Melerai rindu.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Riak muka Hadi macam biasa saja. Senyum, ketawa dan berbual - bual. Dalam hati, Hadi tidak senang, asyik berdebar dan sesekali dia mengeluh tanpa menyedari tingkahnya itu diperhati ibu dan isterinya. Namun mertua dan menantu itu tidak menegur apa - apa, malah berlagak tidak perasan. Buat tidak tahu saja. Mereka lebih melayan anak kecil dua orang itu yang berusia 2 tahun dan 10 bulan. Seorang sedang lincah dan mencari akal. Seorang lagi seronok 'mendapat kaki'. Asyik bangun dan jatuh saja. Sesekali bila jatuhnya tersembam, menangislah dia. Bakri pun nampak seronok melayan cucu - cucunya.

"Alah, cucu nenek ni... Tak penat ke asyik bangun, jatuh, bangun, jatuh ni?" Ujar Amnah sambil cuba mendukung sikecil. Sayangnya, dia tidak mahu didukung. Meronta - ronta mahu turun dan berjalan.

"Macam tulah dia, mak... Kemaruklah tu. Ha, nanti nak tidur, merengek lepas tu bila dah tidur, mengigau pula. Lama - lama Mas yang tak boleh tidur, bu." Balas Mastura.

"Hmm... Itulah ceritanya kalau beranak kecil ni, Mas."

Mastura ketawa kecil. Sempat dia melirik suaminya yang duduk menghadap tv tapi ketara sangat matanya menembusi entah ke alam mana. Sedikit kocakan cemburu menggoyahkan telaga rasa seorang isteri.

****

Sudah tiga hari Habsah perasan, Kamariah banyak berdiam diri. Berbual sedikit, berkurung yang lebih. Yang lebih ketara, dia tiada langsung menyebut tentang rancangan mahu berkahwin dengan Hadi. Adakah mereka merancang sesuatu yang lain? Atau Kamariah bergaduh dengan Hadi? Entah - entah Bakri masuk campur lagi? Benak Habsah diketuk tanda tanya bertubi - tubi.

"Eh, awak pula yang pening. Dia tak cakap apa - apa, maknanya tak ada apa - apalah tu." Kata Mahmud bila Habsah berkongsi persoalan itu.

"Orang lelaki. Selalu ambil mudah saja. Cuba berfikir lebih sikit."

Mahmud tergelak. Lucu pula melihat tingkah isterinya, seolah - olah mahukan lebih perhatian.

"Kalaulah yang muncung sedepa tu, awak... Yang tiga hari tak bercakap tu, pun awak jugak... Dah tentulah saya berfikir lebih. Fikir sebab apa awak jadi macam tu. Fikir macam mana nak pujuk awak. Mungkin juga saya terfikir, awak dah ada orang lain?"

Habsah berkisar duduk lalu dengan pantas jarinya mencubit perut Mahmud. Matanya dijeling tajam menikam renungan Mahmud yang diiringi ketawa berdekah.

"Lama tak kena cubit ni... Macam seronok pulak." Kata Mahmud bila ketawanya reda.

Habsah menampar lengan suaminya. Geram pula dia bila dijadikan bahan jenaka sedangkan dia sedang bercakap perkara yang baginya, penting.

****

Kamariah merenung keluar jendela. Murid - muridnya leka mewarna sambil diselangi usik - mengusik sesama sendiri.

Mungkinkah jodoh aku dan dia, memang setakat ini saja? Cuma untuk bercinta tapi tak dapat bersama? Betullah cakap mak, tak usah melambung angan sampai ke bulan... Sekarang yang hampa, aku. Yang malu dengan mak ayah pun, aku. Sedangkan dia, tetap bahagia di sana. Benarkah kau bahagia, Hadi?

"Cikgu, cikgu! Cantik tak?" Seorang anak kecil datang mendekati meja guru, menyua buku warnanya.

Kamariah yang tersentak, segera menoleh dan melempar senyuman. Buku yang disua, dicapai. Melihat ala kadar, lalu mengangguk.

"Kenapa kucing ni hijau?"

"Sebab dia menyorok dalam pokok." Jawab budak itu.

Kamariah gelak kecil. Buku itu dikembalikannya. Budak itu berlari ke tempatnya semula.

Kamariah melepaskan nafas berat. Hatinya berkeping - keping berantakan tapi dia gigih untuk menampal mukanya dengan tampang ceria. Biarlah deritanya, hanya dia saja yang tahu. Airmata pun sudah tidak mahu menitis lagi bila mengenang kasih yang gagal disatukan. Rindu pula tidak sudah - sudah singgah dihati. Perit sungguh rasanya!

****

"Cuba kau bagitahu mak, Mar. Sebenarnya ada apa - apa dah jadi antara engkau dengan Hadi ke? Mak tengok, lain sangat kau sekarang ni..."

Kamariah tunduk. Pura - pura melerai kain yang bergulung - gulung untuk dilipat. "Tak ada apalah, mak..." Itu saja yang keluar dari ulas bibirnya.

"Kau kata, Hadi nak datang jumpa kami. Bila?"

Kamariah mula panas punggung tapi harus dia akui, hal ini tetap akan perlu diketahui oleh mak ayahnya juga. Tangannya yang tadi ligat berlakon melipat kain untuk menyembunyikan riak sebenar, kini terdiam. Terketar - ketar dia menyusun ayat.

"Tak jadi, mak." Sayu saja bunyinya.

"Tak jadi? Maksudnya lain kali atau..."

"Tak jadi. Tak jadi jumpa mak. Tak jadi... Tak jadi... kahwin."

Habsah meratah roman si anak. Mencari petanda yang dia tidak salah dengar.

Kamariah angkat muka, wajah keliru si ibu ditatap, "Hadi... Tak jadi..." Airmata yang kononnya sudah kering, tiba - tiba laju menuruni pipi. "... tak jadi kahwin dengan...Ma... Mar." Gagap - gagap lidahnya menyambung kata lalu terus teresak - esak.

Esakan Kamariah kian kuat. Mahmud berkejar ke ruang tengah rumah dari ruang tamu. Sesampainya diruang tengah, matanya bertembung dengan mata Habsah. Ada linangan air jernih diwajah itu. Diribanya pula, si anak sedang mengongoi berhiba - hiba.

****

Hadi dan Kamariah berdiri bersebelahan, tegak memandang ke laut yang mengalunkan irama ombak. Deburannya bisa menenangkan, bisa juga menggerunkan.

"Di rindu, Mar."

Kamariah membisu.

"Di tak tau macam mana nak teruskan langkah Di tanpa Mar. Hari - hari rindu, hari - hari sunyi."

Kamariah mengeluh.

Hadi menoleh. Direnung buah hatinya, ingin sekali dia mendakap perempuan itu dan membelai rambutnya lalu membisikkan kata - kata muluk yang mengindahkan rasa. Dia mahu benar makhluk seindah Kamariah, mengetahui seberapa besar cinta ini kepadanya.

"Mar pun... Sama. Rindukan Di. Tapi apa daya Mar?"

"Teruskanlah berdoa, Mar. Mana tahu, di masa depan, ada jodoh kita. Mudah - mudahan terlerai rindu ni."

Kamariah menoleh, mata mereka bertatapan. Masing - masing menyimpul sesuatu disebalik renungan mereka. Hanya mereka saja tahu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro