MHS : 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"YA Allah!" Pemandu teksi itu gelisah ketika dirinya ditarik keluar dan hampir dipukul.

Sekelip mata sahaja keretanya dirempuh dan didatangi beberapa orang lelaki yang lagaknya seperti orang samseng.

Namun begitu dia cepat berdiri dan cuba menewaskan perbuatan samseng-samseng itu walaupun berkali-kali ditolak.

"Ibu, ada orang jahat." Erisha mulai takut. Sebelum sempat dia memeluk ibunya, lelaki-lelaki itu menarik Erisha keluar.

"Ibu, ibu!" teriak Erisha memanggil ibunya. Elina tidak bergerak malah kaku seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pintu di bahagian Elina dibuka oleh seorang lelaki. Lelaki itu menundukkan kepalanya dan menyuakan wajahnya di depan muka Elina.

Dagu Elina dipagut kasar agar memandang wajahnya.

"Teruk keadaan kau, macamlah mati suami." Suara sindiran itu disiratkan ketawa di bibir lelaki itu.

Elina masih dengan ekpresi yang sama. Licik senyuman lelaki itu.

Respon itu tidak mustahil. Itulah cara layanan Elina terhadapnya.

Tudung Elina dicengkam kuat lalu dengan cara itu dia membawa Elina keluar.

"Ibu!" Erisha berjaya melepaskan diri daripada pegangan lelaki-lelaki tadi. Dia berusaha menolak tubuh lelaki yang menarik rambut ibu itu.

Lelaki itu senyum terhibur. "Tengok ini, anak kau cuba tewaskan aku. Tak jauh beza dengan ayah dia." Ketawanya makin besar.

Elina bertindak menolak anaknya. Sakit yang dirasakan bagai hilang rasanya saat melihat anaknya akan menjadi mangsa pukulan lelaki itu.

Lelaki itu menepuk tangan menggambarkan rasa terkejut menyaksikan Elina menolak anaknya.

"Ibu kau sikit pun tak hiraukan kau, malah dia tolak kau. Sekarang... pergi masuk dalam kereta aku!" tempik lelaki itu di hujung arahannya. Matanya memberi isyarat kepada pekerjanya mengawal Erisha.

Air mata Erisha menitis ke pipi saat terlihat ibunya tidak langsung memandang wajahnya. Bahkan ibunya menolak tanpa menghiraukan lagi dirinya.

Lelaki itu menarik Elina semula ke arah keretanya. Tubuh Elina ditolak masuk ke dalam kereta pada bahagian tepi pemandu.

Berdesing telinga Elina dengan tangisan anaknya tatkala dia menolak Erisha sebentar tadi. Maafkan ibu, sayang... maafkan ibu.

Elina memilih membuang pandangan ke luar tingkap.

Lelaki itu memandang Elina penuh nafsu. Tangannya cuba diletakkan di atas paha Elina.

Namun Elina cepat merapatkan kakinya dan mendekat dengan pintu kereta bahagiannya. Dia memejamkan matanya, dia benar-benar resah.

Abang... Fikirannya hanya mengingatkan suaminya. Jika suaminya masih ada. Dia pasti dilindungi oleh Riffyaz.

"Bukan bermakna aku takkan dapat kau. Kau jangan ingat kau akan berterusan dapat mengelak!" Nadanya kedengaran jelas dalam marah.

Kuat Elina menggenggam tali pinggangnya.

"Tudung kau inilah yang buatkan kau berubah! Orang bodoh macam kau saja dihambakan oleh tudung!" Lelaki itu cuba membangkitkan masalah. Mereka hampir sampai. Sebaik sahaja tiba, tahulah apa yang dia akan lakukan.

Elina menahan tangis. Sungguh dia tidak kuat menghadapi hal ini.

Tudung Elina ditarik keluar dengan kasar. Luas senyuman melihat rambut Elina terurai panjang.

"Ini sepatutnya."

Elina terus menampar muka lelaki itu. Keadaan menjadi sepi. Tamparan itu kuat sehingga pecah hujung bibir lelaki itu. Jarinya menyentuh hujung bibir, darah yang menitis berkali-kali membuatkan lelaki itu hilang kawalan.

Dia keluar daripada kereta. Bahagian Elina dituju, Elina diheret keluar tanpa kasihan. Kuat tubuhnya ditolak mengenai tangga di pintu utama rumah banglo itu.

"Mana anak dia?" Lelaki itu tidak tentu arah. Tamparan itu meninggalkan kesan memeritkan di wajahnya.

Tubuh Erisha ditolak keluar daripada sebuah kereta mewah yang dikelilingi lelaki tadi. Erisha ketika ini mengerang kesakitan sebaik tubuhnya menyembah lantai. Namun, saat rasa sakit mulai menjalar matanya terhenti pada susuk tubuh ibu yang turut terbaring lemah.

Erisha mengabaikan kesakitannya. Dia lantas memaksa tubuh kecilnya yang sungguh sakit itu untuk berdiri demi mendapatkan ibu.

Air mata Erisha berlinang saat matanya menyapa raut wajah ibu. Ibu benar-benar tidak berdaya. Tamparan di wajah ibu masih tinggal kesan lebam. Kasihan ibu.

"Tak payah sedih sangat!" Tubuh Erisha ditarik kuat. Lehernya dipeluk kuat oleh satu tangan. Yang pasti lelaki tadi.

Menyirap darahnya apabila Elina menolak keinginannya dan menampar wajahnya. Dasar perempuan tak guna!

Pisau dikeluarkan kemudian dibawa ke leher Erisha. Dia akan mencabar kesabaran Elina. Elina akan tunduk padanya.

Erisha menangis ketakutan.

"Erisha!" Dalam kepayahan, Elina bangun. Dia duduk dalam keadaan merayu.

"Beritahu dia, aku janji aku takkan balik semula pada Riffyaz. Aku akan tinggal di sini. Aku akan akur dengan kehendak dia, asalkan kau tak apa-apakan anak-anak aku. Tolonglah lepaskan anak aku, tolonglah!" rayu Elina demi keselamatan anak-anaknya dan Riffyaz. Dia sanggup tinggal di sini dan hidup seperti boneka, sebagaimana yang diinginkan.

"Ya itu seharusnya kau akur, tapi yang aku mahukan adalah kau. Aku nak kau, aku janji aku akan lepaskan anak kau dan takkan ganggu hidup kau lagi jika kau serah diri kau sekejap saja untuk aku." Lelaki itu memancing Elina. Bibirnya digigit menahan nafsu melihat Elina. Arahan untuk menghancurkan kebahagiaan wanita itu selayaknya cara begini saja.

"Aku tak mahu, tolonglah jangan!"

"Jadi, diri kau lebih penting dari nyawa anak kau?" Elina menggeleng. Anaknya cuba dipagut daripada pegangan lelaki itu.

Elina menangis, dia buntu. Berkali-kali dia beristighfar meminta bantuan tuhan.

"Ibu, Risha takut." Suara anaknya tidak henti-henti melepaskan tangisan dalam ketakutan. Sedih menusuk kalbunya sebagai ibu.

"Aku..."

"Kami polis!" Satu suara yang tiba-tiba kedengaran, membuatkan lelaki itu terus melepaskan Erisha.

"Apa kau buat ini, perempuan tak guna?" Kuat lelaki itu mencengkam rambutnya. Tubuh Elina ditolak sehingga terjatuh dan kepalanya menyembah batu.

"Ibu!"

"Aku akan dapatkan kau semula, kau ingat tu Elina! Anak-anak kau termasuk suami kau akan mati!" Lelaki itu masuk ke dalam kereta dengan pantas. Enjinnya dihidupkan lalu merempuh pintu pagar belakang. Polis-polis itu tadi segera mendapatkan kereta mereka semula dan mengejar.

Darah yang mengalir daripada seluarnya lebih banyak berbanding di kepalanya. Erisha memeluk tubuh Elina saat tidak mampu berbuat apa-apa melihat Elina tidak sedar.

Suara-suara bingit, jelas di telinganya. Erisha berdiri dan berlari ke arah suara itu.

Pakcik yang memandu teksi itu tadi didapatkan saat dia terlihat pakcik itu sedang mencari.

"Ya Allah, nak! Nurse, ke sini!" Pakcik itu memanggil beberapa jururawat ketika melihat keadaan Erisha yang terluka pada beberapa tempat pada tangan dan muka.

Erisha teresak-esak, dia tidak mampu mengungkap sebarang kata, dia hanya menarik tangan pakcik itu mendapatkan ibunya semula.

Beberapa jururawat yang dipanggil itu lantas merapati Elina terlebih dahulu. Tubuh Elina diangkat ke atas katil.

Erisha berlari mengikuti langkah beberapa jururawat itu dan pergerakan katil.

Pakcik teksi itu turut membuntuti langkah anak perempuan kecil itu.

Tiba sahaja di perkarangan hospital, ibunya diturunkan lalu secepat mungkin disambung oleh jururawat lain untuk dibawa ke ruang rawatan kecemasan.

"Ibu," lirih suara Erisha masih tersedu-sedan menyaksikan keadaan ibunya. Mereka tidak membenarkan dia turut masuk. Makin kuat tangisannya. Titisan darah di lantai membuatkan dia tidak senang.

"Sabar nak, ibu pasti selamat," pujuk pakcik teksi itu menenangkan Erisha. Jatuh air matanya mendengar tangisan Erisha.

Lama mereka menanti rawatan Elina. Erisha mengesat air matanya berulang kali sambil memerhati ke arah bahagian Elina dirawat.

"Rehat, nak. Pakcik akan kejut sebaik ibu bangun." Tidak lekang daripada bibir pakcik itu untuk menenangkan Erisha.

"Risha tak sakit pakcik, ibu sakit. Risha tak nak hilang ibu, ibu cepatlah keluar." Erisha berterusan berharap. Perasaan sebak menguasai hatinya.

Tirai bahagian rawatan ibu dibuka, seorang doktor keluar. Erisha terus turun daripada katilnya.

"Ibu!" Doktor itu menahan Erisha sebelum Erisha mendapatkan Elina.

"Kenapa lari ni dik? Ibu dik tak apa-apa. Cuma ibu dik masih dalam keadaan berpantang, berlaku pendarahan tetapi doktor dah atasi. Adik faham?"

Erisha menggeleng. Ibunya masih cuba dia dapatkan.

"Nurse, pastikan dik ni hati-hati rapat dengan ibunya. Tuan, boleh saya bercakap dengan tuan sebentar?" Dia memberi arahan kepada jururawatnya lalu pakcik teksi itu dirapatinya.

"Ibu, bangunlah ibu." Lemah suaranya tidak mampu dikeluarkan lagi.

16 tahun kemudian (keadaan sama)

Erisha menangis melihat ibunya yang terbaring lesu, bergetar-getar tangannya memegang tangan ibunya. Kejadian ini seakan berulang semula, mengingatkannya semula akan 16 tahun lalu. Mereka diancam.

Dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan disitu di sisi Elina. Lemah lututnya saat disapa panggilan ibunya dan Umi Eza disyaki terlibat dalam kemalangan.

"Ibu... tolong jangan tinggalkan Risha." Teresak-esak suara Erisha sambil mengelap air matanya yang tak henti mengalir itu. Umi Eza sudah tiada, Umi Eza cedera parah ketika cuba menyelamatkan ibu.

"Bangunlah ibu... tolonglah. Risha cuma... ada ibu... Umi dah tak ada, ibu. Bangunlah bu." Tangan Elina dikucupnya lembut dalam kesayuan.

Dia meraih tangan Elina lalu diletak pada pipinya. Erisha memejamkan matanya. Buka sahaja mengalir laju air matanya.

Sewaktu itu, gerakan yang terasa menggamit pandangan Erisha pada ibunya.

Elina menggerakkan kelopok matanya, perlahan-lahan. Terasa pedih matanya apabila cahaya lampu yang terang itu seakan-akan mencucuk matanya. Sebaik sahaja, dia mampu memandang sekelilingnya, Erisha kelihatan jelas di sisi.

Lara mencengkam hati Erisha saat terpandangkan wajah ibunya.

"Umi dah tak ada, ibu. Umi dah meninggal." Bawah bibir digigit menahan sedih di hati.

Tiada suara, tiada patah kata yang dapat disuarakan, ketika ini cuma air mata yang mengalir di pipi Elina.

______________
WRITER COMMENT: Semoga bab baru akan dtg menjadi bacaan lagi✍️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro