MHS : 88

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TAK nak tidur dulu sementara tunggu discharge?" tanya Erisha sambil mengusap rambutnya dengan sehelai tuala mandi Tengku Hael. Beberapa barang-barang keperluan bagi kebersihan diri memang disediakan oleh hospital itu.

"Cermin tu terbentang luas, selubung tuala tu dulu. Tutup rambut," tegur Tengku Hael tanpa menjawab soalan Erisha lagi.

Nada Tengku Hael sudah kembali biasa, tidak lagi seperti sepertiga pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia lega mendengarnya.

"Sekejap je pun," jawab Erisha acuh tak acuh. Tetapi, tangan naik merapikan tuala seperti tudung sementara menapak.

"Sehelai rambut pun dah berdosa tau, sayang tahu ke berapa helai rambut sayang? Satu pun boleh jatuh dosa, inikan pula tak terkira bilangannya tu."

"Baik." Sekilas pandangan, Raes sudah melelapkan mata. Sekejapnya Tengku Hael mengenakan pakaian ke tubuh kecil itu. Dari jauh, bau minyak telon menusuk rongga hidung.

Tanpa sedar, dia mengerling kantung mata Tengku Hael.

"Doktor cakap tadi, bawah mata awak tu teruk sangat eyebag, dengan mata bengkak. Malu je saya dengar, pagi-pagi dah dia ingat saya dengan awak bergaduh. Dia cakap mesti saya marah awak sebab sakit. Bukan dia tahu pun apa jadi, senang dia je main agak-agak macam tu. Tak nak ke dia agak-agak jugak yang saya nak layang penumbuk je dekat dia?"

Malu? Tengku Hael menepis jauh terkilan yang menyelinap lubuk hati. Tabahlah wahai hati. Dia mudah luluh setelah hati berjuang menegakkan perpisahan yang tak diingini malam tadi.

"Marah betul sayang." Matanya sungguh mampu memagut perhatian. Dengar suara sihat, namun keadaannya secara fizikal seakan sakit.

"Awak ni okey tak?" Erisha melabuhkan punggung di depan Tengku Hael. Pipi Tengku Hael disentuh lembut.

"Yang saya cakap, mencintai sayang hanya seketika tu..."

"Ya, kenapa? Awak betul sakit ke?" Ketenangan Erisha menghambat duka di hati Tengku Hael.

Tengku Hael menggeleng perlahan. Biarlah Erisha tak peduli, dia ingin mengikut kata hati sendiri.

"Saya tak nak, boleh tak? Saya nak bersama dengan sayang. Saya nak terus mencintai sayang. Bila tengok Raes, dia 'bukti cinta' kita. Bukti cinta kita saya ada, tapi 'cinta'.... Cinta saya bakal tak ada dengan saya. Saya... saya tak sanggup." Payah Tengku Hael meluahkan isi hatinya. Dia menekan bait keramat cinta itu. Dia memaksudkan Erisha. Satu-satunya cinta hatinya.

"Pasal tu je pun. Ingatkan apa. Ikutlah awak nak apa-apa pun." Erisha menukar posisi ke kerusi tersedia bersebelahan katil itu.

Tengku Hael teresak perlahan. Sedihnya, Ya Allah. Aku memang boleh berjuang menenangkan perasaan, tiada masalah seandainya tanpa cinta dia. Tapi, tanpa cintalah dia sanggup memperlekehkan setiap ungkapan mahupun luahan aku.

"Buat masa sekarang memanglah semua boleh. Nanti, awak kena jugak akur," kata Erisha lagi. Dia menggenggam tuala seraya perlahan-lahan mengusap rambutnya.

"Saya sayang isteri dan anak saya." Tanpa mempedulikan makna malu, Tengku Hael bersuara lagi. Datanglah rasa kecewa walau sebesar zarah, dia tetap tak mampu memendam perasaan itu sendiri.

"Awak tak tahu malu ke menangis macam ni?" soal Erisha, menyampah melihat air mata Tengku Hael.

"Siapa saja tak menangis bila dia bakal hilang satu-satunya kekasih halal dia?"

Tengku Hael membentak?

"You deserve la, Hael," tempelak Erisha lantas menghempas tualanya di dada kerusi itu.

Dia berdiri dan meninggalkan wad itu.

Hati Tengku Hael tercarik luka. Dia mendengarkan perkataan itu dengan jelas.

Titisan air mata langsung menujah wajah bayi kecil mereka.

"Maafkan ayah, Raes." Tangan Tengku Hael menggigil saat mengesat air matanya yang mengenai pipi Raes. Dia menarik senyuman dalam rasa kecewa.

"Ayah akan terus mempertahankan ibu untuk kita. Your ibu was the only woman for me, Raes. Also Raes, ibu the only mother for you."

"SALAH saya ke? Saya mana tahu dia menangis sebab apa. Dah tahu ni pun, memang taklah saya nak basuh najis dia," tempik Erisha mendengarkan permintaan Tengku Hael. Dia tak peduli walaupun tangisan Raes memenuhi ruang persalinan bayi.

Dari tadi memang dia membiarkan sahaja. Lagi pula, Tengku Hael sudah menidurkan Raes tadi. Walaupun ya, memang dia berniat protes. Tapi, sepatutnya Raes meneruskan lena. Bukan salahnya, ini kecuaian Tengku Hael.

Jururawat menahan suaminya daripada menjalankan tanggungjawab semata-mata demi menukar balutan di kaki Tengku Hael. Bukannya teruk sangat.

"Kesian dia sayang, sampai merah-merah punggung dia." Tengku Hael mula menitiskan air mata.

"Bukannya mati pun, kan?" Erisha serabut. Perlukah lelaki itu turut mengalirkan air mata di saat genting begini?

"Sayang sedar tak apa sayang cakap? Sayang sanggup cakap berulang kali ayat menyakitkan dekat anak kita?" Air mata Tengku Hael menitis-nitis. Drama sangatlah! Bukan jadi apa pun.

"Apa yang nak bisingkan sangat ni? Basuh je la najis dia tu!" Dia menyedari bait kata sendiri. Namun, kalau dah tak suka, tetap tak sukalah.

Tengku Hael hilang sabar. Mukanya seakan bertepu darah.

"Saya fikir sayanglah ibu yang terbaik buat anak kita, sepertimana sayang menjadi ibu yang terbaik buat arwah Zahra. Dulu luahan sayang terhadap pemergian arwah Zahra, hanya dusta? Saya dah salah kagum ke dengan diri awak yang hebat menjadi seorang ibu, Syalia Erisha?"

Erisha terpempan. Berani sungguh Tengku Hael membidasnya dengan melibatkan arwah Zahra.

"Jangan sesekali awak nak salah ertikan luahan saya tentang arwah Zahra! Zahra satu-satunya anak saya, kekuatan terakhir saya. Luahan saya pasal dia semuanya berlandaskan hati. Saya sayangkan dia sepenuh hati walau saya tak pernah minta dia wujud dalam rahim saya dengan cara hina yang mama awak buat terhadap saya.

Zahra tu suci, zahirnya saja dia nampak hina pada pandangan mata orang. Tapi, saya tak peduli, hanya pandangan saya yang membawa kedudukannya di syurga. Raes, zahirnya sempurna pada mata awak, pada mata semua, tapi tidak pada mata saya dan dia memang tak sempurna pun, bawa baka adik awak. Dia cuma anak yang suci pada zahir saja. Hakikatnya pada mata syurga yang saya miliki sebagai ibu buatnya, tak."

"Apa saya nak cakap lagi untuk awak sedar ni? Tengku Raes Ilhan Bin Tengku Hael adalah anak kita bersama! Awak tak boleh nak menidakkan taraf dia. Dia anak awak, sama seperti arwah Zahra. Lahir tak sempurna pun, tak boleh nak ubah hakikat dia anak awak! Dia masih bayi, lebih suci dari kita. Syurga memang daripada seorang ibu buat seorang anak, tetapi andai macam ni la ibunya, awak tak sama jauhlah dengan ibu awak, mengetepikan awak. Awak sendiri rasa macam mana kena sisih, ibu awak buat endah tak endah pasal awak, ini awak pulak buat balik terhadap anak awak sendiri? Lebih teruk dari tu pula.

Pemergian Zahra pun awak menyesal, awak nak rasa ke erti bila saya yang bawa Raes pergi jauh? Kalau sekarang tak menyesal, nanti awak rasa, jangan sesekali la awak nak pertahankan hak awak sebagai ibu, awak nak saya buat macam tu Syalia Erisha?" tegas Tengku Hael lantang, melantun suara yang kian mendatar. Pucat wajahnya menghilang dek ditelan merona merah. Dia benar-benar marah.

"Buatlah apa nak buat pun."

Tengku Hael menggigil menahan sebak. Tega Erisha berkata sedemikian. Entah bagaimana untuknya menghilangkan segera kemerahan itu. Dia tak pernah ada pengalaman menghadapi saat itu. Sebelum ini, tak pernah sampai merah lagi.

"Sapu je la krim ruam. Dah merah, mudah naik ruam. Sapu je dulu." Erisha bersuara. Kelihatan ketara Tengku Hael bimbang.

Ya Allah, syukurlah Erisha terpaut peduli. Dia sabar menanti patah kata Erisha.

"Kita biarkan dulu, lepastu baru..." Jeda. Dia menyaksikan sepasang mata Tengku Hael melingas tepat pada paincaindera miliknya.

"Pampers dia ada macam merah, sayang. Kenapa jadi macam ni?" Tengku Hael mula panik. Air mata menitis tanpa malu.

"Sabarlah awak. Itu sebab susu tak cukup."

"Tapi keluar sekali dengan tahi dia?" Merah mata Tengku Hael memandangnya bersama soalan meniti bibir.

"Semalam sama je, dia macam ni jugak. Sabar. Saya dah mula bagi susu, kan? Nanti makin hari dia dah okey."

"Sebelum ni, susu formula okey je. Tak jadi macam ni."

"Dia dah beralih susu, kan? Saya tahulah apa saya cakap, saya pernah jadi ibu, macam-macam dah hadap. Cuba dengar je cakap saya, saya tak buat khianat la ye pun."

"Bukan macamtu maksud saya, saya cuma risau, sayang."

Erisha malas bertengkar mulut lagi, tangannya lantas mengambil alih. Tengku Hael hanya akur lalu memberi ruang. Tengku Hael teliti mengamati satu per satu cara Erisha menguruskan Raes.

Tak mengambil masa terlalu lama bagi Erisha menenangkan hati Tengku Hael. Raes dibawa ke pelukan usai menyarung lampin.

"Saya yang tunggu awak basuh, at the end saya yang kena buat," ujar Erisha tak puas hati. Tangannya masih menepuk Raes, memujuk anak kecilnya itu reda daripada melahirkan tangis.

"Saya dah faham macam mana nak urus, nanti saya buat sendiri. Maaf sebab saya panik." Hilang amarahnya tadi. Pergaduhan seketika tadi, seolah tak wujud. Dia tahu, Erisha memang ibu yang baik.

Ibu sayang je kita, Raes. Dia kecewa dengan ayah. Ayah akan usaha sebaik mungkin demi memperbaiki salah ayah. Inn Shaa Allah, kemanisan sebenar, kita boleh rasa bersama.

"Baguslah. Ubat awak saya dah ambil. Kita balik je." Pintu bilik persalinan bayi itu dibuka.

"Thank you sayang. Saya tahu sayang ibu yang baik, untuk kedua-dua anak kita. Sorry tentang perkataan saya tadi."

Lelaki itu memahami perasaanya. Tapi, kenapa dia? Aku tak mahu!

Erisha enggan terbuai. Satu langkah diatur keluar.

Buat seketika, Erisha terkedu.

"Apalah mak macam tu." Beberapa suara yang sedang berbisik sesama mereka, benar-benar menerjah lubang telinga Erisha.

"Teruk," sambung mereka itu lagi.

"Awak jangan jadi macam dia, sayang." Seorang perempuan dan lelaki di bahagian penjuru pintu keluar makin hebat bergosip tentangnya.

"Saya betul-betul tak suka sikap segelintir anak muda yang mempersendakan perkahwinan. Yang paling memalukan, isteri ingkar tanggungjawab. Tapi, ini kes saya tak tahulah. Jarang isteri atau ibu tak sayang anak. Buruk jugak perangai. Kalau tak nak anak, jangan kahwin. Kesian ke suami." Berdesing kata-kata itu digegendang telinganya.

"Saya setuju puan," sokong rakan-rakan yang menyebut wanita tadi sebagai puan.

Erisha tidak menghiraukan kata-kata yang ditujukan kepadanya itu. Dia lantas menyerahkan Raes ke dalam dakapan Tengku Hael. Langkahnya kasar menapak keluar.

Pipinya basah dengan linangan air mata. Tak pernah dia membayangkan hidupnya berterusan melalui duka seperit ini. Dulu, dia dicemuh sewaktu ingin melahirkan Zahra. Zahra sesuci itupun orang memandangnya buruk. Raes? Demi anak itu, dirinya dihina lagi.

Dia akui, dia teruk. Dia ketara beremosi, dia enggan mengakui Raes anaknya.

Dia sendiri tak menginginkan merasakan sebegini terhadap Raes. Tapi, tiada orang mampu memahaminya. Dia tersiksa. Cukuplah dia pernah menyayangi. Cukuplah dia menahan diri selama ini demi masa depan Zahra. Dia tak mahu hidup seperti dulu.

Akhirnya? Zahra pergi. Dia merasakan sia-sia. Bertahun-tahun dia pasrah, menerima takdir. Tiada siapa pun bersama dengannya. Bahkan keluarganya sendiri membuang dirinya sedangkan makna keluarga yang dia memperjuangkan.

Tetapi, sedikit rasa tidak hinggap untuk dia memikirkan keluarganya sanggup mengabaikannya. Ibu terpaksa. Ibu melalui pelbagai duka. Ayahnya, hilang tanpa khabar begitu juga abang angkatnya, setelah perbuatan Tengku Afina dan laporan palsu dibuat oleh Tengku Hael.

Dia meninggalkan langkah Tengku Hael dan Raes. Fikirannya sakit. Jiwanya buntu. Hatinya menangis perit.

"Mereka tak tahu pun apa aku hadap, sakit sangat apa yang aku lalui dari aku kecil lagi. Ingat aku nak sangat ke bazirkan masa macam ni? Selama aku terima kehadiran Zahra, hidup aku sengsara sangat walaupun aku dah buang jauh niat nak balas dendam! Tak ada bezanya, aku tetap akan berkali-kali menjadi mangsa!" tempik Erisha sendiri. Langkahnya terasa ringan dikoyak. Seperti hatinya, mudah sahaja dikoyak tanpa mereka itu tahu kebenarannya.

"Selama ini aku dah cukup bersabar Ya Tuhanku. Berilah aku peluang menyakiti semula orang yang menyakiti aku. Kenapa perlu menyeka jalan buat aku? Aku dah cukup bersabar! Aku dah penat. Aku dah terlalu kecewa. Tak mampu lagi untuk aku rasa lali."

"Abang, tu Kak Erisha!" Dari jauh Erisha mendengarkan satu-satunya suara milik seseorang.

"Lia!"

"PATUTLAH Lia tak berkeras langsung bila mak mertua Lia minta Lia dan Hael disatukan. Pak Ngah percaya Lia sebab Lia masih ada perasaan terhadap Hael, tapi kenapa jadinya macam ni? Ralatlah Pak Ngah dengar semua ni Lia." Encik Razlan sudah ketandusan kata. Dia tak menyangka selama ini Erisha menipu.

"Pak Ngah dengar semua ni pun Pak Ngah bukan rasa apa pun, kan? Fikir pasal salah Lia je." Dia lebih kecewa mendengarkan luahan Encik Razlan.

"Dah memang salah! Lia buat semua ni... Lia fikir tak perasaan Hael? Hael tulus sayang Lia, Pak Ngah nampak cara dia. Lia sendiri pernah cakap macam tu dekat Pak Ngah. Sekarang ni apa pulak macam ni?"

Erisha cukup sabar. Ternyata Encik Razlan mempertahankan Tengku Hael? Lelaki itu meluah kecewa tanpa memikirkan perasaannya, sudah menghurung terkilan di sudut hati. Inikan pula lelaki itu mengusung perhatian buat Tengku Hael.

"Pak Ngah tak dengar ke Lia cakap apa? Hael yang punca ayah dipenjarakan. Hael punca keluarga Lia berpecah-belah. Mama Hael upah orang ugut ibu, bukan ibu je jadi mangsa mama Hael, Pak Ngah."

"Jadi, disebabkan semua tu Lia nak balas dendam? Ayah dan ibu yang sepatutnya dendam teruk macam ni. Ibu Lia tak buat apa pun terhadap keluarga mereka tu macam Lia buat sekarang ni. Lia sedar tak Lia dah membazir hidup Lia bertahun-tahun? Patutnya Lia cari bonding dengan keluarga yang kucar-kacir hampir berbelas tahun. Lia nak lalui hidup mengecewakan diri macam Pak Ngah? Kejar sesuatu yang akhirnya memisahkan hidup Pak Ngah dengan kebahagiaan berkeluarga Pak Ngah, ayah Lia."

Dia benar-benar kecewa. Takkanlah kena petik hidupnya sengsara sampai melahirkan Zahra baru Encik Razlan mementingkan perasaannya. Sakitlah nak raih simpati! Cukuplah meluah terhadap Tengku Hael dan Hafiz. Tapi, tiada guna pun, Hafiz akhirnya tetap menyebelahi Tengku Hael. Sekali lagi, nama Tengku Hael yang terpahat dalam memahami jiwanya.

"Lia tahulah Pak Ngah tak pernah peduli pun kalau apa yang Lia nak cakap tentang apa yang ibu lalui, Pak Ngah masih tak dapat nak maafkan ibu, kan? Senang macam ni, macam mana Pak Ngah susah nak maafkan ibu, macam tulah Lia." Tiada guna andai dia meluahkan peristiwa ngeri yang pernah menjengah hidupnya, kalau yang satu ini dipandang remeh.

"Lia dah tak waras ke?"

Encik Razlan sungguh tega.

"Memang tak waras. Pak Ngah fikir apa yang dia buat dekat keluarga kita tu baik? Ah, lupa. Pak Ngah mana tahu, Pak Ngah bukan ada dengan keluarga sendiri, Pak Ngah buang keluarga sendiri." Dia menyebut kesalahan Encik Razlan tanpa gentar.

Encik Razlan terdiam seketika, tak sangka dengan keberanian Lia. Wajahnya menegang, tetapi dia cuba mengawal emosi.

"Lia, jangan kurang ajar. Pak Ngah tinggalkan keluarga untuk kebaikan hidup Pak Ngah." Encik Razlan mempertahankan diri.

"Lia pun buat semua ni demi kebaikan hidup Lia."

"Apa kebaikannya, Lia? Lia, ini bukan caranya. Lia sendiri sedar yang apa yang Lia nak buat ni bakal menyakiti diri sendiri dan anak Lia, Raes," tegah Encik Razlan.

Erisha berpaling menikam Encik Razlan dengan pandangan mata yang tajam. Semua orang memang teruk! Hanya memikirkan kesejahteraan Raes? Bagaimana harga dirinya yang sudah tergadai? Perasaannya yang sudah hancur berkecai?

"Lia tak kisah pun tentang Raes, Lia benci anak tu. Lia tak pernah mahukan pun, Pak Ngah. Lia cuma nak pastikan Hael terikat dengan kehadiran Raes dan keluarga Hael dapat balasan yang setimpal atas apa yang mereka buat pada keluarga Lia."

"Allahuakbar, anak tu pernah ada dalam kandungan Lia, lama Lia. Kenapa sampai nak bencikan anak yang dah lama sebati dengan hidup Lia demi membalas dendam?"

Erisha menggeleng kepala. Nasib malang akan berterusan menujah kehidupan seorang Syalia Erisha. Apa gunanya kalau dia mempertahankan anak itu dan hidup seperti sediakala? Walhal selama 10 tahun lalu, dia pernah melalui pasrah, tetapi derita bertali arus menjengah kehidupannya.

"Lia dah tak peduli. Cukuplah dulu Zahra jadi harapan baru dalam hidup Lia. Walaupun anak tu hidup, dia takkan mampu hidup lama."

Hidup Lia dah terpaut dengan takdir yang malang, Pak Ngah. Erisha merintih pilu di dalam hati.

"Ajal Zahra, Lia. Jangan Lia samakan dengan Raes. Dia masih lagi bernyawa dan akan terus bernyawa."

"Lia cuma nak keadilan, Pak Ngah! Tolonglah jangan ganggu rancangan Lia!"

"Keadilan tak datang dengan dendam, Lia. Keadilan datang bila kita maafkan dan teruskan hidup."

Hatinya berkecamuk. Tak bolehkah Pak Ngah memahami jiwanya yang meronta agar segala-galanya berakhir seperti yang diinginkannya? Tiada erti maaf bagi orang yang tak pernah sedar salahnya!

Kedengaran Pak Ngah menjawab panggilan dari satu patah nama, Hael. Nampaknya, dia memang ditakdirkan tiada tempat bergantung. Hanya Tengku Hael bertegas mahu menenangkan hatinya. Mengapalah masih lelaki itu?

______________________________
Writer Comment : HAHAHAHA SERONOKNYA BUAT CHAPTER NI. Feel bila dengar lagu kekasih awal dan akhir, ala-ala part mengerti tu, maksud lagu tu lain, tapi lirik dia ada sikit sama dan macam sesuai dijadikan satu hal yang buatkan Erisha sedar.

Buat aku rasa why tk buat Tengku Hael memahami gitu. Lagipun memang dia je pertahankan Erisha. Dari bab yang after tg hael interchapter after a few years, and before that pun, dia tetap percaya dengan cinta Erisha, kononnya cinta tu ada buat dia. Part dekat tangga, masa Erisha lepas bersalin tu pun, dia pertahankan Erisha, Hafiz pulak bukan main baran.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro