MHS : 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ERISHA dah balik?" Lelaki itu mengulang semula. Telefon masih di telinga menanti talian disambungkan kepada nombor Erisha. Kelihatan kerutan di dahinya.

"Tak berjawab?" Alissa bersuara.

Lelaki itu hanya mengangguk. Dia sudah berjanji dengan Erisha untuk tidak berbual dengan mana-mana perempuan. Janji mereka bersama. Meskipun Alissa sahabat Erisha daripada kecil, tidak terkecuali kerana tetap dalam kalangan perempuan juga. Hujung bibirnya menarik senyum tatkala dia teringatkan pesanan Erisha mengenai hal ini. Kuat cemburu juga walaupun sedingin salju.

Dia pun lebih kurang sama saja, dia yang Erisha label 'soft spoken' juga boleh cemburu melihat Erisha berbual dengan Hafiz. Tak bermakna kawan 'tak akan makan kawan'.

"Saya boleh call dia, mungkin bateri dia habis." Mata bengkak itu dipandang sekilas.

Tidak sampai hati dia hendak menyusahkan Alissa. Alissa baru sahaja kehilangan uminya, enggan membebankan fikiran Alissa dengan masalah mereka.

"Terima kasih, tapi tak apa, aku cuba cari berdekatan sini. Mesti dia tak jauh, in case tak jumpa juga, baru kau tolong," tolak lelaki itu dengan baik. Bukan terlalu darurat.

Tunang Erisha yang masih lengkap berpakaian kerja itu dipandang sejenak sebelum dia menangangguk. Pasti Hael terus gerak ke sini lepas mendapat khabar kematian uminya. Dia menghantar Tengku Hael dengan ekoran anak mata.

Dalam hati turut gelisah akan keberadaan Erisha.

"Sayang, awak dekat mana?" Langkahnya diatur berat.

Bohonglah dia tidak rasa bersalah kerana lambat untuk berada dengan gadis itu.

Baru sahaja dia hendak menyimpan telefonnya untuk memulakan pemanduan, bunyi pemberitahuan mesej bertalu-talu mengembalikan pegangan.

Erisha
Saya tunggu awak dekat bas stop hujung simpang.

Erisha
Saya minta maaf menyusahkan awak, saya betul-betul tak mampu duduk lama dekat rumah umi. Lagi lama saya tengok Lissa, hati saya makin sedih.

Erisha
Awak, lambat lagi ke awak nak sampai?

Tanpa membuang masa, Tengku Hael mengeluarkan keretanya daripada halaman rumah arwah Umi Eza. Jalan yang sunyi menerpakan kegusaran. Hampir satu jam setengah yang dihantar oleh Erisha berlalu. Keadaan talian internet di sini sangat perlahan.

Keretanya berhenti tepat di perhentian bas yang dimaksudkan Erisha. Matanya memulakan pencarian. Dia melangkah keluar setelah tingkap dibuka.

Erisha tiada di situ. Meliar matanya mencari susuk tubuh milik Erisha. Matanya tertumpu pada hujung jalan, cuba memastikan keberadaan Erisha.

Terjentik rasa kurang senang menyelinap hati. Telefonnya didapatkan pantas.

Erisha
Awak, lama saya tunggu. Awak tak sampai lagi?

Erisha
Saya boleh masuk homestay kalau awak lambat lagi.

               Hael
              Risha, awak dekat mana?             Saya ada dekat perhentian bas awak cakap. Tapi awak tak ada.

                Hael
                Awak okey tak, sayang?

                Hael
               Jawablah, awak.

Tengku Hael menekan aplikasi peta. Alamat inap desa itu ditaip. Segera dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta miliknya. Dia memusingkan stereng bagi menyambung perjalanan.

Tangan milik Erisha jatuh dengan lemah di atas tanah. Air mata berlinang sebelum matanya mulai layu.

Keadaannya tidak bermaya itu didahsyatkan dengan tendangan daripada satu kaki. Bahkan wajahnya juga menerima pukulan yang hebat.

"Kau takkan sengsara." Hampir pisau ditusuk ke perut Erisha. Namun, segera ditahan oleh Abang Khairi.

Gelengan itu menghentikan tindakannya. Pisau itu dilepaskan daripada pegangan.

GEMPITA jalan berhadapan perhatian bas dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian baju melayu, barangkali baru pulang daripada masjid.

Tangisannya pecah, perit menjalar di setiap inci tubuhnya. Kedengaran beberapa suara yang tidak jauh darinya, dia menangis kerana sukar mengeluarkan suara.

"To... tolong." Serak suara Erisha meminta pertolongan. Tubir matanya terasa hangat. Beberapa orang lelaki itu ralik berbual, pasti mereka tidak dapat mendengarkannya.

Hasbunallah wanikmal wakil.

Erisha menangis teresak di situ. Dengan segala kudrat yang ada, Erisha cuba menyusun nafas dengan teratur seraya mengheret perlahan tubuhnya keluar daripada semak-samun di situ.

"Ya Allah! Tu Erisha, Din!" Seorang lelaki di antara mereka menjerit dengan kuat saat menyedari seseorang keluar daripada semak-samun di situ.

Lelaki-lelaki itu berlari ke arah Erisha yang terbaring lemah di dalam semak-samun belakang perhentian bas.

"Cepat call ambulan, Man." Lelaki yang dipanggil Din itu tadi segera memberi arahan kepada kawan-kawannya.

Terkejut Din ketika melihat wajah Erisha dipenuhi luka. Ya Allah, Risha!

"Erisha, apa yang jadi?" Din teragak-agak mahu mengangkat tubuh itu. Dia tidak tahu jika terdapat kecederaan di bahagian lain.

"Ambulan lambat Din.” Suara Man serba tak kena.

Tidak menentu mereka saat melihat Din ingin membantu. Mereka tahu kepakaran Din dalam perubatan, tetapi mereka risau sekiranya perkara tidak diingini berlaku memandangkan ketara keadaan di situ tidak selamat.

"Boleh tak kau angkat dia, Din?" Salah seorang di antara mereka memegang bahu Din.

Punggung Din jatuh ke tanah semula. Dia sendiri tidak yakin.

“Kita kena cepat juga Din, Risha sakit tu Din,” desak Man gusar. Keadaan Erisha jelas tidak langsung bermaya.

"Risha, kalau apa-apa selain kat tubuh kau akan buatkan keadaan kau lebih bahaya, aku janji aku akan bertanggungjawab." Din terus membisik kata putus. Tiada masa lagi jika berlengah, tidak semestinya hanya luka sahaja takkan mampu meragut nyawa.

Kereta milik Man berhenti di depan mereka. Tanpa membuang masa, Din berperanan mencempung tubuh Erisha ke dalam kereta.

Saat Din mengeluarkan kepalanya dari perut kereta sebaik meletakkan Erisha. Dia terkaku di depan pintu. Tangannya dipenuhi cecair berwarna merah.

"Darah dari belakang badan dia ke, Din?" Man mulai gelisah.

Mata Din mulai berair apabila menyedari darah itu tepat di pegangannya di bahagian kepak kaki. Sempat dia mencerna kain Erisha basah.

Tanpa membiarkan fikiran dihurung tanda tanya, dia terus mengalihkan perlahan kaki Erisha yang melunjur. Man turut bertindak membuka lampu kecil di bahagian tengah keretanya.

Din terpaku penuh pada tompok-tompok darah yang kini jelas di kain bahagian depan milik Erisha.

Bingung Tengku Hael memikirkan keberadaan Erisha, Erisha tiada di inap desa itu. Dia menuju semula ke perhentian bas tadi. Telefon saja Erisha masuk voicemail.

"Din, itu macam tunang Erisha!"

"Man, kita kena bawa dia ke hospital dulu apa-apa pun." Din bergerak keluar. Matanya yang terpejam kejap cukup membuatkan Man faham.

Din melihat ke arah lampu kereta yang berhenti di belakang, pandangan matanya menembusi cermin kereta untuk memastikan.

"Beritahu dia untuk follow, kami dah nak kena gerak," suruh Din seraya meminta Man segera memulakan perjalanan.

Tengku Hael menurunkan tingkap keretanya apabila salah seorang daripada beberapa lelaki sekampung dengan Erisha, memintanya menurunkan tingkap. Dada Tengku Hael mula berombak kencang. Hatinya terasa gundah tiba-tiba.

"Kami jumpa Erisha ada dekat semak samun sana, Hael. Keadaan dia teruk, Din dan Man bawa dia pergi hospital. Din suruh kau follow dia," maklum lelaki itu. Tengku Hael terpempan tanpa kata.

"Ya Allah." Kalimah itu disebut bersama getaran pada suaranya. Bagaimana dia tidak memastikan sebaiknya keberadaan Erisha di perhentian bas ini tadi? Kesal meracuni jiwa.

"Terima kasih, Zan." Payah dia mengungkap ucapan itu. Tubir matanya mulai basah.

Tengku Hael terus memandu mengikuti kereta itu tadi. Hancur hatinya membayangkan keadaan Erisha. Hiba hatinya tidak tertanggung.

"Din..." Sedaya upaya dia mengeluarkan suara.

"Bertahan Erisha, kita dah nak sampai. Aku ada, Man pun ada, kau jangan takut. Hael menyusul kami daripada belakang," pujuk Din agar Erisha bertahan. Sejujurnya dia takut, meski dia merupakan seorang doktor, tetapi keadaan ini berlaku kepada orang terdekat dengannya.

Erisha menggeleng. Kedengaran Erisha ingin berkatakan sesuatu. Din cuba mendekatkan telinganya dengan Erisha.

"Kau ta... tahu kea... keadaan a... aku. To... tolong jangan be... beritahu se... sesiapapun, a... aku ta... takut Din." Permintaan itu membuatkan Din enggan menuruti.

"Tak boleh Erisha, keberadaan kau dan kondisi kau sekarang harus diketahui oleh pihak polis dan keluarga kau." Din terus menegaskannya. Fikirannya penuh rasa berkecamuk.

Man memandang Din supaya Din menuruti. Pasti ada sebabnya.

"Kita dah sampai, Erisha. Bertahan," pinta Din sebelum keluarga sebelah kakinya. Sebelah tangannya diangkat memberi isyarat kepada penerima pesakit.

Bunyi katil ditolak dengan laju kedengaran hampir. Din keluar terlebih dahulu. Dia mengambil peranan sekali lagi mencempung Erisha. Seiring pergerakan mereka menolak katil bantuan Erisha, dia mengikutinya.

Tengku Hael berlari keluar dari keretanya. Dia membiarkan sahaja keretanya tanpa mematikan enjin. Erisha didapatkan segera.

"Risha," panggil Tengku Hael pilu. Air matanya telah mengalir saat itu.

Berat langkahnya yang tidak jauh dari pergerakan mereka membawa Erisha. Wajah itu penuh luka membuatkan Tengku Hael makin tertekan memikirkan sebenarnya yang terjadi.

"Saya ada dengan awak, sayang." Makin lebat air matanya apabila Erisha tidak bermaya.

"Aku akan rawat dia, kau jangan risau Hael. Kau cuma tolong uruskan pendaftaran Erisha." Din bertindak pantas mengurangkan waktu masa terbuang dalam keadaan genting sebegini.

Tengku Hael mengatur langkah ke arah ruang hadapan. Dalam fikirannya cuma Erisha. Keselamatan Erisha. Hatinya tak putus-putus berdoa keadaan Erisha.

"To... long rahsiakan..." Erisha masih dengan permintaannya. Dia tidak mampu lagi bersuara atau membuka matanya, perlahan-lahan nafasnya terhenti. Kepalanya jatuh ke sisi baringan.

Dia perlu mengutamakan keadaan pesakitnya terlebih dahulu.

Keadaan hospital yang gamat tidak langsung berhasil menghilangkan kerisauannya terhadap Erisha.

Jika dia menegaskan meninggalkan mesyuarat, jika dia ada di sisi Erisha lebih awal, pasti Erisha takkan melalui detik ini.

"Sabar, Hael." Suara sayu Man menebak hati Tengku Hael.

Berkali-kali wajahnya diraup bagi membuang keresahan yang bertandang dalam hatinya saat itu. Ruang kecemasan itu dipandang Tengku Hael berkali-kali.

Dia hanya boleh melihat Erisha yang terbaring tapi dihalang oleh tubuh Din yang berdiri di sebelah Erisha untuk merawat.

Dia lemah tika itu. Dia hancur memikirkan kelewatannya menjadi angkara semua ini berlaku. Air mata yang sudah mengering di pipi, mengalir setitis demi setitis.

Man memandang penuh kasihan. Lebih perit jika benar sangkaannya akan hal yang dia dan Din nampak tadi.

Sebaik sahaja dia menyedari kelibat Din keluar dari arah pintu kecemasan, dia terus bangun. Erisha pasti sudah dirawat. Sempat dia melihat Erisha dari posisinya sebelum langsir ditutup.

"Macam mana dengan Erisha, Din? Kenapa boleh jadi sampai macam ni?" Tengku Hael bertanya dalam tangis. Merah matanya menujah halaman mata Din.

"Alhamdulillah Erisha stabil." Din tidak menjawab soalan kedua lelaki itu. Ringkas sahaja dia memaklumkan keadaan Erisha. Dia buntu!

Dia tidak sambung menjelaskan, dia langsung menyusun langkah ke dalam semula.

Riak wajahnya bingung saat lelaki itu tidak meneruskan lagi bicara yang ingin dia tahu. Tengku Hael tangkas menahan Din.

"Apa yang jadi pada Risha, Din!" Tengku Hael tak dapat mengawal perasaannya.

"Hael, ni hospital Hael!" Menggigil tangan Man cuba menahan tangan Tengku Hael.

"Kau orang yang jumpa dia, takkan tak tahu apa yang dah jadi!" Gamat.

Ruang kecemasan itu penuh dengan mata yang menyaksikan keadaan itu.

"Kami tak tahu, kami cuma jumpa semasa keadaan dia dah teruk tadi!" Din menepis tangan Tengku Hael yang bertindak mencengkam bajunya. Dia terpaksa merahsiakan.

Tengku Hael hampir tersungkur sendiri, namun cepat Man memagut tangan Tengku Hael. Lelaki itu benar-benar hilang sepenuhnya semangat yang dia punya.

"Kita tunggu Erisha bangun untuk penjelasan." Muka Din masih kekal serius meskipun mata lelaki itu menikam pandangannya.

"Ya Allah... Ya Allah, sayang..." Tengku Hael meraup wajahnya dengan kulit tangan yang memerah. Air matanya kian menodai lesu.

Din tahu dia tidak seharusnya merahsiakan sepertimana yang dirayu oleh Erisha. Tapi, dia yakin Erisha pasti akan menjelaskan sendiri.

Din terus berlalu meninggalkan Tengku Hael. Dia cuma yakin kesan tompokan darah itu berpunca daripada perbuatan perkosa.

___________________
WRITER COMMENT: Jangan risau ya kalian, bab yang akhir tetap sama. Bab awal sahaja diubah dan sedikit diperbaiki. Mohon support hm :(

update: 1.35 am, 2 SEP 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro