CHAPTER 19 | HADIAH*

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu terasa menenangkan. Kicauan burung jelas kedengaran walaupun hujan merintis perlahan. Bunyinya mendayu-dayu bagaikan alunan muzik merdu. Aku mendongak memandang ke atas seraya tersenyum. Varuzhan asyik menabur biji benih pokok oak di sekeliling pondok kayu. Sekali-sekala, dia menghela nafas panjang. Peluh menitis ke pipi.

"Eilya. Daripada kau tersenyum macam tu, better kau tolong aku."

Varuzhan meminta. Aku menoleh kepadanya. Kepala digelengkan beberapa kali. Lelaki berkaki kambing menarik muka melihat aku menolak permintaannya.

"Tak naklah. Nanti ekor saya basah."

"Come on, ini cuma hujan rintik-rintik."

"Tak nak."

"Eilya."

Aku menjelirkan lidah, kemudian kembali mendongak ke atas. Burung kecil di dahan pokok lebih menarik perhatianku dari menolong Varuzhan. Kerja menabur benih pokok, amatlah membosankan.

"Fine. Aku tak nak kawan dengan kau lagi, jangan ajak aku ke air terjun lagi lepas ni."

Varuzhan berkata dengan nada dingin. Aku tersentak. Si makhluk hutan melempar biji benih dengan muka masam dikala aku turun dari pondok kayu. Aku menggaru belakang kepala.

"Hurmm, janganlah merajuk."

"Pergilah melepak kat pondok, biar aku sesorang basah macam ni."

Aku tersengih mendengar kata-kata Varuzhan berbaur rajuk. Dia langsung tidak mengendahkan aku. Beg kulit berisi benih pakok maple, aku gapai dari pinggang Varuzhan. Si makhluk hutan menjeling dikala aku mula menabur biji benih. Ekor musang disembunyikan agar ia tidak basah. Sambil menabur benih, aku bersiul-siul gembira.

"Ceria betul kau hari ni, Eilya?"

Varuzhan menegur perlahan. Aku tersenyum seraya duduk meninggung. Kerjaku terhenti. Pandangan tertacap pada seekor ulat beluncas di atas daun. Varuzhan melirikkan pandangan kepadaku.

"Awak nak tahu kenapa saya gembira?"

"Kenapa...?"

"Hari ini, hari kelahiran saya yang ke-200 tahun"

"Ouh, good for you"

Aku memasamkan muka seraya melirikkan pandangan tidak berpuas hati. Varuzhan tertawa kecil dikala aku mendekati dia perlahan-lahan.

"Just that?"

"Habis, apa lagi kau nak?"

"Hadiah."

Varuzhan tersenyum simpul melihat aku menadah tapak tangan. Dia menarik nafas panjang, kemudian berjalan ke pondok kayu. Beg kulit berisi biji benih, diletakkan ke sisi. Aku duduk bersebelahan dengannya.

"Kau nak hadiah dari aku, Eilya?"

"Yup, no more kiss on the cheek. Kali ni, saya nak hadiah sebenar."

Aku berkata seraya memeluk tubuh. Varuzhan tertawa sekali lagi. Aku menarik muka. Hmph! Selama 200 tahun, dia tak pernah berikan aku hadiah. Setakat ciuman di pipi, itu bukan hadiah!

"Ok-ok. Apa kau nak, Eilya?"

"Apa-apa jelah."

Varuzhan menoleh kepadaku. Rambutku yang menutup dahi, dia sisirkan ke sisi. Pandangan mata peraknya, aku tatap lama. Dia membalas pandanganku. Kami berdiam diri seketika. Hujan terus merintis perlahan. Bayu lembut bertiup tenang. Kicauan burung terus-menerus menggamit suasana. Varuzhan menghela nafas panjang. Aku menanti butir kata darinya.

"Umur kau sudah mencapai 200 tahun, Eilya. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu."

"Ermm, saya bukan budak-budak lagi! Cepatlah! Berikan saya hadiah!"

"Haha, kenapa kau secomel ni? Jangan buat aku geram, boleh?"

"Jangan buang masa, mana hadiah saya? Mesti awak terlupa, kan? Hari ni, hari kelahiran saya?"

Aku berkata lalu menyilangkan tangan ke dada. Varuzhan tersenyum kelat melihat aku mencebik. Dia bangun dari pondok kayu. Aku mendongak memandang dia.

"Jomlah."

Varuzhan berkata lalu berjalan ke belakang pondok. Aku bingkas mengikut dia dari belakang.

"Kita nak kemana, Varuzhan?"

"Kau nak hadiah, kan? Aku nak berikan kau hadiah, lah."

"Awak serius ke?"

"Yup."

"Apa hadiahnya?"

"Your future."

#####################################

Chapter terakhir sebelum aku cuti tiga hari. Haha, author pun nak beraya woi! 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro