2 - Three Months

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sekarang.

PIL yang sudah dikira bilangannya, dimasukkan ke dalam bekas baharu. Baki pil dimasukkan kembali ke dalam bekas stok. Label preskripsi dilekatkan sebelum bekas ubat itu dimasukkan ke bakul mengikut nama pesakit yang tertera.

Diulang-ulang tingkah itu untuk beberapa jenis ubat pil yang lain menurut preskripsi ubat yang diterima. Kali ini, Adra capai pula botol ubat Gabapentin. Setakat tiga puluh biji pil apalah sangat nak dikira guna mesin. Laju lagi kerja kalau dia guna dulang pengira pil.

"Adra, nak lunch sama-sama tak? Tania dengan Fayha ada sekali nanti," ajak Gale yang duduk di bahagian kaunter itu.

"Boleh. Henry tak ikut?" soal Adra. Baki ubat dimasukkan ke dalam botol stok lalu dia conteng botol itu dengan pangkah sebagai tanda telah dibuka.

"Tak sempat. Kecemasan tiba-tiba sibuk. Jadi 'jonah' la dia hari ni. Nanti kena bungkus makanan untuk dia juga."

"Damn. Good luck to whoever said that jinx."

"Well, actually, he's the one who did it."

Adra laju menoleh ke arah Gale. Gadis itu hanya mengangguk tanda membenarkan apa yang dikatakan itu.

"Heh, nasib baik dia budak medic."

"I know right? He's like a blessing in disguise. Fun to talk to, tapi... full of jinx."

Adra menggeleng perlahan seraya tawa mereka berdua pecah. Baru tersedar Henry kalau bercakap, selalu tak fikir dua kali. Tak pasal-pasal satu jabatan kena sumpahan jonah sebab dia.

Sambil selesaikan kerja, Adra berbual ringan dengan Gale. Setakat buat hilang bosan sembari menunggu waktu rehat tiba. Kalau dah tak ada preskripsi ubat muncul di kaunter farmasi untuk pesakit luar, kena bantu sediakan ubat untuk preskripsi dari wad pula. Paling tidak pun, buat suspension dan kerja yang 'sewaktu' dengannya.

Menjelang tengah hari, Adra berjalan ke kafeteria hospital bersama Gale. Di sana, mereka bertemu dengan Tania dan Fayha. Dua orang gadis itu ialah rakan sejawat Adra yang bertugas membuat pemantauan di wad hari ini.

Usai mengambil makanan, mereka ambil tempat duduk bersebelahan dengan dinding kaca kafeteria tersebut. Tipikal perempuan apabila berborak, mudahlah ditukar-tukar ceritanya daripada satu topik ke satu topik yang lain. Daripada hal tentang lelaki yang baru Tania kenali dan jatuh hati sampailah ke topik jiran Gale dicurangi.

Meriah meja yang diduduki mereka berempat itu dengan berbagai gosip. Tapi dalam keriuhan itu, Adra cuma mencelah sesekali. Hanya mengikut reaksi orang apabila perlu. Selebihnya, kepala penuh memikirkan sesuatu.

"Adra? Kau okey?"

Tersentak Adra daripada lamunan tatkala Fayha di sebelah menegurnya. Toleh sisi, ketiga-tiga wanita itu menatapnya hairan.

"Uh.... Okey, okey. Jangan risau, aku suka berangan tiba-tiba. Sambung aje borak, aku dengar," pujuk Adra sambil sengih kecil. Pelik pula rasanya apabila mereka tersedar akan kebisuannya.

"Nak borak apanya kalau kau pun termenung jauh semacam," tutur Tania. Keningnya berkerut sedikit. "Dah beberapa hari aku tengok kau banyak diam. Kau tak sihat ke?"

Adra teguk liur yang terasa pahit. Jelas sangat ke? "Taklah. Aku terfikir sesuatu aje. Just a small matter."

"Ya ke? Gaya macam masalah negara aje?" Gale jongket kening sebelah, menduga. "Come on, Adra. You know we're here for you if you need someone to talk to, no?"

"Tahu." Jeda. Adra gigit bibir bawah, sedikit tak selesa apabila dipersoalkan sebegini rupa sebenarnya. "Tak adalah.... Aku... Aku risaukan pasal permohonan kerja aku dekat Regalis Pharma. Lusa kan keluar keputusan dia? Itu aje. Terlebih anxious. Bukan benda berat pun."

"Oh, la...." Fayha tertawa kecil. Ingatkan apalah yang dirisaukannya tadi! Bahu Adra, dia tepuk lembut. "Jangan risaulah. Kau mesti dapat punya kerja dekat situ. Kau perform gila kut masa zaman belajar! Experience kerja kau pun gempak. Trust me, you will get it."

Tania angguk. "Duh, who the hell tak nak si genius macam kau kerja dengan dia orang? You even accidentally caught for creating the medicine that treat severe cases of memory loss and dementia when you were 22!"

"Hei, itu rekod jenayah aku," tegur Adra. Mata memincing tajam terhadap Tania sebagai amaran agar tidak terlalu lantang dalam berbicara. Bimbang jika didengari oleh orang-orang sekeliling mereka.

"Oopsie." Cepat-cepat Tania tekup mulut. Sengih tak bersalah. "Tapi aku adore gila dekat kau. Kau ni full package, Adra. Jadi janganlah risau sangat pasal tempat kau dekat situ. Kalau tak dapat pun, it's their loss. Kau tak rugi apa-apa sebab syarikat lain pun berebut nakkan kau. Keep your head up, babe."

"Can't agree more," sambung Gale. Dia menyandar tenang di kerusi. "Enjoy the moment, Adra. Just be happy while you can. Nanti masuk Regalis Pharma, environment kerja dah tak sama macam dekat sini, tahu? Kau akan jadi lagi sibuk daripada sekarang."

Mendengarkan itu, Adra hanya lakar senyum segaris. Angguk sekali. "Thank you, guys. Gonna keep those words in mind."

Langsung Fayha menggamit bahu Adra merapat kepadanya. "That's my girl! Sekarang kita boleh sambung gosip."

"Oh, ada lagi?" Adra menyoal polos. Rasanya banyak juga cerita mereka dah buka tadi.

"Mestilah! Tapi ini, bukan gosip," sahut Tania. Bibir mengoyak senyum lebar. "Kau tahu tak pasal The King's Coronation? Pertabalan raja baharu Sacrese."

"Putera Harlan Caus akan naik takhta, kan?" soal Gale. Dia tak sempat ambil tahu sangat tentang hal semasa, tapi ura-ura tentang Putera Harlan Caus bakal menaiki takhta menggantikan ayahandanya, Raja Eurwen Caus II dah lama berlegar dalam kalangan rakyat negara ini.

"Yep! The hottest prince! Memang sungguh ikut genetik ayah dia," kata Tania. Bersinar matanya berbicara tentang putera sulung kerabat diraja Sacrese itu. "Majlis pertabalan itu akan berlangsung lagi tiga bulan. Aku tak sabar nak tengok Putera Harlan dalam pakaian rasmi diraja! Mesti hot gila!"

"Oh, God. Not again, Tania. He's engaged to someone already!"

"Alaaa, baru tunang! Selagi belum kahwin, aku kejar!"

"Euw...."

Berderai tawa kecil Adra apabila mendengar rungutan Fayha. Tentu dia dah bosan mendengar Tania yang selalu teruja bercerita tentang lelaki kacak. Apa boleh buat, Tania itu pembaca novel tegar. Dah tentulah memasang impian untuk mendapat suami persis lelaki fiksyen idaman itu ialah suatu kemestian untuknya!

Tanpa mencelah, Adra pasang saja telinga untuk menadah segala hal yang dibincangkan oleh mereka. Sepasang mata coklat itu kalih pandang ke luar dinding kaca. Secara tak sengaja, renungannya dipaku pada sosok tubuh suatu figura yang amat dikenali.

Lelaki dalam lingkungan umur 70-an itu berdiri tak jauh dari kawasan kafeteria bersama pengawal peribadinya. Ralit lelaki itu berborak dengan sekumpulan doktor yang kebetulan melalui kawasan itu. Tampak mesra dan lembut raut wajahnya.

Lantas sebaris nama muncul di ruang ingatan Adra.

Isaac Arden.

Spontan dia teringat kata-kata Tania sebentar tadi. Tiga bulan ke hadapan, majlis pertabalan raja baharu Sacrese akan berlangsung.

Tiga bulan.

Hatinya kembali ditawan ribut. Dia ada masa tiga bulan sahaja lagi. Masa yang terlalu singkat untuk dia mula dari bawah di Regalis Pharma. Patutkah dia terus ambil jalan mudah? Tapi pilihan itu terlalu berisiko untuknya.

Dengan mata yang kekal melekat pada wajah Isaac Arden, dia membisu dengan minda yang ligat berfikir.

Kerana apa yang dibimbangkannya bukanlah semata-mata mengenai Regalis Pharma.

•••

BAJU T hitam jenama Vista Ivanov yang dipadankan dengan seluar slek kelabu menjadi gaya pemakaiannya hari ini. Dipandang pantulan sosok tubuhnya pada cermin di dinding penghujung walk-in closet itu. Stail kasual yang kemas.

Archer muncul di sebelahnya bersama sebotol minyak wangi. Dia sengih puas hati melihat penampilan Qaid pada hari ini. Minyak wangi kod Woody Bergamot disembur pada sosok tubuh itu. Haruman musky ringan meruap ke segenap ruang.

"There you go, sir. You look dashing today," puji Archer.

Qaid diam tidak menjawab. Sebaliknya dia beralih ke meja aksesori dan jam tangan digital yang terletak di atas pengecas khas dalam laci meja itu diambil. Dia pakaikan jam tangan itu pada pergelangan tangan kirinya. Skrin jam tangan tersebut memaparkan kadar tekanan darah dan kadar degupan jantungnya pada hari ini.

110/65 mmHg. 76 bpm. Normal range like usual.

"Thank you." Qaid menutur ringkas. Sebentuk cincin perak yang tersimpan pada satu bahagian dalam meja aksesori itu, dia sarungkan ke jari manisnya. "Ezra dah sampai?"

"Ezra dah sampai lima minit lepas. Dia tunggu tuan muda dekat luar bilik. Tuan muda nak saya suruh dia masuk?"

"Tak perlu. And stop calling me 'tuan muda' for god sake," ujar Qaid. Dia membawa langkah keluar dari situ. Archer sempat mencapai jaket, telefon dan dompet Qaid sebelum dia membuntuti dari belakang.

Apabila Qaid lagi beberapa langkah hendak sampai ke pintu, dia cepat-cepat menghalang laluan lelaki itu. Barangan itu dihulurkan kepada tuannya.

"Saya tahu tuan muda tak selesa, tapi saya dah terbiasa. It's like a habit, you know? Susah nak buang tabiat ni!" Archer memberitahu. Mana taknya, Datuk Isaac sendiri menyuruhnya berbuat begitu semasa Datuk Isaac membawa Qaid ke kediaman ini dahulu. Beberapa tahun dah berlalu!

Qaid ambil jaket dan barang peribadinya itu. Wajahnya masih tak beriak. "Tabiat kau bukan masalah aku. Get rid of it, please."

Tak sempat Qaid melangkah, Archer menghalang lagi!

"Anggap aje ini satu penghormatan daripada saya untuk tuan muda," pujuk Archer lagi. Sebolehnya mahu kekal memanggil Qaid dengan gelaran itu.

"Are you going to call me like that even after I'm married and have a baby? That sucks." Qaid tayang reaksi jijik. Meremang bulu roma dia apabila terbayangkan hal itu. "Call me anything except that. Gelilah."

"Alaa, nanti tuan muda dah ada anak, saya panggil dia tuan double muda..."

"Oh, God." Qaid mengeluh seraya dia mengurut batang hidung sendiri. Mata terpejam sejenak. Pagi-pagi dah menghadap perangai merepek budak seorang ini. "Archer, can you stop talking nonsense?"

Menyedari keterlanjurannya itu, Archer pantas menekup mulut sendiri. Sesaat kemudian, dia sengih pendek. "Maaf, tuan muda. Saya rasa macam lambat lagi nak panggil tuan muda dengan panggilan tuan."

"Suka hati kaulah." Qaid dah malas melayan. Dia tolak Archer ke tepi dan terus menuju ke pintu. Punyalah kuat sampai Archer terjatuh ke atas katilnya!

Walaupun sudah terbaring di atas tilam, Archer tetap melambai Qaid dengan ceria. "Bye tuan muda! Jangan lupa makan tengah hari nanti!"

Qaid tayang simbol 'ok' dengan sebelah tangan tanpa berpaling. Archer sengih sendiri sebelum dia kembali ke walk-in closet. Mahu sambung merancang pakaian yang akan dipakai oleh Qaid untuk majlis atau urusan istimewa minggu ini. Meskipun respon Qaid pendek, tapi Archer berpuas hati melihat lelaki itu banyak bercakap dengannya hari ini.

Qaid tak suka berborak dengan pekerja di rumah agam ini. Mungkin, mood dia baik hari ini.

Buka saja pintu bilik, hampir-hampir Qaid hendak mencarut saat sosok tubuh Ezra sudah terpacak depan pintu. Masakan tidak, muka Ezra dah serupa vampire. Kacak tapi... pucat!

Qaid berpaut pada bingkai pintu. Muka dia tak sempat nak terkejut tapi jantung dia dulu dah rasa macam kena hentam ribut. Dada sendiri diurut perlahan.

"Kau nak aku mati hari ni ke, Ezra?"
sindir Qaid. Hari-hari jumpa Ezra pun dia tetap akan terkejut kalau lelaki itu muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Ezra menunduk hormat kepadanya. Dia senyum kecil. "Sorry. I've been waiting for about seven minutes yet you were more interested with Archer's daily nonsenses."

Mata Qaid memincing tajam terhadap Ezra. Ada saja benda nak diperlinya. Tak tunggu lama, mereka mula berjalan beriringan menuruni tangga, menuju ke luar rumah.

"Sekarang dah jam lapan pagi. Kau ada dua jam lagi sebelum penilaian bermula. Kau ada nak ke mana-mana? Pagi ini jadual kau lapang," beritahu Ezra sambil menatal skrin tabletnya.

"Tak ada. Terus gerak ke makmal. Aku ada kerja lain nak buat."

"Tak nak sarapan?"

"Tak selera."

"Okay then." Ezra angkat bahu. Dah masak dengan perangai Qaid yang tak suka makan pagi itu. Kadang dia tanya pun sebab risau majikan dia itu terkena gastrik pula nanti.

"Sebelum itu... jumpa Datuk Isaac dulu. Dia pesan yang dia nak jumpa kau kalau pagi ini kau lapang," ujar Ezra tiba-tiba.

"Untuk apa?"

"Katanya ada hal penting."

Langkah Qaid termati di depan rumah agam itu. Dia toleh ke arah Ezra. Ezra hanya beriak biasa. Tanda benar bahawa dia cuma tahu setakat itu sahaja.

Qaid lepaskan nafas berat. Datuk takkan jumpa dia melainkan ada hal mustahak yang hendak dibincangkannya. Yang pasti, tentu hal itu berkaitan dengan Pharma Elite.

"Okey. Kita jumpa datuk dulu. Velodrine macam mana?" soal Qaid sembari mereka menghampiri sebuah Cadillac Escalade berwarna hitam yang sudah menanti mereka di laman hadapan rumah.

"Masih dalam proses R&D kedua. Percubaan pertama hari itu hanya dapat capai 67% tulen. Susah nak dapat sama macam Nexovael dalam masa terdekat tanpa Profesor Charles," beritahu Ezra. Pintu tempat duduk penumpang belakang, dia bukakan untuk Qaid. "Kau tak risau tentang dia?"

"Dia takkan pergi jauh dari sini. Lagipun dia tahu yang selangkah dia keluar, ayah aku akan terus bunuh dia. Jadi selagi mana dia tak munculkan diri, selagi itu dia akan selamat. Tapi apa-apa pun, pastikan kita jumpa dia dulu." Qaid membalas mudah. Cermin mata hitam dipakai seraya dia memasuki kereta. "Oh, ya.... Ada lagi satu hal."

Ezra yang masih memegang pintu kereta itu mengangkat kening. Qaid memandangnya lama.

"Please keep an eye on him. Dalam tiga bulan ini, macam-macam benda boleh berlaku. Aku tak nak dia ganggu majlis itu nanti," tegas Qaid. Iris kelabu cerah itu menikam wajah Ezra sedalamnya di sebalik kaca mata hitam. "Let me know if there's any sudden movement from him."

Mengerti akan arahan itu, Ezra mengangguk perlahan dan menunduk hormat. Pintu kereta ditutup lantas dia berlalu ke tempat duduk penumpang hadapan.

Qaid sandarkan kepala pada kusyen tempat duduknya. Mata dipejam rapat. "Riley, play the music please."

"5SOS in the morning, sir?"

"Nu-uh. Saint Avangeline would be nice."

Riley selaku pemandu menurut arahan. Melodi Lilith mula bergema ke segenap atmosfera. Tidak terlalu kuat namun cukup untuk suara Saint Avangeline mengucup lembut saluran auditori milik Qaid.

Apabila pacuan empat roda itu mula berlalu keluar dari kediamannya, kelopak mata Qaid terbuka semula. Penglihatannya kini menjamah pemandangan hijau gunung yang indah dilatari kanvas biru langit; sedikit sebanyak menyuntik rasa tenang ke dalam jiwanya.

Tapi... itu cuma seketika. Ruang mindanya kembali bergelumang dengan jutaan hal dan rencana yang dia perlu uruskan. Kalau dia mampu bertahan sehingga majlis pelantikan pengerusi baharu Lux Regalis berlangsung, maka semua ini akan berakhir tak lama lagi.

Untuk sesaat, vermilion merah basah itu mengoyak senyuman kecil tanpa sedar.

Tiga bulan saja. Dia cuma perlu bersabar... untuk tiga bulan saja lagi.

•••

"TUAN PUTERA."

Sepasang mata biru sapphire yang tunak melekat pada suatu arah itu beralih kepada lelaki yang muncul di sebelahnya. Imej ayahanda yang terlantar di atas katil hospital berganti dengan wajah Brynn selaku courtier yang ditugaskan untuknya. Lekas dia bangun dari kerusi- tanda meminta Brynn untuk berbicara dengannya di luar wad peribadi tersebut.

Brynn menunduk hormat sebelum derap tapak kasut dibawa mengiringi langkah Putera Harlan. Di hadapan wad tersebut, tablet di tangan dia berikan kepada Putera Harlan usai memastikan tiada orang lain di kawasan sekitar itu melainkan mereka dan pengawal peribadi yang berkawal di situ.

"Ini maklumat pewaris keluarga Arden yang tuan putera minta semalam," beritahu Brynn.

Tablet itu, Putera Harlan ambil. Mata meneliti setiap info yang tertera di skrin dengan kening berkerut. "Dalam seluruh keluarga Arden, aku rasa aku tak pernah jumpa dia ini. Tapi... muka dia nampak familiar. Memang betul Isaac mahu pilih dia?"

"Ya, Sire Isaac kata ini keputusan muktamadnya. Saya pun... pertama kali nampak gambar dia lepas Sire Isaac berikan maklumat cucunya yang ini. Saya masih tak pasti tentang asal-usulnya sebab data tentang dia dalam sistem memang dah sahkan yang dia keturunan Arden."

Putera Harlan membisu tanpa jawapan. Pandangan masih statik pada sebaris nama yang sungguh asing daripada kotak memorinya.

Lucian Arden.

Ruang kepala yang awalnya serabut memikirkan tentang takhta ayahanda itu bertukar kepada kehairanan terhadap kemunculan pewaris Arden yang satu ini. Aneh. Dia tak pernah dengar nama ini, namun raut wajah itu sepertinya dia pernah lihat.

Siapa?

Putera Harlan bingung dalam mencari sisa memori berkenaan lelaki itu.

"Well, if he said so. I'm sure he has his own reasons." Putera Harlan tidak berfikir lama, dia terima saja calon yang diutarakan oleh Isaac Arden itu. Tablet bertukar milik.

"Tuan putera mahu saya sampaikan pesanan kepada Sire Isaac?"

"Tak perlu. Dah boleh arahkan setiap ketua keluarga untuk mulakan persiapan masing-masing. And then... sekejap." Putera Harlan garu hujung kening. Kemunculan Lucian Arden ini mengingatkan dia tentang satu perkara. "Aturkan satu perjumpaan antara aku dengan lelaki itu dalam minggu ini. Somewhere private. Not even my family should know this."

"Berdua sahaja?" soal Brynn sedikit pelik.

Putera Harlan tak pernah berkenan nak jumpa dengan sesiapa secara peribadi begitu walaupun bersama kerabatnya sendiri. Apatah lagi dengan lelaki yang langsung mereka tak ketahui asal-usulnya ini. Takkan semudah itu Putera Harlan mahu merisikokan keselamatannya hanya untuk lelaki asing ini?

"You'll come with me. Tapi aku perlukan tempat asing untuk bercakap dengan dia. Can you arrange that for me?"

Melihatkan Brynn masih ragu-ragu, Putera Harlan merenung tepat wajah lelaki itu. "Kau persoalkan keputusan aku ke?"

Cepat-cepat Brynn menggeleng!

"Sa... saya risaukan tuan putera sebenarnya. Maksud saya, tuan putera kan bakal gantikan tempat Tuanku Eurwen? Dalam tiga bulan ini, banyak benda boleh berlaku. Saya cuma risaukan itu saja," jelas Brynn. Langsung dia menundukkan wajah, menekur lantai. "Maafkan saya sebab buat tuan putera terasa hati. Saya akan uruskan semuanya secepat mungkin."

"Kan bagus macam ini." Putera Harlan memandang jengkel terhadap Brynn. Sebelah tangan dibuat gaya menghalau. "You may go now."

Brynn menurut perintah. Segera dia beredar dari situ. Walaupun kelibat Brynn sudah hilang daripada pandangan matanya, Putera Harlan masih rasa sakit hati.

Arahannya dipersoalkan. Seolah-olah dia tiada kredibiliti untuk mengambil alih tempat ayahanda. Bukan Brynn sahaja begitu, malahan orang lain juga sama.

Mereka semua sama.

Putera Harlan menggenggam erat buku limanya. Rahang sendiri diketap. Kalau diikutkan rasa marah, mungkin saja dia akan naik angin di sini. Tapi dia tak boleh berbuat begitu.

Sembari kelopak matanya tertutup seketika, nafas sendiri ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Celik. Barulah hatinya terasa lebih tenang. Mungkin tanggapan bahawa dia akan memikul tanggungjawab yang lebih berat tak lama lagi itu terlalu menyesakkan otaknya sehingga emosi sendiri jadi tak teratur.

Tak tunggu lama, Putera Harlan kembali masuk ke dalam wad yang menempatkan ayahanda. Membawa watak anak lelaki yang budiman semula; kerana tiga bulan ini sajalah waktu untuk dia buktikan bahawa dia layak mendapat takhta ayahanda. Bahkan jauh di sudut hatinya, dia dapat rasakan kemunculan Lucian Arden sangat berkait rapat dengan majlis pertabalannya sebagai raja baharu Sacrese nanti.

Menjadikan tiga bulan yang berharga miliknya ini bakal dipenuhi kejutan yang tak disangka-sangka.

Bibir Putera Harlan mengulum senyuman misteri.

•••

P/s: ini saya tulis tanpa edit. even saya dah buat banyak research dan dah check berkali-kali, saya tahu mesti ada fakta/perkara yang silap jadi dipersilakan tegur baik-baik. dan sekali lagi, saya takkan boleh update dengan kerap. maafkan saya di atas segala kekurangan yang ada.

doakan saya dipermudahkan urusan belajar dan mampu dapat 4flat setiap sem! semoga doa yang baik-baik ini berbalik kepada kalian semula!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro