BAB 35~HADIAH KEYBOAD PIANO✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku tak butuh kata I love you
Aku tak butuh kata I need you
Yang ku mahu datangi ayahku
Katakan ku kan lamar puterimu
Sudah cukup darimu i love you
Sudah cukup darimu I need you
Yang ku mahu datangi ayahku
Katakan ku kan lamar puterimu
Apa lagi? Apa lagi?
Alasannya apa lagi?
Lamar aku
Lamarlah diriku
Tak cuma I love you...

https://www.youtube.com/watch?v=49ZLAzZVrT4

Wahyu mendendangkan lagu Lamar aku nyanyian asal Wali band sambil bermain muzik keyboard piano kegemaran Hanan itu di bilik latihan muzikal sendirian waktu lunch break. Pelatih dan staf semua pergi break di kafe. Entah mengapa hari itu jemarinya terasa hendak menari-nari di atas papan keyboard piano itu.

Tengah asyik memainkannya. Hasya Iman muncul.

"Wah... best nya, tuan. Saya suka melodi ni..." Tanpa di pinta Hasya terus sahaja melabuhkan duduk berhadapan dengan tuan CEO nya itu.

Wahyu pula hanya membalas dengan senyuman nipis seraya asyik melayan muzik keyboard piano nya itu berserta nyanyian sekali.

Hasya turut melayan sambil mengangguk-angguk mengikut rentak lagu yang dimainkan tuan CEO nya itu.

Tetiba muzik dihentikan. Wahyu memandang ke arah Hasya.

"Kamu buat apa kat sini? Bukan ke sepatutnya hari ni kamu ada jemputan di Kl sempena anugerah DFKl tu?" soalnya pelik gadis itu masih berada di situ.

"Ya, hari ni. Saya tengah menunggu Fakrulrazi yang tak sampai lagi. Dia pergi beli barang kejap katanya. Jadi, saya datanglah lepak kat sini dulu. Nampak pulak tuan tengah main keyboard piano ni so, saya join la..." beritahu Hasya.

Wahyu mengangguk kemudian.

"Hmm... Okey lah saya ada kerja ni. Awak nak main keyboard piano ni ke? Pergi la," suruh Wahyu.

"Ehh tak naklah. Saya tak pandai. Saya pandai nyanyi je..." jawab Hasya diiringi sengihan meleret.

Wahyu terus berlalu dari situ tanpa sepatah kata. Sebenarnya, dia bukannya ada kerja sangat. Dia telah merancang sesuatu untuk Hanan.

Sejak malam yang Hanan buat kejutan padanya sempena birthday dia itu, membuatkan hatinya semakin sejuk. Tiada lagi perasaan marah pada Hanan. Sejujurnya, dia bukannya marah sangat pun pada Hanan. Dia cuma tak boleh terima dengan apa yang terjadi pada Cemong waktu itu. Perasaannya jadi tak tentu arah.

Tetapi sekarang, dia sudah pun boleh terima kehilangan Cemong. Dia benar-benar sudah redha. Saat ini hatinya berbunga riang. Entah apa yang dirancangnya. Marina yang terperasan pada perubahan wajah Wahyu ingin bertanya sebabnya tetapi tidak sempat. Wahyu tergesa gesa keluar dari 'W' studio agency's.

****

TAMAN SUN LIGHT, IPOH

HANAN dan Kate pelik. Tetiba sahaja ada sebuah lori menghantar keyboard piano berwarna putih ke rumah itu.
Hanan dan Kate berpandangan sesama sendiri dengan penuh tanda tanya di hati masing-masing.

"Akak ada order keyboard piano ni ke?" soal Hanan.

Kate menggelengkan kepalanya. Tanda bukan dia yang order.

"Tak delah. Hanan kot yang order?" Giliran Kate pula yang menyoal kepada Hanan.

Hanan turut menjawab dengan gelengan, tanda bukan dia yang memesan alat muzik itu.

Kemudian, penghantar itu meminta tandatangan dari Kate. Kate telah pun menandatanganinya, tanda item sudah sampai ke destinasi.

"Encik, saya tak order keyboard piano ni. Encik dah salah rumah kot?" tegur Kate yang masih tertanya-tanya.

Hanan mengangguk menyokong dengan persoalan yang diajukan Kate terhadap lelaki itu.

"Saya ikut pada alamat yang diberi. Memang rumah ni la alamatnya. Nama pun ada tertera kat sini. Hanan Falisya binti Hashim. Siapa ya?" Apa yang diberitahu si penghantar itu membuatkan Hanan dan Kate terus melihat pada nama yang tertera pada tempat yang dimana Kate tandatangan tadi.

Hanan bertambah pelik apabila namanya di sebut. Kate merenung ke arahnya lama.

Sejurus kemudian, dengan tidak semena-mena bibirnya terlakar senyuman kerana dapat mengagak siapa si pemberi keyboard piano itu.

Sungguh-sungguh
Aku demam cinta
Gila-gila
Bayang kau bersama
Rindu-rindu
Baby I want you
Mimpi-mimpi
Disiang malamku..

https://www.youtube.com/watch?v=nH5_XZBNaOU


Pada waktu yang sama, telefon pintar milik Hanan menyanyi lagu rancak bertajuk Demam cinta nyanyian Haikal Farid feat Asfan Shah meminta di jawab tanda ada pemanggil sedang menunggu.

"Hello, Assalamualaikum." Si pemanggil memberi salam.

"Waalaikumussalam, tuan," jawab Hanan perlahan.

Kate yang melihatnya tersenyum lebih lebar lagi. Tanpa menunggu, dia terus menyentuh keyboard piano itu.

'Wow, cantik...' pujinya dalam hati.

"Awak dah dapat hadiah dari saya?"

"Hadiah apa? Ohh... yang keyboard piano tu?"

"Ya, saya pergi beli kat kedai muzik tadi untuk awak. Saya tahu awak perlukan keyboard piano tu untuk mencipta lirik yang baik. Saya harap awak sukakannya," beritahu Wahyu berharap Hanan menyukai akan pemberiannya sepertimana dia menyukai pemberian Hanan tempohari.

"La... tuan ke yang hadiahkan saya keyboard piano tu? Terima kasih, tuan. Tapi, kenapa tuan hadiahkan yang mahal-mahal macam tu dekat saya?" Bukan Hanan tak suka cuma dia tidak mahu orang fikir dia ambil kesempatan diatas kekayaan Tuan CEO nya pula.

"Seperti yang saya katakan tadi. Saya hadiahkannya untuk awak supaya senang awak nak mencipta lirik nanti. Lagipun, awak kan sukakan keyboard piano. Jadi, tak salah kalau saya hadiahkannya pada awak atau... awak tak sukakannya?" Tebak Wahyu risau Hanan tak sukakan pemberiannya itu kerana nada gadis itu tidak ceria.

Dengar sahaja persoalan di ayat akhir tuan CEO nya itu, segera Hanan menafikannya kerana tidak mahu lelaki itu terkilan atau berkecil hati dengannya.

"Bukan macam tu, tuan. Saya suka, tapi... saya juga tak nak orang anggap saya cuba ambil kesempatan ke atas kebaikan tuan pulak," jelas Hanan apa yang dia rasa sebenarnya.

Wahyu tergeleng kepala dengan sikap Hanan itu.

"Pedulikan apa orang nak kata. Yang penting awak happy dengan pemberian saya dan saya pun happy bila awak terima pemberian saya. So, kita sama-sama happy. Okey?" pujuk Wahyu tidak mahu gadis itu ragu-ragu dengan tanggapan orang di sekeliling.

Kata-kata pujukan dari tuan CEO nya itu membuatkan Hanan tersenyum kembali.

"Okey, tuan. Saya terima pemberian tuan. Thanks, tuan!" ucapnya lagi dengan berubah riak ceria.

Hanan hanya boleh jadi ceria apabila bersama dengan orang yang dia suka dan minati seperti Hasya Iman. Dan tuan CEO? Dia pun pelik mengapa dia boleh ceria sangat bila bersama dengan tuan CEO nya itu. Dengan orang lain, dia masih dengan muka blurr nya. Jarang senyum. Entah kenapa? Biarlah perasaannya terus berasa happy sebegitu. Dia takkan mempersoalkannya buat masa ini.

"Ha... lepas ni boleh la awak cipta sebuah lirik untuk saya pulak. Boleh?" pinta Wahyu sengaja mahu melihat respon dari Hanan.

"Boleh sangat, tuan. Nanti tuan datang sini bagitau saya tuan nak genre apa. Outro intro macam mana. Middle tuan nak yang macam mana. Bagitau je. Nanti saya akan ikut konsep seperti yang tuan mahukan..." Dengan cerianya Hanan setuju untuk membuat lirik yang di minta oleh tuan CEO nya itu.

Spontan Wahyu tergelak mendengar ayat itu seperti dia pernah mendengarnya. Memang lah dia pernah mendengarinya, itu kan ayat yang dia selalu cakap pada Hanan ketika first dia mengajar Hanan dulu.

"Awak perli saya ye?"

"Taklah. Tuan yang ajar saya semua tu. Nanti kita bincang. Tuan bagitau je macam mana yang tuan nak, okey?" ujar Hanan bersungguh.

Wahyu yang tergelak tadi terdiam seketika.

"Hanan, saya nak awak cipta lirik tentang saya berdasarkan apa yang awak rasa selama awak kenal saya. Boleh?" Wahyu membuat permintaan lagi. Tetapi, kali ini lebih serius nadanya.

Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia boleh berbuat seperti itu. Sebenarnya, dia mahu tahu isi hati dan perasaan Hanan terhadapnya yang sebenar-benarnya. Hendak bertanya secara berhadapan, dia terasa malu. Biasalah lelaki, ego sedikit. Kalau suka pun bukan nak mengaku. Bila sudah tiada baru termangu sendiri. Menyesal tak sudah.

Jadi, dia meminta Hanan mencipta lirik akan tentang dirinya. Dan dari situ dia akan tahu isi hti Hanan terhadapnya selama ni. Hanan lama terdiam. Dan akhirnya dia bersuara. Agaknya dia pun terfikir yang sama dengan apa yang tuan CEO nya tengah fikirkan ketika itu.

Hanan terkedu mendengarnya. Dalam blur itu, dia masih tidak faham apa yang tuan CEO arahkan sebentar tadi.

"Emm... bo... bolehlah!" Hanan menjawab dengan lambat.

Wahyu menghembus nafas lega. Akhirnya dia akan tahu juga apa perasaan Hanan terhadapnya. Entah kenapa dia rasa mahu tahu sangat tentang perasaan Hanan terhadapnya. Perasaan itu timbul dan tertanya-tanya sejak malam yang gadis itu membuat kejutan sempena hari lahirnya.

"Okey, saya ada kerja. Nanti kita jumpa okey?" Wahyu meminta diri dulu untuk menyambung melakukan kerjanya yang tadinya terbengkalai.

"Baik, tuan. Selamat bekerja, tuan!" ucap Hanan perlahan.

Wahyu tersenyum seusai memberi salam. Kemudian, dia tamatkan panggilan. Hanan menjawabnya perlahan. Dan matanya merenung ke arah keyboard piano yang terletak di ruang tamu rumah itu. Hanan tak faham ke maksud tuan CEO nya itu yang mahu dia menciptakan lirik itu? Ya, dia takkan faham. Kerana dia tak pernah bercinta dan tak tahu apa itu erti cinta.

Kate sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah ke dapur memasak. Untuk makan tengahari.

Hanan membelek keyboard piano yang dihadiahkan dari Mr. FACETIGHT nya itu. Sungguh hatinya benar-benar berkenan dengan warnanya. Citarasa Tuan CEO nya itu memang terbaik. Tuan CEO nya seperti sudah tahu citarasa Hanan memang warna putih. Hebat tuan CEO nya.

'Serba perfect walau kadang-kadang fius jugak Mr FACETIGHT a.ka Mr CUTE aku yang seorang ni...'. desis Hanan sendiri dengan senyuman nipis menghiasi wajahnya.

Dia tidak sabar untuk membuat lirik banyak-banyak dengan keyboard piano baru itu. Dulu, dia bermain alat muzik itu hanya di jamming sahaja. Nak beli kan mahal. Dia manalah ada duit untuk membeli keyboard piano yang mahal seperti itu. Syukurlah, akhirnya ada juga orang yang sudi menghadiahkan keyboard piano itu kepadanya.

"Terima kasih, tuan. Saya akan hargai pemberian tuan ni." Hanan menari-nari mengelilingi keyboard piano itu dek kerana terlalu gmbira.

"Orang tua-tua kata kalau ada seseorang bagi hadiah mahal kat kita, tu tandanya orang tu dah jatuh hati dekat kita..." Suara Kate menghentikan tarian Hanan serta merta.

Hanan menoleh memandang ke arah Kate. Kate sedang tersenyum padanya.

"Mengarutlah. Tuan Wahyu la yang bagi dekat Hanan sebab senang untuk Hanan cipta lirik di rumah katanya... bukan boyfriend yang bagi. Boyfriend pun tak ada," sangkal Hanan.

"Hishhh... Hanan ni tak faham lagi maksud tuan Wahyu tu. Hanan tahu tak, Hanan la orang yang kedua dia bagi hadiah mahal macam ni tahu. Macam kita orang kawan baik dia pun dia tak pernah dapat hadiahkan barang sebegini. Paling tidak pun, adalah dia belanja kita orang pergi melancong. Itu ajelah. Think be positive darling..." Pipi gebu Hanan dicubit manja. Kate ni manja orangnya.

"Orang kedua? Maksudnya... yang pertama tu siapa?" Kata-kata Kate itu membuatkan hatinya terdetik untuk tahu siapa orang yang pertama dapat hadiah mahal macam tu dari tuan CEO nya?

"His Exfiancee," jawab Kate ringkas.

Hanan merenung Kate lama.

"Oh... maknanya dia pernah bertunang sebelum ni? Saya tak tahu pulak pasal tu," ujar Hanan seakan tak percaya tuan CEO nya yang cute tu boleh putus tunang? Atas sebab apa? Kemudian tangan Kate itu ditarik bawa duduk ke atas sofa.

Kate terkulat-kulat bila ditarik duduk di atas sofa. Dia pun pelik.

"Ehh, kenapa ni?"

"Akak, bagitau lah kenapa dia putus tunang?" Minah kapochi juga si Hanan ini.

Sejak bila dia jadi minah kepoche? Kalau tidak, sebelum ini sikapnya cukup blurr dan tak suka ambil kisah hal orang lain. Tetapi sejak mengenali tuan CEO nya, dia boleh berubah jadi kepoche pula.

Namun begitu, hanya dengan tuan CEOnya sahaja dia bersikap. Orang lain dia tak ambil tahu pun. Hanan dan Kate duduk bersila menghadap antara satu sama lain.

"Oo... pasal tu. Bekas tunang dia tu yang tetiba mintak putus dengan alasan Wahyu tu pelupa dan suka mungkir janji. Padahal, dia tu yang ada lelaki lain. Kesian betul dengan Wahyu. Dia tu setia giler, Hanan. Untung siapa dapat dia. Kalaulah akak jumpa dia dulu sebelum Jay, confirm akak dah pilih dia!" beritahu Kate punca Wahyu putus tunang.

Hanan melangut memikirkan nasib Tuan CEO nya. Dia bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap MR FACETIGHT nya itu.

"Tentu time tu dia sedih dan kecewa sangat kan?" soal Hanan kerana dia boleh rasa bagaimana sakitnya bila cinta itu dipersendakan.

"Giler tak kecewa. Dia hampir nak musnahkan diri dia sendiri. Kesian betul akak tengok dia masa tu. Haiss, sanggup bekas tunang dia tinggal dia macam tu je. Buta kayu betul !" Kate menggenggam penumbuk kerana geram.

Hanan faham. Dia pun geram setelah mendengari kisah sebenar yang pernah terjadi di dalam hidup tuan CEO nya dari Kate.

"Hanan... kalaulah satu hari nanti Wahyu melamar Hanan, Hanan setuju tak?" Dah kenapa Kate asyik nak kenenkan Hanan dengan Wahyu tu. Excited beno gayanya.

"Ishh mustahil! Dia CEO... BOS! bos... saya ni orang biashe biashe je... tuan takkan jatuh hati dekat sayalah..." Hanan terus bingkas berdiri dan pergi ke arah keyboard piano tu.

Malas mahu melayan usikan Kate itu. Dia anggap itu sekadar gurauan kate sahaja.

'Saat cintaku bertemu denganmu oh..'
Pabila muzik menyatukan isyaratku kepadamu..
Dan biar aku temani..
Seakan hatimu bwgitu..
Terima aku untuk mewarnai..cinta hatiku.
Kamu yang trindah..
Kamu yang melengkapkan hidupku..
Kamu yang menerangkan sinar hatiku..
Pabila jiwaku sepi..
Kemarilah kepadaaku..
ha..kemarilah cintaku oh sayang..
kemarilah terus padaku..
demi cinta kita..

Kate menyanyi riang lagu Sinar by Megat rahim itu, seronok mengusik Hanan. Hanan menjelir lidah. Malas mahu melayan. Dia menerkup telinganya.

Begitu rapat mereka berdua kini. Sejak Jay minta bantuan darinya jagakan Hanan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro