MHS : 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Btw nak maklum, kejap lagi baca ni ada yg saya bold (tebalkan first ayat) sama je tempat act. Tapi macam lain watak yg ada, macam point of view by erisha and point of view by Tengku Hael and also Irfan. Harap dengan bold tu boleh lebih faham.

TEMBOK pintu masuk yang tertera tulisan Aura Bayu Resort menjadi perhatian. Ada bunga manggar di tiang bersebelahan tembok itu. Tentu sebagai simbolik lokasi majlis perkahwinan yang mereka akan hadir sebentar nanti.

Dia lirik seketika ke arah Tengku Hael yang masih berbual dengan Encik Razlan di tingkap kereta.

Dia hanya tersenyum sahaja. Enggan menganggu, dia menyambung menuju ke arah tarikannya tadi. Tampak satu kad di antara bunga manggar kiri dan kanan.

Saat dia ingin baca, dia tersentak. Tubuhnya terasa dipeluk dari belakang.

"Tu Pak Ngah tu." Jari telunjuk orang belakangnya itu mengarahkan ke arah kereta Encik Razlan. Spontan kedengaran hon.

Tapak tangannya melambai ke arah kereta milik Encik Razlan. Sekali lagi bunyi hon ditangkap. Tanda membalas lambaiannya.

"Tadi bukan tengah sembang ke?" Matanya melingas ke sisi. Baru sangat beberapa saat lelaki itu sedang ralit berbual.

"Aku tengok kau dah tak ada kat sebelah, hilang la concentrate. Pak Ngah pun nak gerak dah. Ada hal," balas Tengku Hael sambil matanya menumpu pada perhatian Erisha tadi.

"Kau tengok kad kahwin ni ke?" Tengku Hael merenggangkan pelukan. Kad kahwin itu ditenung dalam.

"Hisy tak payah la tengok sangat!"

Tengku Hael tergelak kecil. Pipi gebu Erisha dicuit.

"Taklah, kau tengok tadi macam menarik sangat." Muka Erisha kembali menjadi tatapan. Terlalu indah pandangannya saat ini.

Bohonglah tak menarik. Tapi, tak apalah. Balas hati kecilnya.

"Jom masuk," ajak Tengku Hael sambil menghulurkan tangannya. Usai itu lirikan anak mata Tengku Hael memberi isyarat.

Tanpa teragak-agak, Erisha menyambut.

"Kereta awak belum siap repair?" soal Erisha seiring langkahnya diatur bersama lelaki itu.

"Lambat lagi aku rasa," balas Tengku Hael lirih. Senyumannya terlihat pahit.

"Awak mesti sedih kan, tu kereta kesayangan awak," duga Erisha. Dia mengamati sisi wajah itu.

"Sekarang kau ada, kaulah kesayangan aku. Semua yang kau rasa kesayangan bagi aku dulu, dah tak lagi macam tu." Meskipun dikerumuni ramai, dia tetap mendengar suara itu.

"Lepas kau pergi," sambung Tengku Hael seraya mengerling Erisha sebentar.

"Hael..." Erisha ingin bersuara.

"Kau tunggu sekejap dekat sini. Aku nak pergi letak baju kau." Tengku Hael mengambil kesempatan itu melangkau topik. Bait bicaranya tadi cukup sekadar dengar sahaja. Dia tak harap balas.

Lelaki itu tetap menggaris senyum membuatkan Erisha terpaksa melepaskan tangan Tengku Hael. Dia cuma mampu memerhati sosok Tengku Hael yang berlalu hilang dari pandangan.

"Memang dia takkan boleh bahagia dengan tenang Risha, selagi kau tak beritahu dia kebenaran," kata Erisha sendirian. Air matanya tak segan bergenang ke pipi.

Baru sahaja dia ingin berpaling ke arah pantai, bahunya dilanggar kuat.

"Aduh..." Erisha menggosok-gosok bahunya yang terasa seakan terseliuh itu.

"Maafkan saya, saya tak sengaja."

"Susah nak handle client tadi, Humai," rungut satu suara berdekatan, membalas bualan sepupunya. Tali lehernya dikemaskan.

"Aku pun pening nak tenangkan. Tadi pun sampai tercabut kau punya tag nama." Humairah mengembalikan tanda nama yang tercetak sebaris nama Irfan Hasni.

"Petang ni aku tunggu Tuan Hael masuk. Kalau macam dia tak masuk, aku rasa tak boleh cuti lagi esok," ujar Irfan langsung berserah.

Dalam saat melangkah, kakinya bagai terhenti dengan sendirinya apabila mendengar suara seseorang sedang meminta maaf. Dia memusingkan badannya ke arah suara itu.

Bunyi deringan telefon mematikan bicara yang ingin dilanjutkan oleh suara itu, kelihatan di matanya pemilik suara itu ada bersama seorang gadis yang sedang menjawab panggilan. Dia tersedar akan sesuatu.

"Saya leka sangat cari kunci sebab dah lambat." Mungkin sekadar tanpa sengaja melanggar pemilik suara itu.

"Tak apalah, cik. Sikit je," balas pemilik suara itu sambil memegang bahu. Terlihat gadis itu bergegas meninggalkan pemilik suara itu usai kata maaf lagi.

Mulut Irfan seakan digam. Hatinya bagai tidak percaya siapa yang sedang dilihatnya sekarang ini.

Baru sahaja Tengku Hael ingin keluar, bunyi pintu dikuak menerpa gegendang telinganya.

Sepasang mata Tengku Hael memandang ke arah muka pintu untuk melihat gerangan.

"Ada apa you masuk ke bilik ni?" Tengku Hael terus bersuara.

"Maaf Tengku Hael, saya masuk sebab tertinggal telefon saya. Tadi Encik Irfan minta saya ambilkan fail di dalam pejabat Tengku Hael." Satu suara menjengah pendengarannya dengan nada perlahan.

Tengku Hael melingas pada meja kaca di ruang duduk bagi memastikan keberadaan telefon yang dimaksudkan.

"Kenapa tak minta pada Humairah? Perlu ke you yang masuk?" Tengku Hael mempersoalkan seraya mencapai telefon di atas meja itu.

"Maafkan saya sekali lagi Tengku Hael, tadi Cik Humairah tak ada dekat depan jadi sebab tu saya yang masuk ambil dan sekarang pun Cik Humairah masih tak ada," terangnya, kemungkinan Tengku Hael salah faham. Matanya mengikut tindak Tengku Hael apabila Tengku Hael menuju ke arahnya usai meraih telefonnya di atas meja.

"Lepasni, tunggu saja secretary ada baru you yang masuk."

"Terima kasih Tengku Hael." Pekerja itu menghembus nafas lega lalu mengatur langkah keluar.

"Sekejap." Tengku Hael bersuara semula menghentikan langkah pekerja itu.

"Sampaikan pada Hilman, nanti ada masa I datang melawat."

"Jadinya awak boleh tolong..."

"You tak perlu tahu. Juga, I bos you, I harap you terus hormat I, Reena," tegur Tengku Hael terus mengatur langkah keluar tanpa melihat walaupun sekilas wajah pekerja yang dipanggil sebagai Reena itu.

Reena menyelak rambutnya kasar. Dia betul-betul perlukan pertolonganlah!

"Risha..." panggil Tengku Hael ketika mendekat.

Bahunya sedikit diregangkan sambil menanti Tengku Hael merapatinya.

"Jom," ajak Tengku Hael. Senyuman manis menggayuti di bibirnya saat wajah itu menjamah ruang mata.

Bau maskulin campuran bau minyak wangi yang sebati dengan rongga hidungnya menerjah.

"Awak spray minyak wangi yang awak selalu pakai dulu tu ke?" Hidungnya digeselkan rapat ke tubuh Tengku Hael. Berusaha memastikan bau itu.

"Yelah. Kau suka kan."

Erisha angguk laju. Dia tahu Erisha sangat menyukai haruman minyak wangi ini dulu. Ternyata Erisha juga masih ingat.

"Aku pun suka bau haruman kau," tutur Tengku Hael seraya menarik nafas menyerap haruman Erisha.

Erisha terus menekup hidung Tengku Hael. Tengku Hael mengemaskan tangan Erisha menutup di sekeliling hidung sahaja.

"Tangan pun wangi," puji Tengku Hael. Walaupun hampir tertutup mata dek tangan Erisha tetapi jelas raut wajah itu memerah.

Tiada yang anggun di mata Tengku Hael. Dia seakan dikaburi sesaat sebelum Erisha menariknya memulakan langkah. Terhibur dia dengan rasa segan Erisha.

Baru sahaja beberapa langkah diatur, terlihat pada pandangannya baju Erisha basah di bahagian bahu.

"Baju kau basah," nyata Tengku Hael sebaik mereka melangkah.

Erisha paling pada bajunya, dia pegang sedetik. Dia tidak perasan tadi. Sudah nasib, orang itu pun tak sengaja tadi. Dia hanya melakar senyuman.

"Tadi ada orang terlanggar bahu saya, mungkin air dia terkena saya. Saya pun baru perasan."

Badan Erisha dipusingkan ke arah sisi kanan. Ketara bentuk bahu dan bahagian pinggang.

"Kau pakai blazer aku, ni nampak jarang, tak baik untuk pandangan orang," detik Tengku Hael menilik lantaran mengeluarkan kata.

"Tak apa, awak. Awak boleh cover saya, lagipun sekejap lagi kita duduk." Erisha menarik tangan suaminya. Tindakannya segera meraih tangan suaminya melilit pinggang.

"Tuan Hael," sambut seorang gadis berkebaya pendek mendekati mereka yang tidak jauh dari ballroom. Jelita gadis itu mengenakan baju itu beserta wajahnya diatur alat solek. Mungkin itu salah seorang pekerja yang dimaksudkan oleh Tengku Hael.

"Ini bos Nia ya? Jemput masuk," pelawa seorang lagi yang turut berbaju yang sama. Wajahnya sedikit tua, pasti ibu kepada gadis tadi.

"Terima kasih Tuan Hael dan puan sebab sudi datang majlis ni," ucap gadis itu tanda menghargai kedatangan mereka. Erisha menguntum senyuman manis, membalas ucapan gadis itu.

Dia dihulurkan satu beg begitu juga Tengku Hael. Tengku Hael agak lambat menyambut menyebabkan Erisha menyambut bagi pihaknya.

"Terima kasih dan terima kasih jemput," ucap Erisha ramah.

"Selamat pengantin baru juga kepada tuan puan ya," sela gadis tadi lalu memberikan lagi cenderamata majlis itu kepada mereka berdua.

Erisha senyum gembira. Gembira disambut walaupun sekecil itu. Seperti menerima hadiah lain meski sama.

Dia melihat perubahan wajah isterinya, ekpresi muka Erisha bahagia saat melangkah ke dalam dewan itu. Dewan ini sememangnya dibuka bagi menerima tempahan majlis perkahwinan. Bahkan bersama pakaian pengantin dan hiasan majlis, pasti itulah membuatkan Erisha terpegun pada saat ini.

"Majlis ni lengkap dan nama pengantin sama seperti pasangan yang diijabkabul," sebut Erisha sendiri. Dia nampak wajah itu berubah riak.

"Tak macam saya," sambung Erisha memaksudkan kepada dirinya sendiri. Namun cuma mampu terlafaz di dalam hati. Muka suaminya ditatap dengan senyuman lalu beredar ke meja ambil makanan.

Tetamu majlis itu berpakaian mewah dan berhias membuatkan Erisha rasa kekurangan. Dia menerima senyuman yang mesra dari beberapa mata yang membalas pandangannya. Mungkin mereka membalas hanya kerana pakaiannya turut mewah. Jika tidak? Hanya dipandang dengan senyuman kelat.

"Awak nak nasi apa?" Dia kalih pada Tengku Hael bersama pinggan di tangan.

"Nak kau, boleh?" Sengaja Tengku Hael merapatkan tubuhnya meski cuma dari sisi. Erisha merenungnya tajam, dahsyat betul!

"Berchandya." Tengku Hael membisik bersama nada nakal di telinga Erisha. Hampir Erisha tergelak besar, tangan Tengku Hael ditepuk perlahan.

"Ikut sangat trend tu awakni, cepat bagitahu nak yang mana, nasi nak yang mana?" Erisha berkeras. Sudahlah ramai juga sedang beratur, Tengku Hael sempat ambil peluang mengusik.

"Nasi minyak," jawab Tengku Hael seakan serius. Dia mengajuk nada isterinya itu.

"Ayam bahagian paha ya. Satu lagi ni yang mana-mana pun tak apa," pesan Erisha kepada tukang membahagikan lauk itu. Erisha bergerak perlahan seraya berganjak dari satu lauk ke satu lauk yang lain.

Tengku Hael memerhati sahaja Erisha mengambil makanan. Erisha masih ingat akan makanan yang diambilnya.

"Aku ambilkan air." Tanpa disuruh, Tengku Hael menawarkan diri. Tetapi, dia menanggalkan terlebih dahulu blazer miliknya yang tersarung di tubuh. Sejurus itu, dia melabuhkan blazer itu di antara kedua-dua belah bahu Erisha.

Jujur dia tersentuh, sebelah mata mengekor Tengku Hael yang berlalu ke ruang air.

Sebaik sahaja air memenuhi cawan, Tengku Hael bergerak mencari meja kosong. Kebetulan ada satu meja yang mempunyai dua kerusi kosong.

Dia mendaratkan cawan itu lalu mendapatkan Erisha semula. Bukan sahaja dua pinggan, Erisha menambah lagi dengan makanan pencuci mulut yang tersedia.

"Ini kita punya ke?" Erisha mengiyakan dengan anggukan tanpa kalih padanya. Mata isterinya cuma meliar meraih satu per satu pencuci mulut yang ada.

"Sekejap tau, saya nak ambil dessert ni," pinta Erisha sambil menunjukkan ke arah pencuci mulut di atas meja panjang itu.

Kedua-dua pinggan itu bertukar tangan. Erisha kembali memegang pinggan yang diletakkan seketika di atas meja.

"Aku nak satu juga." Sempat dia menyelit. Erisha membelai lembut wajah tampan suaminya. Sama naik je ha suaminya ni!

Dia menanti seketika Erisha yang sedang memilih. Ketika Erisha seakan berura-ura selesai, dia memulakan langkah. Tiba di meja, Erisha masih di meja makan tadi.

"Ya Allah, diani kan." Tengku Hael berkerut geram. Kali ini pinggan didaratkan bersebelahan cawan tadi.

Dia mengorak langkah ke arah Erisha semula.

"Hey Risha, dah tu. Jangan ambil banyak sangat, nanti tak habis." Pergelangan tangan Erisha diraih. Kalau tak cegah, nanti semua Erisha angkut.

Erisha didudukkan ke kerusi. Isterinya itu sudah muncung. Dia lalu mengambil tempat di sisi Erisha.

"Bukan dessert mahal saja yang ada kat situ. Malah ada kuih apam, kuih kaswi, kuih lopeh dan kuih ketayap, saya nak ambil setiap dari tu satu-satu je," omel Erisha. Dia merendahkan suara memandangkan kiri dan kanan ada orang.

"Bagi habis ni dulu, lepastu dah habis baru ambil lagi, okey?" Kepala Erisha dielus perlahan. Seakan memujuk budak kecil.

Seperti dirasuk, Erisha serta merta menurut.

"Okey..." Terpujuk habis Erisha dengan belaian itu.

Kau mengada ea Risha, mula-mula malu lepastu tadi buat perangai manja kononnya. Erisha menggerutu di dalam hati. Dia sendiri geli tapi sebenarnya tidak memahami diri sendiri.

Terukir senyum di bibir Tengku Hael. Erisha gembira untuk menjamu selera menjadi tatapannya.

Perlahan-lahan dia mulai sedar, dari tadi di luar sehingga menapak masuk. Erisha mengharapkan sesuatu.

"Aku rasa kau macam nak kenduri macam ni, betul?" Tengku Hael melihat sekeliling majlis lantaran menebak isi hati Erisha.

Erisha terhenti menyuap nasi ke dalam mulut.

"Kalau suka, nanti majlis belah kau. Buatlah secantik ni, aku okey je," kata Tengku Hael, kali ini benar-benar membuatkannya berpaling.

Mulut Erisha bagai dikunci. Dia membulatkan mata, ingin memastikan yang telinganya tidak salah mendengar.

"Makan tu bagi habis dulu, Risha." Pipi Erisha yang kembung disentuh lembut.

Senyuman gembira menghiasi wajah mereka berdua.

_____________________________
WRITER COMMENT : Omegod imso excited buat bab ni, teringin buat suasana majlis kahwin. Tapi agi best buat majlis biasa, tapi memandangkan hael pengurus resort, sekalikan je la.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro