MHS : 76

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KAU cakap apa ni Risha?" Matanya merah, hatinya berjuang menidakkan.

"Baguslah awak dah tahu, saya dah penat dah nak menjiwai watak percintaan dengan awak," balas Erisha tanpa nada lembut seperti selalu. Tiada lagi makna dia akan begitu.

"Dendam apa Risha?" Air matanya berlinang tanpa putus.

Mata Erisha kaku di dalam pandangannya, kosong. Tak lagi menyuarakan isi hati bersedih melihat dirinya tika ini. Sanggup Erisha memainkan perasaannya seperti ini. Sakitnya Ya Allah.

"Kau bukan macam ni Risha, sekeras mana pun aku menidakkan kau buang aku, aku tahu hati kau tetap untuk aku. Apa yang kau cuba nak maksudkan lagi? Kalini dendam? Dendam apa Risha, jawablah."

"Awak masih fikir saya ada perasaan terhadap awak? Dari dulu sampailah sekarang, secebis cinta pun tak pernah wujud lah."

"Nilai cinta aku terhadap kau sirna ke Risha? Kekurangan apa lagi aku dalam mencintai kau? Apa lagi yang kau cuba nak sakitkan hati aku? Tak cukup ke dulu Risha. Ya Allah Risha, tolonglah jawab kenapa ni?"

Sakit jiwanya mendengar suara itu merayu. Dia fikir cintanya yang hebat itu mampu mengusir sakitnya jiwa yang sengsara bertahun-tahun?

"26 tahun dulu. Masih ingat? Ic Muhammad Riffyaz Bin Yusuf yang diserahkan kepada pihak polis oleh Tengku Hael Darwish Bin Tengku Kamarul!" Bergetar suara itu.

Tangisan seorang budak lelaki bergema di rumah usang itu. Tengku Kamarul cuba memujuk agar anaknya itu berhenti menangis. Dia yakin dia telah jauh daripada si isteri dan kawan baiknya namun dia tidak boleh terlampau yakin. Mustahil untuk mereka berdua itu tidak sedaya upaya mencari dia dan anak-anaknya.

"Abah, kenapa kita lari daripada mama?" Anak lelakinya mengajukan soalan.

Degupan jantung Tengku Kamarul makin kuat apabila disoal sebegitu. Tidak tahu jawapan apa perlu diberi. Dia tidak mahu memburukkan isterinya.

"Along cuma kena dengar pesan abah, sekiranya apa-apa terjadi, bawa Azi pergi jauh. Jangan sampai diketemui oleh mama." Hanya itu yang dituturkannya. Dia enggan menjawab soalan yang ditanya oleh anak lelakinya itu.

Tengku Hael mengangguk. Raut wajah ayahnya yang berpeluh dikesatnya. Dia lantas mengambil adik lelakinya itu daripada dakapan abahnya.

Kedengaran suara mamanya dan seorang lelaki menjerit memanggil namanya dan juga adiknya. Tengku Kamarul terus memandang anak-anaknya. Jika nyawanya harus diberi demi keselamatan anak-anaknya, dia rela.

Tengku Kamarul pantas menumbuk batu yang menutupi jalan keluar di dalam rumah usang itu. Setelah beberapa kali dia menumbuk batu itu, terhasil jalan keluar melalui ruangan itu.

Bahu anaknya dipegang. Sayu pandangan menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

"Ingat pesan abah. Along kena pergi terus ke surau di penghujung jalan. Kat sana, abang kena cari Pakcik Yaz." Sedaya upaya Tengku Kamarul menahan air matanya dari gugur.

Sayangnya pada anak-anaknya hanya Allah yang tahu. Dia yakin kepada Qada dan Qadar Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Anak-anaknya telah lari jauh dan makin hilang daripada pandangan mata. Tengku Kamarul terduduk lantas kepalanya ditunduk. Dia menyesal kerana terlalu mencintai Tengku Afina.

Tengku Afina seperti hilang akal. Isterinya itu bertindak di luar kewarasan apabila mengetahui dia punca rancangannya gagal dan hidup Riffyaz dan Elina bahagia. Isterinya itu juga ingin membunuh anak lelaki mereka sebagai umpan memperolehnya. Kerana itu, dia melarikan diri bersama anak-anaknya.

Tengku Kamarul tersentak. Pintu dirempuh kuat dan saat itu juga dia didatangi dua figura. Dia tidak dapat bertindak. Dia terus ditikam oleh pisau yang amat tajam sehingga terasa menusuk ke jantung.

Tikaman bukan sahaja sekali bahkan terasa tikaman yang menusuk tulang rusuknya. Bergetar suara Tengku Kamarul mengucap dua kalimah syahadah.

Tikaman itu makin ditekan mendalam apabila Tengku Firdaus mendengar Tengku Kamarul mengucap.

"Fina..." Air matanya terkandung darah. Nafasnya panjang ditarik, seakan meluah sengsara. Darah bagai naik menyirap seluruh sarap kepala hingga kepalanya rasa membengkak.

"Abah!" Suara Tengku Hael kuat menjerit. Dia menyaksikan segalanya. Adiknya yang kecil itu menangis tersedu-sedan seperti menangisi kematian abahnya di depan mata.

Tengku Kamarul cuba mencelikkan matanya. Dia terbatuk-batuk ketika mencelikkan matanya, meluak-luak darah dari mulut Tengku Kamarul. Dia menggeleng lemah apabila Tengku Hael ingin mendekatinya.

Tengku Firdaus dan Tengku Afina bungkam. Tengku Hael menyaksikan mereka.

Tengku Hael mendukung adiknya. Dia akan pastikan kematian abahnya terbela. Ketika dia cuba melarikan diri, terdengar bunyi deruman enjin kereta yang agak kuat. Dia yang menyedari itu lantas tubuh adiknya ditolak ke tepi.

Tubuhnya dirempuh oleh kereta itu. Pandangannya mulai kabur namun terbayang berkali-kali pembunuhan abahnya di depan mata. Suara tangisan adiknya di jalan seberang kuat membuatkan dia ingin sekali bangun. Terasa tangan dan kakinya kebas. Dia tidak dapat bergerak walaupun sedikit.

Dengan segala kudrat yang masih tersisa, dia cuba untuk bangun. Orang yang melanggarnya itu keluar daripada kereta dan merapatinya dengan penuh ketakutan. Tengku Hael menunding jarinya menunjukkan adiknya yang berada di seberang. Tanpa berlengah, orang itu lantas ke seberang jalan. Dia mendukung tubuh kecil itu lalu merapati Tengku Hael.

Tangisan adiknya makin kuat. Dia membelek tubuh adiknya. Air matanya tumpah apabila melihat terdapat luka di dahi adiknya. Tangan adiknya juga terdapat banyak calar yang berdarah.

Dia memeluk tubuh adiknya. Pilu hatinya saat itu. Saat itu juga, kepalanya diserang rasa sakit yang mencengkam.

Namun, dia tetap berlari menuju ke arah masjid yang tak jauh dari situ.

"Adik, jangan gerak mana-mana tau. Abang kena minta tolong." Dia hanya berpesan walaupun adiknya itu tak mungkin akan faham. Dia terpaksa meninggalkan adiknya di pagar kecil masjid sebelum menjejak masjid itu, langkahnya terasa berat, dia tak mampu mengendong lagi.

Kepalanya mulai pusing. Dia mula berpinar-pinar. Kemalangan tadi makin terasa sakitnya.

Dia pernah melihat wajah Pakcik Yaz yang dimaksudkan oleh abah. Ya Allah, dirumah Mu ini, berikan aku petunjuk.

Tetapi, nasib tak menyebelahinya. Tengku Firdaus berdiri tepat pada arahnya, pisau hampir terpanah.

Tengku Hael menuju ke luar tanpa memikirkan lagi tujuannya. Tengku Hael tidak menentu, hanya mampu meneriak memanggil adiknya.

"Cari Pakcik Yaz?" Suara Tengku Afina menyesakkan dadanya.

Kemudian bisikan Tengku Hael diselangi arahan agar merapatkan pisau ke leher Azi.

"Hael akan cakap Pakcik Yaz yang bunuh abah. Tolong jangan apa-apakan adik." Tengku Hael menuruti arahan mamanya yang memusatkan hujung pisau sehingga tangisan adiknya itu makin kuat.

Tengku Afina mengheret anaknya ke telefon pengguna yang tidak jauh daripada mereka. Nombor didail lalu mendekatkan gagang telefon di telinga anaknya.

"Cakap apa yang mama ajar tadi," suruh Tengku Afina sambil mengusap kepala anaknya dengan penuh kepalsuan.

"Tolong... Abah saya dibunuh..." Perkataannya yang tak lancar, pisau menghalangkan ke arah menjunam leher adiknya.

Dia terpaksa akur.

Setelah panggilan dibuat, tubuh anaknya itu ditolak jatuh. Dia melemparkan kad pengenalan Riffyaz kepada anaknya. Dia berjaya mendapatkan kad pengenalan itu tiga hari lepas apabila dia bertemu dengan Riffyaz. Riffyaz dan Elina memang bodoh! Mereka percaya bulat-bulat bahawa dia sudah insaf. Padah.

"Sebaik polis sampai, beri Ic ni. Kalau polis tanya daripada mana dapat Ic ni, beritahu yang Ic ni dijatuhkan oleh pakcik tu semasa cuba melarikan diri lepas Hael nampak Pakcik Yaz bunuh abah."

"Awak dah ingat sekarang, Hael?" Air mata Erisha mengalir perit. Muka lelaki itu berubah setelah beberapa lama tanpa suara.

Bertahun-tahun lamanya. Namun, dia masih belum lupa. Ya Allah, itu keluarga Erisha? Sudah bertahun, tetapi dia tak pernah tahu nama lelaki yang digelar oleh abah, Pakcik Yaz itu adalah Muhammad Riffyaz.

Petikan bab 2

"Siapa sangka, budak lelaki yang saya pandang tu pengakhiran kebahagiaan keluarga saya? Rancangan mama awak, tindakan awak, semua berjalan seperti yang mama awak nak, kan?" Semua ingatan itu dia ingat satu per satu. Umurnya tak sebodoh lelaki itu untuk mengabaikan apa yang berlaku. Memang dia masih kecil, tetapi setiap kejadian itu dia sedar.

Wanita yang bertandang ke rumah mereka,
Wanita itu mengambil ic ayah,
Wanita itu meletakkan sesuatu ke dalam air ibu,
Seorang budak lelaki bergegas,
Mereka didatangi polis,
Ketika ayahnya ingin menyelamatkan ibunya, terlihat wanita yang sama bersama budak remaja lelaki yang bergegas itu,

Ibunya di hospital,
Abangnya memujuknya menyatakan tiada apa yang berlaku,
Seorang wanita menyaksikan pengadilan ketika di mahkamah bersama mereka.

Petikan bab 3

Muka mereka belum pudar di dalam ingatan. Tiada jauh bezanya dengan sekarang.

"Abang tak tahu.."

"Tak tahu apanya Hael?" Perit ketawa Erisha.

"Saya cuba pelbagai cara untuk jumpa awak, untuk sama sekolah dengan awak, belajar universiti yang sama dengan awak untuk hancurkan kehidupan awak!"

"Bila saya dapat cinta awak, semua kisah hidup awak, awak beritahu saya. Saya tunggu yang satu ni, tapi kisah perbuatan awak ni, awak simpan rapat!" Kecewa. Dulu dia selalu menyoal Tengku Hael, apakah ada lagi rahsia? Namun betapa lelaki itu sanggup menyimpan rapi salahnya itu.

"Kehidupan apa yang awak lalui selama 16 tahun tanpa rasa bersalah terhadap ayah saya, awak fikir apa ya? Dah 26 tahun, awak masih rahsiakan! Sampai kebenaran kena terungkap dari mulut saya sendiri. Awak fikir yang ayah saya masuk penjara sehari dua? Fikir yang perbuatan awak tu tak menghancurkan kebahagiaan orang?" Pertanyaannya penuh dengan emosi, menunjukkan betapa dia tidak faham bagaimana Tengku Hael boleh hidup tanpa rasa bersalah selama itu.

"Awak dah remaja masa tu Hael, ada otaklah nak fikir," kata Erisha dalam sayu. Tengku Hael sudah cukup matang untuk berfikir dengan waras pada waktu itu.

"Apa hak awak ikut apa yang mama awak cakap demi keselamatan adik awak?" tempik Erisha mempertikaikan keputusan Tengku Hael yang mengikuti arahan Tengku Afina tanpa memikirkan kesannya.

"Sedangkan saya usia tu nampak semua tu berlaku, saya tak bodoh untuk percayakan sesiapa pun yang apa yang jadi cuma 'ayah kerja', ibu 'sakit'. Awak cuma fikir bila terjadi pada ayah saya, hanya ayah saya terpalit kesannya? Kami sekeluarga terpalit." Dia meluah dalam nada kecewa.

"Sebab awak, hidup keluarga saya hancur, tak lama je lagi kami akan hidup dengan kehadiran bakal adik-adik saya, tapi disebabkan tindakan bodoh mama awak punca adik-adik saya mati!" tuduh Erisha tanpa mampu dia selindung lagi. Suaranya kesal. Cukup kesal!

"Saya nampak mama awak datang yang membolehkan ic tu sampai kepada awak, mama awak datang untuk meraih simpati, kononnya dia meminta maaf atas kesalahannya selama ni," sebut Erisha, nadanya kian perlahan. Dia mengingati kejadian itu.

Erisha menahan tubuhnya di sofa. Hilang dayanya, Ya Allah. Lelaki ini fikir dia tak sakit meluahkan semua ini?

"Betapa jahatnya mama awak, berikan ubat sehingga adik-adik saya tak dapat diselamatkan!" Suaranya bergetar tak berpenghujung.

"Sebab lambat sampai ke hospital? Benda bodoh apa ya yang mama awak sanggup buat?" tanya Erisha, penuh dengan kekeliruan. Dia langsung tak sangka, perempuan itu kejam!

"Dia perbodohkan ibu dan ayah saya, upah doktor palsukan asbab dan jadikan komplikasi berlaku sebab lambat mendapatkan rawatan?" Erisha gelak sinis. Masa kecilnya itu penuh dengan menyedarkan sesuatu yang cukup pedih.

"Sebab awak dan rancangan mak awak, saya dan abang saya kena berpisah. Ibu saya kecewa dengan apa yang dah jadi, ibu saya sedih dengan kehilangan anak-anak dia, kehilangan suami dia." Mata Erisha berkaca-kaca.

Tengku Hael yang cuba menenangkan keadaannya yang terasa sakit, dia tepis.

"Mama awak ugut ayah dan ibu saya berpisah, mama awak ugut ibu saya tinggalkan anak dia, tinggalkan suami dia."

Petikan bab 4

"Orang suruhan mama awak pukul ibu, sewaktu ibu masih dalam pantang, Hael. Apa perasaan awak kalau orang pukul saya sewaktu saya masih fasa berpantang!" Cinta lelaki itu hebat, akan mampu terkesan mendengarkannya. Akan memahami apa yang dia rasakan! Apa yang keluarganya rasakan!

Petikan bab 4

"Lebih menyakitkan, lelaki suruhan mama awak sentuh ibu saya setiap malam, ibu saya tak boleh mengandung, tak akan menyusahkan ibu saya. Kekejaman apa yang mama awak dah buat dekat family saya setara dengan apa yang saya lakukan? Tak, mama awak jauh lebih kejam. Tak jauh bezanya dengan awak," luah Erisha, penuh dendam menekan di dada.

Petikan Bab 24

"Ibu saya berubah, dia berubah sebab terpaksa. Dia terpaksa jadi orang yang paling penuh dengan kebencian terhadap anak dia sendiri. Macam mana yang awak tengok, itulah salah satu saya hadap selepas onar awak dan mama awak buat dalam hidup saya. Ibu nak jauh hidup dari saya, ibu taknak dah peduli tentang saya.


Petikan bab 9

Saya sedih sangat Hael. Saya tahu semua yang berlaku tu sebab awak dan mama awak. Saya tahu ibu saya terpaksa, saya tahu ibu saya menderita." Nadanya begitu rendah dan sayu. Tidak terbilang air mata yang berlinangan.

"Saya takkan sesekali biar hidup awak dan mama awak bahagia," tekad Erisha disulam pedih setiap bait katanya diungkap. Hatinya hancur mengingat semua penderitaan yang dialami.

"Atas apa yang dah jadi hidup saya penuh dengan malang. Malam 10 tahun lalu saya disentuh! Awak fikir semua yang dah jadi ni takdir? Tak! Ni takdir bodoh yang awak dah family awak cipta." Dia menuding jari kepada Tengku Hael, penuh dengan kebencian.

Petikan bab 6

"Mama awak gunakan Khairi, sebab dia tahu Khairi saja lelaki yang sanggup buat apa saja demi memuaskan rasa suka dia yang tak kesampaian. Awak fikir siapa Alissa? Ayah Alissa pembantu yayasan mama awak. Dia gunakan Alissa untuk arahkan Khairi. Alissa yang beritahu mama awak yang Khairi akan mampu buat semua tu." Nadanya penuh duka, mengingat bagaimana dia dikhianati oleh orang yang dipercayainya.

Petikan bab 1

"Dia tawarkan kepada Alissa, awak. Jadi Alissa mampu buat, dia mampu khianat saya yang selama ni membesar dengan dia." Hina mengenang pengkhianatan yang turut menyakitkan.

"Awak rasa jahat mama awak ni, biasa? Masih saya yang jahat?" Intonasinya sinis, penuh dengan kebencian yang tidak terluahkan.

"Zahra, anak yang saya kandungkan atas perbuatan haram yang diupah oleh mama awak. Saya tak sangka rancangan mama awak lebih hebat dari saya." Dia mengaku tertewas oleh kejahatan itu.

"Saya tak sejahat mama awak, saya yang jadi mangsa. Keluarga saya mangsa." Penuh kepedihan!

"Di saat saya tahu semua ni, saya dah tak sanggup dah nak teruskan lagi untuk hancurkan hidup awak..." Dia menyedari dia sudah tidak berdaya. Apa gunanya lagi? Maruahnya turut menjadi santapan!

Mendengarkan semua ini cukup membuatkan hati Tengku Hael pedih. Ya Allah, apalah yang aku lakukan dulu? Aku menerima balasannya dengan mencintainya sepenuh hati?

"Ibu saya buang saya sebab saya buang orang yang sayangkan saya, saya dah buang awak. Sedangkan, awak cuma orang yang sayangkan saya tanpa awak nak ambil peduli siapa sebenarnya saya!" Betapa malangnya nasib yang menimpa dirinya.

"Saat saya rasa saya dah tak berdaya, takdir hidup dengan Khairi turut menyakitkan. Saya ni dah ibarat tiada lagi berhak dikunjung bahagia. Tetapi hadirnya awak di saat saya nak melahirkan Zahra, saya tahu yang saya tak patut tanamkan niat saya. Tetapi, semangat apa yang tinggal bila saya makin sayangkan Zahra?" Air matanya mengalir, Zahra satu-satunya harapan dalam hidupnya.

"Pemergian dan kehadiran dia cuma buat saya makin hancur. Usaha saya sia-sia selama membesarkan dia, sesaat pun saya tak patut teruskan untuk biar dia hidup di dalam kandungan saya. Kehilangan dia perit. Sampai saya tak tahu apa lagi yang tinggal untuk buat saya mampu teruskan dendam saya," lirih nadanya yang semakin parau. Matanya penuh dengan air mata, mengenang bagaimana kehilangan Zahra merobek hatinya.

"Saya pulang ke pangkuan ibu. Saya dihina dengan ibu. 4 tahun saya hidup tanpa ada tujuan. 4 tahun saya lalui hidup dengan rasa ingin mati." Suaranya semakin hilang, tempoh penderitaan yang panjang itu diulit pelbagai rasa.

"Tapi... Saya hidup dengan rasa ingin menghancurkan awak sampai hari ini bila saya balik ke kampung arwah umi, dan nampak kenduri kecil-kecilan pertunangan awak dan Alissa."

Petikan bab 11

"Saya tak rasa semudah tu saya nak beri awak bahagia. Dan usaha saya lebih mudah bila Alissa gadis bodoh tu sedar yang dia salah dan dia pergi tinggalkan majlis sewaktu awak dan dia bakal bernikah." Sinis. Alissa meninggalkan Hael di saat-saat terakhir, lemah bukan? Orang yang baik, tak sesuai nak jadi jahat. Bila sedar dia bersalah, pantas lari.

"Awak pulak beri saya peluang. Tak sangka juga awak masih ada perasaan terhadap saya. Awak begitu penuh dengan cinta."

"Awak dah tahu dendam saya, kan sekarang? Saya tahu betapa sayangnya awak dekat saya. Saya tak nafikan. Awak pun dah tahu semua ni, saya cuma nak tunggu bila pulak turn saya akan terima padah sama macam mama awak buat dekat ibu saya." Air matanya terus mengalir ke pipi tanpa henti.

"Saya nak tengok sejauh mana sayang dia dekat awak, sebab dulu dia masih mampu bunuh orang lain demi sembunyikan kejahatan apa yang dia dah buat, dia akan juga mampu buat saya sengsara yang sama seperti dia cuba sakitkan adik awak dan awak. Dan masa tu, dapatlah awak saksi kejahatan mama awak. Dan tengoklah, saya ke lebih sanggup khianat awak atau mama awak! Sebab tiada bezanya kami, dua-dua orang ni adalah perempuan yang dah khianat awak suatu masa dulu."

Kehancuran hidup Erisha menempik dadanya. Apa yang kita dah buat ni mama? Ya Allah, kesian isteri aku Ya Allah.

"Awak nak pergi mana? Nak pergi pastikan semua ni dari mama awak?"

"Apa sebab mama buat dekat Risha macam ni. Abang perlu tahu," jawab Hael, berderaian air matanya, dia bertekad untuk mencari kebenaran mama. Setiap kesakitan Erisha mencengkam jiwanya, menusuk sembilu di hatinya.

"Sampai masanya nanti saya sendiri nak awak dengar dari mulut mama awak. Apa yang dia akan cakap, apa sebab dia buat dekat keluarga saya macam ni! Saya takkan benarkan awak juga menghancurkan apa yang saya rancang! Saya nak tengok sejauh mana dia boleh berlakon tak kenal saya yang dia dah hancurkan hidup!"

"Selangkah awak melangkah, saya sanggup buat apa saja supaya anak awak ni mati," ugutnya dengan suara bergetar, menahan tangisannya.

"Itu anak kita, love."

"Sedangkan anak haram pun saya boleh biar hidup dalam kandungan saya, apatah lagi anak lelaki yang hancurkan keluarga saya! Buat keputusan menahan anak ni agar tetap dalam rahim saya pun saya sanggup, untuk sakiti anak ni, awak fikir saya tak sanggup? Jangan cuba ganggu rancangan saya sepertimana yang mama awak dah buat!"

________________________
Writer Comment : Done terungkap. Next bab, Erisha akan luah lagi ye. Lagipun mustahil la Erisha akan sanggup hidup dengan lelaki yang sah-sah berbinkan Tengku Kamarul yang punca ayahnya dipenjarakan.

Mustahil jugak, Tengku Afina akan biarkan anak dia kahwin dengan Erisha yang terang lagi bersuluh berbintikan Muhammad Riffyaz.

Nanti kita tengok nape, tapi sebab dengki je berdasarkan apa yang saya dah selit sikit dalam perjalanan cita ni sampai bab ni. Dan kalau nak lebih tahu asbab dengki dan kuasa dengki. Tunggu next bab.

Maaflah kekeliruan, jangan risau, Erisha tak menaruh hati dekat sesiapa. Dia cuma terhidup dalam dendam. Dan dia tak ada istilah curang. Dalam kisah ni tak ada masalah curang. Hanya nampak je macam tu, hakikatnya tak.

Thankyou for reading, wait for the next key.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro