

Hanan hanya memandang sambil tergeleng.

'Tak sempat nak tanya dia pergi mana semalam? Aduhai, penat aku tunggu sebab risaukan dia...' gumamnya sendiri kemudian mahu melangkah ke kamarnya untuk mandi.

Tak lama kemudian, telefon pintar milik Hanan berdering.
Hanan yang baru keluar dari bilik air itu terus mencapai telefon pintarnya yang berdering itu.

'Private number? Siapa ni?' Dalam tertanya~tanya itu Hanan jawab juga panggilan itu.

"Helo, assalamualaikum?" Kedengaran suara si pemanggil memberi salam. Suara lelaki.

"Helo, waalaikumussalam. Siapa ni?" soal Hanan pelik. Lelaki mana yang tahu nombor telefon dia tu? Seingat dia, tak pernah beri nombor telefonnya pada orang sesuka hati jika tanpa sebab.

"Hanan, ni saya lah Iyyad!" beritahu lelaki itu dalam nada cerianya itu seperti biasa.

"Oo... Iyyad. Dari mana awak dapat nombor saya?"

"Saya mintak dengan Cik Rina. Saya pelik awak lambat masuk agensi. So, saya mintak nombor awak dekat Cik Rina. Awak kenapa tak masuk agensi?"

" Saya ... err... tuan Wahyu suruh saya mengasuh anak kesayangan dia. Itu yang saya tak masuk agensi." Jujur Hanan membuatkan Iyyad tercengang mendengarnya.

"Anak? Eh, tuan tak de anaklah. Dia kahwin pun belum lagi. Awak ni biar betul?" Iyyad pelik.

"Anak kucing dia lah. Huhu..." jelas Hanan membuatkan Iyyad tergelak.

'Oo... kucing. Ermm... bosanlah awak tak de. Boleh tak, time break nanti kita jumpa lepak makan dekat luar?" ajak Iyyad.

"Tak boleh. Saya kena jaga kucing Tuan Wahyu. Nanti kalau saya tinggalkan dia macam tu je tentu Tuan Wahyu mengamuk dekat saya nanti," jawab Hanan.

"Awak bawaklah kucing tuan sekali. Kita sama-sama jaga. Please?" pujuk Iyyad.

Hanan terdiam lama. Akhirnya dia bersetuju.

Di Wadi Restoran.

HANAN dan Iyyad lunch bersama. Hanan seperti biasa banyak diam. Iyyad yang banyak mulut potpet potpet bercerita itu ini. Iyyad siap berselfie dengan Hanan.
Sebelum pulang ke rumah, sempat Iyyad membuat permintaan terhadap Hanan.

"Awak, boleh tak untuk lagu yang seterusnya nanti saya nak awak yang jadi penulis liriknya?" pinta Iyyad setelah puas berceloteh.

"Oo, boleh je. Awak nak genre apa? Lagu yang berkisarkan apa?" Hanan gembira ada orang yang mahu dia jadi penulis lirik.

Tambahan artis yang tengah meletop seperti IYYAD HARITH dan ahli kumpulannya 6STAR. Confirm dia setuju.

"Nanti saya fikirkan. Tapi, awak kena masuk agensi. Senang untuk kita nak berkerjasama nanti. Boleh bincang apa yang patut," ujar Iyyad ceria.

"Tapi... saya dah dibuang dari agensi tu. Macam mana saya nak masuk agensi lagi?" Hanan memberitahu perkara sebenar.

Iyyad membulatkan matanya mendengarkan apa yang di beritahu oleh Hanan. Agak terkejut.

"Ha? Di buang? Kenapa? Awak ada buat salah ke?" Bertubi-tubi soalan diajukan.

"Taklah. Tuan Wahyu cuma nak saya bekerja dengan dia. Jadi penjaga kucing dia ni dengan sepenuh masa. Dan dia izinkan saya menulis lirik dirumahnya saja." Cemong yang ada dalan beg kucing itu dilihatnya sekilas.

"Oohh macam tu. Kalau macam tu bolehlah kita jumpa kat luar ja. Bincang pasal lirik untuk lagu Kumpulan kami nanti," cadang Iyyad dengan senyuman berharap dapat bekerjasama dengan gadis itu.

Hanan mengangguk setuju.

"Tapi, awak tak kisah ke kalau saya bawak kucing ni sekali?" soal Hanan.

"Tak kisah. Janji awak siapkan lirik untuk kumpulan saya,"
Jawab Iyyad bersungguh dengan cerianya. Dia memang jenis ceria sungguh.

"Okey," balas Hanan sepatah.
Dia tersenyum senget.

Pada waktu yang sama, seorang lelaki berkemeja kemas masuk ke dalam restoran. Hanan dan Iyyad yang melihat lelaki itu berpandangan sesama sendiri.

"Eh, tu... Encik Wafiy?" tegur Hanan membuatkan lelaki itu berpaling padanya.

"Eh... Hanan? Iyyad?" Wafiy menghampiri mereka berdua.

"Encik pun datang makan kat sini?" soal Iyyad pula mula beramah mesra dengan adik majikannya itu.

"Ha'ah, lama tak nampak Encik Wafiy." Belum sempat Wafiy menjawab Hanan mencelah. Dia cuma pelik mengapa sudah lama Encik Wafiy itu tak masuk agensi.

Wafiy terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Hanan. Hanan pula duduk berhadapan dengan Iyyad kerana sebelah kanannya dia letak CEMONG di situ.

"Emm... susah saya nak cakap. Tapi, buat masa ni saya gantikan daddy saya untuk menguruskan restoran ni. Itu je yang mampu saya beritahu kamu berdua." Wafiy melepaskan nafas berat.

Sukar untuk dia menceritakan perihal dia dengan abangnya Wahyu itu. Dia tidak mahu orang luar tahu konflik antara mereka.

"Jadi restoran ni milik daddy Encik Wafiy?" Iyyad inginkan kepastian.

Hanan mengangguk setuju dengan pertanyaan Iyyad. Dia juga baru tahu itu restoran daddy Encik Wafiy. Patutlah nama restoran tu Wadi Restoran. Dia orang sahaja yang tak perasan tadi.

"Ya. Saya jadi pengurus di sini."

"Wah, kalau macam ni bolehlah Encik belanja kami berdua." Iyyad berseloroh.

"Kalau kamu datang dengan Hanan confirm saya belanja. Makan saja apa yang kalian mahu." Sempat Wafiy kenyit mata pada Hanan.

https://www.youtube.com/watch?v=pSudEWBAYRE


Hanan berkerut kening pelik dan rasa geli pun ada. Lantas pandangannya dikalih ke arah Cemong yang ada dalam beg kucing tu. Malas mahu melayan lelaki itu.

Iyyad pula tersengih dalam diam dengan respon Hanan terhadap lelaki itu.

Wafiy mengetap gigi menahan geram bila terperasan yang Iyyad tersengih seakan mengejek dirinya. Kemudian, dia meminta diri.

Malamnya, Hanan berjumpa dengan Tuan CEOnya.

"Tuan, saya nak bagitau esok saya nak keluar jumpa dengan Iyyad." Teragak- agak nada suaranya takut Tuan Wahyu tak izinkan dia keluar.

"Kenapa nak jumpa dia?" soal Wahyu serius seperti biasa sambil menonton televisyen.

"Err... dia nak saya tulis lirik baru untuk ahli kumpulannya. Jadi dia ajak saya jumpa untuk perbincangan pasal genre dan tema apa semua tulah. Tapi, saya janji saya bawak anak kesayangan tuan sekali. Boleh tuan izinkan saya pergi?" Hanan jelaskan tujuan sebenar dia mahu berjumpa dengan Iyyad.

Lama Wahyu terdiam memikirkan sesuatu.

"Tapi, kalau tuan tak izinkan, saya tak keluar." Sambung Hanan lagi sambil menundukkan wajahnya apabila Tuan Wahyu memandangnya.

"Awak fikir saya kisah awak nak jumpa dengan sesiapa pun? Yang saya kisah anak saya. Awak jaga dia baik-baik. Kalau saya dapat tahu terjadi apa-apa dekat dia, nahas awak! Lagi satu, kalau bercakap dengan saya, jangan tundukkan muka tu ke lantai. Saya tak suka. Saya mahu orang bercakap dengan saya mesti tatap muka saya kerana eyes contact tu penting, faham?" Tiba-tiba lelaki itu beremosi dan terus naik ke biliknya.

Hanan termangu sendiri. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Salah ke dia nak keluar? Apa yang buat tuan marah? Bukankah dia dah berjanji dia akan bawa anak kesayangan tuannya itu bersama dia? Apa lagi yang tak kena? Hanan membuat muka dan terus berlalu masuk ke ruangan kamarnya dibahagian belakang dekat dengan kawasan dapur. Mahu merehatkan diri dan cuba melelapkan matanya.

Di ruangan kamar beradu milik Wahyu, dia termenung sendiri. Pelik dengan perubahan pada dirinya. Kenapa perlu dia marah-marah jika Hanan mahu berjumpa dengan Iyyad? Kenapa tiba-tiba perasaannya jadi lain? Cemburukah dia? Untuk apa?

https://www.youtube.com/watch?v=8MCk8LG1BJs


'Ish, Bukan... bukan. Perasaan tu cuma sebab kau risaukan keselamatan Hanan sahaja. Tak lebih dari itu. Ya, itu yang pasti sebab kau janji nak jaga dan lindungi dia, kan? Ya, kau just risaukan dia sebab dia di bawah tanggungjawab kau!' Puas Wahyu cuba nafikan perasaannya.

"Ish, kenapa ni perasaan aku jadi berdebar lain macam je ni? Aku tak patut beremosi macam tu tadi dekat dia. Kenapa aku perlu beremosi? Terpulang pada dia nak jumpa dengan sesiapa pun. Bukan kau tak kenal Iyyad tu macam mana. Jenis friendly dan baik budaknya. Apa yang kau nak risau? Ish, apalah kau ni Wahyu. Macam budak budak. Ishhh, ah lupakan. Perasaan je tu. Tak mungkin aku cemburu. No... no..." Wahyu menafi keras tentang kata hatinya.

Akhirnya, Wahyu berbaring di atas katil dan terus pejamkan mata. Malas mahu melayan perasaannya. Dan lama kelamaan dia terlena juga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro