MHS : 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SABAR ya sayang," pujuk Erisha sambil memeluk Tengku Hael. Dari awal perceritaan Tengku Hael, tangan lelaki itu menggigil.

"Aku rasa mama langsung tak faham aku, sejak dulu lagi aku sedar. Kau sendiri nampak bekas luka aku, memang zahirnya dah berparut tapi..." Bergetar bibirnya cuba mengutarakan perasaannya.

"Dalam hati awak masih berdarah setiap parut tu, kan? Ya Allah, sayang. Siapa je boleh lupakan bila diri jadi mangsa buli? Perihal mama, mama rasa dah berlalu bukan bermakna dia tak faham awak, tapi saya rasa dia cuma nak awak tolong Hilman." Erisha membelai lembut wajah Tengku Hael. Hatinya rapuh melihat Tengku Hael dihurung sayu.

"Kau rasa aku perlu tolong dia?" Mata Erisha direnung dalam.

"Kalau awak tak mampu, jangan paksa diri awak. Saya tak nak awak tolong, saya tahu betapa teruknya dia terhadap saya dan terutamanya awak."

"Aku ingat lagi, kau kena tempias disebabkan tolong aku. Aku akui aku tenang sangat bila dah pukul dia sepuas hati aku. Tapi... Aku tak boleh lupa setiap apa yang dia dah buat dekat kau, apa lagi terhadap diri aku sendiri. Macam manalah aku nak tolong dia?"

"Awak cakap, isteri dan anak dia jadi mangsa."

"Ya isteri dia..." Dia terjeda. Erisha mencapai terlebih dahulu tangannya.

"Kesian isteri dan anak dia, awak. Saya tolong awak sekali, kita sama-sama hadapi dia, nak? Kita buat demi isteri dan anak dia, boleh?"

"Kau tengah mengandung, Risha. Aku tak naklah kau masuk campur, nanti..."

"Saya teman je." Erisha cuba meyakinkan. Tangan suaminya digoyangkan perlahan.

"Nantilah aku cuba usahakan." Enggan memberi kata putus, biarlah Erisha sekadar berharap seketika. Dia sendiri tak mampu lagi berhadapan dengan Hilman.

Buku pink Erisha di atas meja, dipandang.

"Terima kasih sebab kau tenangkan aku. Tengoklah keadaan kau, masih mampu lagi nak tolong aku hadapi masalah aku." Perut Erisha disentuh.

Tadi mereka terpaksa pulang, dalam bergembira, Erisha mual dan muntah. Hampir sahaja rebah.

"Saya sentiasa mampu demi awak. Kan saya lamar awak untuk bahagia," balas Erisha, benar-benar brsemangat.

"Kau pulak? Tadi kau cakap hari kau agak menarik. Apa dia?"

"Oh ya! Tahu tak? Encik Irfan hubungi saya!" Dia terus teringat. Serta merta teruja.

"For what?"

"Saya dapat peluang rancang event wedding!" Lancar Erisha memberitahu dengan sehela nafas.

"Masya Allah, alhamdulillah Risha." Tengku Hael merasa teruja dengan bakal pencapaian Erisha. Dia menyaksikan detik ini, mustahil dia tak kagum akan cita-cita Erisha yang tak pernah pudar dari usaha.

"Saya bersyukur sangat!" Erisha hampir sahaja bersorak, tetapi berhasil dibatalkan niatnya apabila tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.

"Dekat mana event tu nanti?" Barangkali Irfan memperkenalkan Erisha kepada syarikat pengurusan acara luar.

"Dekat resort awaklah. Awak saja je kan pura-pura tak tahu? Pandai ea awak berahsia dari saya?" Belakang badan Tengku Hael ditampar manja.

Pura-pura tak tahu? Dia memang tak tahu langsung. Tiada sebarang data kerjasama yang baru dikemaskini.

"ASSALAMUALAIKUM!" Dari satu, ke satu rumah lain Tengku Hael memberi salam. Begitu juga setiap penghuni rumah menyambut salam dan menerima pesanan mereka.

Gigih Tengku Hael ingin membantunya. Dia memerhati sahaja gelagat Tengku Hael. Sekejap terlupa bawa pesanan bersama, tertinggal kotak duit baki, tersalah memberi pesanan. Alahai... suami.

"Dah lama tak tolong kau, 10 rumah dah mengah," luah Tengku Hael. Dialog dulu menjengah semula? Ini hanya permulaan. Tunggulah sekejap lagi.

"Assalamualaikum, order!" Suara yang bertenaga pada mulanya tadi, bersusut perlahan.

"Macam ni kau buat dengan tenaga perempuan, kuat betul." Tengoklah. Kan dah kata.

"Dahaga." Geli hati Erisha mendengarkan suara lemah itu. Comel betul.

"Tak sanggup aku kalau bayang kau yang buat. Dahlah kau mengandung sekarang, no mulai harini, aku ikut. Aku yang bawa kereta, aku yang panggil dan bagi." Tengku Hael menyandarkan tubuh seakan baru melepasi maraton.

Ada rumah pembeli yang jalannya begitu sempit, terkumat kamit mulut Tengku Hael melepaskan geram. Berceloteh la pendek kata.

"Tengoklah cust kau ni, tak keluar bila orang panggil. Lepas subuh tak baik tidur!"

Buka pintu lambat, mesej minta bayaran secara transfer, letak dulu bayar kemudian dan batal order. Semuanya Tengku Hael marah on the spot depan muka. Heish! Kalau dia? Tak beranilah. Bila dia tahan Tengku Hael, Tengku Hael cakap dia bagi muka. Cuma kenalah bersabar, kan? Customer always right, sayang. Saya dahlah berniaga ada kalanya suam-suam kuku, engganlah bergaduh.

"Sayang, dah nak pukul 8. Jom balik, awak kena masuk kerja," ajak Erisha, nadanya lirih gemulai. Senang didengar.

"Ada order lagi ni. Aku habiskan dulu, nanti kau penat kalau buat seorang." Tengku Hael menolak. Dia tak tergamak meninggalkan Erisha seorang diri.

"Dah sayang, dah. Saya habis sekejap lagi dah boleh tidur. Awak tu kena kerja sampai pukul 5 tau, nanti penat. Sekarang, dengar cakap saya, jom balik. Saya siapkan kelengkapan awak, lepastu awak pergi kerja, okey?"

"Aku siapkan dulu, kau duduk diam-diam. Aku tahu nak manage masa, manage kau, dan manage penghantaran ni. Kau halau aku pergi kerja lagi, aku tak nak belanja kau cendol."

"Hei bila masa saya nak cendol?" Erisha hampir terpinga-pinga.

"Tu muka tu merah." Jarinya ditunjukkan ke arah mukanya.

Tak bertingkap dah cermin kereta, Tengku Hael asyik menyeluk setiap kali berhenti di depan rumah pembeli. Minta duit bakilah, hulur duit la. Bukannya tak boleh bagi semasa tubuh menjengah di dalam perut kereta.

"Ha! Ikut trend lapuk pulak?" Keningnya naik.

"Kau ni comellah, tahu je semua ayat-ayat aku dari mana."

"Hisy cepatlah! Kejap lagi lambat!" rungut Erisha, pantas sahaja memintas. Tengku Hael kelihatan sungguh tampan tatkala ketawa, habis bergelora hati.

"Kau yang melambatkan aku, dahlah halau suruh pergi kerja." Tengku Hael buat muka merajuk. Kaki diatur ke hadapan rumah pembeli seperti tadi.

"Merajuk pulak dia!"

"Merajuk dengan isteri sendiri kut, tak boleh?" Drastik Tengku Hael merapatkan wajah. Gilirannya mengangkat kening, menduga ketegasan Erisha tadi.

"Bo... boleh!"

"Tahu pun ga... gagap. Lain kali jangan usik rajuk lelaki, faham?" Makin galak Tengku Hael menggelisahi Erisha, sengaja dia mengejek suara Erisha tersekat-sekat ketika menyebut 'gagap'.

"Saya pun boleh merajuk!"

"Tak ada sebab okey."

"Bakal ada sebab, hergh!" Erisha meraih tangan Tengku Hael, tanpa diduga dia mengepitkan jari Tengku Hael di pipinya.

"Sampai hati awak? Saya merajuk!"

"Woah! Unexpected!" Sebelah tangan Tengku Hael bercekak pinggang. Rahangnya hampir jatuh, terkejut!

"Fikir rajuk awak je kan tadi?" Pipi Tengku Hael ditenyeh. Geram!

"Comel kau, sayang. Ya Allah, bersyukur sangat dapat isteri membahagiakan."

Sayang? Bagi saya, awak lebih membahagiakan. Saya rindu sebagaimana awak sekarang, sama seperti dulu.

Saya lebih bersyukur. Memiliki kebahagiaan setelah kita melalui detik menghancurkan selama ini angkara tidak bersama.

My Hael Dar 🩷
Aku dah sampai tempat kerja
Photo (smile with peace)
Cantik kan baju ni? Isteri aku yang pilih.

Senyuman Erisha melebar di bibir.

Duduk rumah tu jangan senyap sangat, chat aku.
Kau tak menganggu aku, aku lagi suka mesej kau masuk.
Pastikan kalau rajin sangat, jangan buat kerja berat.
Please say 'love' to our baby for me.

"Sayang ibu," panggil Erisha sambil mengusap perutnya.

"Ayah awak minta ibu sampaikan 'love' dia dekat awak."

"Tapi tak aci betul! Ibu pulak tak dapat pun love?"

Love untuk kau pula, banyak-banyak. Terima kasih sudi jadi ibu, buat bakal anak kita tak lama lagi.

Seolah memahami isi hati, berona merah muka dibuatnya.

Pretty🧚🏻‍♀️
Photo (smile with peace)
Saya pakai baju kelawar je.
Saya sunyi duduk rumah. Rasa macam nak pergi lepak dekat tempat kerja awak, tapi tak naklah nanti apa pulak cakap staff awak.
Love awak, saya dah sampaikan dekat baby.

Ikon gagang telefon lantas ditekan.

"Nak aku ambil dekat rumah?" Terus dia menyoal. Terdengar tawa kecil Erisha dari corong telefonnya.

"Saya tak maksudkan pun tahu?" Erisha sengaja buat suara ego. Pura-pura jual mahal.

"Ouh faham, kau bagi harapan la sekarang ni?" Andai ada di depan mata, pasti Tengku Hael cuba memukau pandangannya.

"Awak tu tengah kerja, jangan curi tulang. Tahu tak awak tu bos? Awak tu kena jadi contoh buat para pekerja," marah Erisha menitipkan nasihat. Bukan memaksudkan amarahnya, sekadar marah manja.

"Panggil saya?" Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum nadanya beralun melalui suara. Intonasi lelakinya tak seperti biasa, dia tiada rasa ingin menghormati.

Ya, dia. Irfan.

"Sekejap, Risha." Tengku Hael menjauhkan sedikit telefonnya. Sepasang matanya melingas ke muka pintu.

"Risha, aku call balik sekejap lagi. Buat apa pun be careful, okay?" Raut wajah Irfan menjamah pandangan.

"Okay awak, awak pun. Kalau sibuk, kita sembang dekat rumah je, tak payah call."

"Tunggu je aku call kau balik."

"Okay sayang." Sempat Erisha menenangkannya.

Sejujurnya, darah Tengku Hael berderau sejak semalam. Bukankah dia mengaturkan kerjasama Erisha hanya menyediakan makanan pagi?

"Ada apa tuan?"

Nada. Itu sudah cukup membuatkan Tengku Hael terdetik curiga. Mustahil dia tak merasa ada yang janggal. Irfan seorang pekerja yang begitu menghormati dirinya.

"First thing first, I tak nak tanya you apa yang I nak tanya dulu. But I nak tanya tentang perubahan you, you ada rasa tak puas hati dengan I?" Dia bukan jenis majikan yang akan menghentam kata semberono. Hubungannya dengan Irfan terlalu akrab.

Tetapi, apa yang membuatkannya rasa aneh, Irfan jarang bertemu untuk menyampaikan dokumen, walaupun dokumen itu penting.

"Saya ada buat tuan rasa tak selesa dengan saya?" Bukan jawapan. Namun, pertanyaan ini selalu didengarinya setiap kali Irfan bertanyakan keadaan emosinya.

Mungkin kecurigaannya cuma mainan fikiran. Dia lega.

"Nevermind."

"Itu saja?"

"No. Berbalik pada soalan yang I sememangnya nak tanya. I dapat tahu dari Puan Erisha tentang kerjasama urus event. Kenapa I tak tahu apa-apa?"

"Tuan pernah minta saya buat kontrak untuk kerjasama dengan HOMELES setahun lalu, tapi HOMELES tolak. Kontrak baru, tuan sendiri minta saya uruskan."

"Memang ya, tapi hanya bekerjasama dengan Resto, bukan event."

"Cik Erisha isteri Tuan Hael, ada masalah ke untuk proceed?" Dia tanya lagi.

"Bukan ada masalah untuk proceed. Event is a large amount of people attend."

"Apa yang saya tahu, Cik Erisha kelulusan dari bidang pengurusan acara, tak jadi masalah rasanya. Cik Erisha layak dengan kerjasama ni," bantah Irfan. Walakin, suaranya tetap berdayu tenang.

Ini merupakan peluang emas baginya. Tengku Hael rasa tak layak? Kejayaan isteri tak diberi dorongan? Pasti Erisha akan kecewa mendengarkannya.

"Bukan Cik Erisha, Puan Erisha. Yes memang dia layak, cuma keadaan dia sekarang tak mengizinkan. Dia mengandung."

Seperti itukah sayang? Erisha begitu teruja mendengar tawarannya, takkanlah Erisha akan mengetepikan impiannya semata-mata kerana dia hamil?

"Let me check, saya tak rasa hanya disebabkan dia mengandung, keadaan dia tak mengizinkan. Dia sendiri terima dengan tawaran saya semalam. Tak perlu pun nak mengongkong. Baru awal bulan, saya tak rasa jadi masalah melainkan tuan menjadi penghalang."

Dengan berani, Irfan menghubungi Erisha.

Saat ini, Tengku Hael bungkam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro