MHS : 58

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BETUL ke ni, Lia?"

Tengku Hael? Dialah yang paling gembira. Kalau boleh, semua orang dia hendak beritahu.

"Syukur alhamdulillah Lia." Tengku Afina orang yang pertama mendapat tahu dari mulut Tengku Hael. Titisan air mata gembira seorang ibu itu menyentuh hatinya.

"Terima kasih, mama," balas Erisha hiba. Dia tunduk memeluk susuk tubuh di atas kerusi roda itu.

"Hael nak bawa Lia keluar, bawa dia pergi cari apa yang dia nak."

Dunianya terasa sukacita hendaknya. Bukan kerana permintaannya akan diturutkan, namun rasa bahagia yang dipamerkan. Andaikan dia memiliki saat ini dulu bersama Tengku Hael. Pasti Zahra ada di depannya tika ini. Andai begitu, dia akan ceritakan betapa bahagianya Tengku Hael.

"Amboi, cepat bukan main. Takkanlah nak cari baju baby dah?" Sakan Tengku Afina mengusik. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan melainkan kalimat kesyukuran ke hadrat ilahi.

"Bukanlah ma, Hael nak cari makanan yang Risha suka."

Masih segar di dalam ingatan, tangan suaminya menggigil dan diri itu menahan sebak. Tidak cukup membuktikan dia senang akan kurniaan ini?

"Semua nampak ceria je, ada hal yang Azi terlepas?"

Tengku Hael berpaling. Ya Allah, dia rasa teruja. Beginikah perasaan seorang suami bila menyampaikan bahagia ini?

Wajah Erisha dipandang. Kerana kau, aku miliki rasa ni. Aku bersyukur Risha. Anak ayah, ayah bahagia sangat.

"Ada." Tengku Hael menuju ke arah Radzi yang menuruni anak tangga.

"Boleh ke aku tahu, Long?"

"Azi ada hal ke turun? Nak keluar?"

"Aku cuma dengar riuh dekat bawah tadi, kenapa Long?"

Wajah sang suami tak lekang dengan senyuman. Menitis air matanya.

"Jomlah ikut aku keluar, kita keluar satu family. Rawda mana? Along nak beritahu berita gembira."

Sayu benar Erisha saat terasa Tengku Afina memeluknya, wanita itu benar-benar memahami perasaannya.

"Mama, jom sekali."

Tengku Afina menggeleng perlahan.

"Hael keluar je la adik beradik. Mama dah tua, tak larat nak menyusahkan anak-anak, dengan kena heret mama berkerusi roda."

"Apa mama cakap macam ni?" Berat hati Erisha mendengarkan itu.

"Mama tak pernah menyusahkan Hael. Apa salahnya kita keluar satu family. Hael nak mama ada juga masa Hael beritahu kepada adik-adik Hael."

"Mama cakap tak apa. Mama kena tidur awal. Esok mama nak keluar dengan Cik Su dan kawan-kawan mama."

"Nak keluar dengan geng rupanya!"

Riuh suara Tengku Hael mengusik kembali Tengku Afina. Setelah sekian tahun lamanya, akhirnya tawa kembali mewarnai kesunyian rumah itu.

Tengku Afina menyedari senyuman dan gurauan senda anak sulungnya itu. Lama dia tidak mendengar suara ceria milik Tengku Hael. Anaknya itu akhirnya menemui kebahagiaannya kembali. Terima kasih Ya Allah, kau menitipkan semula hati dan jiwa anakku yang telah lama hilang.

Rawda melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia sendiri tidak sedar gamat di dalam rumah dari luar tadi. Terlalu melayankan perasaan, dunia nyata sebaliknya terasa khayalan.

"Awak, Rawda." Erisha menggoyang jari Tengku Hael usai diraih.

Tengku Hael kalih dengan senyuman masih tersisa. Senang dia menyambut Rawda pulang.

"Da, jom kita keluar. Long ada hal nak beritahu," ajak Tengku Hael, nadanya nirmala. Suci dihurungi rasa bahagia.

Pandangan Rawda hanya ke arah Radzi. Lelaki itu tidak langsung menoleh ke arahnya. Namanya Tengku Hael sebut, jelas dan ketara, Radzi masih tak peduli? Sakitnya perasaan? Hanya tuhan sahaja yang tahu.

KHABAR itu diraikan penuh makna. Begitukah rasa gembira mempunyai adik beradik?

Dia diberikan hadiah, siap diberikan cadangan nama.

Mendengarkan pula pertengkaran adik beradik itu, mereka hendak nama mereka turut ada sama. Tengku Hael dan Rawda sampai sanggup gabung nama mereka supaya adil. Anak siapa ni sebenarnya?

Tengku Hael lebih tegas, Rawda berubah garang manakala Radzi sebaliknya, dia mempunyai nama yang lebih indah berbanding gabungan nama Tengku Hael dan Rawda.

Sukanya andai dia memiliki kebahagiaan ini sebagai adik beradik antara mereka juga.

Terasa hubungan mereka memang akrab, cuma wujud jurang setelah semuanya kian membesar dan mempunyai kerjaya sendiri, dan sibuk menguruskan masa. Jika tidak, pastinya begini hari-hari.

Meski akhirnya perlu berpisah semula dari perbualan dan pertemuan ini, tetapi senyuman menghiasi bibir mereka adik beradik itu.

Sungguh, hari ini memori yang indah. Hari ini, menyedarkannya pelangi mempunyai makna sebenar dan... seindah ini.

"Berpeluh dah suami saya ni, suka ye?" Dahi suaminya pecah keringat. Sudahlah mereka ada di tengah medan pasar malam.

"Suka. Bahagia yang aku sendiri dah lama tak rasa." Tangan Erisha yang mengesat peluhnya dibawa ke bibir. Dia kucup lama.

"Aku nampak kau senyum je dari tadi, kau mesti gembira tengok aku dengan diaorang kan?"

Erisha mengangguk.

"Akhirnya aku dapat buat kau rasa apa yang kau tak pernah rasa, momen dengan adik beradik. Alhamdulillah dapat lengkapi salah satu kebahagiaan yang kau idamkan."

"Ada yang lain lagi ke yang saya belum rasa lengkap? Ada awak dan keluarga awak, memadai bagi saya. Dengan bakal anak kita lagi, Lillahi saya bersyukur."

"Aku tak dapat nak gambarkan, tapi apa aku boleh cakap, kau kuat sangat." Dia meraih tangan Erisha.

"Kuat?"

Mereka mula melangkah.

"Sebab kau dah lalui dua kali detik ni. Mesti akan penat lagi, rasa sakit-sakit. Masya Allah. Semoga syurga buat kau, ibu." Dia berbisik perlahan. Dia benar-benar memaksudkannya.

"Lalui detik penat dan sakit memang lumrah. Saya sanggup lalui demi awak, demi syurga saya ni." Sisi wajah itu dicuit.

"Nanti aku nak teman kau bersalin, boleh?" Seakan hanya mereka di situ. Biarlah perbualan mereka didengari pengunjung pasar malam itu, dia cuma menyedari Erisha sahaja di sini.

"Kenapa tanya macam tu? Mestilah boleh. Awak tak tanya pun, saya memang nak." Mata Tengku Hael ketika itu menatapnya penuh bahagia. Alangkah jelitanya Erisha saat ini.

Langkah mereka dibawa keluar dari kawasan pasar malam itu.

"Aku ada baca satu website ni, aku boleh teman kau bersalin kalau kita ambil kursus bersalin, nanti aku tanyakan, aku boleh masuk apa-apa pun kursus demi kau," ujar Tengku Hael lagi, dia memang bersungguh mahu merasakan detik itu. Bersama insan yang telah lama didambakan ini.

Erisha pandang penuh libu. Tahan Erisha, jangan nak menangis. Keliling ni ada orang.

"Dulu kau bersalin, selesa tak dekat hospital tu?" Wajah Erisha dinanti agar memandangnya.

"Alhamdulillah ada rasa selesa." Erisha cuma menunduk, menyembunyikan air mata yang sudah bertakung. Terharu tahu?

"Aku ada check hospital yang lebih selesa untuk bersalin. Dekat Selangor. Aku tak kesah kalau kau nak lahir dekat situ. Aku baca komen mommys, situ memang terbaik."

Sekali lagi? Tengku Hael, awak lebih indah berbanding permandangan saya saat ini. Kota Melaka, indahkan dia?

"Tak payahlah awak. Jauh. Sini dah la." Erisha cuba mengawal nadanya.

"Ada resort aku lagi dekat Selangor, Kita boleh tinggal situ start kandungan kau 6 bulan macam tu. Lagipun masa kandungan kau linkungan tu, projek aku memang dalam fasa akhir, aku kena ke sana sini. Aku tak nak tinggal kau." Lelaki itu berusaha meyakinkan.

Sedihlah macamni. Janganlah buat orang terharu sangat, awak.

"Esok saya nak buka buku pink, saya tak naklah tukar klinik. Lagipun kena pastikan juga sama ada saya boleh ke tidak bersalin hospital swasta.

Kita masuk kursus tu je la. Sekurang-kurangnya tu momen kita bersama... demi si kecil ni." Sedayanya Erisha menahan rentak suara. Sayu tahu tak?

"Argh, Ya Allah. Tak sabar aku nak jadi ayah. Esok, kita pergi hospital sama-sama. Aku nak tengok kau buka buku pink tu." Saat ini, terbuntang matanya. Kuatnya suara. Dia langsung kalih.

"Ouh... Kau nangis, patutlah menunduklah dan pandang tempat lain."

"Awak tu pulak..." Jatuh air matanya apabila terpandangkan wajah itu. Merah. Mata... mata suaminya berkaca. Menanti masa melahirkan tangis saja.

"Kau yang buat aku macam ni."

Oh, tuduh.

"Saya yang nangis dulu!"

"Kau nangis bahagia, kan?"

"Ya la!" protes Erisha. Soalan memang cari pasal!

"Aku pun sebab bahagia. Bahagia akan jadi ayah. Jadi ayah!" Lantang.

"Hei... Nak bagi siapa dengar?"

"Nak semua orang dengar, aku bakal jadi ayah. Nak semua orang dengar, akhirnya aku miliki detik yang dah lama aku inginkan, miliki anak bersama dengan kau." Tengku Hael langsung membawa Erisha ke dalam pelukan. Bersaksikan kota ini, mereka merasakan bahagia. Bahagia yang tak ada nilainya. Tak terkata.

"KAU balik naik apa?" Soalan itu keluar dari mulut Radzi.

"Naik grab but after I jalan-jalan. I perlukan masa untuk bersendiri," balas Rawda tanpa perasaan. Apa salahnya? Lelaki itu bukan mempunyai perasaan terhadapnya. Takkan terasa punya.

Rawda mengubah haluannya.

"Sedih hidup you, Rawda Amalyn. Orang yang you suka, sukakan orang lain." Berbicara sendiri? Ya, dia buat begitu. Setelah tak mampu lagi dipendam... Apa yang boleh dibuat selain menyalahkan diri?

Dia sempat berpaling, bayang Radzi hanya samar-samar. Andai cinta terhadap Radzi juga mampu samar seperti jarak Radzi dengannya yang kian terhapus tika ini. Tak ada la rasa sesakit ini seandainya begitu.

"Macam mana la I boleh jatuh cinta terhadap you, Ngah? I jatuh cinta sampai buat I sedar hidup yang I rasa megah selama ni ternyata kosong."

"Azi tak risau tinggalkan Cik Rawda?" Soalan dari Pak Rashid menghentikan langkahnya.

Dia mengeluh seketika. Bohonglah jika dia tak gusar. Tetapi, cuma sia-sia sahaja perasaannya. Rawda pasti akan menipunya. Hidup gadis itu penuh dengan agenda.

"Dia pandai jaga diri. Lainlah saya ni, jalan pun kena pimpin lagi," jawab Radzi sambil berseloroh. Dia nampak tenang. Namun, bukannya memaksudkan dia enggan mengambil berat lagi. Biarlah dia mementingkan perasaan sendiri berbanding Rawda.

Dia terpijak sesuatu saat membenamkan kaki ke atas karpet kereta. Kasutnya dialihkan, dia terus menggapai tangan ke bawah.

"Ubat Pak Rashid ke?" Bunyi papan ubat. Dia sekadar meneka.

Pak Rashid menyambut, bait deskripsi pada papan ubat itu dibelek.

"Controloc... Rasanya ni ubat yang Cik Rawda minta Pak Rashid ambilkan tadi."

Riak muka Radzi dingin.

"Bacakan semula apa nama ubat ni," arah Radzi, nadanya berubah tegas. Tak mungkin dia salah dengar.

"Controloc."

"Kita pergi pada Rawda."

"I benci you Ngah!" Saat Rawda ingin mencampak batu ke dalam tasik itu, satu tangan menahannya.

"Rawda Amaryn!" Suara Radzi. Dan... Wajah itu.

"You dengar tak apa yang I cakap tadi? Leave me alone lah, Ngah!"

"Tinggalkan kau, biar kau ada masaa berdiri kemudian telan ubat yang kau alergik. Kau dah tak sabar nak mati sangat ke Rawda?"

Rawda berkerut. Apa maksud dia ni?

"Kau telan ubat ni?" Papan ubat tadi ditunjukkan di depan Rawda.

Rawda bungkam.

"Kau dengar ke tidak?"

Rawda mempunyai alahan terhadap ubat ini. Dia akan diserang anafilaksis. Alahan yang serius dan bahaya. Mustahil Rawda terima ubat ni, dia sendiri tahu dia alahan terhadap ubat ini.

"Kau memang nak mati sangat ke?" Nadanya naik satu oktaf. Kesabaran dalam dirinya semakin menipis. Nafasnya turun naik. Patutlah Rawda kerap mengalami alahan. Janganlah kata, semasa majlis itu dia sengaja mengambil ubat ini. Tapi... Untuk apa?

"Jawablah, kenapa diam?" Lantang suara Azi mahukan penjelasan daripada Rawda.

Azi menjatuhkan ubat itu tepat di depan kasutnya. Di depan Rawda, dia memijak ubat itu.

"Jangan buat macam you peduli sangatlah tentang hidup I!" Rawda tak selesa dengan sikap ambil berat lelaki itu.

"You dah reject I, you tahu tak yang tu lebih menyakitkan? Mencintai orang yang tak mencintai I pun, bahkan tak ada perasaan langsung terhadap I. Sakit! Lagi sakit dan membunuh daripada ubat tu bila you ada menaruhkan perasaan terhadap perempuan lain. Sakit Ngah, sakit!

Ubat ni I telan untuk hapuskan rasa sakit hati yang I rasa. Sekurang-kurangnya bila I sakit kena alergik, I lupa sakit hati yang I rasa. Ubat ni... Ubat yang you dah pijak ni. You hancurkanlah sekalipun, you ingat I peduli? Hospital banyak dekat Malaysia ni, farmasi, klinik, semua ada ubat tu. I boleh dapatkan lagi!" Enggan lagi dia di situ.

"And... please berhenti berpura-pura macam peduli!" Langkahnya diatur pergi.

"Kalau kau berhenti makan ubat tu, aku akan terima kau," ujar Azi menghentikan langkah Rawda.

"Aku akan terima kau sebagai isteri aku." Dingin suaranya namun dia memberi jaminan itu, tulus.

_____________________
Writer Comment : Maaf la macam lebih dari dua scene, sebabnya... Semua ni dekat tempat sama je. Tapi lain2 watak la nak diterangkan. Gituuuuu...

Hope my reader enjoy yaaa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro