Cast of MT

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Watak utama


Ahmad Wahyu bin Ahmad Wadi
_CEO 'W' STUDIO AGENCY'S
_usia 33tahun
_berperwatakan tegas dan serius
_mengalami tekanan semenjak dia terlanggar seseorang hingga membawa maut dan ditinggalkan tunang pada waktu yang sama.
_hidupnya berubah sejak bertemu heroin yang juga pelatih dari agensinya sendiri.


Hanan Falisya binti Hasyim
_seorang anak yatim piatu yang blur dan agak pendiam.
_usia 19 tahun.
_Dia juga kehilangan kakaknya yang memiliki penyakit mental akibat dilanggar oleh seseorang.
_Demi mengejar impiannya dia berjaya ujibakat muzikal dari 'W' STUDIO AGENCY'S.
_Dari situ dia bertemu dengan sang hero iaitu CEO agensi itu sendiri. Bermulalah jalan cerita sang hero dan heroin dari situ apabila Wahyu mengetahui latarbelakang sebenar Hanan. Apakah ia? Jemput baca.

Iyyad Harith bin Tan Sri idris
_ketua ahli kumpulan 6STAR di bawah naungan 'W' STUDIO AGENCY'S.
_usia 23 tahun.
_seorang yang friendly. Baik. Dan tak ada kawan melainkan Hanan pelatih baru yang sering dibuli oleh pelatih lain.
_Dia di khianati oleh ahlinya sendiri. Kekasihnya pula dikebas oleh salah seorang ahlinya sendiri. Kariernya diganggu. Dia disisihkan. Dia juga ditinggalkan sendiri apabila ahli-ahlinya mula berpaling tadah.

Watak penting

Ahmad Wafiy bin Ahmad Wadi
_Adik tiri kepada Ahmad Wahyu.
_usia 25 tahun.
_bersifat mesra kawan dengan semua orang. Dan bermulut manis hingga gadis-gadis tersalah anggap Dan menganggap dirinya adalah jejaka kasanova. Terutama Hanan. Tetapi kenyataannya tidak.
_pelajar lepasan U dari Amsterdam.
_tak pernah ngam dengan abang tirinya. Bukanlah berpunca dari dia. Tetapi Wahyu sendiri yang membenci dirinya dan tidak pernah menganggap dia sebagai seorang adik kerana padanya, Wafiy adalah penyebab kematian mummynya dan menjadi punca keretakkan hubungan antara dia dengan ayahnya, Encik Ahmad Wadi. kebaikan Wafiy selalu disalah erti oleh Wahyu. Entah sampai bila mereka akan terus begitu?

Hafiz
_ahli 6STAR berperanan sebagai seksi vokalis.
_usia 23 tahun.
_dia seorang yang bersikap sinis dengan sesiapa sahaja. Dia bukanlah seorang yg peramah. Bongkak. Dia juga memiliki sifat iri hati terhadap Iyyad ketua ahli kumpulannya. Dia la penghasut ahli-ahlinya yang lain agar memulaukan Iyyad dan memilih untuk berpaling tadah dari syarikat 'W'STUDIO AGENCY'S.

Bella
_tunang kepada Wahyu.
_usia 27 tahun.
_bersikap lemah lembut sanggup berkorban demi kebahagiaan Wahyu.
Dia sanggup meninggalkan Wahyu disebabkan oleh satu tragedi yang telah berlaku di dalam hidupnya tanpa pengetahuan Wahyu. Dia meninggalkan Wahyu disaat Wahyu memerlukannya dengan alasan Wahyu seorang pembunuh, dan pelupa. Sengaja dia sakitkan hati lelaki itu atas tujuannya tersendiri yang hanya dia tahu sebabnya.

Jay(Jay Jazlan)
_sahabat baik Wahyu yang sentiasa ada saat susah senang Wahyu.
_usia 33 tahun.
_seorang yang tegas. Ceria tidak, peramah pun tidak. Just so-so. Penasihat terbaik Wahyu.
_seorang guru muzikal sendirian berhad.

Marina
_penolong pengarah 'W' Studio Agency's.
_usia 33 tahun.
_seorang yang agak kepoh juga. Ambil berat dan sayangkan sahabat baiknya Wahyu dan Jay. Dia juga seorang yang proaktif. Profesional dalam tugasnya.
_sentiasa memberi tanggungjawab yang perhatian sepenuhnya kepada agensi demi menaikkan nama agensi dan juga artis di bawah syarikat sahabat baiknya itu.
_dalam diam menjalankan hubungan istmewa dgn ketua pengarah 'W'Studio Agency's.

Kate(khatijah)
_pelakon tersohor di seluruh Asia. Kekasih Jay.
_usia 27 tahun.
_bersifat happy go lucky.
_sangat rapat dengan Hanan setelah Wahyu dan Jay perkenalkan dia dgn Hanan. Tggl sebumbung dgn Hanan.
_penasihat yang professional juga orangnya.

Melissa
_artis di bawah naungan 'W'STUDIO AGENCY'S.
_usia 22 tahun.
_permulaan berperwatakan lembut Dan pemalu. Tetapi berubah personaliti apabila namanya sudah menginjak Naik. Dia menjadi seorang yang demand dan tergilakan CEO dari agensi itu. Namun berjayakah dia memikat hati CEO Wahyu itu? Hinggakan Iyyad si kacak bergaya dan artis paling popular itu pun tidak berjaya memikat hatinya.

Adief
_ketua pengarah 'W'Studio Agency's.
_usia 33 tahun.
_seorang yang serius. Komited dalam tugasannya. Hanya bercakap bila perlu. Tidaklah terlalu pendiam. Namun dari gayanya semua pun boleh tahu dia adalah seorang yang professional dalam segala hal. Dia juga rapat dengan penolong pengarah Marina. Mungkin juga dia menyimpan perasaan.

Hasya Iman
_artis di bawah naungan 'W'Studio Agency's.
_usia 25 tahun.
_seorang yang peramah dan tidak sombong.
_gadis campuran Korean Malaysian.
_artis paling tersohor dalam 'W'STUDIO AGENCY'S dan juga Asia.
_agak rapat dengan CEO Wahyu kerana dia dulu adalah pelatih di bawah CEO Wahyu sendiri. Manakala, Melissa di bawah leader penolong pengarah Marina.

Fakrulrazi
_pengurus peribadi Hasya Iman.
_usia 25 tahun.
_seorang yang just bersifat so-so. Tak serius sangat. Tak terlalu peramah. Sesuai memegang watak sebagai seorang pengurus. Berdisiplin dalam kerja dan sentiasa mendisiplinkan Hasya Iman dalam kerjanya.
_mereka berdua turut ada hubungan istimewa tanpa pengetahuan sesiapa.

Pengurus Azim
_seorang pengurus dari ahli 6STAR.
_usia 35 tahun.
_bersifat tegas. Komited dalam kerja.
_masih bujang Trang tang tang. Bujang terlajak kerana sibuk dengan dunia kerja hingga terlupa untuk mencari pasangan hidup.

https://www.youtube.com/watch?v=HMxkYIMmGGo
https://www.youtube.com/watch?v=HMxkYIMmGGo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro