MHS : 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEHARIAN dia memujuk Tengku Hael, sama ada di tempat kerja mahupun sekarang. Sudahlah waktu dia menjemput Tengku Hael di pejabat selepas dia balik kerja tadi, lelaki itu senyap saja. Balas cuma sepatah seperti tadi bila dia ajak keluar ke taman.

Bukan sahaja senyap, tetapi bergerak ke sini tadi secara asing. Tengku Hael pergi dengan motornya, bila hendak naik sekali lelaki itu bergerak saja pergi.

Tika ini mereka di taman yang Tengku Hael melakukan kejutan buatnya tempoh hari. Pada waktu malam, taman itu didatangi ramai orang dan pelancong memandangkan tempat itu dihidupkan lampu berwarna warni ketika waktu malam.

Lelaki itu cuma jalan manakala dia mengayuh basikal. Dia ajak tapi Tengku Hael enggan. Dia turut sama tak mahu tetapi lelaki itu yang menuju ke seorang abang yang menjaga basikal itu, lalu dibayar untuk naik. Sukarlah seorang lelaki bernama Tengku Hael hendak menghampakan Erisha.

"Hurm... awak macam mana kerja harini?" Erisha memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Lama dah tak dengar soalan tu." Sudah menjadi kebiasaan Erisha bertanya bagaimana kerjanya dulu.

"Lama tak tanya awak macam tu jugak," balas Erisha sambil mengayuh basikal perlahan seiring Tengku Hael.

Argh! Tengku Hael cuma diam. Taknak jawab ke tadi?

Erisha mengimbangkan basikal. Sebelah tangannya cuba mencapai tangan Tengku Hael.

"Worst day, without you." Tangan Erisha kejung sebelum hampir mendapat tangan Tengku Hael.

"Maknanya awak dah tak merajuk dengan saya ke?" Mendengarkan jawapan itu, Erisha langsung ceria.

Terlalu ceria menyebabkan Erisha hilang kawalan. Dia terjatuh bersama basikalnya.
Mujur Tengku Hael sempat menahan basikal dari menghempap ke atas Erisha.

Pedih terasa di tapak tangannya yang mula berdarah.

"Kau okey tak?" Tengku Hael mengetepikan basikal itu lalu turun di depan Erisha. Hilang suara dingin lelaki itu.

"Sakit tangan ni." Erisha menunjukkan tangannya yang sedikit terluka. Jatuh atas jalan tar, tak hairanlah boleh berdarah.

"Eh awak, nak pergi mana ni?" soal Erisha apabila tangan Tengku Hael seperti ingin mencempungnya.

Tengku Hael dengan gagah tetap mengangkat tubuh Erisha tanpa menghiraukan soalan itu.

Dia terpempan dengan tindakan itu namun dibiarkan sahaja. Dapat menarik perhatian Tengku Hael. Sakit pun sakitlah.

Erisha diturunkan berdepan singki tepat di antara tandas awam lelaki dan perempuan.

"Tahan sikit." Tengku Hael bersuara lagi.

Tapak tangan Erisha yang terluka itu direnjis-renjis air.

"Aduh, sakit." Pedih.

Dalam pada itu, dia tetap tersentuh dengan cara Tengku Hael ketika ini

"Aku nak merajuk pun tak senang." Dahi Erisha dijentik. Dia baru saja terharu.

"Lagilah saya sakit!" tempelak Erisha melepaskan geram. Dahinya digosokkan perlahan-lahan seraya menjeling tajam Tengku Hael yang berada di sebelahnya.

"Naik basikal macam budak-budak tahu tak? Jatuh pun ikut macam budak-budak, lainlah kecil lagi nak jatuh, ni dah besar. Cuba berwaspada sikit," omel Tengku Hael sambil cuba merawat luka di tangan itu.

Erisha sembunyi senyum. Entah mengapa tetapi ayat-ayat sedari tadi melambangkan diri sebenar Tengku Hael. Lelaki itu tetap akan risau walaupun hakikatnya sedang menanti pujukan.

"Aku rasa maybe ada plaster luka dalam seat motor. Kau tunggu sini sekejap tau, aku nak pergi ambil," pamit Tengku Hael. Namun, Erisha laju menggeleng.

"Eh tak payahlah awak. Sikit je, kejap je boleh baik." Sia-sia sahaja tatkala Tengku Hael sudah berlalu meninggalkannya.

Erisha menjuihkan bibir. Hanya matanya menyoroti pemergian Tengku Hael sehingga hilang dari pandangan.

Erisha melihat seketika luka di tapak tangan. Dia sendiri ngeri, bercalar-calar semasa dia menahan tangannya agar tak jatuh keseluruhan tubuh.

Tengku Hael terlihat berlari anak ke arahnya membuatkannya dia menanti dengan senyuman yang tak mampu dikawal lagi. Jangan kata blushing, pecah darah habis satu muka kalau macam ni.

Dalam langkahnya mendapatkan Erisha semula, bahunya terlanggar seseorang.

Senyuman Erisha serta merta mati. Sepasang matanya menyaksikan suaminya bertembung dengan seorang perempuan. Berterabur barang-barang perempuan itu dari dalam beg tangan.

"Maaf," pinta Tengku Hael merasa bersalah. Mata Tengku Hael yang melihat Erisha, diakhirkan dan menunduk untuk membantu perempuan itu mengutip.

"You... you Tengku Hael, kan?" Kedengaran suara perempuan itu menjadi gembira. Riak wajah perempuan itu turut berubah ceria.

Bagai pisau yang menghiris kalbu Erisha tatkala Tengku Hael membalas pandangan perempuan itu.

Tengku Hael seperti mengenali perempuan itu. Mereka seolah berbual lalu berdiri sebaik barang selesai dikutip. Erisha membaca bibir suaminya, jelas suaminya mengenali perempuan itu.

Cemburu menikam hatinya. Baru sahaja dia hendak menuju ke arah suaminya itu. Tengku Hael terlebih dahulu melepasi wanita itu dan menyambung tapak ke arahnya semula.

"Terlanjur you kat sini boleh kita berbual tentang how progress resort you dekat Melaka." Perempuan itu tetap menghalang Tengku Hael. Suara perempuan itu agak kuat, lebih tepat dapat didengarinya.

Erisha terus berdiri. Radang hati apabila tangan gadis itu hinggap di tangan Tengku Hael.

Tengku Hael menepis, dia tetap melangkah ke arah Erisha. Dia buat seperti gadis tadi tidak wujud.

"Siapa dia tu?" soal Erisha tanpa secalit senyuman.

Perempuan itu terlihat masih menerpa, bahkan tika ini berdepan dengannya. Mata perempuan itu tertancap pada tangan Tengku Hael yang meraih tangannya.

"You dah kahwin?" Wajah perempuan itu kelihatan jelas terkejut tidak percaya.

"Ya, dah kahwin. You ni siapa?" Erisha yang berdiri menghadap gadis itu.

"I investor Aura Bayu Resort."

"Habistu investor boleh pegang suami orang ikut suka hati? Tak malu?"

Erisha merentap tangan Tengku Hael mengikutinya meninggalkan kawasan itu. Tajam matanya melingas ke arah tadi sebaik sahaja tiba ke ruang letak kenderaan. Kelibat gadis itu berlalu seolah tiada apa berlaku. Mujur gadis itu tak ikut, kalau ikut memang dia nganyang dah.

"Awak pun diam je dah kenapa bila saya tanya?" Erisha terus melampiaskan amarah.

Tak betah dia di sini lagi. Dia masuk ke dalam kereta meninggalkan juga Tengku Hael terkebil-kebil di luar. Rasakan! Tadi kenapa diam?

Enjin kereta dihidupkan lalu segera meluncur keluar dari situ.

Dalam perjalanannya, terpandangkan di luar. Mereka seiring. Ergh!

Erisha memecut laju usai menyelusuri simpang ke rumah ibu. Lebih baik balik rumah ibu!

Seperti berlawan siapa yang sampai dulu. Erisha makin geram, pedal minyak ditekan sehingga berakhir tepat di depan rumah Elina.

Motor Tengku Hael berhenti berhadapan keretanya, lelaki itu turun terlebih dahulu dan menuju ke bahagiannya.

Tengku Hael mengetuk cermin keretanya agar dia menurunkan cermin.

"Ada apa la..." Terjeda soalan itu tatkala Tengku Hael menyeluk tangannya ke dalam kereta dan membuka lock pintu.

Dari luar, Tengku Hael melapangkan pintu.

"Apa awak ni?" Erisha meronta ingin menarik semula untuk tutup.

Tengku Hael turun berlutut lalu meraih semula tangannya.

"Lupa ke tangan ni sakit?" soal Tengku Hael tetap memagut tangan Erisha. Plaster luka dikoyak lalu ditampalkan perlahan-lahan di atas luka bercalar itu. Satu dan satu lagi plaster Tengku Hael tampal.

Hatinya terpujuk dibuai suara dan cara Tengku Hael merawat. Geramnya! Cepat sangat terpujuk.

"Dia pernah jadi kekasih awak ke?" Erisha bertanya dengan suara masih jual mahal.

"Kau seorang saja kekasih aku yang sekarang dah jadi isteri aku." Muka Erisha ditatap sekejap.

"Dia tu memang selalu ganggu aku sejak dia jadi pelabur untuk resort aku di cawangan Melaka," cerita Tengku Hael lalu tangannya beralih pada kaki Erisha.

"Aku keluarkan sikit kaki tau," maklum Tengku Hael. Dia memegang bawah lutut Erisha lantaran membawa keluar secara perlahan. Dia ingin memastikan keadaan kaki Erisha juga.

"Habistu setiap kali dia ganggu, awak diam dan bagi je ke dia sentuh awak?"

"Aku selalu tinggal dia macam tu je. Cuma dia selalulah tarik aku dari belakang," balas Tengku Hael masih seperti bercerita.

Hangat hati. Erisha spontan berdiri, terbayang seolah perempuan itu ada di depan muka, tapi malangnya hanya terbantut lalu kesannya terhantuk kepalanya di lining roof.

"Aduh, aduh! Arghh sakitnya!" Terbuntang mata Tengku Hael saat itu.

"See... Kan bertambah lagi sakit, janganlah marah sangat," pujuk Tengku Hael. Tangannya yang naik menggosok kepala Erisha.

"Berani sangat dia tu tarik awak, tadi pun awak dah datang kat saya. Dia sibuk lagi ikut," marah Erisha memetik geram kejadian tadi.

"Aku tahu apa yang kau tak suka. Aku tahu apa yang akan buat kau trauma, aku takkan bagi kau rasa sakit hati macam tu bila dengan aku." Tengku Hael membicarakan tulus. Dari mata Erisha sudah boleh baca. Mata itu lebih lantang bersuarakan keikhlasan.

"Saya tak marah awak pun, tadi sebab awak tak jawab cepat dan diam je masa saya berdiri hadap perempuan tu tadi. Saya jadi marah la."

"Aku cuma diam sebab aku macam terkejut bila dia ikut aku jugak. Kau tak rasa jantung aku berdebar? Gusar kalau kau salah faham? Itu aku terdiam. Bukannya seperti kau fikir," jawab Tengku Hael menjelaskan perasaan mulanya tadi.

"Saya bukan boleh banyak fikir je, boleh terkeluar otak ni kalau ada yang cuba ganggu awak. Dahlah perempuan tu cantik," provok Erisha betul-betul tak puas hati.

"Mata aku ni nampak kau seorang je cantik."

"Awak sayang saya sebab rupa?" Gilirannya angkat kening seperti Tengku Hael selalu mempamerkan setiap kali menduga.

"Kalau aku jawab ya?"

"Macam mana kalau saya dah tua..."

Jarinya melekat di bibir Erisha. Matanya membulat.

"No, kau ni fikiran laju betullah! Sama macam tadi, drive kereta tu laju boleh kalah kereta race kat litar."

"Saya bawak laju sebab saya tengah emosi. Memang marah dengan perempuan tu tapi effect tu kena kat awak." Kedua-dua tangannya hinggap ke pipi Tengku Hael, sengaja bermain di wajah itu.

"Eh kau jangan nak buat lupa, aku merajuk tadi pun kau belum pujuk habis lagi."

Spoil la macam ni. Erisha terpaksa menamatkan rajuk di hati. Tapi ada satu idea menjengah fikirannya. Muka Tengku Hael terus dipandang dalam.

"Esok saya cuti, kita pergi honeymoon sehari nak tak? Kalau bukan sehari, dua tiga jam pun tak apa atau sejam waktu rehat awak, nak tak? Nak tak?" Erisha mengulang ajakan itu seiring rasa teringin.

"Patutnya aku yang ajak kau. Ni kau pulak ajak aku?"

Erisha mengangguk berkali-kali. Lebar senyuman di bibirnya.

"Sehari tu tak beberapa boleh, tapi satu jam boleh. Esok ada banyak jugak kerja, sorry." Tengku Hael berdiri separuh lalu memboloskan sedikit tubuh, dia memeluk Erisha.

"Aku minta maaf." Kali ini hanya ungkapan maaf tanpa kata lain, yang terbit dari mulutnya.

"Awak janganlah buat saya rasa serba salah dengan peluk macam ni, saya okey je. Plus kalau awak tak boleh, nanti cuti lain kan saya ada lagi. Tiap-tiap minggu ada, bukan esok je."

"Aku nak esok jugak dan... sebenarnya kaki lenguh melutut." Kepalanya yang direhatkan di bahu Erisha, sempat digesel manja sebelum Erisha menarik tubuhnya dari memeluk.

"Jomlah masuk!" Erisha mendecit geram. Sebelah tangannya sudah menarik kunci.

Tangan Tengku Hael kembali dipegang. Pintu kereta ditutup. Jari Erisha menyentuh motornya bersama lirik mata sebagai isyarat agar dibawa masuk ke ruang halaman.

"Jom naik sekali."

"Tadi awak tinggal saya, kan? Tak nak naik! Lagipun bukan jauh." Erisha cebik lalu memalingkan muka ke arah lain.

"Bukan tinggal..."

"Tak mahu dengar, cepat masuk!" Erisha terus saja memberi arahan dengan muka ketat. Namun cuma mendapat ketawa Tengku Hael.

"Eh tapi kejap!"

"Nak naik ke?"

"Terlanjur tadi kan pasal resort awak tu, saya sebenarnya pernah dapat tawaran untuk catering di resort awak sebelum ni."

"Kau buat catering jugak?"

"No! Itu bukan yang saya nak jawab sebab saya nak cakap bukan jawab. Actually, sebelum ni saya pernah tolak, boleh tak kalau saya nak terima? Boleh kita selalu jumpa."

"Kau pun nak no, no macam aku ke?" Sempat Tengku Hael memetik itu. Dia terlebih fokus kecomelan penggunaan kata Erisha yang terikut dengannya.

Pantas saja Erisha membesarkan mata, menggambarkan dia serius. Jarinya mencuit manja hidung Erisha. Garang sangat!

"Sebenarnya about catering resto aku approve cuma certain. Irfan yang diperlukan approve yang tu. Aku akan beritahu dia esok, boleh tak? Boleh tak?" usik Tengku Hael saat di hujung perkataannya. Patah kata depan sahaja Tengku Hael tukar. Lainnya mengikut nada Erisha.

Terletus ketawa Tengku Hael disapa cemberut pada wajah Erisha.

_______________________
Writer Comment : How how bab niiiiiii? Btw akan wujud someone bakal menganggu emosi.🤐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro