MHS : 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DIA terpaksa membatalkan niatnya tatkala pemilik tangan itu memimpin tangannya keluar dari ruang itu.

“Orang dapur sekarang tengah sibuk, tengok luar pun dah cukup nampak betapa dorang tu tengah sibuk. Yang awak tu pulak sibuk jugak, sibuk nak masuk.” Jari pemilik tangan itu menunjukkan keadaan luar. Saat ini, benar-benar bagai tidak terdengar suara, hanya gerak bibir mungil itu terkumat kamit. 

Tengku Hael tersenyum. Kelihatan comel pada pandangan matanya pemilik tangan itu.

Erisha, Erisha. Kau ingat aku akan sanggup khianat kau? Kau kebahagiaan aku. Sakitkan kau tadi, aku pun turut rasa kesannya.

Sekelip mata, pinggang kecil Erisha disauk lalu tubuh genit itu dirapatkan pada tubuh tegapnya. Dia tak peduli pandangan orang, lagipun semua orang di situ fokus terhadap makanan, tiada masa menyaksikan adegan mereka.

"Awak!" Erisha berdecit perlahan meski rentaknya seakan menjerit. Hampir sahaja ketahuan dengan orang ramai yang berada di dalam Resto itu.

Dia ingin meronta, namun malangnya dia terpaksa memeluk erat leher Tengku Hael apabila Tengku Hael menahan kedudukannya dengan pantas melangkah.

“Awak nak bawa saya pergi mana ni, Hael?” soal Erisha merenung tepat anak mata Tengku Hael. Jarak mukanya rapat sekali. Kalau berbaik, mesti pipi itu dikucup.

“Selamat tengahari, Tuan Hael.” Suara memberi ucapan bergema di gegendang telinganya.

Menggeletar seluruh tubuh Erisha. Automatik Erisha menyorokkan muka. Serentak itu dia terpaksa menyembamkan mukanya di dada bidang Tengku Hael.

Tengku Hael terlihat cuma fokus terhadap reaksinya. Dia meneruskan langkah. Jawab tidak, angguk pun tidak kepada pekerjanya. Walaupun pekerja-pekerja itu turut menyambung hala tujuan, tetapi tidak elok sebenarnya.

“Kesian diaorang awak buat tak tahu je. Diaorang tu pekerja awak. Si Reena tu pun pekerja jugak, dia bercakap dengan awak, awak layan je. Nak pilih kasih ke apa?” bidas Erisha, padahal niatnya hendak menegaskan pekerja tadi.

“Jujur aku cakap, sepatah pun perkataan tak keluar dari mulut aku masa tadi. Aku cuma baru saja dengar berapa dia nak pinjam.  Sebelum dia masuk pun aku dah tunggu kau, aku baru dapat mesej kau dah terima barang. Aku ingat kau dah sampai, ternyata dia yang masuk.” Seiring langkah, Tengku Hael cuba menjelaskan.

“Memanglah awak tak cakap apa-apa sebab belum lama,” balas Erisha dingin.

Tengku Hael terpaksa menurunkan Erisha di sebuah kerusi panjang yang sememangnya ada di situ. Suara Erisha benar-benar makin lain. Gadis itu cuba dingin, namun dia tahu Erisha cuma terpaksa menahan rasa.

Bilik itu tidak terlalu jauh, tetapi dia rasa tidak sesuai langsung dibiarkan Erisha cuma meluahkan perasaannya ketika keadaan memaksa seperti mencempung Erisha sesaat tadi.

“Lama atau sekejap. Aku tak pernah minta dia datang. Aku tengah tunggu kau datang, bukan dia,” terang Tengku Hael lagi, intonasinya tersangat lembut. Lebih tepat, dia turut merasa sayu kerana dia yang bersalah.

Sedari tadi mata Tengku Hael teguh dia renung. Dia sungguh dibayangi semula kasih Tengku Hael. Dengan setiap bait ungkapannya demi menjelaskan.

“Saya sendiri runsing, yang mana satu betul. Kalaulah awak ada niat nak balas dendam, awak jujur je. Saya sendiri boleh undur diri.” Ego. Layaklah ego bila dah saksikan perempuan yang tak sepatutnya wujud antara kami itu.

“Balas dendam takkan berlaku dan tak pernah wujud, Risha. Nak sakitkan kau sikit pun, boleh sakitkan seluruh jiwa raga aku. Aku sayang kau lebih dari nyawa dan kekuatan. Kau tu dah ibarat kekuatan aku dan kau jadi kelemahan aku bila kau tak ada.

Reena tu dari dulu cuba resahkan kau, tapi jawab aku Risha. Pernah ke aku biarkan ianya terjadi?”

Beginilah sebab, dia tak pernah mampu menyalahkan Tengku Hael. Lelaki itu, masih tetap tulus mencintainya. Tapi, hatinya sentiasa goyah. Cemburu. Itu saja sebab dia mampu terus menyalahkan Tengku Hael.

“Tadi awak dah biarkan terjadi.” Erisha tidak menolak tangan itu dari mengenggam tangannya.

“Aku tahu apa pun alasan aku dan apa yang aku explain, takkan boleh tenangkan kau. Kalau aku dekat tempat kau, aku pun sakit walaupun dia dah bersuami.” Faham pun. Andai tak cemburu dan tak sakit hati tadi, air matanya takkan sewenang-wenangnya mengalir. Dia rasa bahagia gila kut tadi masa dalam perjalanan tiba ke sini.

“Mungkin kau takkan percaya juga dengan aku, tapi aku tetap nak tunjuk usaha yang aku buat untuk kau. Tadi aku paksa kau, sekarang. Aku minta izin.”

“Izin apa?”

“Izin pergi bilik honeymoon kita. Boleh tak kita pergi sekejap, satu jam macam kita janjikan semalam?”

“Saya tak nak.” Erisha terus berdiri. Kakinya ingin diaturkan.

“Syalia Erisha.” Namanya disebut keras. Suara Tengku Hael begitu tegas menghentikan niatnya untuk menapak.

“Sebagai suami, aku nak kau ikut aku.”

TANGANNYA menyeluk poket mengeluarkan sekeping kad. Kad itu ditekankan di ruang tersedia di tombol pintu akses.

Kakinya mencecah lantai bilik yang ditempah khas untuk Erisha. Semuanya sungguh lengkap. Sangat lengkap.

Setapak langkah Erisha masuk, jarinya menekan satu button lampu.

Seperti disangka, tiada senyuman yang terbit di wajah itu. Tuhan sahaja tahu, dia dihurung rasa kian bersalah.

“Aku minta maaf sebab dah hancurkan perasaan bahagia kau. Aku yakin kau akan happy tengok ni kalau kau tak terasa dengan aku. Aku sekurang-kurangnya patut tunggu kau, tapi sumpah demi Allah lilahitaala aku tak ada niat macam kau fikir, aku tak suka langsung dia tiba-tiba nak jumpa aku.”

Dia dipandang lama usai habis patah kata itu.

“Aku nak kau tahu, kalau tentang dapat kerja dekat sini, aku langsung tak tahu, bukan sepenuhnya aku handle urusan perlantikan dan penerimaan pekerja.” Lelaki itu masih ingin menerangkan.

Erisha menggeleng. Dia cuma membawa langkah ke dalam ruang bilik itu. Perlahan-lahan kakinya memijak kepingan bunga ros itu.

“Kenapa awak tak fikir dulu untuk tolak berbincang dengan dia? Awak tahu tak hati saya berlawan dengan perasaan tersakiti sebab nampak dia ada di dalam pejabat awak tadi? Hati saya menidakkan sebab saya tahu awak macam mana, tapi perasaan saya terkesan.

Kalau awak tolak, saya tak rasa macam ni sekarang. Mesti detik ni membahagiakan sangat.” Erisha jujur tersentuh. Fikirannya tadi, tak terduga indah sebegini Tengku Hael cuba mempersembahkan. Padahal dia datang sini, bawa diri je. Dia pun fikir, cuma seperti meluangkan masa di ruang tempat kerja lelaki itu saja.

“Risha,” seru Tengku Hael lalu turun melutut. Dia ingin melihat muka Erisha. Mulai basah lagi dengan air mata.

“Risha, aku tak ada niat pun nak buat kau macam ni, aku minta maaf sebab aku terima bodoh-bodoh je. Aku akui aku pun bodoh. Malah bodoh sangat bila dah buat kau menangis.” Sedih hatinya menyaksikan air mata Erisha mengalir kerananya.

“Memang salah awak. Tapi salah dia tu banyak! Negeri ni besar, banyak resort dan hotel. Boleh je kerja dekat tempat lain, kenapa sini juga jadi tujuan dia?” Sebal suaranya bersulam sayu.

Malah saat ini, mendengar suara Erisha juga menggamit sayu tak terhingga. Tengku Hael bangun dari posisi bawah, lantas dilabuhkan pingulnya bersebelahan Erisha. Lalu perlahan-lahan dia merapatkan tubuhnya.

“Dah lama dia kerja sini, ini kali ketiga aku nampak dia selama aku tahu dia bekerja. Kali pertama, masa aku baru tahu dia kerja di sini. Kali kedua, baru je dia masuk bilik aku untuk ambil fail urusan manager dan last time tadi.” Tengku Hael mengesat perlahan air mata Erisha yang berlinang.

“Hilman tu ada masalah apa pulak kali ini?” Erisha memegang bawah dagu, dalam rasa hiba, dia ingin menanggalkan tudung. Tudungnya basah, muka basah, hati pun basah dengan rasa cemburu, memang tangisan di mana-mana!

“Dia minta pinjam duit untuk kos perubatan anak dia.” Tangan Erisha dibawa ke peha. Dia yang mengambil alih mencabut pin di bawah dagu itu.

“Anak dia sakit?” Dagu Erisha didongakkan sedikit.

“Aku tak tahu selebihnya. Kan aku terus kejar kau.” Matanya merenung seraut wajah itu. Masih tersisa air mata yang belum kering.

“Buat apa kejar saya? Kan boleh je berbincang dengan Reena tu lagi?” tanyanya sinis. 

“Aku kejar kau yang sepatutnya aku kejar. Reena tu tak pernah wujud di dalam kamus hidup aku, walaupun ya aku dan kau kenal dia. Tapi dia tak pernah menjadi yang penting bahkan untuk dikenali sebagai kawan sekelas, sebesar hama pun tak layak.”

Hurm okey,” keluh Erisha. Rose petal diatur secara bentuk hati dipegang. Sedihlah, masa ini bahagia, kenapa perlu hadir perempuan tu?

Tuala juga membentuk hati di bahagian tengah katil.

“Sebelum ni aku dan Hafiz pernah buat macam kerja amal waktu weekend. Mama yang sponsor,” cerita Tengku Hael ringkas. Tudung Erisha dikeluarkan lalu dibawa ke meja.

Dia pernah tolong seterika tudung Erisha dulu, waktu tudung Erisha basah terkena hujan. Erisha ajar peraturan tudung, banyak sangat. Mustahil tak ingat. Boleh ingat hanya disebabkan Erisha terlalu comel menekankan 'peraturan' itu.

“Alhamdulillah murah rezeki mama. Tapi, pasal pertolongan yang Reena minta pada awak, saya nak... awak tolong dia. Saya memang ragu-ragu dengan dia, bahkan awak. Saya bukan pandang enteng je hal awak dan dia...”

What's meaning of aku dan dia. Tak ada. Ada kau dan aku sahaja.”

“Maksud saya bukan bermakna saya okey dengan apa yang dah jadi, yang awak terima saja nak berbincang tanpa beritahu saya. Sebab awak terima, saat ni jadi hancur. Sayang sangat.” Keindahan hiasan bilik itu cuma menjadi sendu.

“Dah kau tak okey, kenapa nak suruh aku tolong dia? Aku dengar pun aku cuma akan sampaikan pada mama, aku takkan handle. Lagipun mama ada pekerja amal yang lain.”

“Saya nak awak tolong sebab saya tak nak dia rasa kehilangan macam yang saya rasa. Lalui dan dapat tahu anak sakit pun dah boleh hilang nyawa. Apatah lagi kalau kehilangan sepanjang nyawa.

Dia minta tolong awak sebab dia tahu sakit anak dia. Dia ibu yang baik, saya ni? Saya ibu yang teruk. Saya, hari-hari dengan Zahra, belai dia, kasih dia, hantar dia ke sekolah, boleh tak tahu sakit yang dia tanggung selama tu,” luah Erisha setiap detik yang dirasainya.

“Kau tak tahu bukan bermakna kau ibu yang teruk. Itu takdir, Risha. Tak ada manusia di muka bumi ni nak rasa kehilangan.”

“Mustahil la saya tak rasa saya teruk. Bukan sahaja rasa teruk, saya jugak rasa bersalah sangat, dia lahir dengan masalah kesihatan, saya yang melahirkan dia pun tak dapat kesan apa yang dah jadi terhadap anak sendiri.”

“Jangan fikir macam tu.”

“Saya dah fikir dah pun.”

“Sekejap,” jeda Tengku Hael. Dia menyeluk poket belakang, dia mengeluarkan telefon pintarnya.

Sebelah tangannya melingkari pinggang Erisha lalu dia mendekatkan posisi mereka.

“Waktu kau mengandungkan arwah Zahra, kau ada sakit?”

“Tak ada la, cuma sakit macam kurang pengambilan makanan je. Paling sakit pun, masa lahirkan Zahra.”

“Kau tak makan ke? Bukan ke masa mengandung ada mengidam? Berat badan kau tak naik ke masa mengandung?” Tujuan carian berubah. Jarinya ligat mencari 'masalah ketika perempuan mengandung'.

Hisy apa awak ni, cuba tukar tu jadi ibu ke. Tahulah perempuan yang mengandung, tapi istilah 'perempuan' tu tak sesuai.”

Dia berpaling pada Erisha di sisi.

“Mana la tahu kena tulis ibu,” balas Tengku Hael, meskipun begitu dia tetap menunggu hasil carian yang sedang dimuatkan.

Sekejap, dia melirik pada Erisha.

Walaupun seketika, ketawa Erisha tadi menyenangkan sekejap perasaan gusarnya.

_________________________
Writer Comment : Bosan tak kalau banyak patah perkataan, ce komen? Sebab if macam banyak, saya nak kurangkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro