BAB 33~ KEMATIAN CEMONG✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUASANA cemas ketika di klinik haiwan. Hanan mundar mandir menunggu keputusan dari doktor. Iyyad turut risaukan Cemong.

"Hanan, duduklah dulu. Saya naik pening tengok awak mundar mandir macam ni," panggil Iyyad suruh duduk di kerusi sebelahnya.

Hanan menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh. Saya tengah risau ni. Macam mana nak bagitau tuan Wahyu keadaan Cemong? Matilah saya. Saya juga takut kehilangan Chani. Saya dah sayang sangat dekat Chani..." Hanan meraup wajahnya berulangkali.

Iyyad terdiam mendengarnya. Ya, dia faham tentang perasaan sayang Hanan terhadap Chani a.k.a Cemong. Dia baru sedar bahawa gadis itu adalah seorang yang pencinta kucing.

'Kriekk..'

Doctor dan pembantunya keluar dari bilik kecemasan haiwan.

Hanan dan Iyyad terus mendapatkan doktor itu.

"Macam mana dengan kucing saya Doktor?" soal Hanan tak sabar ingin tahu keadaan Cemong.

"Buat masa ni, dia masih tak stabil kerana dia terlalu banyak mengalami pendarahan. Mungkin dalamannya ada sedikit kerosakan. Tapi, saya dah suntik antibiotik dan ubat tidur supaya dia boleh berehat. Apa-apa pun, kita tunggu dia sedar dulu. Kemudian, baru kami boleh tahu keadaan dia macam mana nanti. Kemungkinan kami akan buat imbasan ICT buat Chani," terang doktor yang tertera nama Dr. Sharifah dinametagnya itu.

"Boleh kami tengok keadaan dia? " Iyyad meminta izin.

"Boleh. Cik dan Encik boleh masuk tengok kucing kalian. Tapi ingat, jangan ganggu dia. Dia sedang beristirehat..." pesan doktor itu dengan mengizinkan mereka berdua melawat Cemong.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, Hanan dan Iyyad terus berlari masuk ke dalam bilik yang Cemong ditempatkan itu.

Hanan menangis sedih melihat keadaan Cemong. Dia terus mendapatkan Cemong. Iyyad hanya berdiri di belakang Hanan. Dia pun tumpang bersedih.

"Chani... tolong kuat Chani. Jangan tinggalkan aku. Kita kan dah berjanji untuk bersama sampai bila-bila. Please jangan tinggalkan aku. Aku dan Tuan Wahyu menunggu kau..." Tubuh kaku Cemong dibelainya lembut.

https://www.youtube.com/watch?v=sL-U-dEP1B8


Kepala kucing itu dikucup lama.

Iyyad yang melihat keadaan itu tiba-tiba terasa sebak pula dihatinya. Dilihatnya Hanan bersedih sungguh demi kucing CEO nya. Dari situ dia dapat menilai Hanan jenis orang yang bagaimana.

"Bertenang Hanan. Sebaiknya, awak bagitau Tuan Wahyu terlebih dulu sebelum dia dapat tahu sendiri. Kalau lambat bagitahu dia, lagi dia mengamuk. Biar dia terkejut sekarang, jangan terkejut nanti. Parah awak kena marah nanti," nasihat IYYAD terhadap Hanan kawan baiknya itu.

Hanan tergeleng kepala.

"Saya takut... saya takut dia marah saya. Awak tahu kan yang dia tu panas baran? Tak. Saya tak berani nak bagitahu dia. Saya dapat rasakan kemarahan dia tu nanti." Bersungguh Hanan tidak mahu memberitahu kepada tuan CEO nya.

Iyyad menarik nafas seketika kemudian, melepasnya perlahan.

"Tapi, sampai bila awak nak diam dan rahsiakan apa yang terjadi pada kucing Tuan Wahyu ni? Awak bagitau je dia. Kalau awak takut, biar saya teman awak. Saya akan back up awak. Saya janji! Lagipun, saya pun ada ditempat kejadian," pujuk Iyyad supaya gadis itu mengkhabari berita itu kepada Tuan Wahyu mereka.

Tuan Wahyu perlu tahu akan hal penting itu.

Setelah puas berfikir dan menangis, Hanan mengangguk setuju untuk beritahu Tuan Wahyu tentang keadaan Cemong setelah puas berfikir.

Pada waktu yang sama, tetiba telefon pintarnya berdering. Hanan terus menjawab panggilan itu setelah melihat nama si pemanggil.

'Macam tahu-tahu je aku nak call dia...' desis Hanan mula rasa gugup.

"Helo, Assalamualaikum Hanan. Awak dengan Cemong kan?" Serbu Tuan CEO nya kedengaran resah nadanya.

Hanan terketar-ketar bibir takut untuk memberitahu perkara sebenar. Kerana puncanya pun dia yang bawa Cemong keluar tadi tanpa pengetahuan Tuan CEO nya.

"Err... ya, Tuan...' Teragak-agak Hanan hendak menjawabnya membuatkan Tuan CEO nya menjadi pelik dengan nada suara Hanan.

"Kenapa nada awak lain macam?"

"Eh mana ada.Saya okey je tuan. Dia a... ada... dengan saya,"

"Oh lega saya dengar. Bila awak nak bawak dia balik? Atau saya pergi ambil awak sekarang? Awak kat mana?" Wahyu rasa lega bila confirm Cemong ada bersama Hanan.

Dia tahu kalau Cemong bersama Hanan tentu dia selamat kerana Hanan sangat sayangkan Cemong sepertimana dia sayangkan Cemong.

Hanan masih gugup. Kali ini lebih teruk dari tadi. Dia memandang ke arah Iyyad. Iyyad pula seakan memahami maksud pandangan gadis itu terus meminta telefon pintar itu diberi padanya. Hanan tak mahu memberinya kerana takut. Iyyad merampasnya dari Hanan. Dia tahu Hanan takkan berterus terang dengan Tuan CEO mereka yang maha tegas itu.

"Helo, Tuan..." Iyyad bercakap pula menggantikan Hanan.

Wahyu pelik suara Hanan bertukar jadi suara lelaki pula. Dia melihat pada skrin telefonnya. Kot tersalah dail nombor. Tapi betullah nama Hanan yang dia call tadi. Yang peliknya, siapa pula lelaki ini? Wahyu tertanya-tanya dalam hati.

"Helo, siapa ni?"

"Saya, Iyyad. Sebenarnya, tuan. Ada perkara penting yang saya nak bagitau..." ujar Iyyad sambil menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Kamu buat apa dengan Hanan?Kenapa kamu keluar dengan dia?" tegas betul nadanya. Dia tak suka Iyyad dekat dengan Hanan. Tidak mahu timbul fitnah lagi.

"Sabar, tuan. Dengar dulu apa saya nak cakap..." Cuba sabarkan Tuan CEO nya itu.

Wahyu terdiam sejenak.

"Baik, cakaplah. Apa dia?" Wahyu cuba bagi peluang pada Iyyad untuk bercakap.

"Sebenarnya, saya nak tuan datang ke klinik haiwan sekarang. Nanti tuan akan tahu apa yang terjadi..." Kemudian Iyyad terus matikan talian.

Dia tidak mahu tuan CEO nya terkejut nanti kerana bahaya drive dalam keadaan terkejut. Telefon itu diserahkan kembali kepada Hanan.

"Hanan, saya dah suruh tuan datang tengok keadaan Cemong sendiri," beritahu Iyyad terhadap Hanan.

Hanan hanya terdiam kaku. Gelisah semua ada.

Tidak lama kemudian,Wahyu kelam kabut masuk ke klinik itu menemui Hanan dan Iyyad. Ketika itu mereka sudah menunggu ditempat menunggu. Wajahnya jelas terpancar riak kerisauan.

"Hanan, mana Cemong? Kenapa kamu berdua suruh saya datang ke sini?" Bertubi-tubi soalan diajukan tanpa tangguhan lagi.

"Humm... ikut kami, tuan." Iyyad bawa tuan CEO nya masuk ke dalam bilik rehat Cemong ditempatkan tadi. Hanan membuntuti dari arah belakang dengan berwajah sugul.

Masuk sahaja ke ruangan itu, terus Wahyu berlari dapatkan Cemong. Hampir saja dia menangis. Nafasnya turun naik.

"Bagaimana boleh jadi macam ni? Iyyad? Hanan?" soal Wahyu dengan nada bergetar menahan amarahnya.

"Dia... dia... kena langgar tadi." Takut-takut Hanan beritahu pada Tuan Wahyu nya.

"What?" Suara Wahyu yang separuh kuat itu menyentakkan Hanan dan Iyyad.

Marah betul lagaknya. Hanan kecut perut lantas kepalanya ditundukkan ke lantai. Tak berani untuk memandang wajah bengis tuan CEO nya itu. Ya, situasi itu sudah dijangka dari awal bakal terjadi.

Iyyad kembali cool walau tadi sedikit tersentak. Dia menggosok belakang Hanan bagi menenangkan gadis itu.

Wahyu yang melihat keadaan itu bertambah panas. Sudahlah keluar jumpa Iyyad tidak maklumkan padanya. Dibawanya pula Cemong sekali juga tak maklumkannya padanya. Dan sekarang, Cemong pula terjadi begitu. Hanan dan Iyyad pula tunjuk bercengkerama di hadapannya begitu, lagi bertambah panas hati Wahyu dibuatnya. Sebenarnya, bukanlah Iyyad dan Hanan bercengkerama pun. Cuma cara Iyyad menenangkan Hanan itu membuatkan Wahyu panas hati. Cemburukah dia? Entahlah, dia sendiri tidak pasti tentang perasaannya. Apa yang dia tahu, dia benar-benar marah dan sedih melihat keadaan Cemong. Anak kesayangannya itu.

"Kamu berdua buat apa sampai tak tengok anak saya? Sampai dah kena langgar baru kamu berdua nak sedar?" marahnya tidak dapat di tahan-tahan lagi.

"Bukan macam tu, tuan. Anak kesayangan tuan ni tiba-tiba je menggeliat mintak nak turun dari dukungan Hanan. Hanan tak berjaya mengawalnya. Jadi, dia terlepas dan terus berlari laju puas kami kejar. Dia terus melintas jalan. Kami tak sempat nak tahan. Maafkan kami, tuan. Kami tak sengaja," terang Iyyad cuba beritahu perkara sebenar berharap tuan CEO nya itu bisa mengerti.

"Itulah, lain kali kalau nak bercinta jangan bawak anak saya sekali, faham? Berhambus! Kamu berdua jangan datang jumpa atau dekat dengan anak saya lagi. Kalau saya dapat tahu, saya takkan teragak-agak untuk ambik tindakan!" Wahyu merengus kasar.

Dia tidak ada hati langsung untuk memandang seraut wajah pelatih-pelatih nya itu.

Dalam masa yang sama, airmata mengalir sambil memeluk Cemong.
Hatinya benar-benar pilu melihat keadaan Cemong.

Hanan menangis sendu. Dia menghampiri tuan CEO nya berniat mahu minta maaf.

"Tuan, err... saya nak... min..."

Wahyu memandangnya dengan pandangan yang sangat menggerunkan.

"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Iyyad kau bawak perempuan ni keluar!" tengking Wahyu menyebabkan Hanan terhinjut bahu dek kerana terlampau terkejut. First time dia ditengking oleh tuan CEO nya.

"Tuan tak patut marah pada Hanan sebegitu rupa. Semua yang terjadi ini sudah suratan takdir, tuan. Kalau bukan bersama Hanan mungkin dia dengan tuan sekalipun kalau Allah cakap dia kena langgar, tetap kena langgar jugak," tegur Iyyad rasa tak puas hati sahabatnya itu ditengking sebegitu.

Dia faham tuan CEO nya itu sedih dengan keadaan Cemong tapi perkara sudah terjadi. Dia harus bertabah. Bukannya mengamuk sebegitu rupa.

"Keluar aku cakap!" usir lelaki itu benar-benar baran.

Dia tidak mahu dengar apa-apa alasan lagi. Yang dia mahu hanyalah berdua dengan Cemong.

Tanpa menunggu lagi, Iyyad terus saja menarik tangan Hanan keluar dari ruangan itu. Hanan terpaksa akur dan keluar dari situ diiringi sendu yang masih bersisa. Rasa bersalah yang teramat menular ke dalam dirinya. Iyyad menghantarnya pulang ke rumah Kate. Kate turut bersimpati dengan apa yang terjadi.

Tidak lama kemudian,Wahyu pergi melepak disebuah restoran selepas melawat Cemong. Cemong ditahan untuk beberapa hari sehingga dia sembuh.

Ketika Wahyu sedang meneguk air sambil terkenangkan saat-saat ketika dia bersama Cemong. Dari Cemong kecil lagi dia menjaga sehingga gemok seperti sekarang. Dan tiba-tiba pula jadi insiden seperti itu. Memanglah dia berasa kecewa sedih geram marah bercampur baur hingga terlepas amarahnya terhadap Hanan. Gambar Cemong dari dalam galeri telefon ditenungnya.

Kedengaran pula lagu dalam kedai itu lagu ~Wali- takkan pisah. Seperti tahu-tahu sahaja dia tengah sedih takut kehilangan Cemong dan tak mahu berpisah dengannya.

'Kau takkan tinggalkan ku..'
Takkan pernah sayangku..
Janjimu janjiku untukmu..
Takkan ada yang pisahkan kita..
Sekalipun kau telah tiada..
Akan ku pastikan ..
Ku kan memeluk menciummu disyurga...

https://www.youtube.com/watch?v=sSthIYOJlKQ


Menangis Wahyu mendengar sayu lagu itu. Dia benar-benar teringatkan janjinya pada Cemong. Kucing yang di anggap seperti anaknya itu. Wahyu kemurungan di situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro