MHS : 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


If korang nak dengar lagu sambil baca, boleh buka lagu kat atas. Tajuknya Terlalu Memuja by Wany Hasrita. Dengan cara korang bukak page ni slide sampai bawah, then lagu ni auto terpasang. Tapi lama sikit, lima ke enam saat baru lagu kedengaran. Entahlah dah gitu caranya. Kalau takboleh jugak, korang boleh buka kt yt terus ke buat split screen view kat fon korang😂

“SAYA Muhammad Khairi Ismail Bin Said, dengan ini menceraikan isteri saya, Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz dengan talak satu.”

Lafaz cerai itu dilafazkan di hadapan hakim dan saksi-saksi yang lain. Penceraian hubungan antara mereka diakhiri dengan keputusan penceraian.

“Mahkamah memutuskan jatuh talak satu berbaki dua talak ke atas Syalia Erisha Binti Muhammad Riffyaz.” Hakim memutuskan. Peguam syarie memberi anggukan kepada Khairi tanda urusan selesai.

Khairi menyambut serahan dokumen yang diberikan oleh peguam syarie itu. Usai itu, berakhirlah urusan penceraian yang diajukan di mahkamah bagi pengakhiran hubungannya bersama Erisha.

Sebaris nama Syalia Erisha disentuh. Dia mengakhiri kerana rasa hati yang tidak mampu lagi menyiksa perasaan yang telah dikecewakan. Dia akui selama ini pelbagai usaha Erisha cuba demi hubungan ini. Erisha nekad menjadi isteri yang taat.

Meski Khairi tahu Erisha tidak pernah menyukai dirinya. Tapi, angkara Erisha menolak cintanya, dia telah melakukan kesilapan terbesar. Dia telah menghancurkan kehidupan Erisha. Itukah cinta? Tujuh tahun pertanyaan itu menghantui hidupnya. Bahkan sehingga hari ini, dia menyesali perbuatannya.

Erisha yang setia menantinya di luar mahkamah seperti yang dipintanya, membuatkan hatinya dihurung pilu. Dia telah menyiksa hidup Erisha. Tapi, wanita itu masih teguh berdiri menanti dirinya. Sekelumit suara yang tinggi daripada Erisha tidak pernah langsung mencecah pendengarannya.

Langkahnya mulai perlahan. Dia tidak mampu. Tidak mampu berdepan lagi dengan Erisha. Semua perbuatannya terhadap Erisha benar-benar tidak layak untuk menempatkannya sebagai suami wanita seluhur ini.

“Khairi,” panggil kakaknya dengan nada yang kasar, mengembalikan dirinya di titik realiti dari diulit kekhilafannya pada masa lalu.

Erisha mengalihkan tubuh sebaik mendengar nama Khairi.

“Baru cerai terus gila talak ke apa? Nak cakap apa lagi dengan perempuan tu?” Suara kakaknya memetir.

“Kak, balik sajalah. Jangan masuk campur lagi urusan aku.” Selama ini dia sedar, kakaknya yang cuba menambah api ke dalam hubungannya dan Erisha.

Tetapi, angkara hati yang ragu. Dia enggan sekiranya dia memberi cinta, Erisha akan mempermainkannya. Erisha tidak pernah mencintainya.

“Mati perempuan tu aku kerjakan kalau kau berani nak sembang lama-lama. Kau kena ingat, yang dia tu perempuan pendosa, kau tu bodoh terikut dengan dia. Kononnya kau yang perkosa dia, kau dah kena mandrem, dik.

Akhirnya dah lepas dari bertahun-tahun kena mandrem, ni kau saja nak cari penyakit lagi.” Masih tidak berubah. Masih menganggap adiknya tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap Erisha. Dengan bagaimana layanan adiknya terhadap Erisha selama ini, lebih membuktikan.

Wajah Khairi tanpa sebarang ekpresi mengheret kakaknya ke tangga.

“Kau balik kak, sebelum aku yang halau kau keluar dari rumah arwah ayah. Aku berhak ke atas rumah tu.” Satu ugutan itu membuatkan matanya terjojol.

Darahnya terasa menyirap. Ingin sahaja dia melampiaskan amarah kepada Erisha, jika tidak kerana ugutan itu, perempuan itu dikerjakannya sampai lunyai.

Erisha dilepasi bersama rasa mahu sahaja menggasak wajah gadis itu di atas jalan tar ini. Gadis yang sering emaknya bandingkan, kononnya berjaya dalam pelajaran, bertunang bersama lelaki kaya, hakikatnya semua itu menumpang kesenangan orang, begitu juga menjadi anak angkat arwah Umi Eza.

Takkan pernah dia lupa bagaimana keangkuhan Erisha ketika dulu. Sekarang, keluar sepatah pun tak berani. Dia yakin itu demi menambat kepercayaan Khairi. Mesti gadis itu hampa setelah menikahi Khairi yang tanpa apa-apa. Puas dia mencungkil muslihat Erisha namun tidak kelihatan.

Dia lepas satu masalah. Dengan berat hati, dia melangkah ke arah Erisha yang menantinya.

Seketika hatinya dirudung sayu. Erisha selama ini tidak pernah dapat mengenakan pakaian selain tshirt, kain batik dan seluar bahkan pada hari kematian Zahra, tshirt dan seluar sahaja yang dikenakan pada tubuhnya.

Dia tidak pernah membeli pakaian kepada Erisha. Saat ini Erisha berbaju kurung bersama tudung benar-benar meluluhkan hatinya. Baju kurung itu yang dipakai Erisha pada hari dia melakukan perbuatan terkutuk terhadap Erisha.

“Kak cakap apa dengan abang?” Erisha memulakan bicara.

“Tak ada apa yang baik keluar dari mulut dia.” Itu yang sering lelaki itu jawab. Tetapi, dia mengikut juga teguran tidak baik dari kakaknya.

Erisha mengangguk. Seketika dia menahan sebak yang cuba ditahan. Sedaya upaya dia mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan Khairi saat ini.

“Apa yang abang nak cakap dengan Risha?” Suaranya kedengaran jelas diterpa hiba. Dia menunduk menyembunyikan wajah.

“Mulai harini, kau kena keluar daripada rumah aku. Kita bukan lagi suami dan isteri. Kesilapan aku terhadap kau tak ada lagi, aku dah bertanggungjawab dan anak yang dah mati tu dah tak ada kena mengena dah dalam urusan hidup aku.”

Erisha mengangkat wajahnya saat mendengarkan kata-kata terakhir Khairi. Air matanya yang mengalir kelihatan pada sepasang mata milik Khairi. Namun, Khairi mengusir jauh rasa lemah yang sentiasa terasa setiap detik matanya menyapa air mata yang berlinang di pipi Erisha.

“Cincin dekat jari kau, kau boleh tanggalkan dan gadaikan untuk kau beli keperluan teruskan hidup kau tanpa aku. Aku bebaskan kau bukan untuk aku rasa simpati dengan setiap deraian air mata kau meski sebelum atau saat ini, aku lepaskan kau sebab aku tak ingin merasakan cinta yang kau paksa hadir.

Aku sangat-sangat benci setiap usaha kau untuk hadirkan rasa tu. Aku benci Zahra kerana kehadiran dia dalam rahim perempuan yang merana disebabkan aku. Kau sengsara. Kau sedih. Kau kecewa. Tapi kau ungkapkan rasa selepas bertahun-tahun kau paksa diri kau untuk pendam perasaan tu. Aku bodoh. Aku tak sedar. Aku dah hancurkan hidup kau.

Tipulah kalau aku tak pernah cuba untuk luah kekesalan, tapi layak ke aku Risha? Selepas aku dah rosakkan kau, aku penyebab kau kehilangan kasih sayang ibu kau yang dah bertahun-tahun usaha untuk dapatkan. Selepas aku punca ibu kau buang kau. Selepas aku punca pengakhiran sebuah mahligai yang bakal dibina. Seluruh hati aku hancur bila aku buat perbuatan terkutuk tu dekat kau tanpa aku fikir panjang.

Memang aku dah bertanggungjawab, tapi apa yang aku bagi dekat kau Risha? Aku dihantui rasa bersalah sehingga aku rasa diri aku tak layak langsung untuk buat kau bahagia. Aku bodoh. Aku tak nak kau derita, tapi yang kau rasa selama ni cuma derita, sengsara hidup dengan aku.

Itukah bukti cinta aku? Aku bukan orang yang cintakan kau dengan tulus Risha. Walau sepenuh hati aku sangat cintakan kau aku tewas dengan memikirkan kesilapan dan layaknya aku. Pergilah Risha, aku dah bebaskan kau. Kau berhak bahagia dengan insan yang takkan pernah memperlakukan kau seperti aku memperlakukan kau.” Luahan berbaur kesalan itu akhirnya mengalirkan air mata mereka berdua.

Air mata mengalir di pipi bekas suaminya itu ingin sekali dikesat. Merah mata Khairi sehingga lelaki itu mampu memejamkan mata sahaja dan membiarkan air matanya mengalir.

Kakaknya masih terdengar perbicaraan mereka. Setiap luahan Khairi benar-benar membuatkannya terasa jelek.

Tidak dapat dia bayangkan kedukaan yang menerpa mereka saat ini. Perlahan Erisha amati Khairi.

“Risha akui abang, selama ini Risha memaksa cinta hadir demi mempertahankan perkahwinan ini. Tapi Risha tak pernah menyesal jadi isteri abang, Risha hargai setiap saat dalam perkahwinan kita, walaupun Risha tak pernah rasa cinta daripada abang, walaupun apa yang Risha terima daripada abang,” luah Erisha tulus. Dia mengeluarkan sapu tangan bersama rasa sebak yang tidak mampu lagi berbelah bagi. Suaranya bersulamkan esakan itu diakhiri dengan pemberian sapu tangan itu.

“Ini pemberian Zahra buat abang. Ada gambar kita. Zahra buat sendiri. Pandai kan anak kita, abang dan ini kayu aiskrim yang kita pernah buat waktu kecil dulu, Nur Zahra. Dari sini, Risha zahirkan nama anak kita.” Kata-katanya diiringi sendu yang pilu menghimpit hatinya. Kain sapu tangan pemberian Zahra diusapnya sayu bersama kayu aiskrim yang tertera sebaris nama anak mereka.

“Abang simpanlah, ini permintaan Zahra. Dia nak sangat berikan dekat abang sendiri...” Erisha tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi. Dia meraih tangan Khairi di bahagian berlapik, sapu tangan itu diletakkan perlahan-lahan.

“Zahra buat dua, satu untuk abang, satu untuk Risha. Abang simpan baik-baik, sebagai tanda kita pernah hidup bersama.” Lemah suara Erisha mengakhirkan kedudukannya di situ. Dia mengatur langkah dengan lara meninggalkan Khairi.

Mengigil tangannya menyentuh sapu tangan itu. Zahra. Wajahnya merah bersama tangisan yang mula kedengaran. Ya Allah!

Saat itu setiap saat matanya menyedari kehadiran Zahra, muncul menyapa memori. Setiap kata, setiap perbuatan yang diingatinya semula bagaikan pisau tajam yang menghiris hatinya. Tamparan yang pernah hinggap pada wajah anak kecilnya itu jelas di ruang ingatan, bagaikan tali cemeti yang melibas jiwanya. Air matanya gugur ke pipi tanpa henti.

Langkah Erisha meninggalkannya dipandangnya lesu.

Kakaknya meluru laju ke arah Khairi sebaik sahaja Erisha meninggalkan adiknya.

“Buang air mata apa lagi kau ni, argh! Memalukan lah!” Dia menggoyangkan tangan Khairi. Adiknya perlu disedarkan.

Khairi terduduk dengan kedukaan yang maha hebat. Matanya redup memandang langit. Ya Allah, zalimnya aku terhadap insan seluhur dia.

“Dungunya kau ni dik, ramai oranglah tengok. Jangan lemah sangat, perempuan tu cuma akan seronok sahaja bila kau berduka macam ni! Ralatlah aku dengan kau ni! Malu!”


____________________
WRITER COMMENT: saya dah selesai halau watak tak penting, watak utama akan mulai ditengahkan dengan watak yg akan berterusan dengan mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro