BAB 57~ HARI TERINDAH✓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI anugerah industri muzik tanah air AIM telah berlangsung beberapa hari selepas Hanan di lamar.

Ramai penyanyi tanah air mendapat anugerah. Termasuk Iyyad dan Melissa dalam kategori artis undian tertinggi dan artis idol Malaysia. Hasya tak kurang hebatnya. Turut mendapat anugerah vokal terbaik. Aiman jua memenangi anugerah malam dalam kategori artis versatile. Ahli 6STAR tidak terkata apa tatkala melihat kemenangan lebih berpihak kepada artis-artis di bawah naungan 'W' Studio Agency's.

Tak terkecuali 'W' Studio Agency's turut memperkenalkan pelapis artis terbaru kelahiran di bawah naungannya, iaitu 'Te'Girls' singkatan bagi teaser girls yang bermaksud gadis-gadis penggoda. Yang dianggotai oleh Afia dan rakan-rakan yang baru ditubuhkan menjadi sebuah kumpulan beberapa minggu yang lalu setelah dibuat penilaian dan menjalani ujibakat berkumpulan dalam agensi itu sendiri setelah lama menjadi pelatih agensi itu. Ternyata, sudah banyak perubahan di dalam agensi itu. Persembahan 'Te'Girls' paling gempak malam itu dengan aksi tarian dan nyanyian mereka yang agak memberangsangkan. Siapa sangka mereka berjaya bergelar artis berkumpulan di akhirnya. Walhal, dulu kaki pembuli di agensi ketika mereka menjadi pelatih di situ.

Selain itu, komposer dan yang lain-lain turut mendapat anugerah di dalam kategori masing-masing. Hanan tidak terkecuali yang turut memenangi anugerah penulis lirik terbaik.

Pengacara majlis tidak habis-habis berceloteh. Kemudian, mereka menjemput penyampai anugerah jemputan dan juga artis terkenal untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

"Okey, bagi kategori ketua team agensi artis terbaik 2020 yang berjaya membawa artis hingga ke persada dunia, berjaya dimenangi oleh..." Penyampai hadiah terdiam seketika. Sengaja mahu membuat kejutan.

Debaran mulai terasa. Hanan yang duduk bersebelahan dengan Tuan Wahyunya itu tak habis-habis berdoa agar team mereka yang menang.

"Ahmad Wahyu bin Ahmad Wadi dari team 'W' Studio Agency's!" Pengumuman mengejutkan itu benar-benar membuatkan Wahyu terkaku dek kerana tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Saat itu team dan penyokong 'W' Studio Agency's menjerit dan bersorak gembira hingga bergema satu ruangan dewan bagi meraikan kemenangan bagi team Wahyu.

"Tahniah, tuan! Tahniah!" Staff dari 'W' Studio Agency's semua mengucapkan tahniah kepada Wahyu. Wahyu akhirnya tersenyum dan berlalu naik ke pentas untuk mengambil pingat kemenangannya dan juga ahli kumpulannya.

"Dijemput semua team 'W' Studio Agency's naik ke pentas bersama ketuanya," jemput pengacara majlis membuatkan semua team 'W' Studio Agency's turun ke pentas bersama CEO mereka bagi meraikan kemenangan syarikat mereka dengan gembiranya termasuk Hanan.

"Assalamualaikum, semua! Terima kasih kerana tak henti menyokong team saya hingga team kami menang. Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga buat team saya yang bertungkus lumus demi memastikan artis-artis di bawah naungan syarikat 'W' Studio Agency's berjaya hingga ke menara gading. Terima kasih. Tanpa anda semua, siapalah saya. Dan pingat kemenangan milik anda semua!" ucap Wahyu dengan nada sendu campur gembira memperoleh kemenangan itu.

"Yeah!" Semua bersorak dengan ucapan siap mendapat tepukan gemuruh lagi.

Marina dan Adief yang berdiri di sebelah Wahyu turut tersenyum gembira. Gembira kerana kemenangan itu berpihak kepada mereka.

"Oh, ada lagi satu saya nak buat pengumuman penting kepada anda semua." Sambung Wahyu lagi.

Semua terdiam seketika memberi ruang kepada Wahyu untuk membuat pengumuman penting.

Wahyu mencuri nafas seketika sebelum membuat pengumuman. Wajah Hanan di sebelahnya di pandang sejenak seraya mengukir senyuman manis buat sang kekasihnya. Hanan membalasnya. Dan Wahyu kembali memandang ke arah penonton.

"Saya nak buat pengumuman, bahawa saya akan menamatkan zaman bujang saya pada bulan depan." Apa yang diumumkan Wahyu itu membuatkan mereka bertepuk tangan lagi. Gembira lelaki itu akan mendirikan rumahtangga juga akhirnya. Ada juga yang terkejutnya. Tambahan peminat Wahyu sendiri. Team Wahyu sudah dapat mengagak siapa orangnya.

"Wow! Berita gembira ni. Tahniah! Tetapi, kita semua juga nak tahu... siapakah gadis yang bertuah dan berjaya membuka pintu hati tuan untuk berkahwin ni? Semua pun nak tahu betul tak?" kata Pengacara pula. Dua orang Pengacara turut tidak sabar ingin tahu siapakah gadis pilihan CEO agensi muzikal terkenal itu.

"Gadis yang bertuah itu adalah... Hanan Falisya, artis komposer junior di bawah syarikat'W'Studio Agency's." Sebut sahaja nama Hanan semua terkejut. Tidak termasuk team Wahyu yang sememangnya sudah mengagak sejak awal lagi.

Hanan tersenyum simpul. Saat itu semua mengucap tahniah kepada mereka berdua.

"Tahniah! Tahniah! Hanan Falisya dan Tuan Wahyu kita yang akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Semoga berkekalan hingga ke jannah... aamiin..." Para Pengacara mendoakan hubungan mereka berdua.

Encik Ahmad Wadi dan Wafiy yang menontonnya di rumah turut terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Wahyu. Namun begitu, mereka juga tumpang merasa gembira di atas penyatuan dua hati yang bakal menjejak jinjang pelamin tidak lama lagi.

Wahyu dan Hanan memandang seluruh penonton di hadapan mereka dengan senyuman gembira tidak lekang terhias dibibir masing-masing.

"Aamiin, terima kasih... terima kasih...," balas Hanan juga Wahyu serentak.

"Dengan ini, berakhirlah sudah majlis penyampaian anugerah AIM 2020! Dengan diakhiri dengan persembahan dari ketua team 'W' Studio Agency's bersama Hanan, penulis lirik terkenal. Dan teamnya pun boleh ikut menyanyi bersama. Terima kasih kepada semua pemenang-pemenang pada malam ini. Kita berjumpa lagi di lain hari pada tahun akan datang. Selamat malam. Assalamualaikum!" celoteh Pengacara itu lagi sebagai penutup kata untuk penutupan majlis.

Muzik kedengaran memenuhi ruangan dewan. Wahyu memulakan nyanyiannya. Lagu 'Ruang mimpi' nyanyian oleh Neeta.

Saat bersamamu
Ku terpanah olehmu
Hingga ku jatuh padamu
Meski kau tak pernah tahu~ Wahyu

Hanya di ruang mimpi
Ku bisa mendakapmu
Sentiasa merindukanmu
Hingga ke akhir nafasku~ Hanan

Percayalah...
Kau amat ku cintai
Dirimu yang sempurna dimataku
Hanya kau yang dihatiku~ Wahyu

Engkau saja... Yang bertakhta dihati berdua
Sampai lanjut usia nanti
Tak akan pernah terganti~ Hanan

Yeah... woahh... Huu...~ semua yang ada.

https://www.youtube.com/watch?v=bK6RwDZEPoU


Kemudian di medley lagu itu dengan lagu ciptaan Hanan tajuk Jatuh Cinta.

'Hanya nafasmu di dalam diriku...'
Hanya suaramu di dalam diriku...
Hanya wajahmu hadir dimimpiku
Apakah maksud semua itu?~ Hanan

Hanya melihat wajahmu
Aku bahagia...
Hanya melihat senyummu
Aku terleka...
Hanya renungan matamu
Aku tergoda...
Lantas jantungku berdetak
Sejuta rasa...~ Wahyu

Oh Mr Facetight ku
Kau yang terindah...
Walau bahasanya kasar
Namun ada kelembutan dijiwa
Tak siapa pun yang tahu
Isi hatimu ohhh...~ Hanan

Hanya aku yang tahu
Sebalik keegoanmu ketegasanmu...
Sebenarnya ada terselit cerita
Ku tahu isi hatimu ohh...
Terpendam seribu makna...~ Wahyu

Katakanlah katakanlah semua padaku..
Walau kau bersikap dingin denganku..
Ku rela dengan hati terbuka.. ~ Hanan

Asalkan kau disisiku sentiasa..
Aku bahagia bila denganmu
Ya, itu yang aku rasa ~ Wahyu

Oh apa harusku lakukan?
Tahukah kau Mr facetight ku?
Hanya kau satu-satunya
Membuatkan aku jatuh cinta... ~ Hanan

Aku jatuh cinta... ~ Hanan dan Wahyu bersama team yang lain menyanyi serentak melodi terindah yang tercipta.

https://www.youtube.com/watch?v=oX8RHoA-o14


(Author bayangkan muzik dia lebih kurang rentak muzik ni tapi bkn 💯 sama. Just imagine author sebab lirik cipta sendri. Jadi, rentaknya hnya blh bygkan ajelah. Heheh... Anggp rentak R&B dan pop. Bkn slow muzikal.)


Ia sungguh mengasyikkan dan mendamaikan. Hingga semua yang ada di dalam dewan itu turut menyanyikan lagu itu bersama sampai ke akhirnya. Hanan dan Wahyu berpandangan sesama sendiri. Tersenyum bahagia berdua di situ tanpa disedari yang lain. Hasya dengan Fakrulrazi turut gembira meraikan kemenangan. Aiman bersama yang lain masih berada di pentas. Tidak menyedari akan renungan cinta antara Hanan dan Wahyu.

Melissa dan Iyyad yang melihat tersenyum bahagia. Di dalam meraikan kemenangan mereka, anak mata Iyyad tiba-tiba tertancap ke arah ahli 6STAR yang sedang menyaksikan mereka dari tempat duduk khas untuk artis berkumpulan. Tidak lama begitu, ahli 6STAR berlalu pergi dari dewan itu.

Iyyad melepaskan keluhan berat. Bersimpatikah dia terhadap mereka? Entahlah. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya tika itu.

Ketika di luar dari dewan, sekali lagi ahli 6STAR dihamun oleh manager mereka membuatkan ahli 6STAR benar-benar bengang.

"Encik Khalis, cukuplah tu! Kami pun ada maruah. Tak perlu marah kami macam ni budak-budak kecil saja," bentak Irwan sudah tidak tertahan lagi dengan perlakuan serta layanan manager mereka itu.

"Berani kau melawan aku? Ingat sikit, aku ni manager kauorang. Dah banyak jasa aku pada kauorang. Tapi, apa yang kauorang buat? Kauorang sibuk dengan mengejar populariti sampai persembahan kauorang ke laut dalam. Sekarang tengok! Tengok! Team 'W' Studio Agency's dah kalahkan agensi kita. Ish, kauorang benar-benar membangkitkan kemarahan akulah!" herdik Manager Khalis.

"Encik Khalis, kemenangan itu adalah satu rezeki. Encik sepatutnya bagi semangat pada kami. Bukannya marah-marah kami macam ni! Encik ingat sikit, kalau tak kerana populariti kami, Encik pun takkan dapat keuntungan besarlah. Dana tu semua datangnya daripada usaha dan penat lelah kami membuat persembahan tanpa henti di serata tempat. Kami yang bayar Encik Khalis tahu tak! Kalau begini layanan Encik Khalis pada kami, kami batalkan kontrak dengan Encik Khalis," bidas Nazmi cuba menyedarkan lelaki itu.

Sudah lama dia bengang dengan lelaki itu yang melayan mereka seperti hamba sahaja. Dan mereka berenam terus berlalu dari situ. Hafiz tidak ada hati lagi untuk bersuara. Hatinya sudah menjadi keras sekeras batu kerikil setelah mereka di layan teruk oleh manager Khalis. Manager Khalis mendengus geram di situ sendiri.

Pada waktu yang sama, ahli 6STAR terdengar perbualan artis dari agensi lain bersama manager mereka yang membuatkan mereka terhenti melangkah dan mengeluh hampa mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Cemburu pun ada juga dengan mereka.

"Cik Maria, saya tak menang dalam pencalonan tu. Kecewa betul. Saya ni tak cukup bagus ke, Cik?" soal Elvianna terhadap pengurusnya yang berada tidak jauh dari tempat ahli 6STAR berdiri.

"Tak apalah. Mungkin harini bukan rezeki awak, El. Mungkin awak akan menang dalam pencalonan anugerah lain, who knows? Yang penting, awak terus bersemangat. Jangan mengalah dan putus asa untuk terus berjaya. Boleh?" nasihat Cik Maria selaku pengurus Elvianna.

Elvianna akhirnya tersenyum. Dan mereka berlalu dari situ bersama senyuman yang terhias pada wajah masing-masing.

"Haiss, tengoklah manager El tu. Tak marah-marah pun bila El tak menang award tu. Tapi, kita? Asal kalah aje mesti dihamunnya. Kecewa betul!" luah Aril rasa kecewa dihatinya.

"Nak buat macam mana. Dulu dah elok-elok dapat manager yang baik, CEO yang sayangkan ahli 6STAR, kita yang buat perangai. Sekarang, terimalah padahnya. Inilah yang kita dapat," ujar Irwan. Nadanya seakan nada sindiran. Sempat dia mengerling ke arah Hafiz sebelum berlalu meninggalkan yang lain termangu di situ.

Hafiz hanya membatukan diri. Tidak pula membalas kata-kata berbaur sindiran oleh Irwan itu. Bukan dia tak tahu kata-kata itu lebih dituju kepadanya. Sengaja dia berdiam diri. Sejurus kemudian, ahli 6STAR yang lain berlalu membuntuti Irwan. Hafiz adalah orang yang terakhir. Tiba di luar dewan itu mereka dikerumuni peminat yang tiba-tiba muncul. Mereka terpaksa memaniskan wajah dengan melayan peminat mereka sebaiknya.

Mungkinkah mereka sudah mulai sedar akan kekhilafan mereka itu?

****

MAJLIS wedding of the year antara CEO 'W' Studio Agency's dengan penulis lirik 'W' Studio Agency's berlangsung sebulan selepas lamaran di Taman Jepun tempohari setelah mendapat restu dari Encik Ahmad Wadi dan Ahmad Wafiy. Begitu meriah hari terindah itu yang diadakan di WEIL Hotel Ipoh.

Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, ada juga Wahyu dan Hanan pulang ke kampung demi mencari ibu dan bapa saudara Hanan untuk menjemput mereka ke majlis perkahwinan mereka. Malangnya, setelah mereka berjaya menemui keluarga ibu dan ayah Hanan, mereka dijuihkan pula. Saat itu, hati Hanan dipagut pilu. Dia mahu keluarganya ada bersama meraikan hari bahagianya. Puas juga Wahyu memujuknya. Dan mereka kembali ke Ipoh dengan perasaan yang cukup hampa kerana pujukan mereka sama sekali tidak berhasil.

Sebelum itu sempat Hanan mengajak Wahyu singgah di pusara kakak, ibu dan ayahnya di kampung. Lama juga mereka berteleku di situ bersama bacaan yasin dan doa kesejahteraan buat arwah. Air mata Hanan yang mengalir hari itu bukanlah air mata kesedihan, tetapi air mata gembira apabila dia berjaya mencapai kebahagiaan di akhirnya dan diceritakan kepada arwah ibu, ayah dan kakaknya. Wahyu terasa sendu juga mendengarnya. Setelah itu, Wahyu membawa Hanan menziarahi pusara mummynya di Ipoh.

Dan hari ini mereka telahpun lengkap dengan pakaian raja sehari berarak masuk ke dalam dewan berpimpin tangan diiringi bridesmaids.

Yang menjadi pengapit mereka hari itu adalah Jay dan Kate. Kata mereka, mahu mengambil aura pengantinlah katakan.

Hanan dan Wahyu berjalan di atas karpet merah seiringan. Pengacara rancak berceloteh tentang ketibaan pengantin. Tetamu yang hadir terpukau dengan kecantikan dan kekacakan kedua mempelai itu. Mereka naik ke jinjang pelamin dengan penuh berhati-hati.

Setelah pengantin sudah sedia duduk di atas kerusi pengantin di singgahsana pelamin indah bertemakan ungu putih, pengacara majlis mengadakan bacaan doa selamat untuk kesejahteraan dan kebahagiaan dua mempelai. Setelah seusai bacaan doa, lagu pengantin baru pula diputarkan hingga bergema memenuhi ruangan dewan.

Pelbagai persembahan yang diadakan. Antaranya; pencak silat, tarian zapin, persembahan dari artis 'W' Studio Agency's dan juga pelatih. Staff dari 'W' Studio Agency's membuat kejutan dengan melakukan persembahan lagu hindi sepuluh buah lagu seiringan tarian lelaki dan perempuan.

Melissa, Iyyad, Hasya, Aiman dan Fakrulrazi turut sertai orang atasan mereka. Tidak terkecuali. Menari di hadapan pengantin beramai-ramai. Marina dan Adief menarik Wahyu dan Hanan menari sekali mereka. Sungguh meriah hari bahagia mereka.

Ada yang tidak melepaskan peluang untuk merakam persembahan menarik dan meriah itu. Termasuk cameraman. Wartawan yang hadir turut mengambil peluang untuk menemuramah mereka demi mengetahui perkembangan terkini artis-artis di bawah naungan 'W' Studio Agency's.

Setelah tamat persembahan semua, pengantin di minta duduk makan beradab bersama rombongannya tadi. Ketika tengah makan beradab, tanpa diduga ahli 6STAR datang menemui bekas CEO mereka. Wahyu dan Hanan terkejut tatkala menyedari tetamu yang tidak diundang itu hadir dan muncul di hadapan mereka.

Hafiz merenung bekas CEOnya itu dengan penuh riak kekesalan yang terlukis pada wajahnya tika itu. Tanpa menunggu lebih lama, Hafiz mendekati lelaki itu.

Wahyu terus terbangun dari duduknya. Dia merasa pelik, mengapa Hafiz dan rakan-rakan datang menemuinya di hari bahagianya itu?

"Tuan?" seru Hafiz yang sudahpun memeluk bekas CEOnya itu seeratnya.

Wahyu tidak membalasnya kerana masih tidak mengerti apa yang terjadi sebenarnya terhadap mereka?

Jay dan Kate yang ada di meja makan beradab itu turut berasa pelik dan hanya menyaksikan mereka berdua di situ. Malas mahu masuk campur selagi Hafiz dan rakan-rakannya tidak membuat kacau.

"Tuan, maafkan saya. Maafkan kami berlima sebab tak hargai tuan dan team 'W' Studio. Maafkan kami sekali lagi, Tuan Wahyu. Saya dan kawan-kawan menyesali di atas apa yang telah kami lakukan dulu pada tuan. Kami dah di tipu, tuan. Duit kami habis lenyap manager Khalis bawa lari. Kami insaf dan sedar khilaf kami, tuan...," jelas Hafiz letak duduk perkara sebenar hingga membawa mereka berlima ke situ seiringan dengan ada air mata kesal tercalit pada wajahnya. Tampak jelas bahawa dia benar-benar menyesali di atas perbuatannya dulu.

Wahyu meleraikan pelukan Hafiz.

"Oh, dah dapat susah baru datang cari saya? Bagus! Dah, pergi balik. Jangan ganggu mood happy saya di hari bahagia ni. Pergi!" usir Wahyu dalam nada separuh berbisik namun kedengaran tegas kerana tidak mahu orang di sekeliling mendengari akan perbualan mereka kerana tidak mahu menimbulkan bahan gosip wartawan pula, siap masuk akhbar muka hadapan lagi. Wahyu tidak mahu itu yang terjadi.

"Tuan, kami semua mintak maaf. Tolong maafkan kesalahan kami. Kami dah menyesal dengan apa yang dah terjadi. Terimalah kami balik. Please!" Ayish dan yang lain turut mendekati lelaki itu.

Wahyu hanya membuat tak endah sahaja dengan rayuan kemaafan dari ahli 6STAR. Malah, dia terus berlalu seraya melabuhkan duduknya semula dan sambung menjamu selera bersama Hanan. Sungguh dia malas mahu melayan ahli 6STAR itu lagi yang telah mengguriskan hatinya dulu. Hatinya masih sakit dengan sikap mereka yang mudah berpaling tadah itu.

Tika itu jelas terpancar riak resah dan kekecewaan pada wajah ahli 6STAR apabila bekas CEO mereka itu tidak mahu memaafkan mereka.

Hanan yang melihat keadaan itu tertumpah rasa simpati terhadap mereka. Suaminya yang berada di sisi itu di pandang.

"Tuan..." Hanan memanggil suaminya menggunakan intonasi nada suara yang cukup lembut dan kedengaran meleret.

Wahyu mengerling Hanan di sisi.

"Berapa lama lagi awak nak panggil saya, tuan? Kita dah nikah pun sayang. Call me Kanda Wahyu seperti yang dijanjikan sebelum ni. Understood?" tegas Wahyu membuatkan Hanan menganggukkan kepalanya.

"Ya, maaf Kanda Wahyu... kanda, maafkanlah mereka. Bagi peluang pada mereka untuk sekali lagi. Please...," pujuk Hanan membuatkan Wahyu berubah riak serius serta merta.

"No! Biarkan mereka tu. Ini jalan yang mereka pilih. So, tanggunglah sendiri," balas Wahyu dengan nada yang cukup dingin. Bukan bermaksud dia mahu bersikap dengan Hanan, tetapi sikap prihatin dan mudah simpati Hanan terhadap 6STAR itu membuatkan Wahyu rasa geram. Baginya, ahli 6STAR perlu diberi pengajaran agar mereka tidak akan berani melakukan perkara yang sama lagi. Dia mahu menyedarkan mereka.

Jay dan Kate bukan tidak melihat akan adegan itu, tetapi sengaja mereka malas mahu masuk campur.

Encik Ahmad Wadi dan Ahmad Wafiy duduk di sebelah Jay. Mereka tidak perasan akan ahli 6STAR di situ.

Hanan pula masih tidak berputus asa mahu memujuk Wahyu untuk memaafkan ahli 6STAR, iaitu bekas pelatih di bawah syarikat Wahyu itu.

"Kanda... tak terfikirkah kanda yang mereka tu masih muda dan mentah lagi? Mereka boleh buat keputusan tanpa berfikir. Sepatutnya, kanda yang lebih dewasa dan matang ni bagi nasihat pada mereka yang masih mentah tu supaya boleh berfikir lebih matang seperti kanda. Supaya mereka boleh membuat keputusan yang releven yang terbaik untuk sesuatu perkara. Kalau kanda biarkan mereka begitu, kanda nak ke mereka jadi orang yang tak berguna satu hari nanti? Kalau macam tu sia-sia je la usaha kanda selama ni untuk membangunkan ahli 6STAR. Kanda tak ingat ke dulu, kanda bertungkus lumus menaikkan nama mereka hingga keluar negara hingga mereka terkenal seperti ahli BTS artis seberang tu? Sekarang, kanda bersikap macam ni pulak. Bagi dinda... sikap kanda ni sama je macam mereka. Tak ubah! Ego! Selfish!" tegur Hanan tidak mahu suaminya pentingkan diri dengan membiarkan ahli 6STAR sebegitu. Mereka perlu diasuhi bukannya dimusuhi. Itu pada pemikiran Hanan.

Lama juga Wahyu terdiam memikirkan kembali kata-kata nasihat dari isterinya tadi. Sejurus kemudian, dia meraup wajahnya seraya melepaskan keluhan berat.

"Hmm... okey, fine. Kanda maafkan diaorang. Tapi, ingat! Kanda terima diaorang sebab dinda je tahu. Bukan sebab diaorang tu," ujar Wahyu terpaksa akur dengan permintaan isterinya yang satu itu membuatkan Hanan tersengih gembira kerana pujukannya berjaya juga akhirnya.

Wahyu kembali berdiri dan memanggil ahli 6STAR yang baru hendak pergi dari situ.

Hanan merasa lega apabila Wahyu mahu menerima kembali ahli 6STAR. Biarpun kerana terpaksa, dia percaya satu hari nanti pasti lelaki itu akan menerima ahli 6STAR sepenuh hati semula seperti hari pertama lelaki itu menemui mereka dulu.

Saat itu dilihatnya Wahyu sedang bersalaman dengan ahli 6STAR. Dia tercari-cari pula kelibat Iyyad dan Melissa. Tiada. Mungkin tengah makan bersama artis di bawah naungan 'W' Studio Agency's agaknya.

Tiba-tiba kedengaran lagu I like you so much you'll know it berkumandang membuatkan Hanan tercari datangnya arah suara itu.

https://www.youtube.com/watch?v=MrZnlsbxiW0


Anak matanya yang melingas ke serata tempat itu akhirnya tertancap ke arah pentas. Ternyata, Iyyad dan Melissa sedang menyanyikan lagu itu berdua. Tersengih lagi Hanan melihatnya.

"Hailah, Iyyad. Akhirnya bertemu juga dengan cinta hati awak. Semoga awak dan Mel berbahagia hingga ke jannah, aamiin..." Hanan mengaminkan doanya sendiri buat rakan baiknya itu.

Pada waktu yang sama, Afia dan rakan-rakan atau nama kumpulannya 'Te'Girls' itu mendekati Hanan bersama lagak menggediknya.

"Hai, Hanan!" sapa Afia dan Suzi. Rakan-rakannya yang hanya mempamerkan sengihan sinis.

Hanan memandang ke arah mereka. Lalu dia melemparkan sebuah senyuman nipis buat mereka.

"Hai!" balas Hanan dalam nada memdatar. Namun, tidaklah kedengaran sinis seperti mereka.

Tanpa diduga, Afia menghulurkan tangan terhadap Hanan. Hanan pelik. Huluran itu hanya dipandang tidak bersambut. Termati senyuman Hanan tatkala melihatkan keadaan itu.

Afia membuat muka menyampah apabila hulurannya tidak bersambut.

"Haih, sejak dah jadi isteri CEO ni huluran tangan tanda ucapan tahniah pun dah tak sudi nak disambut? Berlagak kau sekarang, ya?" ujar Afia dalam nada bosan.

Saat itu barulah Hanan kembali tersenyum. Lantas huluran itu disambutnya mesra.

"Oh, sorry. Saya ingat awak nak kenakan saya. Maaf sangat." Bertalu-talu Hanan memohon maaf di atas kesalahfahamannya terhadap mereka.

"Whatever! By the way, congratulations...," ucap Afia setelah Hanan menyambut huluran tangannya.

"Terima kasih. Terima kasih sebab sudi hadir ke majlis perkahwinan saya dengan Tuan Wahyu." Kata-kata ucapan terima kasih Hanan itu hanya di balas jelingan oleh mereka.

"Kami datang bukan sebab kau. Tapi, sebab Tuan CEO kami tu aje," celah Suzy membuatkan Hanan sedikit terkilan namun segera dibuang jauh-jauh perasaan itu. Dia tidak mahu mengubah mood gembiranya hari itu.

Hanan hanya menundukkan wajahnya. Dia cuba mengunyah hujah-hujah mereka. Pada pemikirannya mereka masih tidak menyukainya.

"Hanan... actually, kami nak mintak maaf sebab pernah buli kau dulu. Kami harap kau tak menyimpan dendam terhadap kami." Afia bersuara lagi tetapi kali ini bukan kata-kata yang menyakiti hati Hanan, malah permohonan maaf pula yang Hanan dapat dari mereka. Ia benar-benar memeranjatkan Hanan yang mendengarnya.

Hanan memanggung kepala. Wajah mereka di pandang seorang demi seorang.

"Ma... maaf?" Tergagap-gagap Hanan menyoal mereka, mahukan kepastian.

"Yeah, we said sorry to you. So, kau maafkan kitaorang ke tak? Kami tahu, susah untuk kau maafkan kami. Kami faham..." Suzy dan yang lain ingin berlalu dari situ setelah membuat spekulasi sendiri.

Baru beberapa langkah mereka melangkahkan kaki, ada suara menegah membuatkan langkah mereka termati.

"Eh, tak! Bukan macam tu. Saya maafkan awak semua walaupun awak semua tak buat salah apa-apa pun pada saya." Kata-kata itu membuatkan mereka berpaling serentak dek kerana terkejut mereka dimaafkan dengan semudah itu?

Seraut wajah keikhlasan Hanan di renung mereka lama sebelum mereka berlari mendapatkan Hanan dan berebut memeluk Hanan yang duduk dimeja makan itu. Berubah habis riak sinis mereka. Terkedu Hanan dibuatnya.

Jay dan Kate terpinga-pinga melihat keadaan mereka.

"Kenapa tu?" tanya Jay terhadap Kate.

"Manalah I tahu," jawab Kate selamba.

Encik Ahmad Wadi dan Ahmad Wafiy berpandangan sesama sendiri dan pelik melihat Hanan dikerumuni sebegitu.

"Apahal tu?" Encik Ahmad Wadi mengecilkan matanya merenung ke arah Hanan.

"Biasalah budak-budak agensi. Kawan-kawan dia jugaklah tu. Bila dah jumpa, jadi begitu la daddy. Orang mudalah katakan...," kata Ahmad Wafiy meleret dalam nada mendatar.

Encik Ahmad Wadi hanya menjuihkan bibir. Terasalah tu bila disebut tentang orang muda. Terasa dirinya tua.

Hanan tersengih seumpama kerang busuk apabila dipeluk sebegitu oleh ahli kumpulan 'Te'Girls'.

"Terima kasih Hanan sebab kau sudi maafkan kami. Walaupun kami dah buli kau, kau tetap maafkan kami. Sebenarnya, kami malu dengan kau sebab kami pandang rendah pada kau dulu. Dan sekarang, kau yang naik jadi isteri CEO lagi tu. Kami ni si kaki pembuli ni, masih ditakuk yang sama. Kami malu." Alya salah seorang dari ahli 'Te'Girls' turut meluahkan rasa bersalahnya terhadap Hanan.

Hanan tergelak mendengarnya.

"Ya, saya maafkan awak semua. Dahlah tu, cukup tu." Baru sahaja mereka bermaafan, wartawan dan juga beberapa orang peminat datang mahu bergambar dengan Hanan serta artis terbaru iaitu 'Te'Girls'.

Puas sesi bergambar dengan peminat, mereka bubar setelah di tahan oleh pegawai polis yang menjaga artis-artis terutama isteri CEO. Ahli 'Te'Girls' turut meminta diri setelah melepaskan hajat mereka mahukan kemaafan Hanan. Hanan termenung sejenak memikirkan apa yang telah dia alami. Bahagia sungguh terasa dijiwanya.

Hanan kembali tertumpu ke arah suaminya. Mereka sudah berpelukan sesama sendiri. Siap wartawan dan jurugambar kamera datang menemuramah mereka dan mengambil beberapa gambar untuk dijadikan bahan penulisan di dalam majalah mereka. Hanan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

'Wartawan ni pantang ada berita tentang ahli 6STAR mesti sibuk nak temuramah mahu tahu info terkini, hadoi. Inilah yang dinamakan artis, Hanan. Nasib baiklah aku tak jadi artis macam diaorang. Hanya jadi Penulis lirik. Kalau tidak, nak bergerak ke mana pun tak boleh. Humm... nasib nasib...' desisnya sendirian.

"Hanan okey?" Kate yang berada di sebelah Hanan itu menegur setelah mendapati gadis itu melamin sendiri.

"Okey je kak," balas Hanan sambil melemparkan sebuah senyuman.

Kate mengangguk lega. Kemudian, turut membalas senyuman Hanan. Sempat lagi dia mengajak Hanan berswafoto dengannya.

"Eh, nak jugak!" Jay mencelah di tengah-tengah mereka. Turut mahu berswafoto bersama.

Tidak lama kemudian, mereka kembali ke tempat mereka.

Pada waktu yang sama, Wahyu datang pada Hanan kembali.

"Sorry, dinda. I'm late. Wartawan ni sibuk pulak nak tanya itu ini." Wahyu yang baru melabuhkan duduknya di sisi Hanan telah menyentakkan Hanan dengan suara sergahannya. Gadis itu merenungnya lama.

"So, how? Dah berbaik?" Hanan tak sabar ingin tahu.

"Dah. Kanda suruh diaorang sambung balik kontrak dengan syarikat kanda tapi bukan lagi di bawah kanda..." Ayat akhir Wahyu itu membuatkan Hanan tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkannya?

"Habis tu, di bawah siapa pulak? Dinda tak fahamlah."

"For your information sayang... kanda dah lantik Wafiy untuk menjadi presiden di agensi untuk menggantikan tempat kanda sepanjang ketiadaan kekanda di sini lepas kita nikah ni," beritahu Wahyu membuatkan Hanan berubah riak terkejut.

"Ha? Kanda nak pergi mana? Kenapa tak bagitau dinda pun?" Berkerut seribu dahi Hanan tika itu. Mulai merasa resah.

"Lupalah tu? Kanda kan pernah janji yang kanda akan hantar dinda continued study in oversea after we marriage. Don't you remember it, dear?" Wahyu mencuit dagu isterinya manja.

Ketika itu, Hanan terkedu seketika. Namun, ia hanya seketika cuma. Dengan tidak semena-mena Hanan menepuk dahinya apabila dia teringatkan sesuatu.

"Oo... terlupa pulak pasal tu. Jadi, kanda teman dinda sampai dinda tamat belajar?" Barulah dia tersenyum setelah mendengar penjelasan dari Sang suami.

"Ya, dinda sayang. Kanda teman dinda di sana sampai dinda tamat belajar. Lagipun, kanda takut nak lepaskan dinda seorang di sana. Nanti mat saleh tersangkut dekat dinda habislah kanda. Tambahan pulak dinda yang cun melecun ni. Lagilah diaorang suka. Punah kanda!" jelas terpamer riak kerisauan pada wajah Wahyu dek kerana takut isteri tercinta di kebas orang.

Tercetus tawa halus dari Hanan tatkala melihat kecemburuan pada riak wajah suaminya itu.

"Hanan?" Tiba-tiba ada suara seseorang menyapanya.

Hanan dan Wahyu yang tengah bergelak tawa itu terhenti dan memandang ke arah suara itu. Terpacul susuk tiga orang wanita berusia lebih kurang 40~an. Dan tiga orang lelaki usia lebih kurang 50~an.

Terjatuh rahang Hanan melihatnya dan terus bingkas berdiri. Jantungnya berdegup kencang. Wahyu turut berdiri dan menghampiri enam orang itu menyalam dan mencium tangan mereka seorang demi seorang. Siap bertanya khabar lagi.

Hanan pula masih terkaku di situ. Wahyu yang melihatnya kembali menarik tangan isterinya dan dibawa jumpa mereka. Mereka berpandangan agak lama.

"Hanan, ma... ma... maafkan Mak ngah." Wanita itu bersuara terlebih dulu dalam nada tersekat-sekat menahan sebak.

Hanan yang mendengar kata maaf itu tersentuh hatinya.

"Mak ngah?"

Terus tubuh itu didakap erat. Ada keharuan melambai didadanya. Ternyata, tidak dijangka ibu bapa saudaranya sudi juga datang ke majlis perkahwinannya.

"Hanan... maafkan maksu dan paksu jugak." Maksunya turut datang memeluk Hanan erat.

Mereka dalam kondisi bertindih dengan Mak ngah yang masih memeluk Hanan itu. Hanan mengangguk, tanda sedia memaafkan mereka. Tanpa sedar, sebutir mutiara jatuh dari kolam matanya. Sedih bercampur gembira dengan pertemuan yang tanpa diduga itu.

"Paklong pun nak mintak maaf dekat Hanan sebab paklong tak pernah nampak kebaikan Hanan. Paklong asyik nampak salah Hanan je. Maafkan paklong dan maklong, nak." Paklongnya sudah berubah riak sedih. Rasa bersalah yang menggunung tinggi terhadap anak saudaranya itu tidak dapat dibendung lagi.

Hanan menggelengkan kepala setelah meleraikan pelukannya.

"Ya Allah, paklong... tak perlulah mintak maaf. Paklong tak buat salah apa-apapun pada Hanan. Paklong dan semua datang ke majlis ni pun Hanan dah bersyukur sangat. Hanan gembira sangat dengan kehadiran paklong, maklong, makngah, pakngah, maksu dan paksu... sepupu-sepupu pun sudi datang. Terima kasih, semua..." Seikhlas hati Hanan melafazkan setinggi penghargaan serta berterima kasih dengan kehadiran ahli keluarganya.

Sungguh tak pernah terlintas walau sekelumit zarah pun di dalam hatinya untuk dia menyimpan dendam atau amarah terhadap ibu bapa saudaranya dan juga sepupu-sepapatnya itu. Malah, dia cukup merasa bahagia.

Lantas jemari bapa saudaranya itu digapai dan dikucupnya, tanda hormat seorang anak saudara kepada bapa saudaranya itu.

Wahyu yang melihatnya tersenyum gembira apabila isterinya gembira. Tidak sia-sia dia pergi memujuk ibu bapa saudara Hanan tempohari, siap membayar duit pampasan dan perjelaskan semua apa yang terjadi sebenarnya terhadap mereka lagi tu.

Setelah mendengar penjelasan dari Wahyu barulah mereka tersedar dan rasa bersalah mula menular ke dalam diri terhadap Hanan.

Wahyu benar-benar tidak menyangka bahawa mereka sudi menghadiri majlis perkahwinan mereka. Itu memang menjadi kejutan yang terbesar buat sang isteri di hari yang bahagia ini. Lantas dia memaut bahu isterinya erat.

"Terima kasih Abang Wahyu sebab dah satukan kami dengan kak Hanan." Nadia anak maksu Hanan yang baru berusia 15 tahun itu mengucapkan terima kasih terhadap Wahyu membuatkan Hanan memandang ke arah Nadia.

"Abang Wahyu? Maksudnya?" Sungguh Hanan tidak mengerti.

Pak Su Hanan yang melihat wajah kecanggungan pada anak buahnya itu mula melakar senyuman.

"Hanan... kalau tak kerana Wahyu ni datang ke rumah kami baru-baru ni terangkan segalanya kepada kami tentang apa yang dah terjadi, kami takkan sedar dan takkan sampai ke sini di majlis perkahwinan kamu ni Hanan," jelas paksu yang sejak tadi mendiamkan diri.

Hanan memusatkan pandangannya pada Wahyu di sisinya.

"Oo... dalam diam kanda pergi jumpa mak ayah saudara dinda ya?"

"Yalah, kanda buat semua ini semata untuk gembirakan hati dinda. So, surprise tak?" terang Wahyu seiringan dengan senyuman senget dihadiahkan buat sang isteri.

"Gila tak surprise. Terima kasih, kanda. Terima kasih semua sebab sudi datang. Hanan happy sangat." Air mata yang tersedia ada kini makin lebat jenuh menuruni pipinya.

Deritanya sudah pun berlalu pergi menggantikan bahagianya yang datang bertandang. 'Terima kasih Allah. Kau bawa pergi deritaku satu persatu. Dan KAU gantikan kegembiraan ke dalam hidupku satu persatu. Mungkin semua ni berkat ketabahan aku. Aku bersyukur ya Allah. Terima kasih, ya Allah!' Hanan tidak henti-henti melafazkan rasa syukurnya di dalam hati.

Keadaan itu membuatkan tetamu yang hadir menyaksikan mereka dengan penuh tanda tanya. Termasuk Encik Ahmad Wadi dan Wafiy. Kate dan Jay sudahpun berlalu dan menyertai meja staff yang lain. Iyyad pula berbual di meja makan bersama ahli 6STAR yang sudahpun memohon maaf padanya. Iyyad gembira melihat akan kesedaran mereka. Melissa, Hasya dan Fakrulrazi juga pengurus Azim, Marina, Adief tumpang merasa gembira melihat penyatuan semula ahli 6STAR di hari persandingan CEO mereka.

Wahyu yang melihat air mata mengalir jenuh di permukaan pipi Hanan segera menyekanya.

"Syhh, apa ni sedih-sedih? Harini sepatutnya dinda gembira tahu sebab harini kan hari bahagia kita. Dan yang paling penting, semua orang yang dinda sayang ada bersama dinda sekarang," pujuk Wahyu.

Hanan tertunduk sejenak bagi melepaskan tangis gembiranya. Sekali lagi Ibu-ibu saudaranya datang memeluk Hanan bagi melepaskan rasa rindu dan berkongsi kegembiraan di atas penyatuan semula itu bersama. Bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupu Hanan sudah tergelak lucu melihat keadaan mereka sudah kelihatan seperti ulang gonggok berpeluk dalam keadaan bertindih seperti itu. Tidak lama kemudian, barulah terlerai pelukan itu. Wartawan dan jurugambar kamera tidak melepaskan peluang mengambil gambar mereka dan mula menemuramah ahli keluarga Hanan. Begitu juga dengan Wahyu. Hanan tersengih suka melihat ibu bapa saudaranya tersenyum suka dapat ditemuramah.

Dan akhirnya, mereka berlalu dan memberi ruang untuk pengantin bersama ahli keluarga.

"Hah, semua... apa tunggu lagi? Mari pergi makan dulu. Jom duduk dekat meja vvip tu," pelawa Wahyu beria seraya membawa ibu bapa saudara Hanan pergi ke meja vvip untuk menjamu selera.

Hanan pula tidak sempat mahu menyertai ahli keluarganya makan di meja VVIP bersama Wahyu, tanpa sedar lengannya sudah ditarik oleh warga 'W' Studio Agency's untuk bergambar bersama di atas pelamin mewah itu.

Jenuh Hanan melayan mereka bergambar di situ. Ada juga juru kamera berbayar datang mengambil gambar mereka beramai-ramai.

Ahli 6STAR yang tadinya duduk semeja dengan Iyyad dan Melissa muncul di pentas pelamin untuk menyertai bergambar bersama staff yang lain. Terlebih mesra pula gaya Iyyad dan juga ahli 6STAR tika itu. Hanan yang bertentang mata dengan Iyyad mengangkat jari ibu tanda good luck dan congratulations di atas penyatuan ahli 6STAR.

Sementara Wahyu pula yang tengah sibuk melayan ahli keluarga Hanan itu mencari kelibat Hanan. Dan matanya mula tertancap ke arah pentas pelamin. Ternyata, gadis itu kelihatan gembira sungguh melayan staffnya.

Wafiy turut sibuk bergambar dengan Daddynya itu di atas pelamin bersama Hanan. Mereka langsung tidak menghiraukan tetamu yang hadir. Wahyu tergeleng kepala melihat telingkah dan aksi mereka semua yang berebut mahu bergambar dengan Hanan.

Segaris senyuman terpamer di bibirnya tanpa dia sedar tatkala melihat gadis yang dicintainya itu benar-benar mengecapi hari bahagianya. Tanpa menunggu lagi, Wahyu berlalu ke pentas pengacara. Mikrofon di ambil dari acara di pentas.

Ada sesuatu yang dia mahu hadiahkan pada isterinya.

"Announcement! Announcement guys." Kedengaran suara Wahyu bergema meminta perhatian membuatkan semua tetamu yang hadir memberi tumpuan padanya di pentas acara. Termasuk Hanan dan juga team 'W' Studio Agency's.

"Assalamualaikum." Wahyu memberi salam terlebih dulu sebelum memulakan bicaranya lebih panjang lebar lagi.

"Waalaikumsalam..." jawab tetamu yang hadir serentak.

Wahyu tersenyum.

"Maaf mengganggu masa anda semua sekejap. Di sini saya cuma ada sesuatu ingin dibicarakan untuk seseorang. Harini adalah hari bahagia saya bersama insan yang paling saya cintai iaitu Hanan Falisya." Wahyu berjeda seketika.

"Hanan Falisya seorang gadis biasa namun mampu menggetarkan jiwa saya. Dia seseorang yang berjaya meruntuhkan dinding ego saya yang telah saya bina setelah saya putus tunang dulu. Dia gadis yang berjaya membuat seorang lelaki bermuka ketat ini mampu tersenyum dengan keletahnya." Sambung Wahyu lagi. Hanan terkesima mendengarnya.

"Dia kelihatan masih mentah di khalayak ramai. Tetapi, cara pemikirannya jua tutur bicaranya, mengalahkan seorang profesor. Heheh... dia si kecil molek, namun dia berani menegur kesalahan seorang lelaki yang tegas ini sedangkan orang lain tidak berani menegur salah saya."

"Hanan Falisya seorang gadis yang mampu membuat saya jadi gila. Dialah Hanan Falisya. Satu-satunya gadis yang telah berjaya membuat saya jatuh cinta padanya dengan setulus hati saya hingga tak mampu untuk kehilangan dia. Sebenarnya, tak siapa pun menjangka disebalik senyuman kami berdua terselit kisah duka yang sama. Walau jalan ceritanya berbeza. Dan tak siapa menjangka, takdir telah menemukan kami berdua dalam waktu yang tepat dan singkat. Saya tak sangka pertemuan kami tu telah berjaya menumbuhkan bibit-bibit cinta di antara kami berdua." Hanan tersengih mendengarnya. Ya, itu memang benar. Dia sendiri juga tidak menjangkanya.

"Huh, cukuplah kot sampai di sini. Saya terlebih cakap pulak. Teremosi pulak dengan mood bahagia harini. Okey, straight to the pointlah sayang ya. Dinda, sayang... kanda ada special gift for you. Kanda telah menciptakan sebuah lagu khas untuk dinda. Dan, dengarkan kanda, okey?" Sempat Wahyu lemparkan sebuah kenyitan mata buat sang isteri tercinta. Hanan tersipu malu melihatnya.

Saat itu Wahyu mendapat tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir. Juru kamera tidak melepaskan peluang yang ada. Tiap detik dirakamnya.

Dalam masa beberapa saat sahaja, alunan muzik piano keyboard kedengaran berentak melodi terindah pada pendengaran semua. Terutama sekali tentulah Hanan. Bergenang lagi air mata terharunya.

https://www.youtube.com/watch?v=kif42st1SwM

'Hanan falisya..'
dia comel orangnya..
Lirikan matanya.
Mampu menggetarkan jiwa jejaka.
Hanan falisya...
Senyumanmu bak delima...
Hanan falisya...
hanya dirimu yang mampu
meruntuhkan keegoaanku
Hanan falisya...
You make me always happy
Dengan keletah manjamu
Selalu memuncung begitu
Saatku ketuk dahimu
Membuat hatiku rindu
Bila kau tiada disisiku..
Hanan Falisya...
Kau membuang resah raguku
Gelisah terhadap cintamu
Tenggelam dengan dunia ilusimu
Hebatnya auramu Hanan Falisya
Baby you make me
Fall in love with you...
I'm in love with you...

Nada lunak suara Wahyu yang iras Taeyang Bigbang itu telah membuatkan Hanan terpaku mendengarnya. Mana tidaknya, lagu itu diciptakan khas buat dirinya. Sungguh dia terbuai dek alunan asmara cinta Wahyu.

'Inilah melodi terindah yang akan aku kenang hingga ke akhir nyawaku. Melodi pertama yang kau ciptakan untukku di hari yang terindah ini, Mr.cuteku,' monolog Hanan di dalam hati.

Dalam Hanan melayan perasaan indahnya, tanpa sedar Wahyu sudahpun mendekati sang isteri kerana mahu mengajak Hanan menyanyi bersamanya. Lagu Hafiz suip bertajuk 'kisah Cinta kita.'

Hanan yang tersentak apabila tersedar Wahyu sudah berada di hadapannya itu akhirnya akur dengan permintaan Wahyu. Hanan sendiri tidak sedar, bila Wahyu tamatkan mainan piano tadi? Sejak bila dia menghabiskan nyanyiannya? Itulah Hanan. Bila hati sudah berbunga indah, keadaan di sekelilingnya pun sudah tidak sedar apa yang berlaku.

Kini, mereka bersedia untuk berduet.

'Kan ku cerita pada semua '
Kisah cinta antara kau dan ku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu...~ Wahyu.

Andainya mampu kan ku ukir
Namamu dan namaku dibulan
Agar satu dunia melihat
Restui cinta kita... ~ Hanan

Aku selalu tersenyum
bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan ohh...~ Wahyu..

Mereka mendendangkan lagu itu sehingga habis. Mereka menyanyi saling berpandangan sesama sendiri dengan satu perasaan yang sama iaitu cinta.

Selesai sahaja majlis itu, tengah mereka bergambar bersama ahli keluarga dan juga peminat, tanpa diduga Bella muncul bersama suami dan anaknya. Dia menemui Hanan dan Wahyu. Kehadirannya amat memeranjatkan semua yang ada kerana mereka semua tahu bahawa dia adalah bekas tunang Wahyu.

Namun, Bella hadir ke situ bukan berniat untuk mengganggu majlis. Tetapi, hanya sekadar mahu memohon maaf di atas perbuatannya dulu terhadap Wahyu yang telah mengguriskan hati lelaki itu.

Wahyu telahpun memaafkannya kerana Wahyu tahu kisah sebenar mengapa wanita itu meninggalkannya dulu. Perasaan marah yang membelenggu jiwanya kian pupus di malah waktu.

Hanan lega apabila suaminya sedia memaafkan orang lain. Dan mereka bergambar bersama menjadi sebuah keluarga yang besar sebelum bersurai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro