MHS : 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TUDUNG ni better berbanding tudung lilit tu," komen Tengku Hael sambil menghulurkan sehelai tudung bawal kepada Erisha.

"Siapa punya tudung ni?" soal Erisha apabila mengecam tudung itu. Itu bukan tudung kepunyaannya.

Dalam masa yang sama, ralit mata Erisha menilik suaminya atas bawah. Hampir lengkap mengenakan pakaian formal berwarna putih bersama vest biru, menepati office attire. Hanya blazer belum disarungkan.

"Cik Su."

"Awak dah minta kebenaran Cik Su ke?" Ragu-ragu pandangan Erisha. Mana tidaknya, tadi Tengku Hael mengucup bibirnya tanpa kebenaran. Tak mustahil.

"Dah. Takkanlah aku ambil macam tu je. Tahulah tadi tu aku buat 'without permission' tapi tu aku buat pada isteri aku. Tak ada istilah salah. Lainnya sekarang, ni orang lain punya, aku kena la minta secara hormat." Tudung itu masih di tangannya dilayangkan di depan Erisha.

Erisha mengecilkan matanya menandakan dia geram. Sejurus itu, tudung itu bertukar tangan.

Tengku Hael senyum dalam diam saat Erisha berpaling darinya. Dia berdiri tegak semula lalu mengikuti langkah Erisha.

Dia memperhati perbuatan Erisha. Senyumannya masih tersisa di bibir seketika Erisha membentukkan segi tiga lalu diamparkan ke atas permukaan katil.

"Pandai jugak awak seterika, tak ada kedut, manik pun tak tercabut," ulas Erisha dalam memuji. Lelaki itu boleh dikatakan makin 'berbakat' seterika tudung dengan baik.

Tengku Hael sembunyi senyum. Hanya alun wajah polos ditayangkan. Dia lalu mengambil tempat duduk di birai katil tepat berdepan dengan Erisha.

"Kau nak tak pakai baju lain selain baju ni?" Lembut suaranya menyoal itu sambil meraih tangan si isteri.

"Baju ni tak cantik ke bagi awak? Ke memalukan?" Suaranya berubah kendur.

Tengku Hael geleng. "Bukan macam tu. Jom ikut aku dulu," ajak Tengku Hael.

Erisha menurut, dia ikut langkah suaminya. Dia agak terpinga-pinga dengan arah tujuan Tengku Hael. Tetapi, terkambus rasa itu apabila menjamah jawline ketika sesekali suaminya berpaling padanya.

"Ini bilik Rawda ke?" tanya Erisha tatkala kakinya mencecah jubin seramik bilik itu. Dia sungguh terkesima.

"Yes."

Bilik Rawda memiliki pelbagai perabot bilik yang mewah. Tetapi tidak hairanlah, Rawda seorang wanita yang meletakkan nilai tinggi pada imej, kehendak dan keperluan peribadinya. Sudah pasti semuanya sempurna.

"Aku ada text dia tadi untuk nak pinjam baju dia. Kau pilihlah mana yang kau nak pakai," suruh Tengku Hael melepaskan perlahan-lahan tangan Erisha.

Dia menarik langsir di dinding tepi katil. Erisha terngadah menyaksikan ruangan bilik persalinan itu di depan matanya.

"Cantiknya!" Erisha menjerit kagum, matanya meliar sekeliling ruang itu. Setahunya dulu, bilik Rawda tidak memiliki ruang ini.

Dia melanggar bahu Tengku Hael demi memasuki ruang itu. Lelaki itu mencerlung tajam ke arah Erisha yang melepasinya. Sanggup merempuhnya?

"Ini semua impian seorang perempuan tahu tak, awak?" Matanya bersinar-sinar. Dia terpukau menyaksikan deretan almari tersusun itu.

Ekspresi Erisha itu perlahan-lahan menyalurkan ketenangan ke relung hati. Keindahan yang Erisha rasa itu membuak-buak rasa di hatinya ingin melengkapi.

"Kau nak ke macam ni?" soal Tengku Hael. Tangan kekarnya langsung memeluk tubuh Erisha dari belakang.

"Nak! Nanti kebetulan saya ada jualan besar bulan depan sebab saya ada join jualan makanan dalam event ARK di Langkawi, dapat beli satu almari dulu pun jadilah!" Tengku Hael yang tersenyum melihat dari sisi wajah teruja isterinya, namun mati senyumannya di beberapa patah kata sebelum akhir.

Dia tersentak bila suaminya mengalihkan tubuhnya. Dia terus mendiamkan diri. Rona muka Tengku Hael saat itu menukarkan suasana menjadi tegang.

"Still join the event?" Matanya mencerun garang.

"Saya ikut Pak Ngah. Pak Ngah minta saya mohon booth di sana untuk jualan makanan."

"Ouh salah Pak Ngah lah?" Tengku Hael mencekak pinggang.

Erisha menggeleng bersama sengihan. Boleh tahan gentar.

"Kau lupa ke ramai yang minta nombor kau masa event tu?" Erisha ditarik rapat agar menatap matanya tika itu. Dia masih ingat semasa acara itu berjalan, Erisha didekati ramai lelaki bahkan manager bagi acara itu juga cuba mengambil peluang memikat Erisha.

Erisha kemam bibir disapa soalan itu. Dia menolak perlahan-lahan dada itu. Cuba memisahkan jarak yang terlalu rapat itu.

"Tapi kan dah lama... Awak pun ikut masa tu," dalih Erisha berusaha meloloskan diri.

"Aku ikut pun, kau sendiri nampak berapa ramai yang berani mengurat kau padahal aku ni sebelah kau je," ungkap Tengku Hael, tewas sungguh waktu itu. Semuanya tampak berani memulakan langkah.

"Apa kata kali ni awak ikut lagi?" Cepat-cepat Erisha menyelamatkan diri lagi.

"Mestilah aku kena ikut," jawab Tengku Hael laju. Mukanya tetap kelihatan menahan bengang. Bila teringat balik, bukan sekadar radang hati, tapi bergetar seluruh badan diulit cemburu.

Kedua-dua tangan Erisha menyentuh wajahnya mengembalikan semula pengamatannya.

"Saya sorry sebab masih join, tapi bukan as volunteer. Join handle booth je." Erisha cuba memujuk. Dia tenggelam dalam raut citra indah milik Erisha.

"Kalau kau nak ruang persalinan baju macam ni, aku boleh je belikan dan upah orang decorate, tak perlu tunggu jualan banyak macamtu. Jadi kau tak payah susah-susah pergi sana," tawar Tengku Hael dengan taktik itu. Mana tahu Erisha boleh membatalkan niatnya.

Dia membalas tatapan iris bundar Erisha.

"Tapi..." Erisha kedengaran teragak-agak.

Tengku Hael pejam mata meski belum mendengar penuh. Tangannya terus dinaikkan tepat di depan muka wanita itu.

Dia mengusir jauh harapan tadi. Cuma menjadi omong kosong, mengecewakan. Akur sajalah, takkanlah hendak menutup periuk nasi orang.

"Tak nak dengar. Dahlah, cepat pilih." Tengku Hael berpaling. Dia menuju ke langsir, cuma bersandar secara sisi di dinding membelah ruang itu.

"Awak pilih sama la." Erisha mengerdipkan matanya.

Tengku Hael menggeleng dan memberi isyarat mata menjelaskan dia enggan.

"Ini kan baju orang, saya malu la nak pilih sendiri, semua cantik pulak tu. Tak sesuai dengan saya yang selekeh ni," ujar Erisha, merendah diri. Sebenarnya, sengaja mahu meraih perhatian.

"Who said kau selekeh?"

"Saya."

"Diri sendiri buta kut," sindir Tengku Hael tanpa bertapis.

"Saya buta awak cakap?" Belum sempat Erisha mendekat, Tengku Hael sudah membulatkan mata dan jarinya menunjukkan ke arah baju.

"Pilih cepat, dah pukul 9."

Erisha mendengus geram. Mukanya memang jelas tidak berpuas hati. Sebaliknya bagi Tengku Hael, mukanya bersahaja, masih dengan rajuknya barangkali.

"Yang ini okey ke?" soal Erisha seperti terpaksa. Dengan berniat geram, dia mempamerkan gaun singkat bling bling milik Rawda.

"Kalau kau nak pakai tu, tak payah keluar, tak payah pergi kenduri. 'Kita' duduk bilik 'sahaja'." Tengku Hael menekankan ayat 'kita dan sahaja' itu. Mahu sangat mengenakannya.

"Orang gurau je pun." Erisha mencebik bibir.

"Bergurau ingat, buat aku merajuk tak ingat? Dahlah, biar aku carikan." Lelaki ini memang bila terangkat saja kening, jujur dia nampak memiliki rupa paras tampan. Erisha sendiri berganjak ke tepi tanpa dialihkan. Terpana dengan wajah kacak itu.

Dia memberi ruang, kali ini gilirannya memerhati Tengku Hael. Dari satu langkah Tengku Hael ke langkah seterusnya, dia ikut.

"Kau ganggu lagi konsentrasi aku, aku cium kau," ugut Tengku Hael memberi amaran dengan sekilas pandang, sedari tadi Erisha menatapnya bagai hendak tembus.

Semberono itu membuatkan Erisha mengundurkan langkah lalu menekup mukanya. Mengalah!

Tengku Hael senyum sinis. Tahu pun, ingat berani sangat. Bisik nakal Tengku Hael di ruang hati kecilnya.

"Baju ni aku rasa sesuai untuk kau." Tengku Hael meraih tangan Erisha mendekat.

"Rawda ada koleksi baju kebarung? Cantiknya baju dia ni." Sekilas matanya tertancap pada beruntun baju jenis kebarung, iaitu gabungan potongan antara baju kebaya dan baju kurung.

"Kau pakai, lagi cantik."

Jujur dia tersentuh. Terasa sirna kain satin itu dipegangannya. Tetapi rasa tersentuh itu cuma seketika. Dia menunduk menilik diri.

Namun Tengku Hael memagut dagunya. Jari lelaki itu menguis hidungnya.

"Pantang dipuji betul. Sekarang tukar baju dulu, aku pun nak tukar blazer warna maroon yang sama dengan kau." Dia membuka butang vest berwarna biru gelap itu lalu melepasi Erisha.

"Kau tukar je kat sini. Lepastu tunggu aku kat bawah." Tengku Hael berlalu sambil menyambung melucutkan butang tadi.

Pantas Erisha menahan. Seketika dia tersedar, jauh berbeza dirinya jika hendak dibandingkan dengan kehidupan Tengku Hael. Dia susah selama bertahun-tahun hidup dengan Khairi. Berbekalkan baju kurung beberapa helai sahaja dia pakai dalam tahun-tahun berlalu bahkan saat ini.

"Saya rasa tak nak la pakai, awak. Baju kurung saya ni pun dah okey," tolak Erisha sedikit kekok.

"Kenapa ni Risha?"

"Saya pergi pakai baju ni je la. Esok saya rasa saya start berniaga dan dapat je gaji saya kerja bulan ni, boleh saya beli baju sendiri. Ini pun baju kepunyaan Rawda. Saya rasa tak selesa," luah Erisha bila disoal dengan nada sebegitu.

"Kau pakai dulu baju ni sebab aku tak ada baju warna cream untuk sama dengan kau, aku pun rasa pakai blazer hitam mungkin okey. Tapi fikir balik, Rawda ada banyak baju. Itu sebab aku suruh kau pakai sekurang-kurangnya sama padan warna baju dengan yang aku ada."

"Tadi pun kau fikir nak beli guna duit sendiri. Aku ni suami kau Risha. Malah dulu atau sekarang, aku tetap ada untuk kau.
Jangankan baju, semua kau nak aku boleh beli dengan rezeki yang aku ada. Bergantunglah harap pada aku. Aku nak jadi orang yang kau harapkan, boleh tak?" Nadanya seperti marah, tapi dia atur suara penuh perlahan.

Agak lama dia menunggu jawapan Erisha. Terdetik rasa hampa.

"Kau..."

"Boleh," jawab Erisha memintas Tengku Hael yang ingin bersuara. Tak mahu menyakiti hati itu lagi.

Senyuman terlakar di bibir Tengku Hael. Lega dia mendengar.

"Good Risha." Kepala Erisha diusap penuh kasih.

"Oh wait, tudung kau," cetus Tengku Hael.

Kakinya diatur keluar dari bilik itu. Namun tak lama, dia kembali bersama tudung buat Erisha tadi.

"Tunggu kat bawah, okey? Jangan rasa tak selesa dah," pujuk Tengku Hael serentak mengucup pucuk dahi Erisha.

Lelaki itu kalih lembut padanya sebelum melangkah keluar. Suatu tika dulu, lelaki ini juga yang sentiasa ada dengannya di saat yang lain mulai pergi.

Dia dungu, dia bersedih kerana tulus mengharapkan dan mendambakan kasih mereka yang pergi.

Tetapi seketika ini dia mulai sedar, lelaki ini yang layak memiliki ketulusannya. Yang harus dia harap dan damba.

"HAEL tak plan ke nak pergi honeymoon?" soal Tengku Afina, dia melirik dan senyum penuh makna pada pembantu rumahnya itu.

"Ada terfikir nak plan, tapi bulan ni tak boleh lagi. Tempat kerja Risha tu rasanya cuti sehari je dalam seminggu," jawab Tengku Hael lalu meneguk secawan air teh di pegangannya.

"Lia ada kerja selain berniaga ke Hael?"

"Ya mama."

"Dekat resort kalau ada jawatan kosong lagi, pujuk Lia kerja situ. Sekurang-kurangnya suami dia lulus cuti lama pun boleh."

Tengku Hael senyum membalas usikan Tengku Afina. Bahkan senyuman tak lekang menggayuti di bibirnya tatkala menangkap bayang Erisha menuruni anak tangga. Lama bersiap pun tak apa kalau jadi cantik macam ini.

"Masya Allah... Tabarakallah. Cantik menantu mama," ucap Tengku Afina bersama pujian kepada menantunya itu. Terpegun akan wajah dan penampilan Erisha.

"Puan, Lia minta maaf sebab baru dapat jumpa puan harini. Banyak kali dah Lia ulang alik keluar dari rumah ni. Tak ada kesempatan nak jumpa puan." Erisha memohon maaf seraya tunduk menyalam tangan Tengku Afina.

"Panggil mama je Lia," tegur Tengku Afina lembut. Nada suara itu benar-benar indah kedengaran di telinganya Erisha. Dia suka dengan kesopanan ibu mertuanya bahkan wanita itu sudah meningkat umur, penjagaan wajah dan nada begitu teratur. Tak pernah dia mendengar suara itu menengking mahupun memarahi, pada majlis tak jadi itu, dia masih menutur kata dengan baik.

Dia melirik pada si suami. Dia bersyukur, Ya Allah.

"Makanan yang Lia masak kelmarin tu pun dah cukup, mama dah anggap macam Lia jumpa mama. Pandai menantu mama ni masak." Rancak suara mamanya menyambut bual dengan Erisha. Dia turut senang.

Bukti terharu berputik di bibirnya.

"Terima kasih mama."

"Dah siap isterinya pun, Hael. Pergi baik-baik. Lia, sampaikan pesan mama kepada Pak Ngah Lia, nanti ada masa jemput masuk." Pandangannya beralih pada Erisha.

Melihat Tengku Hael berdiri, dia tetap di situ.

"Tadi Cik Su cakap mama nak cakap dengan Lia. Mama nak cakap apa?" Berbahasa dia bertanyakan itu.

"Tak apalah yang itu. Lia keluar lah dengan Hael dulu. Ada banyak masa lagi mama boleh berbual dengan Lia."

Erisha angguk perlahan. Tangan tua itu disalam sekali lagi lantaran diikuti Tengku Hael.

Dia mendoakan kebahagiaan anak dan menantunya itu. Dia benar-benar bahagia menyaksikan pasangan itu memupuk kasih kembali.

"Biar aku sarungkan kasut kau. Baru kau boleh feeling cinderella sikit," sela Tengku Hael sambil menunduk ke kaki Erisha.

"Saya boleh je duduk." Erisha undur langkah.

"I said what, Erisha?"

"Okay fine, sayang." Dia saja buat jual mahal, tetapi dengar suara itu tegas. Tak jadi jawabnya. Guna cara lain melembutkan.

Tengku Hael automatik angkat wajah.

"Sayang?" Dia cepat menyarungkan kasut di kaki Erisha. Kemudian berdiri dengan mengulang panggilan itu.

"Tak..."

"Boleh..." Dada Tengku Hael ditekankan dengan jarinya agar lelaki itu terus melangkah ke belakang.

"Ke..."

"Panggil..." Hampir Tengku Hael jatuh tetapi pantas tangan itu dia ditarik. Tangan itu dipautkan di pinggangnya.

"Sayang?" Erisha begitu rapat bersama hati yang puas.

Kemenangan berpihak padanya!

___________________
WRITER COMMENT : Ergh maaflah, buat satu bab ni pun dah rasa susahnya🤐👌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro