Aral.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hadi meramas rambutnya kasar. Ada kesal dan hampa yang berombak keras dalam dadanya. Cebis - cebis hampa itu pula dicambahi kegalauan yang bertali - temali tapi dia tiada pilihan selain dari berada disini, di hospital ini. Gara - gara anaknya kemalangan, pertemuan penting dengan Kamariah terpaksa dibatalkan.

Pemanduan agak terganggu dengan kehadiran polis yang mengawal lalu lintas ekoran berlaku satu kemalangan dan laluan dilencongkan. Hadi mendengus. Laluan ini melambatkan lagi perjalanannya sekurang - kurangnya 10 minit! Mesti Kamariah naik angin nanti. Nombor buah hatinya didail. Tidak bersambung. Kebetulan lampu merah menyala, pantas jari Hadi menaip dan menghantar mesej.

'Ada kemalangan kat depan ni jadi kena lalu jalan jauh sikit. Tunggu sekejap lagi.' Kemudian mesej itu dihantar kepada Kamariah.

Mesej itu tidak berbalas tapi Hadi tidak kisah pun sebab dia tahu memang Kamariah sedang menunggu. Jarinya mengetuk - ngetuk stereng petanda emosi yang sedang resah.

"Asal aku nak buka langkah je, ada masalah. Asal aku nak gerak je, ada halangan. Kenapalah susah sangat ni?" Hadi membebel sendirian. Dia baru perasan, setiap kali dia berhasrat mahu melamar Kamariah, pasti ada saja aralnya. "Ah, ujian Allah la ni... Nak duga aku, nak tengok aku betul - betul atau main - main nak kan Mar." Hadi mengoceh lagi.

Sebaik dia masuk ke selekoh terakhir, sekilometer lagi akan sampai ke tempat yang dijanjikan, telefonnya berbunyi. Hadi mencapai telefon yang tadi dicampak ke kerusi penumpang. Nama Mastura tertera di skrin.

"Abang, balik cepat. Abang ni, jatuh basikal. Banyak darah ni. Lekas balik, bang. Hantar abang ke klinik." Serbu Mastura sebaik panggilannya dijawab.

"Teruk ke?" Hadi cemas. Kereta diberhentikan di tepi jalan dengan lampu isyarat kecemasan dipasang.

"Dia bertembung dengan basikal anak jiran. Dua - dua jatuh tapi abang ni terhentak ke tembok. Balik cepat, bang."

Panggilan dimatikan oleh Mastura. Hadi terkebil - kebil, antara Kamariah dengan anaknya... Dia harus memilih anaknya walaupun ia bermaksud sekali lagi aral mendatang, menghalang tujuan! Dengan berat hati, mesej baru dihantar kepada Kamariah.

"Anak Di kemalangan. Di tak dapat jumpa Mar hari ni. Maaf."

Mesej itu dihantar selajur sebuah hembusan nafas berat dilepaskan. Perlahan, kereta dipandu untuk berpatah balik.

****

"Esok dah boleh keluar rasanya ni..." Ujar doktor yang meneliti keadaan anaknya. "Adik jangan lumba - lumba lagi. Kalau jatuh lagi, nanti tangan sebelah pula berbalut." Kata doktor itu, mesra. Budak lelaki itu tersengih saja.

Mastura angguk dan berterima kasih. Doktor itu berlalu ke katil lain pula.

Hadi masuk ke wad. Mukanya sembab, Dia dan Mastura bermalam di hospital malam tadi. Mastura di dalam wad manakala Hadi terlena di ruang menunggu.

"Doktor cakap, esok boleh balik." Kata Mastura.

Hadi angguk. Kepala anaknya diusap.

"Abang belikan Mas sarapan. Tadi ada budak berjaja kat luar tu." Mastura menyambut plastik berisi pulut panggang dan karipap pusing. "Abang ingat, abang nak balik. Mandi, lepas tu nak siapkan baju Mas. Nanti abang kemari semula."

Mastura senyum. "Terima kasih, bang." Tangan Hadi dicapai lalu diciumnya. Hadi berlalu.

Sambil melangkah ke keretanya, Hadi asyik memikirkan Kamariah. Setelah membalas mesejnya petang semalam, itu pun lama baru Kamariah membalas, sampailah sekarang, tiada apa - apa langsung. Kamariah merajukkah agaknya? Kalau merajuk, kenapa? Dia sudah jelaskan tentang kenapa dia tidak dapat memenuhi janjinya. Lagipun selama ini, Kamariah tidak pernah marah kalau dia lebihkan anaknya. Kamariah memahami. Jadi, kenapa tiba - tiba begini? Hadi mula berprasangka.

****

"Buat apa tunggu lagi? Dah nampak dah, jelas, dia akan lebihkan keluarga dia dulu." Kata Habsah.

"Kalau Mar jadi bini dia, dia pun akan utamakan Mar juga, kan?"

"Ya, betul tapi kau kena ingat Mar. Sepenting mana pun kau tu bila dah jadi bini, kau tu yang kedua. Belum ada anak pulak. Jadi sesuatu nanti, ada apa - apa, dia akan dulukan yang sebelah sana. Masa tu, barulah kau rasa tak dihargai, tak disayangi."

Kamariah senyum kelat saja. Tiada hujah. Dia sudah maklum sebenarnya kedudukannya dimana dalam hidup Hadi. Ya, dia pegang hati Hadi tapi dia bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan bila melibatkan soal anak isteri. Dia sentiasa kena beralah dengan hal - hal keluarga Hadi. Semakin bertambah anak Hadi, semakin kurang masa untuknya. Sudah lama hubungan mereka tidak disulami ketawa bahagia dan gurauan mesra. Bila berjumpa, Hadi perlu lekas pulang. Ada masa berbual pun, kadangkala lebih banyak cerita tentang anak - anaknya, cerita tentang rajuk isterinya atau angan - angan Hadi mahu memiliki Kamariah. Ah, angan - angan... Sedekad ini, semua cuma angan - angan.  Kamariah menghela nafas berat.

"Tu mengeluh tu, kenapa? Mak bercakap ni, kau dengar ke tidak? Hisyyy... Dia ni!"

"Mmm... Dengar jugalah sikit - sikit." Jawab Kamariah dengan sengihan.

"Apa pun yang mak dan ayah buat, untuk kebaikan kau, Mar. Dengan harapan yang tak sudah - sudah, dengan buah mulut orang lagi... Mak rasa, cukup - cukuplah tu. Cinta, dah lah tak boleh bagi makan. Kalau cinta pun tak boleh bagi bahagia, apa gunanya lagi?"

Kamariah terdiam memandang emaknya. Terkunci segala kosa kata dalam peti akal Kamariah...

****

Mastura perasan suaminya seperti kurang memberi perhatian. Tampak resah dan kerap mengeluh. Banyak prasangka dalam benaknya termasuk... Adakah ia berkaitan dengan Kamariah?

"Abang ni, dah berapa hari dah Mas tengok lain macam aje. Banyak sangat kerja ke?"

"Kerja, macam biasalah... Tak habis - habis selagi tak pencen. Cuma umur dah meningkat agaknya, jadi letih lain macam sikit."

"Ye ke? Bukan abang ada masalah lain? Air muka abang tu, nampak sangat macam susah hati, banyak fikir."

Hadi senyap. Ya, aku susah hati memikirkan Kamariah. Jawapan itu, tidak terlafaz dari bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro