35|MINE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab 35

"Jangan pergi, dari aku."

...


     NAIK lenguh kaki Kaisar berdiri sambil menunggu si permaisuri Kaisar membuat pilihan selera. Sudah beberapa Kafe dilalui tetapi tetap tidak menjadi pilihan Adelia untuk berinjak masuk. 

     "Awak penat ke?"Soal Adelia, namun jika jawapan Kaisar adalah ya sekalipun, Adelia tetap mempedulikannya. Kerana dia sudah mengizinkan diri dia untuk menjadi Adelia Edruce yang dahulu. Jadi, jangan menyesal wahai syaitan. 

     Anak mata Adelia leka memandang pelbagai jenistulisan menu yang tertulis pada papan hitam menu kafe yang terletak di hadapan pintu masuk kafe. Tak berkelip langsung matanya apatah lagi bila terpandangkan pada beberapa jenis dessert yang menggugat selera! 

     40 hari. Dia terpaksa menahan nafsu makan gara-gara berpantang dan diawasi penuh oleh Puan Sri Yuna Ahn dan Kaisar. Dan sekarang...rasanya bagai di syurga!! Tak sabar nak menelan kesemua makanan ini. Dah lama rasanya, dia berpuasa beralaskan nasi,bubur,sup dan lauk pauk ibu berpantang. Tak mengapa, sekejap sahaja lagi, dia akan melahap hidangan yang tentunya tinggi melambung nilai kalorinya!

     "Little, kalau aku tolong pilih..."

     "Awak..." Suara Adelia tiba-tiba meleret dipendengaran Kaisar. Sekaligus memotong percakapan lelaki itu tadi.

     Besar biji mata Kaisar menatap wajah Adelia yang sedang menginginkan sesuatu darinya. Mengapa, hari ini..Adelia tampak menyeramkan?  Kaisar pula rasa tidak tenteram. Manja, gedik, comel,  lemah dan lembut adalah diri Adelia Edruce hari ini. Lain macam rasanya Kaisar mahu menjaga gadis kecil itu. 

     "Awak,"

     Oh, apa pula kali ini? Berdiri menggunakan tangankah?

     Tidak mengapa, Kaisar mampu lakukannya.

     "Kaisar," Panggil Adelia lagi bila panggilannya tadi tiada sebarang sahutan. Wajah Kaisar dipandang penuh minat. Jelas sekali ditika itu, wajah berkulit cerah memerah Adelia sedang mengharapkan sesuatu. Sesuatu yang mana..Kaisar akan bertanya semula. Bertanya dalam kadar suara yang rendah. 

     Selama tinggal bersama lelaki itu, inilah antara hasil yang diperoleh. Kaisar akan menyoal dengan nada yang rendah. Kemudian suaranya hanya sekadar dapat didengari secara jelas ataupun tidak sahaja. Kerana serak bercampur garau yang terhasil membuatkan suaranya begitu.

     Kaisar memusingkan tubuhnya agar berhadapan dengan gadis itu secara mendekat. Ubun-ubun Adelia diusap beberapa kali sambil melepaskan satu helaan nafas. Bukan menyampah, jauh sekali merungut. Lelaki itu hanya bersyukur...kerana gadis ini, masih mahu bersama dia. Adelia masih dihadapan dia. 

     "Ya, apa dia?" Soal Kaisar lembut dan ya! Itulah yang diharapkan. Adelia tertawa suka tatkala dia berjaya memperoleh perhatian lelaki bermata gerun itu!

     "Boleh saya pinjam I-phone awak?" Pintanya lembut sambil menadah tangan dihadapan Kaisar. Meminta agar I-phone hitam di poket seluar Kaisar segera berada ditangannya.

     Siapa suruh melamar dirinya menjadi kekasih?' Girlfriend'. Nama pun teman wanita, pastilah ada hak bukan? Jadi, layanlah kerenah dia sebagai dia sebagai teman wanita walaupun berstatus dalam masa sehari. Selepas itu, detik-detik memori ini..bakal bernoktah.

     Kaisar terkebil-kebil menatap sepasang telapak tangan kecil dihadapannya. Sejak bila Adelia gemar meminta barangnya?

     Pedulikan tentang itu, Kaisar sekadar tertarik pada setiap perubahan wajah Adelia. Dia lebih memilih untuk melayan dan menatap wajah itu. 

     Lambat-lambat Kaisar angguk. Sekaligus menghadirkan kegembiraan dihati Adelia. Suara teruja gadis itu memenuhi ruang kafe. Tetapi sekejap saja, selepas menyadari betapa malunya Kaisar terhadap sikap keanak-anakannya nanti, Adelia lekas mendiamkan diri.

     Haih Puan Adelia, padahal Kaisar sama sekali tidak peduli. Bahkan sangat selesa ketika bersama gadis itu. Apa yang difikirkan adalah Adelia. Adelia...dan bukannya mereka yang tahu bercakap dan melihat lalu menjaja cerita yang entah apa-apa dibelakang.

     "Here.." Hulur Kaisar, manakala dibalik pantulan lightgrey itu, bibir yang sering mengalunkan suara penuh kelembutan sedang tersenyum suka. 

     "Tapi," I-phone itu berundur kebelakang. Berpatah balik kepada si pemilik. Kaisar sengaja ingin menduga tahap kesabaran gadis itu. Wajahnya tampil riak jahat. 

      Mata Adelia tak lepas mengikuti jejak I-phone yang tidak kesampaian mendarat di tangannya. Rasa terkilan menjerat hati. Kenapalah dia tidak merampas sahaja I-phone itu laju-laju! 

     Kaisar mendekatkan wajahnya kepada Adelia lalu dipandang dingin. Kalau dia pandang begini, Adelia pasti tidak berkelip. Gadis itu tidak akan memandang ke tempat lain. Entahlah, dia sendiri tertanya-tanya..adakah gadis itu berasa takut akan pandangan dinginnya atau..

      "Untuk apa kau minta fon aku?" soal Kaisar. Kening dan kelopak matanya terangkat menayangkan syak wasangka yang hadir terhadap gadis didepannya ini. Hanya sejengkal sahaja, bibir merah jambu Adelia bakal dirasai.

     "Jawab aku Adelia," suaranya halus berbisik. Lagi-lagi dijarak sedekat ini. Apa boleh Adelia melarikan diri? Tetapi ada kegertakan yang tersirat. Dan Adelia, memahami simbolik disebalik tatapan tajam lightgrey itu.

     "Kalau berniat nak larikan diri sekarang, usaha kau sia-sia saja nanti. Tindakan kau, nanti hanya mematikan niat aku untuk lepaskan kau kepada umi. Jangan macam ni Adelia, kau dah berjanji. Kau tak faham apa aku rasa, hati aku...sakit."

     Hati gadis itu tersentuh. Jiwa yang cuba ditenangkan terganggu dengan kata-kata jujur Kaisar. Kenapa lelaki itu ungkapkan kata sebegitu. Kaisar seolah-olah berkongsi rasa bahawa dia tak inginkan perpisahan ini tetapi..dalam masa yang sama, dia juga yang ingin menghantar kepulangan gadis itu. 

     Adelia tak sanggup dengan semua ini. Jantung dia akan mati jika terus menerus diasak dengan rasa untuk menyayangi lelaki ini. Tetapi untuk kekal disisi Kaisar Caser Ahn...Dia. Tiada. Sebab ke atas alasan itu. 

     'Aku bukan sesiapa dihati lelaki ini,'

     'Wanita yang tersungkur secara tidak sengaja sahaja,'

     'Wanita yang menjalinkan hubungan secara tidak sengaja sahaja,'

     'Wanita yang menghadirkan cahaya mata buat lelaki itu tanpa sengaja sahaja,'

     'Wanita yang menumpang di dalam kehidupan lelaki itu tanpa sengaja sahaja,'

     'Bukan sesiapa..'

     Kaisar terkaku. Helusan pada rambutnya benar-benar mengejutkan dia. Belum pernah sesiapa membelai rambutnya sebegini. Dan gadis kecil itu dengan beraninya membiarkan tangannya membelai rambutnya.

     "Apa kau buat ni?" Kaisar menegur. Rasa kaku itu kembali bersambung pabila dia disajikan pula dengan senyuman manis Adelia Edruce. 

     "Tak sabar nak mati ke?" Ujar Kaisar lagi. Namun, hidungnya pula diusap lembut. Ah! Kenapa? Adelia suka memperlakukan dia seperti haiwan peliharaan. Cola ada dirumah!

     Gap!

     Tangan Adelia ditangkap. "Stop it, I'm not your pet."

     "Ya, saya tahu." Adelia senyum semula. Tangannya perlahan-lahan dilepaskan daripada cengkaman Kaisar. Hujung straw minuman diambil lalu digunakan sebagai peganti jari-jarinya untuk menyentuh. Rambut lelaki itu disisir penuh kasih tanpa sentuhan kulit yang terhubung. 

     "Tapi awak..ayah anak saya, dan awak..."

     "Kekasih saya, Kaisar Ahn."


...


     PUAN Sri Yuna Ahn memerhatikan gelagat anak dan menantu sulungnya yang masih bermasam muka. Sejak dari awal jejakkan kaki ke dalam rumah. Hubungan suami isteri itu kekal dingin. 

     Wanita berusia itu menoleh ke arah anak keduanya pula. Lantas keluhan terlepas, haih. Masih tidak habis bertiktok. Suaminya? Turut melayankan kerenah Angle! Masya Allah...pening kepala Puan Sri.

     "Daiyan dah call Emrish?" Soal Puan Sri Yuna Ahn kepada anak ketiganya, Daiyan.

     "Yep, dah. Tapi..masih uruskan sesuatu katanya," ujar Daiyan perlahan. Dia tahu, Omma mereka sedang pening melihat telatah-telatah mereka yang tak berubah. Bila papa seru suruh pulang ke rumah,barulah masing-masing bertegas terhadap masa. Jikalau Puan Sri Yuna Ahn yang memanggil...tiada seorang pun, yang mengekalkan prinsip 'masa itu emas'. Haish geram betul!

     "Omma nak bincangkan sesuatu. Juga I want to tell you guys about sesuatu yang penting. Your papa tak dapat sama-sama dengan kita hari ni, so I told him tak apa, Humairah boleh uruskan anak-anak. Jadi anak-anak, boleh tak tumpukan perhatian? Sebelum Omma hack akaun tik tok itu!"

     Serentak itu, Angle laju menyimpan telefonnya. Masing terkulat-kulat membetulkan kedudukan duduk. Apa yang penting sangat sampai Omma naik angin? Mereka berpandangan sesama sendiri.

     "Assalamualaikum," Ujar satu suara dari arah luar pintu. Lelaki berkemeja biru itu melangkah masuk bersama si isteri dibelakang.

     "wa'alaikummussalam.Hah Emrish, duduk sekarang. Intan,have your seat." 

     Emrish dan Intan mengangguk lalu berlalu duduk dengan segera. Dari pandangan dan suasana sekarang, pasti sudah terjadi sesuatu sebentar tadi.Kalau tidak tak adalah muka jeruk tertayang.

     "Mana Kaisar?"

     "Tak apa, dia sedang keluar bersama Adelia. Biarlah, lagipun kalau dia di sini, bukan Kaisar dengar pun."Balas Puan Sri Yuna Ahn terus. Padahal dia yang menyokong Kaisar membawa Adelia keluar.

     'Pujuk my Adelia supaya tak jadi balik rumah dia tau, tapi kalau dia nak balik juga..haih,kasihan Caden. Omma rindukan Caden nanti. Awak pujuk dia ya?'

     "Apa yang...Omma nak katakan?" Soal Quraisya di hujung sofa. Puan Sri Yuna Ahn tersentak. Lantas dia membetulkan rambutnya yang terurai jatuh daripada sanggul.

     "Ahn Yong Ji, halmeoni(nenek) adakan majlis ulang tahun kematian datuk di Korea." Satu helaan nafas terhambus keluar. Mereka memang akan dan harus pulang ke Korea ketika majlis ini berlangsung. Walaupun sebenarnya, tiada kepentingan untuk menyambut ulang tahun kematian itu. Tetapi..

     "Dan uri halmeoni...rindukan adik kesayangan kamu semua. Dia rindukan Kaisar Ahn. Dia mahu Kaisar pulang. Haih..Omma..omma pening..." itulah yang menjadi topik kali ini. Entah apa yang mahu dibualkan kepada Kaisar. 

     "Jadi,kita harus pulang juga ke Omma?"

     "Ya, kalau tidak omma nak jawab apa pada halmeoni?"

     "Omma jawab saja halmeoni rindukan Kaisar, bukan kami."

     "Daiyan!"

     "Fine..sorry."

     "Jadi macam mana sekarang ni Omma?"

     "Macam mana lagi, bersiap-siaplah. Kita akan pulang ke Korea dalam beberapa minggu lagi. Kosongkan jadual masing-masing. Kaisar perlu pulang, Omma dan papa juga..dan kamu semua juga. Atau tidak, halmeoni jejakkan kaki ke Malaysia."

     Masing-masing ternganga mendengar ucapan terakhir daripada Puan Sri Yuna Ahn. Halmeoni datang Malaysia? Oh malapetaka! Tak perlu rasanya, habislah mereka jika si Puan Korea itu datang melawat. 

     "Tapi Adelia?"



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro