39|LITTLE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Little, behave."

.....

BIBIR Adelia tak henti berbicara. Semuanya mahu disoalkan. Puas bertanya itu dan ini, puas juga kerana menerima balasan daripada lelaki yang setia melayannya hari ini. Sekejap sahaja gadis itu sudah melekap di pagar kandang harimau. Haiwan yang benar-benar dia mahu jumpa. Hanya berbeza sedikit dari Cola. Haha!

Melihatkan itu, Kaisar cepat-cepat angkat tubuh Adelia menjauh dari situ. Disebabkan Adelia ringan jadi mudahlah dia untuk angkat kemana-mana. Wajah gadis itu agak tidak menerima bila dirinya diangkat dan dibawa jauh hingga harimau itu dilihat kecil dari tempat Kaisar menurunkannya. "Siapa suruh awak letak saya dekat sini? Saya belum sempat minta awak ambilkan gambar lagi, awak dah bawa saya jauh sampai ke sini. Awak ni! Janganlah risau sangat," Rungutnya memprotes tindakan Kaisar yang sering mengawalnya. Tadi, ketika tubuhnya hampir tersadung jatuh ke dalam kawasan panda pun Kaisar sudah gugup semacam. Ish, apa salahnya, dia bersapa mesra sebentar dengan haiwan tersebut? Selama ini, dia hanya lihat di telivisyen dan telefon. Tak pernah dapat lihat secara live. Sekarang, Kaisar tahan-tahan pula. Hurm!

Wajah diraup sekaligus menyuak rambutnya naik kebelakang. Cap itu di acah untuk dipukul ke wajah Adelia. Geram sungguh! Kenapa gadis ini tersangatlah nakal? 

"Adelia Edruce, my little. Okay listen. Haiwan-haiwan yang kau lihat semua ni, I know pada kau dia orang comel. But for me, yang berakal DEWASA ni. Semua tu tak comel little. Bila-bila masa je, kau yang nampak comel ni kene makan tahu tak? Bahaya. Kau seorang je yang melekap kat pagar tu. Ada nampak orang lain buat? Tak kan, that's mean, bahaya. "

Panjang lebar lelaki itu menerangkan. Adelia pula, sedang ligat merencanakan jawapan. "Awak..." Ha dah mula dah. Sabar Kaisar. Kuatkan hati kau. Bisik lelaki itu dihati. Fokus dialihkan buat Adelia. Dia tahu dia akan mendengar celoteh yang entah apa-apa dari bibir mugil itu namun, apa boleh buat? Dia harus dengar juga. Takut kalau yang dibicarakan itu bukan-bukan, kemudian dirinya pula dikatakan sudah dengar dan tidak mengatakan apa-apa. Maka dia boleh buat kerana Kaisar tidak membantah. Seperti tadi, hampir-hampir gadis itu ikut masuk ke dalam air yang dipenuhi badak air. Masya Allah, betul-betul uji kesabaran Kaisar ditahap tertinggi. 

"Awak dengar ni saya nak kata apa," Bahu Kaisar digoncang sedikit. "Ya, aku dengar ni. Ok, cakap aku dengar," Kaisar tegakkan muka. Adelia dipandang betul-betul. Karang apa-apa jadi susah pula.

"Awak sebenarnya, terlampau risaukan saya.."

Mata Kaisar terpejam. Apa Adelia cakap ni? Sah-sahlah dia risaukan gadis itu. Kaisar tarik nafas dalam. "Ya little aku terlampau risau.."

"Jangan potong. Saya baru nak bercakap." Tempelak Adelia mengkelukan lidah lelaki itu. Liurnya diteguk bersama anggukan. "Baik aku diam." Balas Kaisar pasrah.

"Saya nak sentuh kura-kura awak tak bagi. Saya nak kejar landak tadi pun awak tak bagi. Saya nak peluk leher zirafah pun awak kata tak boleh. Jadi sekarang saya nak naik kudalah kalau macam tu. Ha...boleh kan? Mistilah boleh! Dah jom, nanti nak makan pula." Dia bangun dari bangku. Cap Kaisar dipakaikan ke kepala lelaki itu semula. Rambut Kaisar tak boleh ditayang selalu. Lihat, dah ramai mata gadis memandang. Jangan pandang, hari ni Kaisar boyfriend dan prince dia. Bermakna Kaisar, milik Adelia seorang. 

Gadis itu berlalu meninggalkan Kaisar yang sedang tercengang tanpa sebarang kata. Naik kuda pula dia kata? Tanpa rasa serba salah gadis itu berkata macam tu? Selepas dengan sendirinya, Cik Adelia Edruce mengaku dia mengejar landak? Kaisar pejam mata buat sekelian kalinya. Ya, dia benar-benar memberi memori terindah buat gadis itu. Subhana-Allah, kautnya ujian ini. Kaisar nak menangis.

"Hai pakcik! Best tak naik kuda? Pakcik dapat dari mana? Saya nak naik juga!"

Mendengarkan suara kecil itu, Kaisar laju berpusing. Jauhnya! Cepat benar kaki pendek itu bertatih ke sana. Berbual dengan orang asing pula tu. Kaisar lekas buka langkah lebar mengejar Adelia yang sudah mula mengangkat tangan untuk sentuh ekor kuda tersebut. Ada juga kene tendang Adelia ni.

"Little stop!" Kaisar jerit. Adelia berhenti. Juga mata-mata yang lain tiba-tiba terpaku keras pada Kaisar.

"Eh awak! Dah hilang penat? Jom! Kita pergi tempat kuda. Kuda tak bahaya. Tengok ni, ekor dia macam rambut hantu Kak Limah! Hehe, sinilah cepat!"Ujar Adelia yang tak sedar, sudah menyentuh ekor kuda tersebut. Membuatkan Kaisar cepat-cepat menarik tangan kecil itu dari terus memegang ekor tersebut. 

Lelaki yang ditegurnya tadi tertawa melihatkan perangai Adelia. "Isteri memang macam tu. Sabar sahajalah dik, perempuan ni...satu-satunya makhluk yang tak akan pernah dewasa." ujar lelaki itu berserta tawa yang tersisa. Kaisar tersengih kekok mendengarnya. Haih Adelia...

"Maaf bang," Katanya pada lelaki yang sedang menunggang kuda itu. "Tak apa. Adelia, kalau nak pilih kuda, boleh ikut abang." Kaisar tergamam. Sudah tahu nama? Sempat dia berbasa-basi nama? "Okay abang Nazim!"Makin membulat mata Kaisar. Pandangan itu dilirikkan kepada si budak kecil yang tidak faham istilah diam. "Dah pandai bagi nama?"

"Misti!" Jawab gadis itu lancar, yakin, terang malah tanpa rasa takut secebis pun.

Tangan Kaisar lebih tangkas menahan. Dari balik cap yang dipakai, lightgrey itu tersangatlah tajam memberi amaran kepada gadis itu. Adelia malah tersengih melihatkan mata tajam itu. Dia tahu Kaisar garang, tapi tak akanlah dia nak menangis sekarang. "Baik," Ujar Adelia memahami. Kaki diundur semula. Malah terus berdiri di belakang badan Kaisar. Kerana geram, kain jacket denim yang dikenakan lelaki itu berkali-kali dicubit sambil menariknya berulang kali. Bibir jangan dikata, sudah mengomel geram akibat tidak berpuas hati. 

"Tak apa bang, biar aku je bawak dia nanti. Thank you bro." Ucap Kaisar kepada lelaki itu. Setelah menerima kata mengundur diri dari lelaki itu, dengan lambat bersama aura yang menakutkan, pemilik tangan yang sedang mencubit-cubit jacket denimnya dipandang tajam. "Aik? Cubit jacket je? Kulit aku tak nak cubit?" Soal Kaisar mengejek. Biar! Padan muka! Orang bila dah terlampau degil, perlu diberi babak garang sedikit. Kalau tidak, makin kuatlah kenakalan dia nanti.

Adelia tersenyum tidak ikhlas. 

"Sebab kulit awak tu, Keras!"


.....


TANGGA itu dipandang lama. Secebis rasa sangsi menghinggap tangkai hati. Juga ruang pemikiran Adelia yang masih bergiat aktif. Dan hasilnya, Kaisar juga turut pandang tiga anak tangga tersebut. Kenapa? Apa yang dipelikkan sangat?

"Abang," Adelia mula buka mulut. Rasa-rasa, Kaisar sudah hadam kalau itu yang mahu ditanyakan.

"Kenapa dik?" Lelaki itu menyoal kembali. Kemungkinan besar, Nazim juga turut memikirkan kenapa Adelia masih tercegat dan memandang tangga itu tanpa sebarang kata. Namun tidak juga dipanjat naik.

"Kenapa ada tangga dekat sini? Apa perlunya? Saya nak tunggang kuda bukan tangga." Mendegarkan itu, Kaisar tanpa sengaja menampar muka sendiri. "Er.." Nazim hilang kata. Bergilir-gilir Adelia dan Kaisar dipandang.

"Itu sebab kau rendah. Jadi perlukan tangga dan kau belum pernah tunggang Adelia. Agak bahaya untuk terus panjat. Nanti jatuh susah." Kaisar bersuara dari tepi. Adelia melihatnya sebentar sebelum terangguk setuju. "Tapi tadi awak panjat okay je tak ada tangga." Kaisar terdiam. Tak lama lepastu bibir dibasahkan dengan lidah. "Itu sebab...aku prince. Puteri mana ada tunggang kuda," 

"Adalah. Cinderella tunggang kuda."

"She is princess? Tak bukan?"

"For me yes."

"Ok..ok, naik dulu?" Tawaran Kaisar diterima. Perlahan-lahan dia cuba menaiki badan kuda. Dan tanpa sengaja, kakinya tergelincir dari pedal kuda membuatkan Adelia langsung jatuh kebawah. Gadis itu tidak menjerit atau mengaduh sakit dengan nyaring. Senyap dan rupanya, esakan kecil sahaja yang terluah.

Kaisar dan abang Nazim cemas. Kaisar bertindak lebih awal. Lekas lengan Adelia ditarik. Lihat air mata itu, Kaisar tahu gadis itu sedamg dihurung rasa sakit yang amat. Terkehel ke?

"Shh jangan nangis. Orang pandang," Lembut lelaki sedingin Kaisar memujuk. Setiap kali Adelia menangis dihadapan umum, ia sudah menjadi kebiasaan Kaisar untuk melindung mata yang sedang mengalirkan air mata itu. Terus sahaja cap yang sering dipakai dibuka lalu disarungkan kepada Adelia. Membiarkan gadis itu menangis dalam senyap.

"Mana sakit?" Soal Kaisar. Kaki itu dibelek. Mendengar kata 'ah' dan 'aduh' mata Kaisar laju memaku pada sepasang mata berair itu. Pandangan jatuh kasihan dan risau melihatnya. Kalau dia, mungkin masih boleh bertahan. Ini Adelia? Bukan pandang rendah, namun Adelia memang cengeng. Nak kata kuat menangis pun tak boleh. Terang-terang kakinya sedang sakit. Ugh, Kaisar ragu mahu menyentuhnya.

"Boleh aku sentuh?"

Adelia geleng. "Jangan...awak bukan mahram saya."

"Tak..tak apa. Anggap yang sentuh kau adalah perempuan. " balas Kaisar turut bersama suara yang halus, cumanya agak serak basah bila dia merendahkan suara sebegitu.

Namun, Adelia tetap geleng. "Jangan. Awak janji nak hadirkan memori indah untuk saya hari ni. Jadi jangan sentuh saya, saya taknak rosakkan memori hari ni. Hiks..saya, saya pilih nak balik. Saya bagi diskaun day, esok pagi baru awak hantar saya ke rumah umi. Saya ikut awak balik rumah dulu. Kaki saya sakit.."

Lama wajah itu direnung sampailah Kaisar bersetuju. Permohonan maaf dipinta kepada Nazim. Selesai segalanya, Adelia dibawa pulang. 

"Lepas ni jangan degil. Kenapa ribena sangat kau ni?"

"Sebab saya bukan strawbery."

"Adel..."

"Kaisar..." Ngalan Adelia membuatkan lelaki itu, akhirnya tertawa.


.....

"MACAM mana boleh terjatuh? My Kaisar, awak jaga Adelia macam mana? Sampai kaki dia sakit begini? Adelia, lari lepas dimarahi Kaisar ya?"

Laju Adelia geleng menindakkan. "Oh, bukan tu omma.."

"Habis tu?"

"Saya..."

"Adelia! Are you okay ?"

Pintu terhempas kuat. Angle menapak masuk tanpa dipelawa. Segera sofa bersebelahan Adelia didudukinya. Ditelek kaki yang sudah siap dibalut. "Haih, macam mana boleh jatuh ni Adel! Betul kata Kaisar, you selamat duduk dalam tingkat ni." Omel Angle. Adelia tersengih menampakkan gigi. Kalau Kaisar ada dengan mereka ni, agak agak lelaki itu mengadu tak?

"Ni, siapa yang balut ni?"

"Omma." Jawab Adelia dan Puan Sri Yuna Ahn serentak. Angle membentuk bibir huruf O. "Fikirkan Kaisar..hehe, Omma ni kacau daun lah!"

Biji mata Puan Sri Yuna Ahn terbeliak. Ada pula dirinya dituduh. "Hish, Adelia tak mahu Kaisar tersentuh kulit dia. Jadi omma tawar diri. "Balas wanita itu. Sekilas menjeling Angle. 

"Terima kasih omma, dan Sis Angle." Katanya tersenyum. 

"Caden mana? Adel rindulah pula." Seharian keluar bersama Kaisar. Satu hari suntuk juga tak jenguk wajah comel itu. Hadu, hatinya berdebar-debar tak sabar untuk menatap senyuman Caden. 

"Dengan Kaisar." Angle menjawab laju. "Dia buat apa dengan Caden?" Soal Adelia ingin tahu. Tidur ke?

"Kaisar tidur dengan Caden ke?" Belum Adelia menyoal, Puan Sri Yuna Ahn terlebih dulu bertanya. "Tak lah,"

"Habis itu?"

"Kaisar mandikan Caden."

"WAIT, wait...I get you a towel,"

"What? Caden saying what? Tak faham lah."

Bibirnya tak lepas berbual dengan bayi yang menginjak usia sebulan. Kadang dia juga turut ketawa dan senyum. Memandangkan tiada siapa yang melihatnya, jadi tiadalah dia malu untuk menunjukkan semua itu dihadapan Caden. "Caden pegang toy ni sekejap. Daddy ambil baju. Tapi tau tak mummy simpan mana?" Soalan itu dibalas dengan ketawa tanpa suara yang menampak gusi. Kaisar jatuh geram melihatnya. "Ah baby, kau buat aku taknak bagi kau pakai baju."

"Eh ada hoodie saiz kau lah? Bila masa kau ada ni? Aku tak pernah belikan pun."

"Caden! Comel! Eh baby, sejak aku hidup baru ni aku tahu ada saiz baby macam kau. Sini Caden, naik atas aku,"

Caden tertiarap ketilam. Tak mampu bergerak ke arah Kaisar. Tapi tetap menatap lelaki yang turut mempunyai mata sepertinya.

"Oh tak boleh ya? It's okay, aku angkat kau." Tubuh kecil itu ditiarapkan ke atas badannya. Tak semena-mena kepala kecil yang berlitup kepala hud kucing itu terlentok sama ke atas dada bidang Kaisar Ahn. "Did you want to sleep? Ha baby? Oh kalau kau nak tido, aku perlu buat apa eh?"

Terkebil-kebil Kaisar, tetapi akhirnya, "Right I know, aku..buat macam mummy selalu buat ya? Macam ni," Badan belakang si kecil itu dipopo lembut. Lembut hingga membuai si kecil untuk tertidur dibahu Kaisar. 

"Sleep night baby. I love you."

Kaisar terikut tidur. Mata terpejam, dada memberat dengan nafas kecil Caden. Tangannya tidak lepas dari merangkul tubuh yang melekap di dadanya. Sampai akhirnya, sama-sama tertidur pulas.

"Saya nak tidur mana Omma?"




C O N T I N U E

Maafkan saya jika hambar! Hihi, Sabar jap, tak lama je ni. ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro