MHS : 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Music RACUN HATI BY ARA JOHARI pilihan lagu yang sesuai untuk scene pertama bab ini.

PAGI itu terasa sayu dilaluinya, hiba tadi masih berdarah di hati. Dia terbaring sahaja di atas katil ditemani air mata. Tengku Hael? Lelaki itu masih di ruang solat.

Tiada langsung bunyi pergerakan. Mungkin lelaki itu boleh tidur dengan tenang. Tetapi dia di sini menanggung perasaan dianggap oleh lelaki itu tidak menerima takdir.

Masih segar di ingatan ketika menerima khabar, Zahra, jasad di pembaringan sudah tidak bernyawa. Baru sahaja pagi itu dia melihat senyuman indah Zahra, tersemat lagi di ruang ingatan.

"Hari-hari saya dengan dia, hari-hari saya tengok senyuman dia, tatap wajah dia, belai rambut dia. Semua tu masih terasa lagi dekat tangan ni," luah Erisha sendiri, dia mengenggam tangannya dalam rasa perit. Titisan air mata tak henti berguguran lesu membasahi cadar katil.

Saat dia memejamkan mata, tubuhnya yang terbaring, diangkat lembut lalu serentak pandangannya bertemu sepasang mata itu. Ini bukan kali pertama air matanya mengalir di depan lelaki itu.

"Aku minta maaf." Tengku Hael menarik Erisha perlahan-lahan ke dalam dakapan. Sesungguhnya, hatinya tak sanggup mendengar tangisan Erisha. Bahkan mendengarkan luahan tadi.

Erisha menangis sepuas hati di ceruk leher Tengku Hael. Sedih yang menujah di hati terubat dengan perkataan 'maaf' itu.

"Zahra cukup bertuah dapat ibu macam kau," bisik bicaranya kedengaran di telinga Erisha. Makin sayu tangisan Erisha dilampiaskan tepat pada bahu Tengku Hael.

"Sekali lagi aku minta maaf, aku minta maaf sebab aku masih belum boleh terima keadaan ni, keadaan yang aku sekarang ni dah jadi suami kau."

"Sebabkan rasa tu aku buat hati seorang ibu macam tak ada makna, aku minta maaf Risha." Berkali-kali ungkapan maaf itu disebut oleh lelaki itu, malah dengan katanya yang lain. Erisha rasa tiada salah Tengku Hael lagi.

Tengku Hael hanya masih mengikut hati dan perasaannya yang terluka. Tidak pernah akan terniat di dalam hati lelaki itu ingin menyakiti perasaannya.

Perlahan-lahan Erisha menarik wajahnya dari terus di bahu itu tadi. Rambutnya diselit ke belakang telinga seraya mengesat air matanya yang masih mengalir.

"Tak apalah, awak."

"Saya tahu awak tak boleh terima status kita sekarang. Dengan apa yang saya dah buat semasa hari bahagia awak, Alissa juga tinggalkan majlis disebabkan saya," sambung Erisha sungguh menyedari kesalahannya. Tangan lelaki itu walaupun dia ingin pegang, dia membatalkan niatnya.

Lelaki itu darjat cintanya tinggi. Aku ni cuma perempuan yang dah sakitkan sepenuh hatinya. Tetapi Ya Allah, ingin sekali aku simpan rasa ingin memiliki cintanya lagi.

"Mama nak sangat aku dengan kau bersatu semula, dia fikir cinta kita mungkin boleh sambung semula seperti hubungan yang kita ada sekarang. Andai mudah, aku sendiri dah mula dari dulu.

Tak sanggup aku bahagia tanpa kau. Tapi, kau? Kau sanggup Risha, entah apa yang tak memuaskan hati kau setelah bertahun-tahun kau bahagia, kau jadi bercerai dengan Khairi. Kematian Zahra? Kematian Zahra yang menjadi sebab kau bercerai?" luah Tengku Hael, dari awal baitnya hanya perasaan yang telah lama terpendam.

Mata lelakinya menujah sepasang mata Erisha. Dia mahukan penjelasan. Melilau lama mengharapkan Erisha faham rasa hatinya.

Tak sangka. Pusat mata itu hanya kaku dalam pandangannya. Sekali lagi, hatinya terasa dicengkam emosi yang perit. Masih sama, Risha. Sukarkah untuk awak jelaskan kesilapan apa yang telah saya lakukan sehingga wujudnya insan lain yang bahagiakan awak?

"Sekarang kau hancurkan majlis tempoh hari tanpa menghiraukan apa yang aku rasa, memang peluang tu kau dah dapat sekarang. Tapi, kau sanggup ke berdepan, bersuamikan lelaki yang dah kau lukakan ni? Kau sedar tak kau berdepan dengan orang kau dah sakitkan?" Sehabis mungkin dia tidak mahu keluarkan air matanya tetapi dia gagal untuk menghalang air matanya.

Hatinya begitu membengkak saat ini. Erisha menunduk? Tidakkah dia yang bersalah? Dalam perit Tengku Hael membawa kantung matanya menjauh.

"Kau cekal sangat Risha, memang ini keperibadian kau, aku cukup kenal sangat, kau berani dalam setiap perjalanan hidup kau. Sedikit tolonglah hadirkan dalam hati kau, hati aku ni sakit Risha. Sekarang ni kau jadi isteri aku, kau rasa kau dapat buat hati aku yang kau dah hancur remuk ni kembali pada asal? Sedikit Risha, tolonglah fikir yang bukan kau saja ada hati.

Memang aku hak nak tolak permintaan mama, tapi pernah ke aku selama dengan kau, aku tak terima kau setiap kali kau buat salah dengan aku? Aku akui aku bodoh, bertahun aku patut buang perasaan ni. Tapi cinta ni menyengat sampai aku nampak kau balik Risha. Aku sentiasa berlawan dengan perasaan aku, kau orang yang dah hancurkan hati aku. Aku bodoh! Bodoh sangat sebab walaupun saat tadi, aku tewas dengan kesedihan kau."

"Saya terima seandainya awak nak marah saya, tak layan saya. Saya sanggup terima semua tu, saya akan cuba dapatkan hati awak. Dapatkan apa yang saya sendiri tamatkan dulu."

"Jangan gunakan setiap air mata kau atau kesedihan kau untuk buat aku tunduk. Aku sendiri tak mampu lawan hati aku, Risha. Aku nak sangat kau beri aku masa."

"Saya janji saya tak paksa awak," ujar Erisha seraya jarinya naik menyeka air mata.

Tak sempat Erisha hendak meraih tangan, lelaki itu terus berdiri. Hati siapa saja tak terasa. Tetapi Erisha terpaksa menelan sahaja perasaan itu.

Erisha ikut berdiri bila pandangan lelaki itu masih di wajahnya.

"Ibu kau dah balik, nanti kalau dia dah keluar, kau kejutkanlah aku." Tengku Hael langsung berpaling.

"Awak tak ada kena keluar ke mana-mana?" Erisha menahan tangan Tengku Hael.

"Aku masih cuti kerja," jawab lelaki itu lalu meleraikan perlahan tangan Erisha dari lengannya.

"Awak tidurlah atas katil saya, dekat dalam tak beberapa selesa." Wajah Tengku Hael dipandang dalam agar lelaki itu menerima ajakkannya.

"Bilik ni sejuk, aku lebih selesa dekat dalam," tolak Tengku Hael tanpa nada suara yang akan menyinggungkan.

"Kalau macamtu, awak tunggu sekejap, saya letak alas tebal sedikit." Erisha langsung berlalu ke almari sebelum sempat Tengku Hael mengatakan 'tidak'.

Sesaat, Erisha sudah jumpa satu beg berisi alas tilam yang tebal. Terseret-seret dia membawa, Tengku Hael lalu mendekat mendapatkan beg itu. Beg itu beralih sekejap ke dalam pegangan Tengku Hael biarpun Erisha menggeleng.

Erisha cepat mengikut langkah Tengku Hael, sampai sahaja di ruang itu dan sebaik sahaja Tengku Hael meletakkan ke atas jubin, Erisha terus mengambil alih semula. Bantal diletakkan ke tepi sekejap.

Erisha membentangkan seraya bantal yang diletakkan ke tepi tadi, dialih ke atas hamparan tilam.

"Tidurlah." Erisha cepat bangun lalu memberi ruang kepada Tengku Hael.

"Nanti saya..."

"Kau buat je macam aku tak ada. Cuma nanti datang beritahu bila ibu kau dah balik," sela Tengku Hael terlebih dahulu. Selepas sahaja dia bersuara, dia berlalu membaringkan tubuh.

Sungguh dia terkesan, tetapi tak lama. Erisha angguk sahaja seakan lelaki itu nampak. Perlahan-lahan langkahnya diatur meninggalkan ruang itu.

Benar kata Tengku Hael, dia seharusnya sedar dia berdepan dengan lelaki yang telah dia lukakan. Sungguh tidak tahu malu berdepan seakan tidak bersalah.

Statusnya sebagai isteri seperti hanya isteri di atas kertas dan akad sahaja. Seolah kisah cinta atau lebih tepat kisah perkahwinan yang malang. Awal perkahwinan sudah jelas tidak bermakna.

Tetapi, dia enggan ianya kekal selamanya begitu, dia ingin mengubah. Dia mahu mengubat hati Tengku Hael. Lelaki yang tulus mencintainya itu dulu, masih tersisa kasihnya.

Televisyen ruang tamu yang kedengaran dari tadi, tidak lagi didengari. Elina pasti sudah perlu bergerak ke tempat kerja.

Hatinya berat hendak menahan Elina sekejap sementara dia menyediakan sedikit makanan. Amarah ibu dua hari lepas segar lagi di ingatan. Meskipun usai bertahun-tahun, dirinya tak pernah boleh rasa lali menerima setiap amarah Elina.

Sekarang hubungan mereka sudah keruh. Jika dia memberitahu kebenaran hubungannya dan Tengku Hael, bukankah cuma akan membuat ibunya kecewa lagi.

Seraut wajah ibu menjamah matanya sebelum dia sendiri ingin menjengah. Erisha kembali ke posisinya.

"Risha nak sediakan sarapan. Ibu boleh tunggu sekejap? Risha bekalkan sedikit untuk ibu," pinta Erisha menyampaikan niatnya. Dia memecahkan suara sebelum kesunyian menerpa mereka.

"Boleh," jawab Elina. Wanita itu terlihat mengambil tempat duduk di meja makan dapur itu.

Mudah senyuman terlakar di bibir anak itu setelah mendengar ibunya sudi. Dia lekas menyambung masakannya tadi.

"Harini aku perlu ke Melaka untuk dapatkan kontrak buka cawangan butik baru, paling awal aku balik esok, kalau tidak lusa. Jadi, tadi aku belikan barang sekali untuk kau meniaga.

Aku ambil senarai yang kau selalu tampal dekat peti sejuk kemudian aku rujuk dan beli. Barang semua cukup untuk harini dan esok, lusa aku balik, aku teman kau beli barang baru." Setiap perkataan yang keluar dari mulut Elina cuma Erisha dengar 'aku'.

Perbuatannya menggaul sambal pegun seketika. Tak lama dia mendiam diri, api dapur segera ditutup.

"Terima kasih ibu, menyusahkan ibu je." Erisha menolak patah kata itu dalam rasa hormat. Andai dia bersuarakan isi hati yang sakit hebat akan bahasa diri si ibu, hanya mencetus pertengkaran.

Erisha mencapai senduk lalu mengalihkan nasi ke dalam bekas makanan yang selalu digunakan oleh Elina. Pada satu lagi bahagian bekas itu dipenuhkan dengan sambal. Tangannya sahaja yang bergerak mengikut kebiasaan dilakukan, tetapi fikirannya langsung tidak peka.

Lepas masalah pernikahan, ibu berubah, dia duga hanya seketika ibu berubah sikap. Hubungan baik yang dianggap kekal, ternyata sebegini. Terus meremukkan hati, malah jika kebenaran sampai di telinga Elina, hancur lumat sekeping hati.

"Kau ada apa-apa masalah ke?" Erisha tersedar bila Elina menyentuh wajahnya. Air mata yang dikesat oleh ibu mengakhirkan lamunan Erisha.

"Tak, ibu. Risha cuma sakit mata. Nah ibu, ini makanan ibu." Erisha mengundurkan langkahnya seraya terus kakinya diatur melepasi Elina.

Dia hilang arah, cuma bilik menjadi tujuan. Ruang hujung bilik dipandang sayu. Satu per satu dia perlu tempuh.

Erisha bersandar pilu di permukaan pintu dari dalam. Tika itu dia menunduk kehampaan. Tombol pintu dipegang dalam menggeletar, dalam ketika itu juga dia sungguh mengharapkan ibu tidak terkilan.

Bunyi enjin kereta bergerak meninggalkan halaman rumah. Mata Erisha terpejam lama. Maafkan Risha, ibu.

Berat langkahnya diatur ke ruang solat. Ibunya masih membendung di fikiran. Rasa bersalah, rasa terkilan dan rasa bersalah semula. Semua cukup menyakitkan!

"Awak," panggil Erisha seraya menunduk duduk di sisi Tengku Hael.

"Awak... bangun. Ibu dah keluar." Berkerut kening lelaki itu apabila disuruh bangun.

Erisha memberanikan diri menyentuh lengan lelaki itu. Terasa bahang di tangan lelaki itu membuatkan tubuh Erisha kejung sedetik.

"Awak, awak demam ni." Tangannya laju menyentuh dahi Tengku Hael tanpa memikirkan rasa berjaga-jaga lagi.

Erisha terus mengoncangkan tubuh Tengku Hael. Cuba mengejutkan lelaki itu.

"Awak, bangun." Erisha memanggil dengan kuat. Hatinya mulai gelisah.

Lelaki itu tangkas memegang tangan Erisha yang bertapak di dahinya.

"Aku cuma rasa panas sikit saja." Lemah suara itu menegaskan. Tangan Erisha dilepaskan ke tepi.

"Panas apanya? Sejuk saja saya rasa. Bangun sekejap, awak baring kat katil saya je. Saya pergi ambil ubat." Erisha langsung berdiri.

Tak sempat Tengku Hael hendak menahan. Erisha cepat sahaja menjauh. Dia memejamkan matanya semula dalam menahan sakit yang menyengat di kepala.

Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Wajahnya yang berpeluh disentuh. Dia sudah rasa sejak tadi lagi badannya tidak selesa.

Baru sahaja dia hendak berdiri, Erisha menghampirinya.

"Awak nak pergi mana ni?" Erisha cepat menahan tubuh Tengku Hael.

Lelaki itu yang tidak berdaya, terduduk semula.

_________________
Writer Comment : Okey kita cut. Next chap tggu je ea✋

Btw semua, semua pembaca yg baca tinggal komen cikit, boleh? About, macam mana dari bab awal sampai skrg? Macam sendu or best je?

Please, please. Kita berinteraksi sama-sama, jangan senyap senyap je hm👉👈Boleh? Boleh?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro