MHS : 86

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SELAMAT datang," ucap seorang penyambut tetamu sebaik langkah Erisha menjengah ruangan lobi.

"Puan sudah buat tempahan atau..."

Erisha langsung menggeleng. Sebelah tangannya masih mengayunkan Raes. Matanya bertemu penyambut tetamu itu.

"Maaf, saya bukan nak menginap. Tapi saya nak tanya, boleh saya tahu... pejabat dah tutup, kan?" soal Erisha cuba memastikan. Walau nyatanya, jelas ketara tatkala ini tak bersesuaian andai dia menerima jawapan 'masih buka'.

Dia belum tahu setiap sudut resort di sini. Kalau tahu, semestinya dia bergerak memastikan sendiri.

"Ya, puan. Maaf saya bertanya, puan cari siapa?" Keningnya sedikit bertaut. Mungkin bingung, waktu seawal begini bertanyakan itu.

"Saya isteri Tengku Hael," jeda Erisha memaklumkan itu terlebih dahulu.

"Puan Erisha? Maaf puan, saya tak pernah jumpa puan. Ingatkan puan tetamu." Nadanya masih sama. Lagi pula, gadis penyambut tetamu itu bukan meninggi suara. Wajar rentak suaranya tak berubah.

"Tak apa. Saya datang ni..."

"Oh ya, masa staff office balik, secretary Tuan Hael ada beritahu security yang Tuan Hael masih belum balik. Biasanya memang tuan balik ke arah sini, tapi saya belum nampak lagi. Saya rasa masih dekat pejabat," celah gadis menerangkan keberadaan Tengku Hael seperti didengarinya malam tadi.

Tentu jawapannya ini menjadi tanda tanya Erisha. Tak selesa juga membiarkan seorang isteri mengungkap perkataan suami tak balik rumah, betul tak?

"Boleh tunjukkan dekat saya arah pejabat?"

"Boleh, puan." Raes menjadi perhatian anak matanya. Gadis itu menggeleng perlahan serentak berpaling ke hadapan. Dia tidak menyedari sebentar tadi bayi yang digendong oleh Erisha adalah Raes.

Raes anak Tengku Hael, lelaki itu sering membawa Raes ke sini. Macam manalah boleh tak perasan?

Erisha membuntuti langkah pekerja itu. Matanya agak meliar. Agak jauh perbezaan selok-belok Aura Bayu Resort berbanding cawangan di Melaka. Wajarlah dia bingung.

Tujuan langkah membelenggu fikiran semula. Entahlah apa lelaki itu buat pada waktu begini. Bekerja? Jika ya, memang sengaja lah menempah masalah.

Kebetulan seorang pengawal keselamatan tiba, mungkin pekerja itu menghubungi pengawal keselamatan melalui walkie talkie.

Pengawal keselamatan itu lantas mengenakan kad akses pekerja di ruangan imbas bagi memasuki pejabat.

"Last saya check tadi, Tuan Hael tidur di dalam pejabat, pejabatnya puan jalan straight je."

Hatinya dihimpit rasa amarah. Mustahil jikalau tidak dihurung perasaan itu. Dia sampaikan terfikir lelaki itu meninggalkannya dan Raes.

Andai benarlah begitu, dia takkan berbelah bagi untuk meminta perpisahan.

Ucapan terima kasih terasa pahit meniti di bibir. Jujur menyelinap hujung hati, dia memang rasa terpaksa mengungkap ucapan itu.

Dalam langkahnya, anak mata hitam milik Erisha tertancap pada papan nama yang tertampal di pintu bilik pejabat. Tertulis jelas sebaris nama Tengku Hael. Dari jauh, kelihatan lampu pejabat menyuluh terang, menerangkan lagi ruang pejabat Tengku Hael.

"Dekat rumah, cakap tidur sambil tutup lampu, bahayakan kesihatan. Tu... selamba je tidur dalam cerah," cela Erisha seraya memulas tombol pintu pejabat itu.

Baru selangkah, terasa haba terkurung menerpa tubuh. Mana tidaknya, pintu tertutup rapat, sekali membukanya seolah membebaskan sekumpulan burung yang meronta-ronta ingin bebas.

"Kenapa tak bukak aircond?" Terlihat sekujur tubuh Tengku Hael terbaring di atas sofa. Hanya kipas siling berpusing menyasar angin. Itu pun tahap satu kelajuannya.

"Hael, bangunlah. Boleh pulak tidur pulas dalam keadaan panas." Erisha menapak ke arah Tengku Hael sebaik sahaja menghidupkan penghawa dingin. Kebetulan alat kontrol itu terletak di atas meja kerja Tengku Hael.

Dia terhenti. Muka suaminya begitu pucat, keringat dingin membasahi dahinya, membentuk titisan kecil yang mengalir perlahan ke pelipisnya.

"Hael," seru Erisha mulai kegelisahan. Wajah itu pantas disentuh.

Erisha lantas memisahkan Raes dari baby carrier yang tersarung di dada.

"Bangun Hael, kenapa awak ni?" Lengan lelaki itu digerakkan kasar.

Kornea matanya tertancap ke arah baby coat bersebelahan almari fail. Itu baby coat dari hasil tangan Tengku Hael. Bergegas Erisha mendapatkan baby coat itu.

Tubuh kecil itu dibaringkan perlahan. Terlihat Raes sedikit terjaga. Segera tangannya menepuk lembut, mengharapkan Raes melelapkan mata semula.

Tanpa menunggu Raes ditujah lena, kakinya sudah mendahului menapak ke arah Tengku Hael.

Dia berlutut di samping kusyen, matanya tak lepas dari wajah pucat suaminya. Kekhawatiran terpancar jelas di wajahnya. Dia menyentuh dahi dan leher suaminya yang basah dengan keringat dingin.

Dia cuba mengejutkan Tengku Hael namun hampa. Rasa risau memenuhi hatinya. Dalam keadaan cemas, dia berdiri segera, bergegas ingin memanggil bantuan. Mereka tadi tentu masih berada lagi di luar.

Terasa telapak tangan menahannya dengan lembut di lengan. Erisha lantas berpaling semula.

"Lama dah ke... awak datang?" Pita suaranya menjadi lemah, bergetar.

Tiada tanda-tanda lelaki itu mampu bangun.

"Saya... minta ma..."

"Awak kenapa? Pening kepala sangat ke?" sela Erisha cepat memintas ungkapan maaf itu. Rambut lelaki itu dikuak ke belakang, enggan Tengku Hael berterusan keringat. Nak kata demam, macam tak.

"Saya nak... balik... tadi, tapi saya... betul-betul... tak larat," jelas Tengku Hael dengan suara lemah, wajahnya pucat semakin ketara di bawah cahaya lampu.

"Bangun sekejap," pinta Erisha, dia perlu menuntun Tengku Hael bangun.

Tengku Hael menggeleng. Kepalanya berdenyut tak tertahan. Kalau dia berdaya, dia akan pulang. Ya Allah, maafkan aku andai buat seketika aku mengabaikan tanggungjawab aku.

"Awak tak larat masa saya putuskan call tadi?"

Tiada jawapan. Lelaki itu kembali memejamkan mata.

"Saya tanya, kan?" tempik Erisha, dia mulai rasa tak keruan. Perlukah lelaki ini membuatnya risau macam ni?

"Saya betul-betul... tak larat, love. Sorry... Ni mesti awak... penat jaga Raes, kan? Maaf saya susahkan awak... Raes mana? Biar saya... jaga."

Berkerut dahi Tengku Hael saat ingin bangun dari pembaringannya.

"Dah sakit, apanya nak jaga Raes!" Dada bidang Tengku Hael didorong sebal.

Tengku Hael tersandar. Perit mimik wajahnya.

"Janganlah marah saya," rintih Tengku Hael sambil memicit kepalanya. Cahaya lampu hanya makin menyakitkan pandangan matanya.

"Mana tak marahnya, Hael? Sakit cubalah buat cara sakit. Ni duduk dekat ofis sampai dua tiga pagi, tinggal anak bini dekat rumah macam tu je. Tadi masa call kalau sakit, cakap je. Susah sangat ke apa?" Erisha menepis kasar tangan Tengku Hael yang memicit. Tangannya naik, mengganti.

Tengku Hael kelihatan menahan loya.

"Saya rasa saya kena rehat je ni, tak apa, biar saya je," tolak Tengku Hael perlahan.

"Tak payah nak 'myself can' sangat boleh tak?" Dingin suaranya enggan Tengku Hael membantah niatnya.

Lelaki itu batuk lalu ingin meluakkan sesuatu. Malangnya, kedengaran seakan tersekat.

"Awak ada makan tak masa sampai tempat kerja tadi?" tebak Erisha keras. Hatinya mulai mendongkol marah. Mesti lelaki itu langsung tak menjamah makanan hari ini.

"Raes meragam lama ke? Kesian awak kena terjaga. Ni, tinggal dia dekat rumah..."

"Pandai betullah tukar topik... Nak tahu sangat Raes, Raes ada dalam baby coat tu la. Ingat saya kejam sangat ke? Dengan tak tahu awak kat mana, nak tinggal dia dalam tengah cari?"

"Tak, bukan macam..." Keningnya bertaut sakit saat jemari menyinggah perut.

Tengku Hael tumbang di bahunya.

Baju Tengku Hael lencun dengan peluh, detak jantungnya turut laju sesaat tubuh itu menimpa rapat.

"Awak?" Erisha terpempan. Dia tangkas menyandarkan tubuh Tengku Hael pada dada sofa.

Dia langsung berdiri. Kakinya mengatur laju ke arah luar. Siang tadi, dia perasan ada kotak ubat milik Tengku Hael. Lelaki itu ada menyimpan bekalan ubat andai memerlukan. Bubur yang dihidangkan oleh Aiza buatnya juga pasti masih ada di dalam peti sejuk.

Dia menggesa langkah menapak laluan ke villa melalui jalan gelap di belakang resort. Itu jalan pintas. Tadi, dia enggan angkara terlalu gelap. Tetapi, saat ini, terhapus rasa takutnya.

Dalam kegelapan yang menyelimuti, kakinya terpasak. Dia merasakan tubuhnya direntap dengan mengejut, serentak ke dalam pelukan yang erat.

"Kenapa keluar seorang diri macam ni lagi?" Nafasnya kedengaran lemah.

Sekali lagi tubuhnya melorot perlahan.

Rangkulannya terlepas.

"YOU jealous, kan?" soal Rawda sebaik sahaja menunaikan solat subuh.

Dari malam tadi dia tunggu! Radzi cakap esok pagi, ni dah pagi jadinya dia tuntutlah!

Dia sengaja merebahkan kepalanya di pangkuan Radzi.

"Habis kita baca Al Quran, sayang boleh duduk dekat paha Azi." Tahulah dia itu tandanya Radzi serius.

Perlahan-lahan Rawda bangun dari pembaringan. Terbatal niatnya! Boleh tahan tersentap tangkai hatinya. Radzi ini, kalau dia dah mula garang. Terbataslah semua rasa! Dah terbalik! Radzi meniru sikapnya!

Akan tetapi, Radzi ni semarah-marah dia, dia tak mampu pun nak marah sangat. Hati dia lembut, selembut sutera! Sikapnya itu menggamit rasa cinta sebenar buatnya.

"Kita nak baca berapa surah?"

Kagum. Itu Rawda rasakan setelah mendengar suara Radzi mengikuti bacaannya tanpa menegur kesalahan tajwid seperti selalu. Meskipun dia tidak sempurna, dia sentiasa istiqamah, menjalankan suruhan dengan patuh ajaran Islam dan berterusan.

"Rawda nak cakap soal Radzi cemburu?"

"Woah? For the first time ea you berani petik isu cemburu yang you rasa." Bahu Radzi dipegang kemas. Setelah mereka berbaik, banyak kali juga Radzi membantah setiap kali diperkatakan cemburu. Pecah rekodlah nampaknya kali ni!

"Dah Rawda nak sangat dengar jawapan Azi, kan? Sampai lupa kena baca Al-Quran dulu," perli Radzi, tetapi rentak suaranya lebih mengertikan memahami kemahuan isterinya. Macamlah dia tak tahu, Rawda takkan keruan selagi tak peroleh jawapan apa yang diinginkan.

"Eh, you pun. Agak-agak lah, tahulah nak kuis hidung, ni jolok hidung I!"

Entah bagaimana, salah arah jari lelaki itu berlayar. Boleh pulak melabuh di dalam halaman lubang hidung.

"Nasib tak tersekat jari Azi," balas Radzi tertawa kecil.

Rawda kaku sesaat sebelum kembali meletus tawa.

"Hei, comelnya you ni!" Pipi Radzi dicubit.

"Rawda lagi la comel. Sampai jutawan mana entah duduk sebelah, siap mengurat lagi," katanya sambil wajahnya dikawal daripada berkerut. Hatinya bercampur baur antara bangga dan cemburu. Dia tidak dapat menafikan kecantikan isterinya, tetapi perhatian yang diterima Rawda daripada lelaki lain membuatkan hatinya tidak tenang.

"Hei, sambung ea?" Mata Rawda menyapu seraut wajah itu. Sudahlah dia terpukau dengan suara comel Radzi sebentar tadi, sekarang riak wajah itu. Radzi memang betul-betul menambat sekeping hatinya.

Tangannya menggenggam erat, cuba menyembunyikan perasaan tidak selesa yang semakin membuak di dalam dirinya. Nak jujur, tapi tak mahulah terlalu ketara.

"Dia sebenarnya mentor I. Dulu dia crush I. Sama sekarang jugak actually, masa jumpa semalam, rasa macam tak sangka."

Radzi langsung mendongak. Riak wajahnya lantang berbicara.

"Mula-mula, taklah I perasan dia. Tahu tak dia tu asyik puji cantik banyak kali, I bengang la jadinya. Sekali I tanya siapa dia, rupanya dia Dato Qalish Que. I dah lupa, dulu dia boleh tahanlah muda sikit, sekarang mungkin nak masuk 40 lebih. But, maintain je bentuk badan dia. Selalu orang dah berusia, perut bunci ke apa, kan? Ni, macam umur 20 lebih je. Terus I tersipu-sipu ingat pujian dia masa I malas nak layan," cerita Rawda, ketara teruja memetik satu per satu detik tatkala ditegur oleh lelaki semalam itu. Bukan main melambung rasa gembira tu!

Manakala lelaki bergelar suami di depannya saat ini, sudah berubah riak wajah. Seolah punah seluruh harapan hidup!

Rawda tangkas menggenggam tangan suaminya seerat mampu. Sesaat, tawa melucut dari bibirnya, menyerlahkan rasa suka yang sukar disembunyikan. Mana tidaknya? Suami cemburu kut!

"I gurau je sayang. I tak crush pun dah dekat dia. See la siapa depan I ni, suami I kut? Suami yang kaya jugak, puji I lagi banyak dari dia, I punya tahap blushing dengar you puji teruk tahu?" Tutur katanya penuh makna membeli jiwa. Bijak sungguh dia mengusir suram di hati Radzi.

"Berani Rawda buat hati Radzi macam bola kena tendang. Rasa nak cabut je hati ni lepastu buang."

Rupanya Rawda sengaja menguji hatinya! Nasiblah kemudiannya Rawda memujinya. Ah, tak kira! Nak merajuk juga!

"Papi you ni comel tahu? Geram je mummy tengok."

"Papi?" Berkerut betul dahinya. Ada tanda-tanda nama panggilan itu akan mencetuskan fenomena.

"Papa la, tapi memandangkan mummy, lebih sepadan kalau papa sebagai papi." Rawda menahan tawa.

"Memang taklah Rawda. Ya Allah, Rawda ingat Azi ni..."

Rawda laju menekup mulut Radzi. Isy! Tengok, dah masuk perangkap. Kelakarlah. Sabarlah dulu! Orang gurau je!

"Hei, ejaan lain okey. P-a-p-i, bukan p-u-p-p-y." Rawda mengeja satu per satu kedua-dua perkataan itu. Jari jemari kanan naik mengusap wajah yang ketara berubah mimik itu.

"Azi merajuk. Tak habis dengan buat kacau-bilau hati Azi, ni papi? Memanglah bukan puppy pun, tapi mesti Azi kena ikut panggilan tu, kan?"

Rawda melingkari perlahan tangan mulusnya di pinggang Radzi. Masih lagi petik hal tadi, memang nak dipujuklah nampaknya.

"Seribu lelaki pun datang, takkan sama dengan bakal ayah buat anak I dan you. I minta maaf sebab usik you macam tadi. I suka tengok you cemburu. You macam bear girl yang selalu masuk fyp insta I, bear tu merajuk dengan partner dia. Macam you. I suka!"

"Orang cemburu dan merajuk pun Rawda suka? Sebelum kahwin, kalau Azi diam Rawda nak menengking je."

Ah, menyulam hal dulu? Kena akui silaplah jawabnya. Tak susah, memang dia bersalah, maka selayaknya dia mengakui.

"Dulu, I admit I teruk. Walaupun belum suka you atau dah suka, I tak patut adakan jurang. You manusia sayang, berhak berdiam diri bila terasa hati atau merajuk dengan apa yang orang terdekat you cakap dekat you."

"Untuk jawapan tepat bagi soalan you. Mestilah I suka sekarang you merajuk dan cemburu. You je yang ada untuk sedar apa I cakap buat you merajuk dan you nak perhatian untuk I pujuk you. I ada you untuk nampak I wujud dalam hidup you dan buat I rasa ada orang jugak peduli pasal perhatian I untuk dia," jawab Rawda panjang lebar. Akan tetapi bermakna, ya. Luahannya tulus berlandaskan hati. Radzi kebahagiaan yang dinantikannya selama ini.

"Rawda... Sedihnya jawapan, sayang." Dia memegang wajah Rawda. Memastikan air mata tidak berlinang.

"Sedih? I nak buat you terharu tau." Tangan lelaki itu digenggam kuat. Geram! Lain apa yang dia ingin maksudkan, berbeza yang Radzi faham!

"Terharulah. Terharu sampai rasa macam jawapan Rawda tu dah lama tersirat. Kalau ya, Rawda jangan fikir macam tu dah, sebab mulai akad Azi untuk hubungan kita, Azi memang nak jadi satu-satunya yang Rawda perlukan dan Rawda sentiasa wujud dalam hidup Azi, tak kiralah dalam rasa Azi nak minta perhatian, ataupun selainnya. Rawda segala-galanya untuk Azi. Azi sedar semua tentang Rawda. Andai terlepas sekalipun, Azi akan ingatkan hati Azi untuk fikirkan Rawda. Azi tak nak buat kesilapan dalam hidup satu-satunya cinta Azi sekarang dan selama-lamanya."

Meski tangan Azi menempel agak kuat memastikan dahinya, dia tetap diulit terharu. Nak buat macam mana? Bukan Azi sengaja. Asalkan kucupan dah singgah di dahi.

Segaris senyuman terlakar indah. Indah seperti yang dirasai di dalam hati.

"Thank you sayang, i love... I love you infinity the... most." Meleret suara Rawda mengungkapkan itu. Tangan bukan main lagi meluas, ingin mengutarakan perasaannya sebesar itu.

"Azi sayang Rawda lebih daripada tu, sayang." Jemari Rawda ditarik ikut bersama tangannya.

Dia bersatu tanpa sebarang rasa cinta atau sayang. Namun kini, dia cukup bahagia. Harapannya, Tengku Hael dapat mengecapi kebahagiaan sekali lagi bersama Erisha.

Dia cuba menghubungi mereka, tetapi tiada jawapan. Dia turut ingin Tengku Hael mengetahui berita tentang kehadiran insan baru dalam rahimnya, sama seperti saat dia dan Radzi menerima khabar bahagia tentang kehamilan Erisha.

Tidak mudah, kerana jelas Tengku Hael tentunya enggan Tengku Afina mendapat tahu tentang keberadaan mereka.

_____________________
Writer Comment : kita bagi Erisha baur-baur cinta dulu cikit🤏



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro